Aiman SLIDE PRESENTATION TO SHARE TOO.pptx

JieyAhmad 5 views 7 slides Sep 03, 2025
Slide 1
Slide 1 of 7
Slide 1
1
Slide 2
2
Slide 3
3
Slide 4
4
Slide 5
5
Slide 6
6
Slide 7
7

About This Presentation

DONE


Slide Content

BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP) UNTUK MENGISI MASA PEMBELAJARAN SEMASA PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAHAP 2 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Tajuk : Aiman Nak Piza Kelas Tahun 6 2.4.3 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat untuk membuat keputusan dengan memberikan alasan. Objektif Murid dapat membaca teks cerita dan menyatakan maklumat tersurat serta tersirat dan membuat keputusan dengan memberikan alasan.

A AIMA man Nak Piza “Ayah, Aiman mahu makan piza. Sudah lama kita tidak makan piza. Aiman mahu makan piza hari ini juga,” desak Aiman kepada ayah. Puas ayah memujuk Aiman, tetapi Aiman tetap berdegil. Ayah sudah beritahu Aiman bahawa pada masa ini ada perintah kawalan pergerakan. Kedai piza terletak jauh dari rumah mereka. Sesiapa pun tidak dibenarkan keluar dari rumah melebihi sepuluh kilometer. Aiman tetap berkeras. Dia menyuruh ayah memesan piza melalui panggilan telefon. Ayah tertunduk lesu. Aiman anak bongsu kesayangannya. Ayah tidak sampai hati hendak memberitahu Aiman bahawa ayah sudah tidak berkemampuan seperti dahulu. Piza yang Aiman mahu itu memang mahal. Gaji ayah sebagai operator kilang kecil. Wang simpanan ayah sudah berkurangan. Wang simpanan itu perlu ayah gunakan secara berhemat . Ayah buntu untuk memberikan penjelasan kepada Aiman bahawa ayah tidak dapat lagi membuat kerja tambahan untuk menambah pendapatan. Aiman tentu tidak akan memahami keadaan ayah sekarang kerana dahulu semua permintaan Aiman tidak pernah ditolak oleh ayah. Aiman masih merengek di hujung ruang tamu. Ibu hanya terdiam sejak tadi. Ibu sudah mati akal memikirkan kesulitan yang dihadapi oleh ayah. Ibu berasa kasihan kepada ayah, tetapi rengekan Aiman begitu menyentuh hati ibu. Kalaulah ibu ada wang, sekarang juga ibu pesankan Aiman piza. Aiman terus merengek. Ibu berasa kasihan melihat Aiman. Akhirnya, ibu menyuruh ayah memesan piza untuk Aiman. Ayah akur walaupun ayah terpaksa menggunakan wang simpanannya.

Cadangan PdPc Murid membaca teks cerita. Murid diminta menyatakan maklumat tersurat dengan menggunakan peta bulatan. Murid diminta menyatakan maklumat tersirat dengan menggunakan peta pelbagai alir. Guru juga boleh meminta murid menyatakan maklumat tersurat dan tersirat yang lain daripada yang telah dicadangkan.

Ayah Isikan maklumat tersurat berkenaan ayah dalam peta bulatan di sebelah dengan berpandukan cerita yang telah kamu baca. Panduan : 1. Pekerjaan ayah. 2. Sikap ayah terhadap Aiman. 3. Gaji ayah. 4. Perasaan ayah terhadap Aiman. 5. Bagaimanakah sikap ayah Aiman dalam usaha mencari wang? Peta Bulatan 1. operator kilang 4. kasihan terhadap Aiman 3. gaji rendah 5. rajin bekerja 2. penyayang

Ayah terpaksa membeli piza. Aiman merengek . Ayah kasihan akan Aiman. Aiman akan terus mendesak jika mahukan sesuatu. Aiman tidak hirau akan kesusahan bapa. Lengkapkan peta pelbagai alir di bawah.

Jom berfikir Jika kamu Aiman, ada kah kamu akan mendesak ayah untuk membeli piza tersebut? Berikan alasan kamu.
Tags