Bab 1 TINGKATAN 4.pptx

WANAZIDAHBINTIMOHDYU 20,209 views 55 slides Mar 27, 2023
Slide 1
Slide 1 of 55
Slide 1
1
Slide 2
2
Slide 3
3
Slide 4
4
Slide 5
5
Slide 6
6
Slide 7
7
Slide 8
8
Slide 9
9
Slide 10
10
Slide 11
11
Slide 12
12
Slide 13
13
Slide 14
14
Slide 15
15
Slide 16
16
Slide 17
17
Slide 18
18
Slide 19
19
Slide 20
20
Slide 21
21
Slide 22
22
Slide 23
23
Slide 24
24
Slide 25
25
Slide 26
26
Slide 27
27
Slide 28
28
Slide 29
29
Slide 30
30
Slide 31
31
Slide 32
32
Slide 33
33
Slide 34
34
Slide 35
35
Slide 36
36
Slide 37
37
Slide 38
38
Slide 39
39
Slide 40
40
Slide 41
41
Slide 42
42
Slide 43
43
Slide 44
44
Slide 45
45
Slide 46
46
Slide 47
47
Slide 48
48
Slide 49
49
Slide 50
50
Slide 51
51
Slide 52
52
Slide 53
53
Slide 54
54
Slide 55
55

About This Presentation

PERNIAGAAN


Slide Content

Bab 1: Tujuan Perniagaan Dan Pemilikan Perniagaan

1.0 Pengenalan Definisi Perniagaan: Aktiviti yang melibatkan urus niaga jual beli barang atau perkhidmatan antara penjual dengan pembeli bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

1.0.1 Konsep Asas Perniagaan - Definisi konsep asas perniagaan: perkara utama dan asas yang membolehkan wujudnya proses urus niaga antar penjual dengan pembeli. Merangkumi 6 komponen utama: Memuaskan kehendak dan keperluan pengguna Pertukaran nilai Keuntungan Perniagaan Kontrak Perniagaan Barang dan Perkhidmatan Penjual dan pembeli

1.0.1 Konsep Asas Perniagaan Barang dan Perkhidmatan Dimensi Barang Perkhidmatan Definisi Sesuatu yang mempunyai bentuk fizikal Aktiviti yang memberikan faedah kepada pengguna dan peniaga. Contoh Perabot, makanan dan pakaian Pengangkutan, insurans dan pelancongan.

1.0.1 Konsep Asas Perniagaan b. Memuaskan Keperluan Dan Kehendak Pengguna c. Pertukaran Nilai Aktiviti urus niaga yang melibatkan tindakan pembeli memberikan sesuatu yang bernilai (wang) kepada penjual sebagai balasan kepada produk yang diperoleh. Dimensi Keperluan Kehendak Definisi Sesuatu yang diperlukan oleh manusia untuk meneruskan hidup. Keinginan manusia untuk hidup dengan lebih selesa.

1.0.1 Konsep Asas Perniagaan d. Keuntungan Perniagaan Keuntungan: lebihan hasil jualan setelah ditolak semua kos yang terlibat. Formula: Keuntungan = Jumlah jualan – Jumlah kos e. Penjual dan Pembeli Dimensi Penjual Pembeli Definisi Individu yang menawarkan barang atau perkhidmatan Pihak yang memerlukan atau menghendaki barang atau perkhidmatan tersebut.

1.0.1 Konsep Asas Perniagaan f. Kontrak Perniagaan Definisi kontrak: perjanjian yang dimeterai oleh dua atau lebih individu. Kontrak dikuatkuasakan melalui Akta Kontrak 1950. - Kontrak perniagaan: kontrak jual beli dan kontrak sewa beli

1.0.2 Aktiviti Perniagaan Dimensi Aktiviti Berasaskan Barang Aktiviti Berasaskan Perniagaan Definisi Melibatkan penggunaan faktor-faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang fizikal. Melibatkan penawaran barang tidak nyata yang dapat memberikan keselesaan, kepuasan dan kecekapan kepada pengguna. Contoh Kilang perabot menghasilkan perabot seperti meja, kerusi dan kabinet. Pendidikan merupakan aktiviti perkhidmatan yang menawarkan pembangunan modal insan dari aspek mental dan fizikal.

TUJUAN PERNIAGAAN

1.1 Tujuan Perniagaan Tujuan Perniagaan : Untuk menawarkan barang atau perkhidmatan Barang – item yang dapat dilihat, disentuh atau dipegang. b. Perkhidmatan- aktiviti yang dilakukan ole seseorang atau sekumpulan individu yang memberi manfaat kepada orang lain. c. Gabungan Barang dan perkhidmatan

1.1 Tujuan Perniagaan Organisasi Bermotifkan Untung (OBU) - Terlibat secara langsung dalam aktiviti pengeluaran dan penjualan barang dan perkhidmatan dengan objektif utama, iaitu untuk mendapat keuntungan. Kepentingan Keuntungan: Untuk mengukur tahap prestasi dan menentukan hala tuju sesebuah perniagaan. Untuk mengembangkan dan memastikan kelangsungan perniagaan. Membolehkan sesuatu organisasi perniagaan menjalankan tanggungjawab sosial dengan menyumbangkan keuntungan semula kepada masyarakat.

1.1 Tujuan Perniagaan ii. Organisasi Bukan Bermotifkan Untung (OBBU) Definisi: organisasi yang memenuhi keperluan awam dalam pelbagai bidang termasuk bidang pendidikan, keagamaan, sosial dan budaya.

1.1 Tujuan Perniagaan Matlamat Penubuhan Organisasi Untuk meningkatkan penglibatan sektor awam dalam kegiatan kemasyarakatan. Menyediakan ruang dan peluang untuk semua golongan melibatkan diri dalam aktiviti yang boleh membangunkan masyarakat kurang berkemampuan. Membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan perkhidmatan. Memastikan nasib setiap insan yang memerlukan bantuan terus terbela dan terpelihara.

1.1 Tujuan Perniagaan Kaedah Perniagaan Bagi Organisasi Bukan Bermotifkan Keuntungan Secara percuma Jualan pada harga kos Tiada sebarang keuntungan yang diperoleh oleh penjual. Jualan pada harga di bawah kos Harga yang dikenakan adalah lebih rendah berbanding dengan kos sebenar.

1.2 Bentuk Pemilikan Perniagaan Pemilikan perniagaan: Entiti sesebuah perniagaan yang dibentuk dari aspek perundangan. 4 bentuk pemilikan perniagaan: Milikan Tunggal Perkongsian Syarikat Berhad Koperasi

a. Milikan Tunggal - Definisi milikan tunggal: sejenis aktiviti perniagaan yang dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh seseorang individu sahaja. Bertanggungjawab untuk melaburkan modal dalam perniagaan. Sumber pembiayaan: wang simpanan pemilik sendiri, pinjaman daripada saudara mara, agensi kerajaan dan institusi kewangan.

a. Milikan Tunggal Keuntungan yang diperoleh akan dikenakan cukai pendapatan perseorangan.

a. Milikan Tunggal Pendaftaran Perniagaan Milikan Tungga l Proses menjalankan perniagaan milikan tunggal Mendaftar dengan Pendaftar Perniagaan Mendapatkan lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Mengisi Borang Carian Nama Mengisi Borang A Hantar kepada Pendaftar Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Membuat Pembayaran RM 30 jika nama sendiri, RM 60 jika nama tred Mendapatkan orang D, iaitu Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan

Kelebihan Dan Kekurangan Milikan Tunggal Kelebihan Kekurangan a. Mudah ditubuhkan a. Diuruskan secara berseorangan b. Tidak banyak syarat dan hanya memerlukan modal kecil b. Sukar untuk berkembang kerana modal kecil c. Mudah diurus kerana saiznya yang kecil c. Beban kerja semua ditanggung oleh pemilik d. Bebas mengurus perniagaan d. Perniagaan tidak berterusan e. Keputusan dibuat oleh pemilik e. Risiko perniagaan ditutup jika pemilik meninggal dunia f. Beban cukai rendah f. Sukar berkongsi kepakaran g. Pemilik hanya perlu membayar cukai individu g. Pemilik menanggung liabiliti tidak terhad

b. Perkongsian Definisi perkongsian: kerjasama antara dua atau lebih individu bagi menjalankan perniagaan. Bersetuju bergabung tenaga bagi menjalankan perniagaan berasaskan syarat yang dipersetujui bersama. Boleh ditubuhkan secara lisan atau bertulis. Boleh berkongsi ilmu pengetahuan, kepakaran, kemahiran, pengalaman serta bebanan tugas. Tugasan dapat diambil alih oleh rakan kongsi jika terdapat rakan kongsi yang sakit atau ingin bercuti.

b. Perkongsian Kandungan Perjanjian Perkongsian Nama firma Nama semua rakan kongsi Peruntukan berkaitan dengan hak dan tanggungjawab rakan kongsi Jenis dan tempat perniagaan Nisbah pembahagian keuntungan atau kerugian Cara menjalankan perniagaan Menamatkan perniagaan

b. Perkongsian (ii) Ciri-ciri Perkongsian Lingkungan dalam 2 hingga 20 orang Melibatkan sesuatu profesion seperti peguam dan akauntan, tidak melebihi 50 orang Tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 1978)

b. Perkongsian (iii) Jenis-jenis dan Liabiliti Rakan Kongsi Jenis Rakan Kongsi Penerangan Rakan Kongsi Berhad Liabiliti rakan kongsi ini terhad kepada jumlah modal yang dilaburkan sahaja dan tiada kuasa pengurusan serta dibenarkan untuk memeriksa rekod dan akaun perniagaan. Rakan Kongsi Lelap Menanggung liabiliti tidak terhad dan tidak aktif dalam pengurusan serta menyumbangkan modal sahaja Rakan Kongsi Biasa Menanggung liabiliti tidak terhad dan berhad menguruskan perniagaan. Rakan Kongsi Aktif Menanggung liabiliti tidak terhad dan aktif dalam pengurusan serta dibayar gaji secara bulanan. Rakan Kongsi Nominal ( Namaan ) Nama digunakan sebagai rakan kongsi tanpa mengeluarkan modal dan perlu menanggung liabiliti yang tidak terhad.

b. Perkongsian (iv) Bilangan Rakan Kongsi Perkongsian biasa : 2 hingga 20 orang Perkongsian Berhad: 2 hingga 50 orang Perkongsian Liabiliti Terhad : minimum 2 orang dan tiada had bilangan maksimum rakan kongsi

Kelebihan Dan Kekurangan Perkongsian Kelebihan Kekurangan Modal lebih besar Modal terhad Mudah ditubuhkan Perniagaan tidak berterusan Berkongsi kepakaran Liabiliti tidak terhad (v) Jenis – jenis Perkongsian Perkongsian Biasa Perkongsian Berhad Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)

Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) Merupakan satu bentuk perniagaan alternatif yang menggabungkan ciri-ciri perkongsian dengan syarikat sendirian berhad. Ciri-ciri: Entiti berasingan Liabiliti terhad Hayat berterusan Kelebihan kepada pemilik: Entiti berasingan Fleksibiliti perniagaan Liabiliti terhad Penjimatan kos

(vi) Tanggungjawab Rakan Kongsi Menjaga kepentingan rakan kongsi lain. Melindungi rahsia perniagaan termasuk rahsia kewangan, maklumat perniagaan dan akaun perniagaan. Mencari peluang dan sumber tambahan bagi memajukan perniagaan yang dijalankan. Memberi idea dan pendapat bagi menyelesaikan setiap masalah yang timbul.

c. Syarikat Berhad Merupakan entiti yang didaftarkan secara sah dengan SSM dan tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965. Anggota Syarikat Berhad: Ahli Lembaga Pengarah Pemegang saham Jenis-jenis Syarikat Berhad Syarikat Sendirian Berhad ( Sdn . Bhd ) Syarikat Awam Berhad

( i ) Syarikat Sendirian Berhad ( Sdn . Bhd ) Ciri-ciri: Tertakluk kepada Akta Syarikat 1965 2 hingga 50 orang Saham syarikat tidak boleh diurusniagakan di Bursa Malaysia Pindah milik saham hanya boleh dilakukan oleh dengan kebenaran ahli lembaga pengarah Lebih mudah mendapatkan modal yang besar

Syarikat Sendirian Berhad ( Sdn.Bhd ) Ciri-ciri: Modal tambahan boleh diperoleh dengan menerbitkan syer Menanggung liabiliti terhad Sekiranya perniagaan muflis, pemegang syer hanya kehilangan modal syer yang dilaburkan Semua harta peribadi mereka akan digunakan untuk menyelesaikan hutang piutang syarikat. Pemegang saham terbesar syarikat berhak untuk mengawal setiap operasi syarikat.

Kelebihan Dan Kekurangan Syarikat Sendirian Berhad Kelebihan Kekurangan Modal lebih besar Penawaran syer terhad Liabiliti terhad Beban cukai yang tinggi Hal ehwal syarikat dirahsiakan$ Syer tidak boleh dipindah milik secara bebas.

(ii) Syarikat Awam Berhad Ciri-ciri: 2 orang hingga tiada had maksimum Saham diurusniagakan di Bursa Malaysia Pemegang saham asal menanggung risiko kehilangan kawalan atas syarikat jika terdapat pembelian saham dalam kuantiti yang besar (saham majoriti) oleh pihak tertentu dalam usaha untuk mengambil alih pengurusan syarikat daripada pemegang saham asal.

Kelebihan Dan Kekurangan Syarikat Awam Berhad Kelebihan Kekuarangan Modal lebih besar Proses perubahan rumit Menikmati ekonomi bidangan Beban cukai yang tinggi Liabiliti terhad Pemilikan dan pengurusan terpisah Kewujudan kekal Tiada rahsia

d. Koperasi Merupakan sebuah organisasi perniagaan yang ditubuhkan oleh sekumpulan individu secara sukarela. Ciri-ciri Koperasi: Melaksanakan kegiatan berkaitan dengan ekonomi untuk memenuhi keperluan anggota-anggotanya. Aktiviti tidak berunsurkan politik. Aktiviti koperasi diuruskan berdasarkan akta, peraturan dan undang-undang kecil koperasi Modal perniagaan disumbangkan oleh anggota Setiap anggota mempunyai hak dalam membuat keputusan Liabiliti anggota adalah terhad kepada sumbangan modal atau yuran sahaja.

d. Koperasi Prinsip-prinsip Koperasi : Keanggotaan sukarela dan terbuka Kawalan secara demokratik Penglibatan anggota dalam kegiatan ekonomi Kebebasan autonomi Pendidikan, latihan dan maklumat Bekerjasama antara koperasi Prihatin terhadap komuniti

d. Koperasi Keanggotaan koperasi : sekurang-kurangnya 50 orang dan setiap orang perlu membeli modal syer. Hak anggota: Mempunyai hak untuk mengundi (Satu undi) dalam mesyuarat agung tahunan koperasi Terlibat secara langsung dalam proses pembuatan keputusan Mengambil semula modal syer apabila keluar dari koperasi Menerima pulangan dalam bentuk dividen

Kelebihan dan Kekurangan Koperasi Kelebihan Kekurangan Liabiliti terhad Kadar pulangan rendah Pentadbiran secara demokrasi Pengurusan dan pemilik terpisah Tiada beban cukai Pemilikan syer terhad Rebat Syer tidak boleh dipindah milik

1.3 Bentuk- Bentuk Perniagaan Francais Merupakan hubungan antara dua pihak dari segi perjanjian urus niaga antara francaisor dengan francaisi.

Ciri Umum Francais Mengikut Akta Francais 1998 Perniagaan mesti dikendalikan mengikut sistem yang telah ditetapkan oleh francaisor. Perniagaan yang dijalankan mengikut tempoh yang ditetapkan dalam perjanjian. Francaisi berhak untuk menggunakan cap atau rahsia dagangan milik francaisor. Francaisor mengenakan kawalan berterusan kepada francaisi.

Ciri Umum Francais Mengikut Akta Francais 1998 Francaisor bertanggungjawab untuk memberikan bantuan kepada francaisi. Francaisi akan membuat sesuatu bayaran dalam bentuk fi atau bentuk balasan lain yang dipersetujui kepada francaisor. Francaisor dan francaisi boleh menjalankan aktiviti perniagaan secara berasingan.

Francaisor Merupakan syarikat induk yang memiliki hak asal atas jenama produk. Peranan Francaisor: Memberikan hak untuk menggunakan imej, jenama, sistem operasi dan format perniagaannya kepada francaisi. Mempunyai tanggungjawab dan kewajipan untuk menyediakan “blueprint” atau petunjuk pelaksanaan bentuk perniagaan sebagai panduan dan rujukan kepada francaisi. Membantu menyediakan khidmat latihan. Memberikan bantuan dalam bentuk ramuan khas serta alatan dan perkakas.

Kelebihan Dan Kekurangan Perniagaan Francais Kepada Francaisor Kelebihan Kekurangan Dapat mengembangkan perniagaan secara global. Menikmati ekonomi bidangan dalam bentuk peningkatan dalam jumlah sesuatu pengeluaran. Mekanisme yang berkesan bagi menembusi pasaran baru. Berkongsi risiko dan tanggungjawab dengan francaisi Struktur pengurusan tidak begitu besar – pengurusan outlet francaisi dilakukan oleh francaisi sendiri. Boleh menjejaskan reputasi francaisor sekiranya francaisi tidak memenuhi kualiti produk yang ditetapkan. Peningkatan dalam kos sokongan operasi untuk francaisi. Kesukaran memilih francaisi yang baik dan berdaya saing.

Francaisi Merupakan syarikat yang membeli hak kebenaran untuk menggunakan jenama dengan francaisor. Ciri-ciri francaisi: Untuk menjalankan aktiviti perniagaan mengikut peraturan dan sistem piawaian yang ditetapkan oleh francaisor. Kegagalan mematuhi peraturan ini akan menyebabkan penamatan kontrak oleh francaisor.

Kelebihan Dan Kekurangan Perniagaan Francais Kepada Francaisi Kelebihan Kekurangan Memiliki dan menjalankan satu perniagaan yang sistematik Reka bentuk yang seragam Mendapat sokongan pengurusan daripada francaisor Risiko kegagalan perniagaan rendah Jenama terkenal dan jaringan perniagaan yang lebih luas Tidak perlu banyak pengalaman dalam perniagaan Perlu mengawal kualiti barang kerana boleh menjejaskan nama baik francaisor Terikat dengan perjanjian francais dan bergantung pada francaisor Tiada inovasi dan inisiatif sendiri untuk majukan perniagaan

1.3 Bentuk-Bentuk Perniagaan b. Usaha sama Merupakan satu perkongsian strategik antara dua atau lebih individu atau syarikat dan mereka bersetuju untuk bekerjasama mengeluarkan barang atau perkhidmatan dalam jangka masa tertentu. Tujuan usaha sama: Untuk meningkatkan kedudukan syarikat, perkongsian kepakaran dan menambahkan keuntungan perniagaan pemilik.

Kelebihan dan Kekurangan Usaha Sama Kelebihan Kekurangan Me mbantu perniagaan untuk memperluas asas perniagaan Dapat meningkatkan dana kewangan dan tenaga kerja Meningkatkan pengeluaran Mendapat teknologi baharu dan terkini dengan kerjasama dalam pengeluaran Mudah untuk mendapatkan bahan mentah dan sumber-sumber lain Harta individu, aset serta pegangan dalam syarikat asal dikekalkan Risiko dalam perniagaan dapat dikongsi visi, dan misi yang berbeza antara pihak yang bergabung menyebabkan berlakunya konflik Perbezaan budaya dan cara pengurusan yang berbeza dalam menjalankan sesebuah perniagaan boleh membawa masalah kepada pengurusan pada masa hadapan.

1.4 Klasifikasi Perniagaan Merupakan penyusunan perniagaan dalam sesuatu kelompok tertentu mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Saiz Faktor penentuan saiz perniagaan: Jumlah jualan tahunan Bilangan pekerja tetap

a. Saiz Dimensi Kecil Sederhana Besar Kelebihan Kos overhed yang lebih rendah Cepat menyelesaikan masalah dan rungutan pelanggan Fleksibel Kos upah yang rendah Mudah ditubuhkan Fleksibel Semangat berpasukan yang tinggi Pelaporan kewangan syarikat dirahsiakan Menikmati ekonomi bidangan Dapat menguasai pasaran Wujud pengkhususan Kekurangan Kos pengeluaran tinggi Kurang berdaya saing Sukar mendapat pekerja mahir dan berpengalaman Kekurangan sumber kewangan Sukar menyediakan latihan Sukar untuk memajukan kerjaya Wujud jurang hubungan Komunikasi kurang berkesan Birokrasi Risiko kerugian lebih besar

a. Saiz Dimensi Kecil Sederhana Besar Cabaran Masalah aliran tunai Bebanan kerja Mengekalkan pelanggan lama dan mendapatkan pelanggan baru Memotivasikan pekerja Kos overhed yang tinggi Meningkatkan hasil Pengambilan pekerja Undang-undang dan peraturan kerajaan Ketidakpastian pasaran Pengambilan pekerja Meningkatkan keuntungan tahunan Perundangan peraturan kerajaan

b. Sektor Perniagaan Dimensi Sektor Utama (Primer) Sektor Kedua (Sekunder) Sektor Ketiga ( Tertier ) Definisi Meliputi semua aktiviti pengekstrakan sumber semula jadi dengan mengeluarkan bahan mentah atau hasil alam semua jadi dari bumi atau laut. Melibatkan pemprosesan bahan mentah untuk menghasilkan barang siap atau barang separuh siap. Melibatkan aktiviti membekalkan perkhidmatan tertentu daripada pengeluar terus kepada pengguna. Contoh Perlombongan, pertanian, pembalakan dan perikanan Pembuatan dan Pengilangan, Kejuruteraan, pembekalan tenaga dan pembinaan Perkhidmatan awam, perkhidmatan swasta dan perkhidmatan sukarela atau kebajikan

1.5 Skala Perniagaan Pasaran Domestik Skala Huraian Tempatan Membekalkan barang dan perkhidmatan mereka di kawasan tertentu sahaja. Saiz pasaran adalah kecil. Kos yang ditanggungkan adalah rendah. Negeri telah berjaya menembusi pasaran yang lebih besar pada peringkat daerah dalam sesebuah negeri. Kos yang ditanggung adalah tinggi Terlibat dalam perusahaan kecil dan sederhana (KRS) Kebangsaan Mempunyai saiz pasaran yang lebih besar. Meliputi pasaran di seluruh negara Mampu membeli stok dalam kuantiti yang lebih besar. Perniagaan dapat mendapat diskaun yang lebih tinggi daripada pembekal dan menjual kepada pelanggan pada harga yang lebih murah.

1.5 Skala Perniagaan Pasaran Antarabangsa Skala Huraian Zo n - Peniaga memberi fokus kepada pasaran di kawasan-kawasan tertentu yang telah dikenal pasti bersesuaian dengan barang dan perkhidmatan. Global Pasaran adalah luas merentasi sempadan. Mudah ditembusi dengan wujudnya Internet. Kerajaan Malaysia memberi galakan kepada peniaga untuk menembusi pasaran global.

1.6 Perkaitan Antara Penawaran Barang dan Perkhidmatan, Bentuk Pemilikan, Klasifikasi Dan Skala Perniagaan

1.7 Perkembangan Sektor Perniagaan Di Malaysia Jangka Masa Huraian Selepas Merdeka Banyak menjalankan aktiviti berasaskan pertanian Sebagai pengeluar bahan mentah seperti getah dan bijih timah. Sukar maju Era 1990-an Mula menggalakkan rakyat untuk menceburi sektor kedua untuk mengelakkan kebergantungan kepada barang import. Pelbagai galakan telah diberikan oleh kerajaan Awal 1990-an, sektor kedua mengambil alih sebagai penyumbang utama eksport Malaysia. Menjelang Abad ke-21 Berusaha menuju ke arah sebuah negara maju menjelang tahun 2020 Penekanan yang lebih tinggi dalam sektor ketiga, iaitu perkhidmatan