Buku Panduan Pengurusan RMT
88
yang terdiri dari data, video dan suara yang dibekalkan oleh sesuatu
Pihak kepada Pihak yang satu lagi bagi tujuan Perjanjian ini dan juga
segala maklumat yang terbit dari situ selagi dan setakat Pembekal
Makanan yang mana pengetahuan atau maklumat tersebut yang pada
ketika ianya didedahkan belum menjadi urusan awam;
“Pekerja” ertinya mana-mana orang yang diambil bekerja secara tetap,
sementara, kontrak oleh Pembekal Makanan atau bagi pihak Pembekal
Makanan untuk melaksanakan Perkhidmatan di Premis dan
termasuklah Pembekal Makanan;
“peralatan atau alat kelengkapan Perkhidmatan” ertinya apa-apa
peralatan atau alat kelengkapan yang digunakan bagi maksud
Perkhidmatan dan termasuklah pakaian, apron, penutup kepala, penutup
mulut, sarung tangan, kasut, sudu, garpu, pinggan, cawan, gelas, piring,
mangkuk, bekas hidangan bertutup, periuk, kuali, senduk, dapur, pisau,
alas pemotong, peti sejuk, almari, silinder gas, penyapu, kerusi, meja
(hidangan dan makan), tong sampah dan peralatan lain mengikut
keperluan;
“Premis” ertinya tempat atau kawasan Perkhidmatan dilaksanakan
seperti yang dinyatakan dalam Jadual D dan termasuklah dalam
bangunan, kantin, dewan makan, kafeteria, kelas, asrama, dapur atau
tempat atau kawasan yang diarahkan oleh Kerajaan untuk pelaksanaan
Perkhidmatan;
"Perkhidmatan” ertinya Perkhidmatan membekalkan makanan
bermasak kepada murid di Premis. Pesanan Kerajaan dalam Lampiran
A yang dipersetujui untuk dilaksanakan oleh Pembekal Makanan dan
mengikut Skop Perkhidmatan yang dinyatakan dalam Klausa 2; dan
"Pengangkutan" ertinya kenderaan yang membawa makanan sama ada
bahan mentah atau makanan bermasak dari satu tempat ke satu tempat
yang lain.
1.2 Tafsiran
(a) Apa-apa jadual, lampiran, apendiks, dokumen, nota atau
penerangan yang dirujuk dalam Perjanjian ini dan apa-apa pindaan,
perubahan, penambahan atau modifikasi bertulis padanya
hendaklah ditafsirkan dan dibaca sebagai sebahagian daripada
Perjanjian ini;
(b) Rujukan kepada Klausa atau Fasal hendaklah bermaksud rujukan
kepada Klausa-Klausa atau Fasal-Fasal dalam Perjanjian ini;