IMPLEMENTASI PENGUATKUASAAN PERAKUAN BOMBA Slide Seminar.pptx

anizanali2 0 views 36 slides Oct 07, 2025
Slide 1
Slide 1 of 36
Slide 1
1
Slide 2
2
Slide 3
3
Slide 4
4
Slide 5
5
Slide 6
6
Slide 7
7
Slide 8
8
Slide 9
9
Slide 10
10
Slide 11
11
Slide 12
12
Slide 13
13
Slide 14
14
Slide 15
15
Slide 16
16
Slide 17
17
Slide 18
18
Slide 19
19
Slide 20
20
Slide 21
21
Slide 22
22
Slide 23
23
Slide 24
24
Slide 25
25
Slide 26
26
Slide 27
27
Slide 28
28
Slide 29
29
Slide 30
30
Slide 31
31
Slide 32
32
Slide 33
33
Slide 34
34
Slide 35
35
Slide 36
36

About This Presentation

how to start with your organization fire fighting team


Slide Content

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA IMPLEMENTASI PENGUATKUASAAN FIRE CERTIFICATE (FC) BAWAH AKTA PERKHI D MATAN BOMBA (AKTA 341)

PERKONGSIAN MENGENAI PENGUATKUASAAN PERAKUAN BOMBA PENGENALAN PUNCA KUASA PERAKUAN BOMBA KESIMPULAN 1 2 3 4 5 ISU DAN CABARAN

Seksyen 27 Seksyen 32 (2) Seksyen 32 (5) Seksyen 33 PUNCA KUASA Pengenalan Tentang Akta 341 Pengenalan Tentang Perakuan – Peruntukan Seksyen Punca Kuasa – Peruntukan Seksyen Jenis Perakuan Bomba Bentuk Perakuan Permohonan Perakuan Bomba Pembaharuan Perubahan Material Jenis Kesalahan – Peruntukan Seksyen Pemalsuan Maklumat Berkaitan Perakuan Bomba

SEKILAS PANDANG Perlembagaan Persekutuan – Jadual 9 Senarai Bersama 9A. Langkah keselamatan kebakaran dan langkah mencegah kebakaran dalam pembinaan dan penyenggaraan bangunan. Perlembagaan Persekutuan – Artikel 26 Tertakluk kepada butiran 9A Senarai Bersama, pencegahan kebakaran dan pemadaman api, termasuk perkhidmatan bomba dan pasukan bomba.

Akta Perkhidmatan Bomba 1988 [Akta 341] merupakan suatu akta untuk membuat peruntukan yang perlu bagi JBPM berfungsi dengan berkesan dan cekap , untuk melindungi manusia dan harta daripada risiko kebakaran atau kecemasan dan tujuan lain yang berkaitan dengannya . 9 bahagian 63 seksyen 7 peraturan 1 perintah SEKILAS PANDANG

KESEDARAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MELINDUNGI RISIKO KEBAKARAN Pindaan kepada Akta 341 pada 2018 adalah melibatkan perkara berikut: Peruntukan bagi membolehkan pendaftaran dan kawal selia pengurusan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) diletakkan di bawah Akta 341. Pada masa ini, pendaftaran PBS adalah tertakluk bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335]; Peruntukan yang membolehkan Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK) ditubuhkan di Premis Ditetapkan bagi menggalakkan penglibatan orang awam dalam mengambil langkah- langkah mencegah kebakaran pada peringkat awal di premis masing- masing; dan (iii) Menambah baik serta menjelaskan tugas dan kuasa Pegawai Bomba dan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) dalam menyampaikan perkhidmatan kebombaan kepada masyarakat. (iv) lain-lain pindaan kecil.

TUJUAN UTAMA Keperluan Perakuan Bomba berkuat kuasa Premis Ditetapkan Kelengkapan Menentang Kebakaran atau Pepasangan Keselamatan Kebakaran Keselamatan, Perlindungan, Pencegahan, dan Pemadaman Penubuhan Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK) memastikan status KMK atau PKK sentiasa mencukupi dan berada dalam keadaan baik.

PERAKUAN BOMBA Bahagian V Seksyen 27- 34 Akta 341 memperuntukan hal pelaksanaan Perakuan Bomba – Premis Ditetapkan.

SEKSYEN 27 - Kuasa Ketua Pengarah untuk menentukan dan menetapkan penggunaan, saiz, atau tempat, tertentu sesuatu premis. Kuasa Ketua Pengarah untuk menentukan dan menetapkan penggunaan, saiz, atau tempat, tertentu sesuatu premis 27. Ketua Pengarah boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta menentukan dan menetapkan penggunaan, saiz, atau tempat, tertentu premis bagi maksud pengeluaran perakuan bomba di bawah Akta ini. Jika suatu bahagian mana- mana premis menjadi premis ditetapkan, maka mana- mana bahagian lain premis tersebut hendaklah dikira sebagai menjadi sebahagian premis ditetapkan itu.

PERINTAH PERKHIDMATAN BOMBA (PREMIS DITETAPKAN) 1998 - JADUAL PREMIS DITETAPKAN : 9 KATEGORI PREMIS DITETAPKAN 1. PERPUSTAKAAN 2000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai) 2. HOSPITAL & RUMAH RAWATAN 2000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai); 5 tingkat dan ke atas 3. HOTEL Koridor terbuka- 100 bilik dan lebih bagi setiap blok; Reka bentuk lain- 2 tingkat hingga 3 tingkat dengan 101 bilik dan lebih; 4 tingkat dan ke atas dengan 51 bilik dan lebih

PERINTAH PERKHIDMATAN BOMBA (PREMIS DITETAPKAN) 1998 - JADUAL PREMIS DITETAPKAN : 9 KATEGORI PREMIS DITETAPKAN 5. PEJABAT Ketinggian 30 meter dan ke atas atau 10,000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai) 4. ASRAMA & DORMITORI Koridor terbuka - 10 tingkat dan ke atas atau 5000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai); Reka bentuk lain - 6 tingkat dan ke atas atau 3000 meter persegi dan lebih ( keluasan jumlah lantai ) 6. KEDAI/ PERNIAGAAN 3000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai)

PERINTAH PERKHIDMATAN BOMBA (PREMIS DITETAPKAN) 1998 - JADUAL PREMIS DITETAPKAN : 9 KATEGORI PREMIS DITETAPKAN 9.STORAN & AM Tempat letak kereta bawah tanah 2000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai) yang dipasang dengan sistem semburan automatik; 1,000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai) atau 7000 meter padu dan lebih, yang dipasang dengan sistem semburan automatik 8. TEMPAT PERHIMPUNAN Bangunan di bawah aras pelepasan diri 1000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai); Tempat perhimpunan 2000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai) 7. KILANG tingkat - 2000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai) yang dipasang dengan sistem semburan automatik; tingkat dan ke atas- 2000 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai) yang dipasang dengan sistem semburan automatik; Struktur Khas - Proses berbahaya

SEKSYEN 27A 27A. Organisasi keselamatan kebakaran di premis ditetapkan Pemunya, penghuni atau orang yang mempunyai pengurusan sepenuhnya ke atas premis ditetapkan hendaklah menubuhkan suatu organisasi keselamatan kebakaran. Mana- mana pemunya, penghuni atau orang yang mempunyai pengurusan sepenuhnya ke atas premis ditetapkan yang tidak mematuhi subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua- duanya.

SEKSYEN 28 28. Keperluan bagi perakuan bomba. Tiap- tiap premis ditetapkan hendaklah memerlukan suatu perakuan bomba . Suatu perakuan bomba boleh dibaharui setiap tahun . Subseksyen (1) tidak terpakai bagi premis yang disediakan bagi, dan digunakan semata- mata atau terutamanya untuk, sembahyang keagamaan awam, atau premis yang terdiri daripada atau termasuk dalam rumah yang diduduki sebagai tempat kediaman persendirian yang berasingan: Dengan syarat bahawa jika pada pendapat Ketua Pengarah ada apa apa bahaya kebakaran dalam premis yang tersebut dalam subseksyen ini, maka Ketua Pengarah boleh menghendaki premis tersebut dikenakan pemeriksaan berkala dan apa- apa arahan yang perlu boleh diberikan kepada pemunya premis tersebut bagi pematuhan wajar akan peruntukan Akta ini.

SEKSYEN 29 28. Permohonan dan pengeluaran perakuan bomba 29. Sesuatu permohonan bagi perakuan bomba berkenaan dengan mana- mana premis ditetapkan hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah mengikut bentuk yang ditetapkan. Apabila menerima permohonan bagi perakuan bomba berkenaan dengan mana- mana premis ditetapkan Ketua Pengarah boleh menghendaki pemohon, dalam suatu tempoh yang dinyatakan, mengemukakan kepadanya apa- apa pelan premis tersebut serta apa- apa butir lain yang relevan sebagaimana yang dinyatakannya. Jika pemohon tidak mengemukakan pelan yang dikehendaki dan butir- butir relevan tersebut dalam masa yang dinyatakan, maka permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik.

Kategori Pemohon Perakuan Bomba Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Bomba (Pindaan 2020) 290/2020;- Pemohon adalah o rang yang mempunyai pengurusan sepenuhnya ke atas premis ditetapkan seperti Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC) bagi premis berstatus Pemilikan Strata. Pemohon adalah pemilik ke atas premis ditetapkan di mana ia adalah pemunya atau penghuni premis tersebut. Akta Perkhidmatan Bomba 1988 ( Akta 341 Pindaan 2018);- atau

SEKSYEN 29 Permohonan dan pengeluaran perakuan bomba 29. Jika permohonan bagi perakuan bomba telah dibuat dengan sempurnanya, maka Ketua Pengarah hendaklah menyebabkan dijalankan suatu pemeriksaan ke atas premis ditetapkan itu, dan apabila berpuas hati adanya kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran berhubungan dengan penggunaan premis ditetapkan itu, Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan suatu perakuan bomba berkenaan dengan premis ditetapkan itu tertakluk kepada apa- apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dikenakan atau yang ditetapkan . Jika Ketua Pengarah, selepas menyebabkan dijalankan suatu pemeriksaan di bawah subseksyen (4) ke atas premis yang berkenaan, tidak berpuas hati tentang adanya apa- apa kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran yang mencukupi berhubungan dengan penggunaan premis ditetapkan itu seperti yang disebut terdahulu, maka dia hendaklah, dengan menyampaikan notis kepada pemohon, memberitahu pemohon tentang keperluan yang perlu dipatuhi dalam masa yang dinyatakan sebelum perakuan bomba itu boleh dikeluarkan kepada pemohon . Dalam seksyen ini, “pemohon” ertinya pemunya, penghuni atau orang yang mempunyai pengurusan sepenuhnya ke atas premis ditetapkan itu. …SAMBUNGAN

SEKSYEN 30 CO N TOH 30. Bentuk perakuan bomba Tiap- tiap perakuan bomba yang dikeluarkan berkenaan dengan mana- mana premis ditetapkan hendaklah mengikut bentuk yang ditetapkan.

SEKSYEN 31 MENETAPKAN FI BAGI PENGELUARAN PERAKUAN BOMBA Ketua Pengarah boleh menetapkan fi yang kena dibayar bagi pengeluaran perakuan bomba dan caj bagi pemeriksaan mana- mana premis ditetapkan yang baginya perakuan itu dikeluarkan.

SEKSYEN 32 - Selagi suatu perakuan bomba ada berkuat kuasa berkenaan dengan mana- mana premis, Ketua Pengarah boleh menyebabkan mana- mana bahagian premis yang berkenaan diperiksa pada bila- bila masa yang munasabah bagi maksud memastikan sama ada terdapat perubahan keadaan yang disebabkan olehnya kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran telah menjadi tidak mencukupi berhubungan dengan apa- apa penggunaan premis yang diliputi oleh perakuan tersebut. Jika penghuni mana- mana premis ditetapkan bercadang hendak membuat sesuatu perubahan material pada premis itu semasa suatu perakuan bomba berkuat kuasa berkenaan dengannya, maka dia hendaklah, sebelum pelaksanaan cadangan itu dimulakan, memberi notis mengenai cadangan itu kepada Ketua Pengarah; dan jika pelaksanaan cadangan itu dimulakan tanpa pemberian notis sedemikian, maka penghuni itu melakukan suatu kesalahan. Perubahan keadaan yang menjejaskan kecukupan kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran

(3) Jika Ketua Pengarah berpuas hati, berkenaan dengan mana- mana premis yang mengenainya notis di bawah subseksyen (2) telah diberikan kepadanya, bahawa pelaksanaan cadangan yang diberitahu itu akan mengakibatkan kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran yang tersebut dalam subseksyen (1) menjadi tidak mencukupi berhubungan dengan apa- apa penggunaan premis yang diliputi oleh perakuan bomba yang berkenaan, Ketua Pengarah boleh melalui notis yang disampaikan kepada penghuni itu memberitahunya mengenai langkah- langkah yang sepatutnya diambil untuk mengelakkan kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran yang berkenaan itu menjadi tidak mencukupi sekiranya cadangan itu dilaksanakan, dan jika langkah- langkah tersebut diambil dengan sewajarnya berkaitan dengan pelaksanaan cadangan itu, maka Ketua Pengarah hendaklah meminda perakuan bomba itu atau, atas pembayaran fi yang ditetapkan, mengeluarkan perakuan baru . SEKSYEN 32 - Perubahan keadaan yang menjejaskan kecukupan kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran

SEKSYEN 32 - Jika Ketua Pengarah berpuas hati, berkenaan dengan mana- mana premis yang mengenainya suatu perakuan bomba ada berkuat kuasa, bahawa apa- apa kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran yang tersebut dalam subseksyen (1) telah, akibat sesuatu perubahan keadaan, menjadi tidak mencukupi berhubungan dengan apa- apa penggunaan premis yang diliputi oleh perakuan tersebut, maka Ketua Pengarah boleh melalui notis yang disampaikan kepada penghuni— memberitahunya mengenai fakta itu dan mengarahkannya supaya mengambil apa- apa langkah yang difikirkan sesuai oleh Ketua Pengarahuntukmenjadikan kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran yang berkenaan itu mencukupi; dan Perubahan keadaan yang menjejaskan kecukupan kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran

SEKSYEN 32 - (b) memberitahunya bahawa jika langkah- langkah tersebut tidak diambil, perakuan bomba itu boleh dibatalkan, dan jika langkah- langkah tersebut diambil dengan sewajarnya hendaklah, jika perlu, meminda perakuan bomba itu atau, atas pembayaran fi yang ditetapkan, mengeluarkan perakuan baru. (5) Mana- mana orang yang tidak mematuhi arahan yang diberi oleh Ketua Pengarah di bawah perenggan (4)(a) melakukan suatu kesalahan. Perubahan keadaan yang menjejaskan kecukupan kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran

SEKSYEN 33 Kesalahan berhubungan dengan perakuan bomba 33. Jika tiada perakuan bomba berkuat kuasa berkenaan dengan mana- mana premis ditetapkan, maka pemunya premis tersebut melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit RM50,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua- duanya.

SEKSYEN 34 34. Hak merayu. Mana- mana orang yang terkilan— dengan keengganan Ketua Pengarah untuk mengeluarkan perakuan bomba di bawah subseksyen 29(4); dengan syarat yang dikenakan oleh Ketua Pengarah atas perakuan bomba yang dikeluarkan kepadanya; atau dengan apa- apa keputusan yang dibuat oleh Ketua Pengarah di bawah subseksyen 32 (3) atau (4); boleh, dalam masa dua puluh satu hari dari pemberitahuan keengganan atau keputusan itu, merayu secara bertulis kepada Menteri yang keputusannya mengenai perkara itu adalah muktamad.

SEKSYEN 35- Kuasa mahkamah melarang atau menyekat penggunaan premis tertentu (1) Jika Ketua Pengarah berpuas hati berkenaan dengan mana- mana ditetapkan atau tidak, premis, sama ada bahawa risiko kepada manusia atau harta sekiranya berlaku kebakaran adalah begitu serius hingga penggunaan premis itu patut dilarang atau disekat sehingga langkah- langkah telah diambil untuk mengurangkan risiko itu ke paras yang berpatutan, maka Ketua Pengarah boleh, dengan cara membuat aduan, memohon kepada mahkamah bagi suatu perintah larangan.

PERAKUAN BOMBA Undang- Undang Subsidiari berkaitan Perakuan Bomba; Perintah Perkhidmatan Bomba (Premis Ditetapkan) 1998 – PUA 276/1998. Peraturan- Peraturan Perkhidmatan Bomba (Perakuan Bomba) 2001- 241/2001. Peraturan- Peraturan Perkhidmatan Bomba (Perakuan Bomba)(Pindaan) 2002 – PUA 334/2002. Undang- Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (Pindaan 2021) Peraturan- Peraturan Perkhidmatan Bomba (Perakuan Bomba) (Pindaan) 289/2020 dan 290/2020.

ISU & CABARAN PERAKUAN BOMBA Negeri JUMLAH PREMIS DITETAPKAN ( Sehingga Mac 2025) JUMLAH FC BERKUATKUASA TIADA FC BERKUATKUASA Jumlah Premis % Jumlah Premis % Johor 2253 769 34.13 1484 65.87 Melaka 333 263 78.98 70 21.02 Negeri Sembilan 444 383 86.26 61 13.74 Selangor 2027 1146 56.54 881 43.46 Kuala Lumpur 1077 611 56.73 466 43.27 Putrajaya 116 80 68.97 36 31.03 Perak 349 250 71.63 99 28.37 Pulau Pinang 811 709 87.42 102 12.58 Kedah 303 273 90.10 30 9.90 Perlis 26 19 73.08 7 26.92 Kelantan 90 82 91.11 8 8.89 Terengganu 114 102 89.47 12 10.53 Pahang 292 165 56.51 127 43.49 Sarawak 497 330 66.40 167 33.60 Sabah 504 252 50.00 252 50.00 Labuan 37 32 86.49 5 13.51 JUMLAH KESELURUHAN 9,273 5,466 58.95 3,807 41.05

41 kes RM 243 , 9 00 4 7 kes RM 339 , 5 00 202 2 202 3 202 4 202 5 SEHINGGA MAC 1 68 JUMLAH KES PENDAKWAAN RM 1,022 , 00 DENDA TERKUMPUL KES PENDAKWAAN PERLANGGARAN AKTA 341 – PERAKUAN BOMBA 56 kes RM 290,600 24 kes RM 146 , 00

DATA KES PENDAKWAAN BAGI PREMIS DI TETAPKAN 2023 -2025 NEGERI SEMBILAN TAHUN 2023 JUMLAH DENDA TAHUN 2024 JUMLAH DENDA TAHUN 2025 ( Senigga Mac) JUMLAH DENDA PERLIS 1 RM10,000 RM0 KEDAH 8 RM18,700 7 RM57,000 3 RM49,000 PULAU PINANG 1 RM23,000 3 RM52,000 PERAK 3 RM23,300 3 RM34,000 2 RM35,000 SELANGOR 14 RM79,500 4 RM29,000 WP KUALA LUMPUR 13 98,500 1 RM6,000 5 RM30,000 NEGERI SEMBILAN 1 RM2,500 MELAKA 2 RM7,500 JOHOR 1 RM5,000 3 RM9,000 2 PAHANG 1 RM15,000 2 RM24,000 TERENGGANU 1 RM3,000 KELANTAN RM0 SABAH 4 RM15,000 6 RM38,000 SARAWAK 6 RM34,000 5 RM27,000 WP LABUAN 1 RM1,400 RM0 WP PUTRAJAYA JUMLAH 41 RM243,900 46 RM339,500 16 RM143,000

ISU PENDAKWAAN Tidak memiliki Perakuan Bomba . Tidak memberi Notis pe makluman perubahan ubahsuai bangunan semasa Perakuan Bomba masih berkuatkuasa. S tatus Kelengkapan Menentang Kebakaran atau Pepasangan Keselamatan Kebakaran tidak mencukupi tidak diadakan. Status Kelengkapan Menentang Kebakaran atau Pepasangan Keselamatan Kebakaran tidak berada dalam keadaan baik.
Tags