MARIAM JUWAIRIAH BINTI MOHD SEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH, PEKAN KAJIAN TINDAKAN: MENINGKATKAN KEYAKINAN PEMIMPIN MURID TINGKATAN 3 & 4 INTROVERT UNTUK BERCAKAP DI KHALAYAK MELALUI INTERVENSI KAUNSELING KELOMPOK BERSTRUKTUR DI SEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH, PEKAN
Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan keyakinan diri dalam pemimpin murid dari kalangan murid Tingkatan 3 dan 4 yang mempunyai ciri introvert untuk bercakap di khalayak ramai . Seramai 10 orang dari kalangan pemimpin murid yang dikenal pasti melalui pemerhatian , Inventori Trait Personaliti dan cadangan guru kelas dipilih sebagai klien . Intervensi dijalankan dalam 6 sesi selama tiga minggu , berfokuskan aktiviti yang m embantu murid mengenali diri, kekuatan, kelemahan, dan potensi kepimpinan mereka , latihan komunikasi , dan simulasi situasi bercakap di hadapan orang ramai . Data dikumpul melalui pemerhatian dan temu bual . Dapatan menunjukkan peningkatan dalam tahap keyakinan murid, khususnya dari segi keupayaan berinteraksi secara terbuka , ekspresi idea, dan keterlibatan dalam aktiviti kepimpinan . Kajian ini membuktikan bahawa pendekatan kaunseling kelompok berstruktur berupaya membantu murid introvert mengembangkan potensi diri sebagai pemimpin muda yang berkeyakinan . ABSTRAK
IMPAK Dapat meningkatkan Keyakinan Diri Pemimpin Murid - Di kenalpasti dalam pemerhatian guru subjek semasa di dalam kelas Meningkatkan Kemahiran Komunikasi Pemimpin Murid - Lebih yakin dalam ucapan / aktiviti yang melibatkan pengucapan awam