KEPIMPINAN KEPENGAKAPAN OLEH : KHAIRUL FAISAL BIN YAHYA PEN. PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH( PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN) MERANGKAP SETIAUSAHA KEHORMAT MAJLIS PENGAKAP DAERAH HILIR PERAK
Tujuan Dan Dasar KEpengakapan
TUJUAN DAN DASAR PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA Akta Parlimen No. 38 Tahun 1968 dengn Pindaan-Pindaan No.143 Tahun 1974 dan No. 409 Tahun 1989 dalam Undang-Undang Malaysia yang diperbadankan sebagai Akta (Perbadanan) Persekutuan Pengakap Malaysia. Dasar Pertubuhan Undang-Undang (P.O.R.)
APA ITU KEPENGAKAPAN Suatu Program Aktiviti yang penuh Cabaran dan Keseronokan. Pergerakan Belia Antarabangsa bagi melatih Muda-Remaja menjadi Warganegara yang berguna
APA ITU KEPENGAKAPAN Suatu Aktiviti Fizikal dan Mental serta keinginan untuk Meneroka, Menyelidik dan memajukan Diri Muda-Remaja. Memberikan Suatu Pengalaman Baru yang Mencabar (Advanturous). Bagaimana untuk mengatasi Cabaran dan Penggunaan Peralatan dengan selamat
APA ITU KEPENGAKAPAN Merupakan Suatu Pemelajaran, Peluang Muda-Remaja Belajar lebih efektif melalui Perbincangan dan mempraktikkan apa yang dipelajari.
APA ITU KEPENGAKAPAN Merupakan Suatu Program yang mempunyai Ciri-Ciri: Situasi Sebenar Kehidupan Muda Remaja . Membantu Menyelsaikan Masalah . Mencapai Kejayaan melalui Minat. Menyalurkan idea-idea baru secara terus .
APA ITU KEPENGAKAPAN Merupakan Suatu Program yang mempunyai Ciri-Ciri: Pengalaman yang seimbang mengikut peringkat umur . Tersusun , progresif dan sistematik . Kreatif dan memupuk bakat Kepimpinan .
APA ITU KEPENGAKAPAN Merupakan Suatu Dunia Baru: Mempunyai Ruang untuk Berinteraksi, Bergaul dengan Rakan Sebaya, Bebas dari Kongkongan Kehidupan Keluarga Seharian.
APA ITU KEPENGAKAPAN Merupakan Suatu Kumpulan Untuk : Mencari Pengalaman Baru. Melakukan sesuatu dalam Kumpulan Kecil (Patrol) Bersama dan Belajar dari Rakan Sebaya .
APA ITU KEPENGAKAPAN Merupakan Suatu Kumpulan Untuk : Memperkembangkan Diri dan Menyesuaikan Diri mengikut kehendak Individu . Melibatkan Diri dalam Mencapai Sesuatu Kejayaan . Hidup Bersama dan Memberikan Sumbangan dalam Kumpulan.
APA ITU KEPENGAKAPAN Merupakan Kepimpinan Memperkembangkan Kemahiran dan Bakat Kepimpinan dan Memainkan Peranan sebagai Pemimpin dalam Kumpulan Kecil.
APA ITU KEPENGAKAPAN Merupakan Suatu Keseronokan Keseronokan Merupakan Suatu Program Pengakap yang menggunakan Cara dan Kaedah Pengakap.
B-P Berkata “ Jika Pengakap itu Tidak Ada Keseronokan maka ia akan Kehilangan Daya Tarikan dan Kejayaan “ APA ITU KEPENGAKAPAN
PRINSIP ASAS KEPENGAKAPAN 1. DEFINASI PENGAKAP. Pergerakan Sukarela Bebas dari Politik . Melatih Golongan Muda Remaja . Terbuka kepada Semua .
PRINSIP ASAS KEPENGAKAPAN 2. MATLAMAT PENGAKAP. Untuk Melatih golongan Muda-Remaja bagi melahirkan Individu yang Berpotensi dari segi Fizikal, Intelek, Sosial dan Rohani serta Bertanggungjawab terhadap Dirinya, Masyarakatnya, Agamanya, Negaranya dan Masyarakat Antarabangsa .
PRINSIP ASAS KEPENGAKAPAN 3. PRINSIP-PRINSIP KEPENGAKAPAN . Kepercayaan Kepada Tuhan. Tanggungjawab Kepada Masyarakat dan Negara Perkhidmatan Kepada Diri Sendiri. Berdasarkan Kepada Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap.
PRINSIP ASAS KEPENGAKAPAN 4. CARA ATAU KAEDAH PENGAKAP. Suatu Sistem Pemelajaaran Memajukan Diri Sendiri Melalui: Persetiaan dan Undang-Undang Belajar Sambul Membuat./Bermain. Mempunyai Kumpulan Kecil ( Sistem Patrol ) Skim Latihan Kemajuan yang prograsif (Sukatan Pelajaran)
Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia - Menjadi Ahli Persekutuan Persekutuan Pengakap Malaysia di dalam perkara 13; Seksyen 2; Bahagian 2: Menjadi Ahli Persekutuan, Persekutuan Pengakap Malaysia ( dibaca bersama semakan Akta Parlimen , Akta No. 409 tahun 1989; Akta Persekutuan Pengakap Malaysia ( Pemerbadanan ) 1968) menetapkan : Untuk menjadi ahli Persekutuan hendaklah dengan sukarela dan jangan ada beza-membeza disebabkan oleh bangsa , agama atau keturunan . Mereka akan terus kekal sebagai ahli Persekutuan selagi mereka menjalankan khidmat mereka dengan betul mengikut pangkat dan jawatan yang dinyatakan dibawah ini : Pengakap yang menjadi ahli dalam Kumpulan yang berdaftar atau Pengakap Kelana atau mereka sendiri berdaftar sebagai Pengakap Perseorangan (Lone Scout), Pengakap Kelana Perseorangan (Lone Rover Scout), Pengakap laut atau Pengakap Udara. Pemimpin Pengakap (Scouters). Orang-orang yang memegang pangkat tidak bertauliah atau kehormat seperti tersebut dalam Bahagian 3 merangkumi peringkat Kumpulan, Daerah, Kawasan, Bahagian atau Wilayah, Negeri dan Negara.
Peyuran-Peyuran Persekutuan Pengakap Malaysia di dalam perkara 27; Seksyen 5; Bahagian 2: Dasar Kewangan , Persekutuan Pengakap Malaysia ( dibaca bersama semakan Akta Parlimen , Akta No. 409 tahun 1989; Akta Persekutuan Pengakap Malaysia ( Pemerbadanan ) 1968) menetapkan : Penderma sebanyak RM 1,000 ke atas kepada tabung Majlis Pengakap Negara akan menjadi Ahli Seumur Hidup kepada Persekutuan. Penderma sebanyak RM 150 ke atas akan menjadi Ahli Bersekutu selama tempoh 10 tahun . Sijil dan kad keahlian akan dikeluarkan kepada Ahli Seumur Hidup dan Ahli Bersekutu .
Warganegara Asing Persekutuan Pengakap Malaysia di dalam perkara 15; Seksyen 2; Bahagian 2: Menjadi Ahli Persekutuan, Persekutuan Pengakap Malaysia ( dibaca bersama semakan Akta Parlimen , Akta No. 409 tahun 1989; Akta Persekutuan Pengakap Malaysia ( Pemerbadanan ) 1968) menetapkan : Warganegara negara asing boleh diterima sebagai ahli bergantung kepada persetujuan Ketua Pengakap Negara dan mereka akan melafazkan Persetian Pengakap seperti berikut : On my honour, I promise that I will do my best: - to do my duty to God, and to the lawfully constituted Government of Malaysia, to help other people at all times, and to obey the Scout Law. Nama penuh , nombor pasport dan alamatnya yang diterima masuk , bersama-sama dengan nama kumpulans di negara asalnya yang mana dia mungkin telah menjadi ahli , hendaklah dihantar kepada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara. Pengeluaran sebarang Tauliah atau Lencana pangkat kepada seorang warganegara negara asing yang diterima masuk adalah berkehendakkan kebenaran khas daripada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara. Warganegara asing tidak boleh sesama mereka menubuhkan suatu Kumpulan Pengakap sendiri dan bersekutu dengan Persekutuan Pengakap Negara asalnya atau memakai pakaian seragam Pengakap Kebangsaannya di Malaysia, kecuali pihak kedutaan Negara berkenaan mengambil alih kuasa penubuhannya . Jika pengakap itu melawat Malaysia meraka hendaklah memaklumkan kepada Pesuruhjaya Antarabangsa .
Penentuan Persekutuan Pengakap Malaysia di dalam perkara 16; Seksyen 2; Bahagian 2: Menjadi Ahli Persekutuan, Persekutuan Pengakap Malaysia ( dibaca bersama semakan Akta Parlimen , Akta No. 409 tahun 1989; Akta Persekutuan Pengakap Malaysia ( Pemerbadanan ) 1968) menetapkan : Selain daripada cara-cara lain yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan ini , kemasukan sesorang ahli itu boleh diputuskan dengan membuat usul oleh Majlis Pengakap Negara. Majlis Pengakap Negara tidak terikat untuk memberikan sebarang sebab di atas sebarang tidakan di bawah Peraturan-Peraturan ini .
Dasar Keagamaan PERKEMBANGAN KEAGAMAAN Cabutan daripada Akta Parlimen No. 38 Tahun 1968 pindaan-pindaan No. 143 Tahun 1974 dan No. 409 tahun 1989 dalam Undang-Undang Malaysia yang diperbadankan sebagai Akta ( Perbadanan ) Persekutuan Pengakap Malaysia. Dasar Pertubuhan Undang-Undang (P.O.R)
Dasar Ugama 17. (1) Persekutuan ini tidak terhad kepada sesuatu ugama , Walau bagaimana pun, adalah diharapkan bahawa tiap-tiap seorang pengakap hendaklah mengamalkan kerja-kerja ugama yang mereka anutinya dan menghormatkan kepercayaan orang-orang lain. Dalam suatu kumpulan yang mengandungi ahli-ahlinya dari satu ugama sahaja . Pemimpin Kumpulan ini boleh mengaturkan sembahyang dan pelajaran bagi ugama itu yang difikirkan baik dengan berunding dengan pegawai ugama yang berkenaan .
Dasar Ugama 17. (2) Dalam suatu kumpulan yang mengandungi ahli-ahli daripada berbagai-bagai ugama , adalah menjadi tanggungjawab Pemimpin-Pemimpin menggalakkan mereka membuat ibadah mengikut cara ugama mereka masing-masing dan janganlah diadakan satu sembahyang yang khas bagi kesemuanya dalam kumpulan itu . Jika ada tegahan tidak membenarkan pengakap itu menghadiri perkumpulan ugama selain daripada perkumpulan ugamanya sendiri . Maka Pemimpin-Pemimpin Pengakap dalam Kumpulan hendaklah menjaga supaya tegahan itu dipatuhi selagi pengakap itu berada di bawah kawalannya .
Bahawa Dengan Sesungguhnya Saya berjanji dan Bersetia , yang saya Dengan Seberapa Daya Upaya Saya, Akan TA’AT KEPADA TUHAN RAJA DAN NEGARA MENOLONG ORANG PADA SETIAP MASA MENURUT UNDANG-UNDANG PENGAKAP PERSETIAAN PENGAKAP
UNDANG-UNDANG PENGAKAP Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai , bermaruah dan mempunyai kehormatan diri . Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang di-Pertuan Agong serta raja-raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakapnya , ibu bapanya , majikannya dan orang-orang di bawahnya . Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa . Pengakap adalah sahabat pada sekelian orang dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri , pangkat dan agamanya sekalipun . Pengakap adalah seorang yang baik dan sampurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi .
UNDANG-UNDANG PENGAKAP Pengakap adalah baik dan kasih pada binatang . Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapanya , ketua patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya tanpa apa-apa soalan . Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis air mukanya walau dalam masa kesusuhan . Pengakap adalah seorang yang berjimat dan bercermat . Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya , perkataannya dan perbuatannya .
HORMAT PENGAKAP Seorang pengakap memberi hormat dengan menggunakan tangan kanan. Tiga jari yang digunakan menjelaskan dan mengingatkan ketiga-tiga bahagian Persetiaan Pengakap.
HORMAT PENGAKAP Hormat digunakan semasa : Bertemu pengakap lain sama ada dalam atau luar negeri. Bagi menunjukkan persaudaraan dan penghormatan . Apabila menemui pemimpin , penolong pemimpin dan ketua patrol. Selepas mengibar bendera atau semasa menaikkan bendera negeri, dan bendera pengakap . Dalam istiadat menerima anugerah , lencana dan sijil .
Rekod dan Dokumen Kumpulan
BORANG PPM-1(A)
BORANG PPM-1(B)
Penubuhan & Pentadbiran Organisasi PPM Negeri, PPM Daerah & Kumpulan
Penubuhan & Pentadbiran Organisasi PPM Negeri, PPM Daerah & Kumpulan PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA : - Tertakluk kepada Akta Parlimen No. 38 Tahun 1968. Pindaan Akta Parlimen No. 143 Tahun 1974 ., Pindaan 409 Tahun 1989
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Didaftar atas nama PERSEKUTUAN PENGAKAP NEGERI. Cth : “PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN” Mempunyai seorang Pesuruhjaya Pengakap Negeri (SC) yg dilantik oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara. (SC) mempunyai kuasa melantik beberapa orang Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri mengikut keperluan . Setiap Negeri akan menubuhkan satu Majlis Pengakap Negeri yang terdiri dari orang awam (lay member).
Tugas-tugas Majlis Pengakap Negeri Memajukan Pergerakan Pengakap Negeri. Mengatur kerjasama dengan pertubuhan lain, Latihan dan lain-lain. Menubuhkan Jawatankuasa Kerja yang lain-lain-latihan, program, kewangan dan sebagainya. Bertindak bersama-sama dengan Pesuruhjaya Pengakap Negeri dalam semua perkara berkenaan Pengakapan. Lain-lain yang difikirkan baik untuk Pergerakan.
Contoh Carta Struktur Majlis Pengakap Negeri
Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Didaftarkan atas nama Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah, misalnya “ PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH HILIR PERAK”. Mempunyai seorang Pesuruhjaya Pengakap Daerah (DC). Dilantik oleh (SC) (DC) mempunyai kuasa melantik beberapa orang Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah (ADC) mengikut keperluan . Setiap Daerah akan menubuhkan satu Majlis Pengakap Daerah yang terdiri dari orang awam (lay member).
Tugas-tugas Majlis Pengakap Daerah Memajukan Pergerakan Pengakap dalam Daerah. Mengaturkan kerjasama dalam pertubuhan lain, latihan dan lain-lain. Menubuhkan Jawatankuasa Kerja yang lain iaitu- latihan, program, kewangan dan sebagainya. Bertindak bersama-sama dengan Pesuruhjaya Pengakap Daerah dalam semua perkara berkenaan Pengakapan. Lain-lain yang difikirkan baik untuk Pergerakan.
Contoh Carta Struktur Majlis Pengakap Daerah
6. Struktur Carta Pentabiran Pengakap Berseragam Negeri hingga ke Kumpulan
Unit-Unit Pengakap Pengakap Kanak-Kanak untuk budak-budak lelaki dan perempuan (9-12 Tahun). Pengakap Muda untuk muda remaja lelaki dan perempuan (12+ - 15 Tahun). Pengakap Remaja untuk muda remaja lelaki dan perempuan (15+ - 18 Tahun). Pengakap Kelana untuk muda remaja lelaki dan perempuan (18 Tahun ke atas)
SISTEM YANG DIGUNAKAN OLEH SETIAP UNIT. Pengakap Kanak-Kanak - Menggunakan sistem Sekawan Pengakap Muda - Menggunakan sistem Patrol Pengakap Remaja - Menggunakan sistem Patrol Pengakap Kelana - Menggunakan sistem Eksekutif
Penubuhan Kumpulan Rancangan am Unit Kumpulan adalah termasuk dalam sebuah Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kandungan dalam Kumpulan : DPP 178 Mengandungi unit pengakap kanak-kanak, pengakap muda, pengakap remaja dan pengakap kelana. Sungguhpun begitu bila-bila masa, kumpulan itu mengandungi satu atau dua unit sahaja.
Pendaftaran Kumpulan : DPP 178 Seorang dewasa yang telah menjangka umur 18 tahun 6 bulan bolah menjadi pemimpin dan dia bolahlah menubuhkan kumpulan. Beliau boleh menulis kepada Pesuruhjaya Daerah atau Setiausaha PPM Daerah untuk menyatakan tujuan serta meminta penerangan tentang cara menubuhkan kumpulan pengakap. Apabila Pesuruhjaya Pengakap Daerah dan PPM daerah telah berpuashati, barulah borang PPm-8 akan diberikan kepada bakal pemimpin. Setelah lengkap diisi oleh Kuasa Penganjur dan bakal pemimpin, ianya hendaklah dihantar kepada setiausaha PPM Daerah / Pesuruhjaya Pengakap Daerah untuk dimajukan ke ibu pejabat PPM melalui Pesuruhjaya Pengakap Negeri.
Setelah mendapat kelulusan Majlis PPM Daerah dan Pesuruhjaya Pengakap Daerah, bakal pemimpin tersebut hendaklah menerima tujuan-tujuan, cara-cara dan Dasar Majlis PPM Daerah Kumpulan yang didaftarkan di ibu pejabat PPM diakui sebagai unit pengakap semasa ianya didaftarkan melalui PPM Daerah dalam Majlis Pengakap Negeri. Jenis Pendaftaran : DPP 179 Kumpulan yang dianjur ialah kumpulan di universiti, maktab, sekolah dan institusi. Kumpulan ini ada Kuasa Penganjurnya. Contohnya di sekolah ialah Guru Besar atau Pengetua. DPP 193 : Pendaftaran kumpulan terbuka iaitu kumpulan bersendirian di atas perakuan Pesuruhjaya Pengakap Daerah.
Jawatankuasa Kumpulan Ditubuhkan dengan secepat mungkin , 3 bulan setelah Kumpulan di tubuhkan . Sekurang-kurangnya 4 orang; - Pengerusi - Setiausaha - Bendahari Terdiri daripada : -wakil ibubapa -guru pemimpin -orang-orang yang berminat / berpengalaman / telah dilatih .
Ahli Jawatankuasa Kumpulan dilantik oleh Pemimpin Kumpulan. Bertanggungjawab atas harta kumpulan . menolong dalam hal kewangan . Pemimpin Kumpulan dengan sendiri adalah ahli . Tidak terlibat dlm . Latihan- latihan pengakap .
Pendaftaran Kumpulan Mengisi Borang Pendaftaran Tahunan Kumpulan Borang PPM 1(A) & Borang Kawalan Borang PPM 1(B). Kumpulan mestilah menjelaskan yuran keahlian dari tahun ke tahun. - Yuran Pendaftaran Kumpulan RM 30.00 setahun. - Yuran keahlian Pengakap Kanak- kanak/Muda/Remaja RM 5.00 setahun. - Yuran keahlian Pemimpin, Ahli Biasa (Lay member) dan Pengakap Kelana RM 10.00 setahun.
Contoh : Jawatankuasa Majlis Pemimpin - Pemimpin dalam Kumpulan terdiri daripada :
Tauliah Pemimpin Pemimpin harus memohon tauliah sebagai pemimpin dlm Kumpulan. Mengisi borang Permohonan Tauliah Sebagai Pemimpin , Borang PPM-9 (a)/4A. - Tauliah pemimpin terdiri dari : 1. Tauliah Tetap 2. Tauliah Sementara
Tanpa Tauliah tidak boleh menjalankan latihan / aktiviti . menjadi kesalahan bagi pemimpin yang tidak memiliki sebarang tauliah (Tetap atau Sementara ) membawa ahli-ahli pengakap ke luar kawasan kumpulan dengan tujuan hendak menjalankan latihan / aktiviti Jika berlaku sebarang kemalangan dan pemimpin tidak mempunyai sebarang tauliah , Persekutuan Pengakap Malaysia tidak bertanggung jawab
CONTOH BORANG TAULIAH PPM 9(a)
SISTEM PATROL/ ENAM SEKAWAN
SISTEM BERPATROL Dalam Akta Parlimen No. 38 Tahun 1968 dan pindaan No. 143 Tahun 1974 dan No. 409 Tahun 1989 Persekutuan Pengakap Malaysia. Dasar Pertubuhan dan Peraturan (P.O.R.) SEKSYEN II Tajuk : PATROL 240. (1) Pasukan itu mengandungi Patrol-Patrol tiap-tiap satunya ada 6 hingga 8 orang Pengakap termasuk Ketua Patrol dan Penolongnya . (2) Patrol itu adalah satu unit bagi segala kegiatan .
SISTEM BERPATROL Sistem PATROL adalah merupakan sistem latihan asas Pengakap sejak ianya mula ditubuhkan. Setiap kumpulan Pengakap seharusnya mempunyai dua atau lebih PATROL terdiri daripada 6 hingga 8 orang Pengakap setiap PATROL. Bagi unit Pengakap Kanak-kanak, Kumpulan dirujuk sebagai PEK manakala PATROL digelar Enam Sekawan .
APAKAH SISTEM BERPATROL? Sistem / Prinsip /Unit Asas Latihan Pengakap Kelompok Kecil Yang Terancang Di Dalam Kumpulan Bergerak Bersama- sama Latihan Kepimpinan Untuk Semua Ahli
SATU GERAKERJA BERKUMPULAN YANG TERANCANG DAN BERGERAK BERSAMA-SAMA UNTUK MEMAJUKAN DIRI DALAM LATIHAN PENGAKAP APAKAH SISTEM BERPATROL?
TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN SEORANG KETUA PATROL MERANCANG DAN MENGETUAI MESYUARAT DAN AKTIVITI PATROL SENTIASA MEMBERI MAKLUMAN PADA AHLI PATROL BAHAGIKAN TUGAS SESAMA AHLI PATROL MEWAKILI PATROL DALAM MAJLIS KETUA-KETUA PATROL MENYIAPKAN AHLI PATROL UNTUK MENYERTA AKTIVITI KUMPULAN
TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN SEORANG KETUA PATROL MENJAGA KEBAJIKAN AHLI PATROL MENGETAHUI KEBOLEHAN SETIAP AHLI PATROL MENJADI CONTOH DAN TAULADAN MEMAKAI PAKAIAN SERAGAM SECARA BETUL MEMATUHI DAN MENEGAKKAN PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP
TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN SEORANG KETUA PATROL BEKERJASAMA DENGAN KETUA PATROL LAIN UNTUK MELANCARKAN PENTADBIRAN KUMPULAN MEMASTIKAN AHLI PATROL MENCAPAI PRESTASI BAIK DALAM PENCAPAIAN LENCANA MENGGALAKKAN SEMANGAT SISTEM BERPATROL
JAWATANKUASA YANG PERLU ADA DALAM SESEBUAH PATROL KETUA PATROL PENOLONG KETUA PATROL MEMBANTU PEMIMPIN PENGAKAP DAN KETUA KUMPULAN (TROOP LEADER) MEMIMPIN DAN MELATIH AHLI DALAM PATROLNYA MEMBANTU KETUA PATROL DALAM MELAKSANAKAN TUGAS
JAWATANKUASA YANG PERLU ADA DALAM SESEBUAH PATROL KUARTERMASTER (QM) SCRIBE BERTANGGUNGJAWAB MENGURUSKAN HAL BERKAITAN KEWANGAN, PEMAKANAN, PENCAPAIAN LENCANA SERTA PERALATAN PATROL. MENCATAT SETIAP PERKARA YANG DIBINCANGKAN DI DALAM PATROL AHLI PATROL
TIPS UNTUK MENJADI KETUA PATROL YANG BAIK TUNAIKAN JANJI JADI PENYAMPAI DAN PENGGERAK YANG BAIK FLEKSIBEL DAN PANJANG AKAL JADI SEORANG YANG TERANCANG AGIHKAN TUGAS
TIPS UNTUK MENJADI KETUA PATROL YANG BAIK BERSIKAP ADIL JADI TREND SETTER YANG BAIK KONSISTEN DAN TIDAK SEPARUH HATI MURAH MEMBERIKAN PUJIAN TIDAK MALU MINTA BANTUAN
FAEDAH SISTEM BERPATROL Memberi kuasa yang bebas kepada Ketua Patrol. Sebagai Latihan Kepada Ketua Patrol menggunakan kuasa ke atas Patrolnya . Melatih Ketua Patrol melaksanakan Tanggungjawabnya . Melatih ahli-ahli Pengakap Menurut Perintah Ketua Patrol
LANTIKAN KETUA PATROL DAN PENOLONG KETUA PATROL Ketua Patrol / Ketua Enam Sekawan dilantik oleh Pemimpin Pengakap setelah berunding dengan Majlis Ketua Patrol. Penolong Ketua Patrol / Ketua Enam Sekawan dipilih oleh Ketua Patrol dengan persetujuan Pemimpin dan Majlis Ketua Patrol Ketua Patrol / Ketua Enam Sekawan dilantik untuk menjaga satu patrol/ sekawan dengan berkesan .
MENTADBIR PATROL Pemimpin Pengakap bertanggungjawab memberi latihan kepada Ketua Enam Sekawan . Ketua Enam Sekawan bertanggungjawab melatih ahli-ahli Enam Sekawannya melalui kegiatan-kegiatan dalam perjumpaan PEK atau perjumpaan Enam Sekawan dan perkhemahan PEK/ Enam Sekawan .
Ketua Patrol / Ketua Enam Sekawan merancang kegiatan untuk perjumpaan patrol dan perkhemahan patrol dengan persetujuan Pemimpian dan Majlis Ketua Patrol/ Ketua Enam Sekawan . Semua arahan Pemimpin hendaklah melalui Ketua Patrol / Ketua Enam Sekawan . Latihan-latihan kepada ahli pengakap terletak di bawah tanggungjawab Ketua Patrol / Ketua Enam Sekawan . MENTADBIR PATROL
PRESTASI ENAM SEKAWAN Kehadiran ahli-ahli dalam perjumpaan Pencapaian ahli-ahli dalam Lencana Kemajuan . Pencapaian ahli-ahli dalam Lencana Kepandaian . Kejayaan dalam pertandingan dan permainan pengakap Pengurusan rekod dan dokumen SEKAWANNYA.
MAJLIS KETUA ENAM SEKAWAN Satu badan yang mengandungi keahlian yang terdiri daripada Ketua–Ketua Enam Sekawan dan Ketua PEK ( jika ada ) Bertanggungjawab manjaga maruah PEK. Merancang dan melaksanakan kegiatan-kegiatan Enam Sekawan dan PEK. Peluang latihan Kepimpinan .
KESAN-KESAN BERPATROL DALAM KOMUNITI. Menghormati ketua , imam, guru dll . Hormat menghormati sesama ahli komuniti . Semangat kerjasama dan tolarensi . Menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan berdisiplin . Mengamalkan dasar demokrasi Mewujudkan keharmonian Negara.
TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN PKK
JENIS-JENIS PEK PEK YANG MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA SATU KUMPULAN PEK YANG BERDIRI SENDIRI SEBAGAI SATU KUMPULAN
PERANAN UTAMA PEMIMPIN PEK MENUBUHKAN JAWATANKUASA PEK DAN MAJLIS PEK MENDAFTARKAN KUMPULAN/PEK DAN SEMUA AHLI-AHLINYA
TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN SESEORANG PEMIMPIN PENGAKAP BERPERANAN DAN BERTANGGUNGJAWAB - Terhadap Ahli Individu - Terhadap Penolong Pemimpin Unit. - Terhadap Ibu Bapa Ahli . - Terhadap Diri Sendiri - Terhadap Unitnya .
TERHADAP AHLI INDIVIDU: Memahami Individu Kanak-kanak Mendorong Kanak-kanak membuat keputusan melalui Program Unit. Menerima dan Menghormati Keputusan dan Perasaan Kanak-kanak . Mengukuhkan Nilai-Nilai Positif dalam Keputusan Kanak-kanak .
Mengutamakan Kepimpinan Kanak-kanak . Mengagihkan Tanggungjawab Kepimpinan Kepada Ahli Kanak-kanak . Menerima Kegagalan dalam Kepimpinan secara berobjektif dan bertelorensi . Menjadi “ ROLE MODEL” kepada Kanak-kanak dengan Menguasai Kemahiran dan pengetahuan yang akan disampaikan kepada Kanak-kanak . TERHADAP AHLI INDIVIDU:
TERHADAP PENOLONG PEMIMPIN UNIT: Mengenalpasti Kekuatan dan Kelemahan Penolong Pemimpin Unit. Mengagihkan Tanggungjawab dengan jelas bagi Halatuju yang nyata . Menjadi Sebahagian daripada Kumpulan dengan melibatkan dalam perancangan . Berkongsi Kepimpinan melalui Latihan Kepimpinan dan Majlis Kumpulan.
TERHADAP IBU BAPA AHLI: Mengenali Ibu Bapa Ahli Kanak-kanak Memaklumkan Rancangan dan Prestasi Ahli Unit. Memberi Peluang kepada Ibu Bapa bersama dalam Program/ Aktiviti Pengakap Memberi Keyakinan kepada Ibu Bapa tentang Kebolehpercayaan anaknya .
Melengkapkan diri dari segi Kemahiran dan Pengetahuaan Kepengakapan Melalui Latihan dan Kursus . Memastikan semua Ahli Unit/ Pemimpin mendapat Latihan yang sempurna . Perhubungan yang Intim dengan Kuasa Penganjur dan lain-lain Pemimpin Unit, Pesuruhjaya Daerah / Negeri / Ibu Pejabat . TERHADAP DIRI SENDIRI:
TERHADAP UNITNYA: Mengekalkan Perpaduan , Kesejahteraan dan Keharmonian Ahli Unit. Menerima Tanggungjawab & Tugasan . Menggalakkan Sistem Berpatrol . Menghargai Kejayaan dan Menerima Kegagalan . Memupuk Sikap Kesetiaan dan Kepercayaan . Menerapkan Nilai-Nilai Murni. Menghadapi Cabaran dan Mengatasinya .
KOMITMEN UTAMA Komitmen utama seseorang Pemimpin Pengakap ialah : Membantu ahli-ahli Pengakap menjalankan sebuah Kumpulan/Troop yang baik bagi mencapai matlamat bersama – AKTIVITI YANG MENARIK DAN MENYERONOKKAN! AKTIVITI YANG MENARIK DAN MENYERONOKKAN INILAH YANG MERUPAKAN DORONGAN UTAMA BAGI GOLONGAN MUDA MENYERTAI PENGAKAP
MASA Komitmen penting bagi Pemimpin adalah masa. Kepimpinan dalam Pengakap bukan bersifat “DUA JAM SEMINGGU”. Pemimpin adalah terikat untuk meluangkan masa bagi perkara-perkara berikut : PERJUMPAAN MINGGUAN Perjumpaan Mingguan biasanya diadakan selama 2 jam setiap minggu. Pemimpin sepatutnya sentiasa hadir tepat pada masa yang ditetapkan.
PERSIAPAN UNTUK PERJUMPAAN MINGGUAN Persiapan sebelum setiap Perjumpaan Mingguan amatlah penting dan biasanya mengambil masa beberapa jam setiap minggu. 3 atau 4 hari sebelum Perjumpaan Mingguan, perjumpaan “Court of Honour” akan diadakan di antara Pemimpin dan Ketua-ketua Patrol bagi membincangkan cara pelaksanaan Perjumpaan Mingguan yang akan diadakan pada minggu tersebut.
LAWATAN Pemimpin Pengakap yang baik akan sentiasa tahu suasana dan keadaan di tempat tinggal ahli Pengakapnya. Untuk itu, lawatan adalah perlu. LATIHAN DAN KEMAJUAN DIRI SENDIRI Seorang Pemimpin Pengakap sepatutnya mampu melaksanakan tanggungjawabnya dengan berkesan. Untuk itu, kursus di peringkat daerah dan negeri perlulah disertai. Latihan/kursus ini akan memakan banyak masa hujung minggu Pemimpin terbabit.
AKTIVITI LUAR Kepengakapan adalah bersifat ‘aktiviti luar’. Pemimpin Pengakap dijangkakan akan mengendalikan program-program seperti ‘hiking’, berkhemah, rekreasi dan Pemimpin sekurang-kurangnya perlu menganjurkan satu program setiap bulan. Bagi Pengakap Kanak-kanak, aktiviti ‘Pek Bercuti’ perlu diadakan sekurang-kurangnya sekali (hujung minggu) dalam setahun.
TANGGUNGJAWAB SEORANG PEMIMPIN PENGAKAP
MELAPORKAN AKTIVITI KEPADA PERSEKUTUAN PENGAKAP DAERAH DAN NEGERI MENDAPATKAN BANTUAN DARIPADA MAJLIS TEMPATAN BERKAITAN DENGAN PERBELANJAAN DAN HARTA BENDA MEMASTIKAN PRINSIP PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP DIAMALKAN DI KUMPULAN
KESIMPULAN Sebagaimana aktiviti bermanfaat yang lain, aktiviti Kepengakapan akan memerlukan MASA, SUMBER, KESUNGGUHAN dan KETABAHAN. Adalah penting untuk anda menyedari tahap komitmen yang diharapkan dari anda dan yang perlu anda berikan sedari awal latihan Kepimpinan anda ini .
Kepimpinan dalam Pengakap adalah merupakan satu KEISTIMEWAAN. Anda mendapat KEISTIMEWAAN untuk memimpin dan mencorakkan sifat dan sikap ramai golongan muda. Anda akan samada menjadi seorang Pemimpin yang berjaya atau sebaliknya berdasarkan dengan apa yang anda simpan atau isi Kepengakapan anda itu sendiri.