ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH DAERAH JELEBU SJKT LADANG PERTANG KERTAS KONSEP PENGHASILAN ORIGAMI
PENGENALAN Origami merupakan seni melipat kertas yang berasal dari Jepun dan kini dipelajari serta diaplikasikan secara meluas dalam dunia pendidikan . Aktiviti ini membantu meningkatkan kemahiran motor halus , daya tumpuan , dan kreativiti murid.
MATLAMAT Untuk menggalakkan murid mengekspresikan kreativiti dan ketelitian melalui seni origami serta memupuk minat terhadap seni kraf .
OBJEKTIF - Meningkatkan kemahiran melipat kertas - Mewujudkan pembelajaran interaktif - Memupuk nilai sabar dan fokus - Menghasilkan karya kreatif dan inovatif
BUTIRAN PERTANDINGAN Tajuk : Penghasilan Origami Tempoh : 2 Mei – 1 Ogos 2025 Tempat : Sekolah masing-masing Kaedah : Hantar video ke Whatsapp PSV Daerah Jelebu
PERATURAN - 1 hasil origami per peserta - 5 murid dari setiap sekolah boleh menyertai aktiviti ini - Video maks . 5 minit - Hanya lipatan kertas ( tanpa gam/ gunting ) - Saiz maks . 20cm x 20cm - Kreatif , asli , dan tidak ditiru
PENUTUP Pertandingan ini diharap dapat memberi pengalaman seni yang menyeronokkan dan membina keyakinan , ketekunan serta penghargaan estetika murid.