Bab 1 :
Pengenalan Ilmu
Falsafah
MPU3132 FALSAFAH DAN ISU SEMASA
PERINCIAN
- Pengenalan
kepada ilmu
falsafah
-Falsafah
Pendidikan
Kebangsaan
- Rukunegara
- Falsafah Sejahtera
TAJUK 1
PENGENALAN
1.PENGENALAN ILMU
FALSAFAH
2.FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
3.RUKUN NEGARA
4.FALSAFAH SEJAHTERA
SEBAGAI PENTAFSIRAN
RUKUN NEGARA
PENGENALAN
Hasil Pembelajaran
Kuliah
●Menjelaskan definisi, makna, konsep, tujuan dan sejarah
perkembangan Ilmu Falsafah
●Menjelaskan peranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan Rukunegara sebagai wahana penyediaan rakyat
Malaysia mendepani cabaran global abad ke 21.
●Menganalisis hubungan antara Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Rukun Negara dalam Wawasan
Falsafah Sejahtera
FALSAFAH
PENGENALAN ILMU FALSAFAH
Secara umumnya :
Falsafah ialah
satu disiplin
ilmiah yang
mengusahakan
kebenaran yang
umum dan asas.
Antara skop falsafah adalah seperti
Tabii alam semesta (umum dan unsur-unsur makhluk)
•Hubungan manusia dengan Tuhan.
•Kedudukan manusia dalam alam semesta.
•Manusia dan negara
•Manusia dan pendidikan
•Konsep jahat dan baik
•Nasib dan ikhtiar
•Roh/nyawa dan kematian
•Minda dan jirim
•Idea dan pemikiran
Greek:
Philosophia
Philo =
Cinta
Sophia =
Hikmah
F
A
L
S
A
F
A
H
Maksud Falsafah
Bahasa Istilah
•B.Greek: philo-love,
Sophia-wisdom(hikmah)
•love of knowledge ,
•Philien, mencintai, kaji, hargai
•Bahasa Melayu - asal dari
perkataan Bahasa Arab iaitu (
ﺔﻔﺳﻠﻓ Falsafah). failasof
•Bahasa Inggeris - philosophy
•Bahasa Jerman- (philosophie)
•Bahasa Sepanyol - (filosofia)
•Sebagai sikap atau respon kita
terhadap aktiviti yang
dilakukan oleh orang lain,
•Displin yang menyelidiki asas
dan sebab segala
benda-benda.
•Mengikut pandangan falsafah:
Aristotle = kajian mengenai hakikat zat sesuatu
(being as being) dan penyebab utama (first
principles)
Plato : kajian terhadap sesuatu yang benar, baik
dan cantik
Al-Farabi- Falsafah adalah cintakan kebijaksanaan
ataumhikmah & ia merupakan pokok kepada
segala ilmu
Al-Kindi: suatu ilmu mengenai hakikat (juga
diidentifikasikan dengan Tuhan)sesuatu yg berada
dlm kemampuan manusia utk menanggapinya
Russel: Falsafah berada dipertengahan teologi
dan sains.
Kamus Dewan:pengetahuan dan penyelidikan
tentang sebab-sebab
(asas-asas, hukum dan lain-lain) kewujudan
sesuatu ataupun tentang kebenaran dan erti
wujudnya sesuatu
Pendekatan
Makna Falsafah
Pemikiran yang
dasar, asas
atau
fundamental
Pemikiran
yang
mendalam
Memberi
makna
signifikan
sesuatu
konsep
Epistemologi
Logik
Metafizik
Aksiologi
Etika
Politik
Ekonomi
Peradaban
Hubungan
Falsafah
dengan
Pembinaan
Sesebuah
Negara
►Falsafah pada asasnya bersifat universal
►Falsafah boleh ditujukan kepada sesuatu
konteks yang spesifik khususnya dalam
konteks pemikiran sesebuah negara
ataupun budaya yang berbeza
►Falsafah mempunyai sifat lokal tersendiri
walaupun isu yang ditangani bersifat
universal dan global.
FALSAFAH
PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
Latar Belakang Falsafah Pendidikan Kebangsaan
•Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) adalah asas pembentukan sistem dan Dasar
Pelajaran Kebangsaan seperti termaktub dalam Akta Pelajaran 1961.
•Ketiga-tiga dokumen tersebut menegaskan perpaduan sebagai matlamat negara.
•Usaha-usaha ke arah mewujudkan perpaduan menjadi semakin mendesak apabila berlakunya 13 Mei 1969.
•Akibat daripada peristiwa tersebut, kerajaan telah melaksanakan Dasar Ekonomi Baru yang maltlamatnya
adalah menghapuskan kemiskinan dan menyusun semula masyarakat dengan mengurangkan perbezaan
ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya,
•Satu jawatankuasa kabinet telah ditubuhkan pd tahun 1974 untuk mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran
kebangsaan.
•Menerusi laporan jawatankuasa tersebut diringkaskan matlamatnya seperti berikut:
• “….matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat bersatu padu,berdisiplin dan terlatih”. (Laporan
Jawatankuasa Kabinet, hal 1).
•Usaha yg diambil untuk melaksanakan laporan tersebut ialah murid-murid bukan Islam diajar subjek
Pendidikan Moral dan Etika manakala subjek Pendidikan Islam diubah suai supaya dapat melahirkan
warganegara yg dapat memberi sumbangan kpd negara,
Falsafah pendidikan kebangsaan asalnya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN) pada
tahun 1988. konsep FPN pada ketika itu ialah:
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusaan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yg seimbang
dan harmoni dari segi intelek, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kpd Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yg berilmu
pengetahuan,berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupyaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara”
Kemudian, semakan FPN pd tahun 1996 menyebabkan FPN dinamakan sebagai sebagai FPK.
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusaan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yg seimbang
dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kpd Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yg berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupyaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara”
Ciri Falsafah dalam
Falsafah
Pendidikan
Kebangsaan
(FPK)
►Falsafah Pendidikan
Kebangsaan bertujuan
melahirkan insan seimbang
melalui proses pendidikan
melalui sistem pendidikan
dalam negara.
►FPK berhasrat melahirkan
graduan yang mempunyai sifat
kemanusiaan yang tinggi dan
menjadi insan mulia serta
seimbang, seterusnya menjadi
labour force yang cekap dan
serta
►Kesiembangan jasmani, emosi,
rohani dan intelek (JERI).
INTELEK
JASMANI
ROHANI
EMOSI
INSAN
SEIMBANG
&
HARMONIS
KEPERCAYAAN
KEPATUHAN
dan
kepada
TUHAN
360 darjah
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (5 hikmah)
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan
lagipotensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmupengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri, serta
memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.
(KPM, 1996)
1>
3>
4>
5>
2>
RUKUNEGARA
Rukun negara pada tahap “Makro”
Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai “Mikro”.
Hubungan Falsafah dengan Rukun Negara
Malaysia
•Falsafah Rukunegara bertujuan membentuk dan membina ideologi
kebangsaan.
•Malaysia adalah sebuah negara majmuk yang didiami oleh rakyat pelbagai
kaum, anutan agama, kebudayaan dan adat resam.
•Perbezaan agama, kepelbagaian budaya dan adat resam antara kaum
bukanlah titik pemisah untuk rakyat terus menikmati kehidupan yang
harmoni dan sejahtera.
•Tanpa perpaduan, negara akan menjadi lemah dan boleh mengakibatkan
kedaulatan negara terjejas, pentadbiran kerajaan berkecamuk, berlaku
huru hara, rusuhan, pergaduhan antara kaum dan sebagainya.
•Rakyat Malaysia yang hebat adalah rakyat yang memegang teguh kepada
doktrin Rukun Negara.
Sejarah Pembentukan Rukun Negara
•Kedatangan penjajah Inggeris telah menukar pola masyarakat di negara ini yang
telah memperkenalkan dasar yang dikenali serbagai Dasar pecah dan perintah.
•Hubungan kaum semakin keruh apabila parti-parti politik membuat provokasi
antara satu sama lain yang akhirnya menjurus kepada pergaduhan. Ia semakin
serius sehingga mencetuskan Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969.
•Kesan daripada peristiwa itu, kerajaan telah mencari satu formula bagi mengatasi
masalah pergaduhan kaum supaya dapat dibendung dan ia tidak akan berulang
lagi.
•Sistem kerajaan berparlimen telah digantung dan Majlis Gerakan Negara
(MAGERAN) ditubuhkan bertujuan untuk mengembalikan keamanan, menegakkan
semula undang-undang negara dan memupuk suasana harmoni serta saling
mempercayai di antara masyarakat berbilang kaum di negara ini
•Rukun Negara lahir hasil daripada pemikiran Majlis
Perundangan Negara yg diwakili oleh parti politik,
kesatuan kerja, akhbar, pertubuhan professional,
badan agama dan berbagai-bagai pertubuhan lain
untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian bagi
mengatasi masalah hubungan etnik yg boleh menjamin
keharmonian negara.
•RN diisytiharkan pd 31 Ogos 1970 merupakan satu
susunan prinsip hidup bermasyarakat yg
mengandungi nilai kenegaraan dan norma-norma
sosial yg mencakupi semua aspek kehidupan
bernegara spt agama, budaya dsb.
Matlamat dan Objektif Pembentukan
Rukunegara
Bahagian Kedua
Menggariskan Lima Prinsip Rukun negara yang
berikut:-
1. Kepercayaan Kepada Tuhan
2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
3. Keluhuran Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang-Undang
5. Kesopanan dan Kesusilaan
Bahagian Pertama
Menggariskan objektif masyarakat Malaysia
yang mahu dibentuk:-
•Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam
kalangan seluruh masyarakat,
•Memelihara satu cara hidup demokratik,
•Mencipta satu masyarakat yang adil di mana
kemakmuran negara dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama,
•Membentuk satu sikap yang liberal terhadap
tradisi kebudayaan yang kaya dan
berbagai-bagai corak
•Membina sebuah masyarakat progresif yang
akan menggunakan sains dan
teknologi moden
1- Kepercayaan Kepada Tuhan
✔ Kepercayaan kepada Tuhan adalah
satu kepercayaan yang dianuti oleh
mereka dari pelbagai agama dan
kepercayaan
✔ Sebagai suatu common denominator;
iaitu suatu titik pertemuan antara
pelbagai budaya dan kaum yang
mempunyai fahaman agama
masing-masing
✔ Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan bahawa Islam
adalah agama rasmi Persekutuan.
Tindakan membeza-bezakan terhadap
seseorang warganegara atas alasan
agama adalah dilarang sama sekali.
✔ Agama-agama dan kepercayaan lain
boleh diamalkan dengan aman dan
tenteram di mana-mana bahagian di
dalam Persekutuan
✔ Bangsa dan negara ini telah diwujudkan
atas kepercayaan yg kukuh kepada
Tuhan.
✔ Ketiadaan agama boleh meruntuhkan
keperibadian seseorang dan juga sesuatu
peradaban bangsa dan negara.
2-
Kesetiaan
Kepada
Raja dan
Negara
✔Konsep negara bangsa iaitu nation state
✔Nation state Malaysia mengandungi unsur sejarah tersendiri yang diserap melalui
sistem beraja ataupun sistem monarki
✔Unsur kesetiaan ini adalah penting bagi memastikan bahawa ada aspek kesepaduan
dalam kalangan rakyat dan kesepaduan itu berdasarkan kepada kesetiaan mereka
kepada Raja yang menjadi lambang sebagai Ketua Negara berpelambagaan
✔Setiap warga negara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia,jujur dan ikhlas
kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
✔Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang
memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia
kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3- Keluhuran Perlembagaan
✔Perlembagaan tersendiri bagi setiap nation state
✔Keluhuran Perlembagaan dapat menyelesaikan
pertikaian melalui prinsip ketertinggian Perlembagaan
✔Penting bagi memastikan kestabilan negara
✔Perlembagaan memupuk konsep masyarakat yang
berasaskan kepada law and order
✔Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap
rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka
sebagai warganegara.
✔pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak
sosioekonomi rakyat.
✔Setiap warganegara Malaysia dikehendaki
menghormati, menghargai, memahami maksud dan
kandungan serta latar belakang sejarah.
✔Perlembagaan negara ini telah digubal berasaskan
kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara
ini.
✔Ianya adalah kontrak sosial rakyat yang tidak boleh
dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana
individu atau mana-mana pihak.
✔Merupakan sumber rujukan bagi segala hal yang
berkaitan dengan sistem
4- Kedaulatan
Undang-undang
✔Perlembagaan the highest form of law.
✔Tiada sesiapa boleh mengatasi melebihi
atau melanggari undang-undang.
✔Dapat mengekalkan keharmonian dalam
negara melalui sistem perundangan
yang ada.
✔Menjamin kehidupan anggota masyarakat
dapat bergerak lancar dan teratur tanpa
sebarang kekacauan, di mana semua
anggota masyarakat akan merasa
selamat.
✔Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan
dengan bebas asalkan tidak melanggar
undang-undang serta perkara-perkara
sebagaimana yang dijamin oleh
Perlembagaan.
✔Hak-hak dan kebebasan yang dijamin
oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk
hak menggulingkan kerajaan sama ada
dengan kekerasan atau dengan
cara-cara yang tidak menurut
Perlembagaan
5- Kesopanan dan Kesusilaan
✔Lebih bersifat personal dan berkaitan dengan perhubungan manusia.
✔Menjamin dan mengekalkan harmoni hubungan yang baik antara rakyat tanpa
suatu kuasa perundangan.
✔Ciri ini melahirkan rakyat Malaysia dengan perasaan bertolak ansur,
berkesopanan dan kesusilaan serta harmonis dan lebih bertimbang rasa
terhadap fellow human beings; atau fellow citizens; rakan senegara
✔Membentuk warga yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan
kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni. Individu yang bersopan santun dan
bersusila adalah amat penting dalam konteks perhubungan pelbagai kaum di
negara ini.
✔Mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung
perasaan seseorang atau sesuatu golongan.
✔Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara
dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
FALSAFAH
SEJAHTERA
Falsafah Sejahtera
•Sejahtera membawa maksud aman makmur, Sentosa, senang,
selamat dan tenteram.
•Sejahtera juga merujuk kepada gaya kehidupan yang lestari,
melaksanakan program yang berterusan,adaptasi nilai yang
murni serta membaiki perlakuan dan sikap manusia.
•Sejahtera adalah perjalanan kesejahteraan masyarakat yang
diinginkan dengan Kerjasama semua pihak untuk masyarakat
yang berteraskan gaya hidup lestari.
•Sejahtera dan kesejahteraan diri akan membawa
kesejahteraan sejagat.
•Budi merupakan asas kpd beradab dan berakhlak yg tinggi kerana
tanpa budi, adab dan akhlak akan terumbang ambing nilainya dan
mudah mendapat implikasi yang negatif seperti perasaan dengki.
•Oleh sebab itu, budi adalah asas kpd kesejahteraan diri dan mampu
mengecapi kesejahteraan hidup.
•Istilah kesejahteraan diri telah termaktub dalam FPK dengan jelas
sebagai hasil kejituan proses pendidikan mengikut kerangka FPK.
•Budi bahasa diambil sebagai contoh bagaimana utk membangunkan
adab dan akhlak mulia yang berkelangsungan kpd budi pekerti dan
budi bicara dan seterusnya menjurus kepada kesejahteraan diri.
•Ini kemudiannya membawa maksus tersendiri yang terbit dari
perkataan “SEJAHTERA”
Adab, Akhlak, Limpahan Budi Dan
Sejahtera dalam FPK
Adab dan akhlak menjadi
cerminan dan kemegahan
tamadun sebagai satu asas
falsafah pendidikan yang
mendalam
Adab dan akhlak adalah dua
neraca hidup bagi insan yang
menginginkan kesejahteraan
baik di dunia dan di akhirat
Tanpa “budi,” adab dan
akhlak akan terumbang
ambing nilainya.
Maka dalam hal ini, soal “budi” menjadi satu
dimensi yang cukup penting dalam
membina akar umbi sebenar falsafah
pendidikan.
Namun hakikatnya pada hari ini
persoalan adab dan akhlak
tidak lagi seperti dahulu
Spiritu
alEthic
al
Emotio
nal
Physico-
psychological
Societ
alCultur
al
Ecologi
cal
resepi ‘sejahtera’ orang
asli
Intellect
ual
Econo
mic
IntelekKeturunankekayaan Imankehidupan
Quintuple Helix Model of Sejahtera
Cognit
ive
MODEL
KEMAKMURAN
Quintuple Helix
REMPAH RATUS
Penerangan..
●Menurut Dzulkipli (2019), untuk mewujudkan insan yang
sejahtera, perlu untuk membentuk keseimbangan pada sepuluh
elemen sejahtera iaitu rohani , fizikal-psikologi, intelektual,
kognitif, budaya, etika, emosi, ekologi, ekonomi dan sosial.
●Elemen kesejahteraan ini hendaklah dilaksanakan melalui proses
yang berpanjangan dan berterusan serta pemupukannya itu
perlu dilaksanakan sejak dari pendidikan awal lagi.
●Malahan, setiap elemen tersebut haruslah seimbang dalam diri
setiap insan, di samping ianya perlu dihubungkan dengan yang
lain untuk mencapai keadaan sejahtera keseluruhan yang
berpanjangan (lestari) turun temurun.
●RN sebagai asas pembinaan masyarakat Malaysia dan
FPK dengan jelas mempromosikan nilai-nilai “seimbang”
dan “harmoni”. Bagi membentuk dan menentukan apa
yang dimaksudkan dengan
“seimbang” dan “harmoni” pastinya penekanan
diberikan kepada 4 dimensi penting pada diri
manusia iaitu intelek,jasmani, emosi dan rohani.
●Berdasarkan FPK ini, insan sejahtera yg wujud
melalui jalan pendidikan merupakan insan yang
berketrampilan dan boleh berdaya saing serta
dapat mengawal diri Ketika berhadapan dengan
unsur-unsur yang buruk.
●Mereka juga mampu menghadapi sebarang rintangan Ketika
melaksanakan Amanah dan tanggungjawab dalam pekerjaan
serta mampu memberi sumbangan kepada diri, keluarga,
masyarakat dan negara
●Insan sejahtera juga dpt Kerjasama dalam pembinaan dan
pembangunan lestrai negara dan mengecapi kehidupan secara
aman dan harmoni. Mereka mempunyai kelayakan untuk
memimpin orang yang berada di bawah tanggungan mereka
sebagai satu Rahmat kepada seluruh alam.
FPK
1-berterusan
2-menyeluruh
3-bersepadu
intellectual
ethical
spiritual
cultural
cognitive
societal
economics
physico
-psycho
-logical
the
model
sejahtera
1
2
3
ecology
microcosm
macrocosm
emotional
Makrokosmik
a.mengaitkan manusia
dengan persekitaran
luaran
b.fitrah sesama
manusia, termasuk
spesies lain.
Mikrokosmik
a.merangkumi dimensi
dalaman (esotorik),
termasuk kesedaran
kerohanian
FPN
RN
FS
FALSAFAH SEJAHTERA
SEBAGAI PENTAFSIRAN
RUKUNEGARA