1-TOPIK 6_sumber pencarian maklumat.pptx

DrAzmanFadzil 0 views 36 slides Sep 08, 2025
Slide 1
Slide 1 of 36
Slide 1
1
Slide 2
2
Slide 3
3
Slide 4
4
Slide 5
5
Slide 6
6
Slide 7
7
Slide 8
8
Slide 9
9
Slide 10
10
Slide 11
11
Slide 12
12
Slide 13
13
Slide 14
14
Slide 15
15
Slide 16
16
Slide 17
17
Slide 18
18
Slide 19
19
Slide 20
20
Slide 21
21
Slide 22
22
Slide 23
23
Slide 24
24
Slide 25
25
Slide 26
26
Slide 27
27
Slide 28
28
Slide 29
29
Slide 30
30
Slide 31
31
Slide 32
32
Slide 33
33
Slide 34
34
Slide 35
35
Slide 36
36

About This Presentation

Dokumen ini membincangkan enam kemahiran utama dalam mencari dan menilai maklumat, iaitu definisi maklumat, strategi mencari maklumat, lokasi dan capaian


Slide Content

TOPIK 6 : KEMAHIRAN PEROLEHAN & PENGURUSAN MAKLUMAT

SUMBER PENCARIAN MAKLUMAT

Sumber Pembelajaran 3 Sumber Pembelajaran : Sumber berasaskan manusia Sumber berasaskan media elektronik Sumber berasaskan media cetak Sumber berasaskan media 3 dimensi Sumber berasaskan persekitaran

Pengoptimuman Sumber Pembelajaran 1. Sumber berasaskan manusia : 4 Boleh diperolehi dari orang yang boleh dirujuk: Contoh: Situasi Kemalangan Orang yang terlibat Orang awam Pakar Penguatkuasa Orang berkepentingan (cth: Keluarga terdekat, Ketua Kampung, Ahli Politik, )

2. Sumber berasaskan Media Elektronik : 5 Komputer dan teknologinya Internet Multimedia Koswer maklumat dan pendidikan Televisyen Radio Sumber dalam talian Telefon GPRS Pengoptimuman Sumber Pembelajaran

3. Sumber berasaskan Media Cetak : 6 Buku Jurnal Laporan Majalah Atlas Ensiklopedia Surat Khabar Pengoptimuman Sumber Pembelajaran

3. Sumber berasaskan Media Cetak : 7 Sekunder Primer Tertiar Pengoptimuman Sumber Pembelajaran

8 3 jenis sumber maklumat Primer Merujuk kepada sumber-sumber ‘first hand’. Cth: diari, manuskrip Sekunder Merujuk kepada sumber-sumber ‘second-hand’. Cth: indeks. Tertiar Merujuk kepada sumber yang diceritakan oleh seseorang mengenai cerita yang di sampaikan oleh orang lain. Cth: biografi dan ulasan buku Pengoptimuman Sumber Pembelajaran

4. Sumber berasaskan Media 3 Dimensi : 9 3 jenis sumber maklumat Cth – diorama, model, mock-up, realia Maklumat yang perlu boleh diperolehi dengan melihat , mengawasi dan memantau peralatan yang digunakan Model merupakan replika kepada produksi sebenar . Digunakan untuk menguji rekaan-rekaan penting dan keupayaan operasi sesuatu ciptaan Realia merujuk kepada objek yang boleh dipegang dan lihat , objek realiti ( sebenar ) yang bukan model Pengoptimuman Sumber Pembelajaran

Sumber berasaskan Persekitaran : Sumber Berasaskan Persekitaran Kategori Keterangan Kajian Praktik Melihat dengan sendiri Mengetahui tahap sebenar sesuatu perkara Teknik - wawancara, soal-selidik, pemerhatian, eksperimen Membaca Menonton/ pemerhatian Membaca bahan terbitan pihak berkaitan seperti brosur, jurnal, laporan kajian dan membaca piawai Melawat pameran Menonton dokumentari Menghadiri ceramah Pengoptimuman Sumber Pembelajaran

Penilaian Sumber Pembelajaran 11 Manusia Media Elektronik Media Cetak Media 3 Dimensi Persekitaran Kebaikan Keburukan Luwes Interaktif Canggih Multimedia Mudah Alih Mudah digunakan Maujud Menarik Hidup Kepelbagaian Perasaan pengaruh prestasi Mahal Perlu kemahiran Mudah rosak Edaran terhad Modal tinggi Risiko besar Berisiko Perancangan awal

Kriteria Memilih Bahan Sumber: 12 Pelajar perlu bijak menilai dan memilih sumber berdasarkan kriteria seperti berikut : Selaras dengan falsafah pendidikan negara Tidak bercanggah dengan nilai masyarakat Relevan dengan kurikulum Selaras dengan prinsip pedagogi Memberi maklumat terkini ‘Cost effective’ Mudah diperolehi Mudah digunakan Mudah alih Mudah diselenggara Pelbagai ransangan Dapat digunakan berulang kali dalam situasi yang berlainan luwes Penilaian Sumber Pembelajaran

13 Kriteria Memilih Bahan Sumber Perlu mematuhi kriteria-kriteria berikut : Masa Jimat masa. Pemahaman terhadap konsep akan menjadi mudah dan cepat Objektif Berkaitan dengan objektif pelajaran . Isi Pelajaran Berkaitan dengan isi pelajaran seperti fakta dan konsepnya . KRITERIA MEMILIH BAHAN SUMBER

14 Sambungan ……. : Aktiviti susulan : Dapat membangkitkan / menggalakkan aktiviti susulan seperti perbincangan atau menjawab soalan berdasarkan sumber – ( cth penggunaan slaid) Aktiviti pembelajaran Mampu melibatkan penyertaan bagi melakukan aktiviti-aktiviti Strategi pengajaran Berkaitan dengan isi pelajaran seperti fakta dan konsepnya . KRITERIA MEMILIH BAHAN SUMBER

15 Sambungan……. : Kesesuaian alat: Sumber pembelajaran dianggap sesuai jika ia dapat: Memenuhi kehendak isi dan objektif pelajaran Memudahkan kefahaman Memerlukan latihan yang minimun untuk menggunakannya Dapat menimbulkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan Menarik Minat Sumber pembelajaran berupaya menarik minat serta menimbulkan rasa ingin tahu dan menyediakan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. KRITERIA MEMILIH BAHAN SUMBER

16 Sambungan……. : Kebolehan individu: Perbezaan kebolehan dikalangan individu perlu diambil kira. Gambar, carta, slaid dan peta hendaklah dipilih agar dapat memenuhi keperluan berpencapaian tinggi serta yang lemah Perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor Kognitif – harus dapat memupuk daya cipta, pemikiran analitis dan kritis Afektif – dapat memupuk nilai-nilai murni seperti tanggungjawab, jujur, bertolak ansur, bertimbang rasa dan sikap positif Psikomotor – berupaya memupuk perkembangan koordinasi mata, otak dan kemahiran motor diutamakan KRITERIA MEMILIH BAHAN SUMBER

Strategi memaksimumkan sumber 17 Strategi Strategi 1: Cantuman Strategi 2: Penggunaan Serentak Strategi 3: Ciptaan Baru Strategi 4: Perkongsian Melalui Jaringan Strategi 5: Penyelidikan dan Pembangunan

Strategi 1: Cantuman 18 Strategi Anda boleh mencantumkan bahan-bahan dari pelbagai sumber untuk menghasilkan bahan pembelajaran yang amat berkesan Contoh: Menggunakan perisian alat pengarangan (Authorware, Director, Flash) untuk mencantumkan bahan daripada sumber audio, pita video, perisian multimedia, sumber internet dalam perisian pemprosesan perkataan atau persembahan elektronik untuk hasilkan bahan pembelajaran yang menarik dan berkesan

Strategi 2: Penggunaan Serentak 19 Strategi Penggunaan bahan pelbagai sumber secara serentak akan memberi kesan kepada semua pancaindera. Aktiviti ‘hands-on’ serta interaksi dengan alat teknologi canggih akan mengoptimumkan proses pembelajaran Contoh: Pembelajaran menggunakan bahan menarik dari audio keset, pita video, perisian multimedia bersama penggunaan bahan cetak dalam perbincangan dengan rakan sebaya diikuti dengan penggunaan internet untuk maklumat terkini.

Strategi 3: Ciptaan Baru 20 Strategi Setiap ciptaan baru perlu canggih dari segi novelty, ada daya tarikan dan berkesan Anda perlu komited dan bersikap positif dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti bahan sumber baru yang dicipta Anda perlu peka terhadap respon yang diberikan dan sentiasa memperbaiki ciptaan baru tersebut untuk mencapai tahap optimum

Strategi 4: Perkongsian Melalui Jaringan 21 Strategi Bahan hasilan media elektronik boleh dikongsi bersama dengan rakan dari sekolah lain melalui jaringan web; cth: webCT, Yahoo group, e-mail, edunet Melalui internet, potensi guru dapat diperkembangkan ke tahap maksimum Guru lebih terdedah kepada penciptaan bahan yang bertaraf antarabangsa

Strategi 5: Penyelidikan dan Pembangunan 22 Strategi Kajian-kajian berbentuk tindakan sangat perlu dilakukan Melalui kajian sedemikian, maklum balas terhadap proses P & P dapat diketahui Dapatan kajian boleh dimanfaatkan untuk mempertingkatkan kualiti bahan hasilan, kebekersanannya dan cara penggunaan optimumnya dapat disebarluas

PENCARIAN DI PERPUSTAKAAN Mencari maklumat bermaksud mencari maklumat yang dikehendaki dalam sebarang sumber yang sesuai . Ini termasuk kemahiran perpustakaan seperti menggunakan katalog dan sistem Dewey untuk mengesan buku dan bahan bukan buku yang dikehendaki dari rak buku dengan cepat . Maklumat terdapat di dalam beberapa jenis dan daripada beberapa punca . Maklumat terdapat di dalam bentuk cetakan seperti buku rujukan , ensiklopedia , laporan tahunan dan sebagainya . Maklumat dari media cetakan yang selalu dirujuk untuk menyediakan laporan atau tugasan ialah buku rujukan , ensiklopedia , laporan tahunan , abstrak , gazetteer dan almanak .

Langkah- langkah Mencari Maklumat Mencari bahan di perpustakaan melalui proses melihat kad katalog untuk buku rujukan . Kalau tugas kita menyediakan sesuatu laporan , mungkin kita perlu merujuk beberapa buah buku perangkaan yang memberi kita angka-angka yang diperlukan . Untuk mendapat maklumat dan perangkaan dari agensi kerajaan atau swasta , kita perlu merujuk kepada Bahagian Jurnal atau Penerbitan Berkala . Semua bahan yang dirujuk perlu ada isi yang berkaitan dengan tajuk laporan yang sedang disediakan . Perangkaan tidak memberikan maklumat di dalam bentuk ayat . Oleh itu , apabila menggunakan perangkaan , perlu ada struktur ayat dibina untuk mencantumkan beberapa perangkaan yang tidak boleh berdiri dengan sendiri atau bermakna sendiri .

CIRI-CIRI MAKLUMAT YANG BAIK Tepat ( Accurate ) Cepat ( Timeless ) Lengkap ( Completeness ) Ringkas ( Conciseness ) Berkaitan ( Relevancy ) Refleksi Tepat ( Accurate ) - Maklumat yang tepat dapat menolong pengguna membuat keputusan atau menyelesaikan masalah . Ini adalah kerana dengan maklumat yang tepat , pengguna tidak perlu lagi membuat perbandingan dengan maklumat dari sumber lain. Semakin tepat maklumat yang diperolehi , maka semakin rendah risiko yang bakal dihadapi oleh pengguna . Cepat ( Timeless ) - Maklumat mestilah mudah dicapai apabila diperlukan . Cepat atau lambat memperolehi maklumat yang tepat akan menyebabkan pelbagai implikasi . Maklumat yang dapat diperolehi dengan cepat dan tepat akan membolehkan pengguna memperolehi keuntungan atau manfaat yang besar dan sebaliknya jika maklumat yang lambat diperolehi , maka besar kemungkinan maklumat itu sudah lapuk dan tidak memberi makna lagi . Lengkap ( Completeness ) - Tidak berlaku keadaan yang bertaburan di merata tempat . Maklumat yang lengkap dapat menjimatkan masa pengurusan maklumat . Maklumat yang lengkap dan tersusun dapat membantu dan menjimatkan masa untuk pengguna mambuat keputusan atau menyelesaikan masalah . Ringkas ( Conciseness ) - Maklumat hendaklah ringkas , penting untuk menjimatkan masa. Pengguna tidak dapat membuat keputusan yang tepat dan bertepatan waktu tanpa maklumat yang cukup . Walau bagaimanapun , maklumat yang dibekalkan hendaklah tepat dan ringkas . Kuantiti maklumat yang terlampau banyak hanya akan membebankan pengguna . Berkaitan ( Relevancy ) - Maklumat itu hendaklah berasakan need-to-know. Maklumat yang diterima oleh pengguna mesti mempunyai kaitannya dengan tanggung jawab dan tujuan pengguna . Maklumat yang tidak releven hanya akan menyebabkan kelewatan memperoses maklumat , oleh itu penilaian dan keputusan juga akan lambat tercapai . Refleksi - Kemahiran menilai maklumat sangat penting kerana ia merupakan proses menentukan sama ada sesuatu maklumat yang diperolehi itu dapat digunakan atau tidak . Kemahiran manilai maklumat bukan sahaja digunakan untuk menilai teks pada masa kini . Dengan ledakan maklumat yang berlaku sekarang , maka kemahiran menilai maklumat ini amat penting diamalkan dari semua aspek atau sumber maklumat .

Pelayaran Internet

Sekian
Tags