2.3 Pengurusan risiko dalam aktiviti rekreasi.pptx
cimok85
0 views
8 slides
Sep 30, 2025
Slide 1 of 8
1
2
3
4
5
6
7
8
About This Presentation
SAINS SUKAN STPM SEMESTER 1
Size: 1.02 MB
Language: none
Added: Sep 30, 2025
Slides: 8 pages
Slide Content
2.0 KESENGGANGAN & AKTIVITI REKREASI 2.3 PENGURUSAN RISIKO
OBJEKTIF Para pelajar dapat; Menjelaskan pengurusan risiko Menjelaskan prosedur pengurusan risiko Menjelaskan sumbangan pengurusan risiko kepada individu, masyarakat, dan negara
MAKSUD PENGURUSAN RISIKO Satu proses mengenal pasti , menilai , dan mengawal ancaman atau risiko yang boleh menjejaskan sesuatu organisasi , projek , atau aktiviti . Ia penting dalam memastikan keputusan yang dibuat adalah selamat , bijak , dan mampan .
PROSEDUR PENGURUSAN RISIKO Mengenal pasti punca risiko dan bahaya – Pendekatan secara berterusan, bersepadu dan komitmen dari semua peringkat Membuat penilaian risiko dari segi tahap bahaya dan kekerapan – Membuat SWOT analisis adalah cara yang kerap digunakan Memilih kaedah yang sesuai untuk mengurus risiko – ada 4 kaedah pengurusan risiko iaitu kaedah pengelakan, kaedah pengurangan, kaedah pemindahan dan kaedah pengekalan. Mengambil tindakan untuk mengurangkan risiko – Menggunakan kaedah yang paling sesuai bergantung kepada situasi semasa. Membuat penilaian semula.
KAEDAH PENGURUSAN RISIKO Pengelakan – Sekiranya risiko terlalu besar dan berkemungkinan akan gagal , maka aktiviti perlu dibatalkan Pengurangan – Meneruskan aktiviti dengan mengambil langkah supaya risiko dapat dikurangkan seperti mendapatkan bantuan daripada mereka yang lebih pakar , memakai alat keselamatan seperti helmet dan jaket keselamatan . Pemindahan – Pemindahan beban kerugian untuk risiko kepada pihak lain seperti insuran , surat kebenaran ibu bapa , kontrak dan perundangan . Pengekalan – apabila didapati risiko adalah kecil dan boleh ditangani , maka aktiviti yang dirancang boleh diterusan .
SUMBANGAN PENGURUSAN RISIKO 👤 Kepada Individu Keselamatan peribadi : Risiko seperti kecederaan atau kehilangan dikurangkan melalui penggunaan peralatan keselamatan , taklimat , dan persediaan rapi . Pengalaman positif : Individu dapat menikmati aktiviti dengan rasa yakin dan tenang , meningkatkan keseronokan dan manfaat kesihatan fizikal serta mental. Pembangunan kemahiran : Belajar tentang pengurusan risiko dalam aktiviti seperti berkhemah atau mendaki mengasah kebolehan berfikir secara kritikal dan membuat keputusan dalam situasi mencabar . Kesedaran tanggungjawab : Individu belajar menghargai keselamatan dan bertindak secara beretika semasa menyertai aktiviti rekreasi .
SUMBANGAN PENGURUSAN RISIKO 👥 Kepada Masyarakat Menggalakkan budaya selamat : Amalan keselamatan dalam aktiviti rekreasi memberi kesedaran tentang pentingnya menjaga nyawa dan kesihatan . Peningkatan hubungan sosial : Aktiviti yang dirancang dengan baik dan selamat galakkan interaksi antara pelbagai lapisan masyarakat seperti kurangnya rasa curiga dan dapat meningkatkan kerjasama . Pembangunan komuniti : Aktiviti rekreasi yang dikawal rapi boleh bantu masyarakat setempat menjana ekonomi melalui pelancongan dan program sosial tanpa menjejaskan keselamatan awam .
SUMBANGAN PENGURUSAN RISIKO 🏛️ Kepada Negara Promosi pelancongan selamat : Pengurusan risiko yang efektif dalam taman negara, kawasan eko-pelancongan dan acara sukan bantu menaikkan imej negara sebagai destinasi selamat dan menarik . Mengurangkan beban kesihatan awam : Kurangnya kemalangan dalam aktiviti rekreasi bermakna kos rawatan perubatan dan intervensi kecemasan dapat dikurangkan . Meningkatkan daya saing negara : Negara yang menitikberatkan keselamatan dalam rekreasi lebih menarik kepada pelabur dan pelancong , sekali gus merangsang pertumbuhan ekonomi . Sokongan dasar pembangunan mampan : Amalan pengurusan risiko dalam aktiviti luar bantu memastikan kelestarian alam sekitar dan penggunaan sumber yang bertanggungjawab .