Nama Aktiviti :“THE UNITY CIRCLE”
Jangka Masa :40 minit
Objektif Aktiviti :Diakhir aktiviti ini, adalah diharapkan peserta akan :-
1.Dapat berkomunikasi secara berkumpulan dan terancang untuk
menyelesaikan misi.
2.Mengalami suasana suram dan ketegangan dalam komuniti untu
Bahan-Bahan : -Tiada
Implimentasi :1.Peserta dalam kumpulan seramai 10-12 orang (Max 20)
2.Peserta akan bersalaman dengan rakan di hadapannya tetapi kedua
tangan kanan dan kiri mestilah orang yang berlainan.
3.Contohnya tangan kanan A bersalaman dengan kanan E, kiri A
bersalaman dengan kiri I, kiri E bersalam dengan kiri J, kanan J
bersalaman dengan kanan B, kiri B bersalaman dengan kiri D, kanan D
bersalaman dengan kanan G ……. dan seterusnya sehingga semua ahli
dalam kumpulan bersalaman.
4.Peserta dikehendaki membuat satu bulatan besar dengan meleraikan
silangan tangan tersebut. Peserta akan terpaksa melepasi pelbagai
situasi dan kesesakan untuk menyelesaikan misi.
5.Peserta perlu berkomunikasi untuk saling membantu.
Refleksi :Fasilitator membawa renungan rohani bahawa ……
a)Komuniti perlu berkomunikasi secara eksplisit dan terbuka supaya
semua rancangan dan persetujuan mendapat kata sepakat. Berdiam
diri adalah langkah pasif dan tidak produktif dalam komuniti.
b)Dalam komuniti banyak suasan suram dan ketegangan akan dialami
oleh ahli.
c)Adakalahnya perasaan bosan dan pentingkan diri sendiri kerana rimas
dengan gelagat dan telatah manusia.
d)Sesetengahnya pula positif dengan persekitarannya dan sedia
memberikan kerjasama dan dorongan bagi yang memerlukan.
e)
Rajah
KANAN
KIRI
A
G
B
I
L
K
H
D
J
E
F
C
Nama Aktiviti :“THE FACE”
Jangka Masa :40 - 60 minit
Objektif Aktiviti :Diakhir aktiviti ini, adalah diharapkan peserta akan :-
1.Menghargai keberadaan sesama rakan-rakan sepelayanan dan
masyarakat, keluarga dan komuniti.
2.Menghargai rupa fizikal diri sendiri yang diberikan Tuhan dengan
tidak memandang rendah orang lain.
3.Memahami apabila saling menerima kekurangan dan kelemahan
orang lain dalam komuniti, mereka akan menjadi semakin kuat
kerana sikap penerimaan yang ikhlas dari hati.
Bahan-Bahan :Kertas A4 yang dipotong dua (A5), pensel, pemadam, cermin muka
(kecil). ** Penganjur boleh mengarahkan peserta membawa
peralatan di atas untuk menjimatkan kos.
Kertas Majong (putih), gam air, pen marker dan gunting.
Implimentasi :1.Peserta dalam kumpulan seramai 6 orang sahaja.
2.Setiap peserta diberikan kertas A4 yang telah dipotong separuh (A5).
Setiap peserta masing-masing melukis mata kanan, mata kiri, telinga
kanan, telinga kiri, hidung dan mulut.
3.Peserta dengan tegas tidak dibenarkan meniru atau melihat lukisan
rakan yang lain semasa tugasan melukis karektor masing-masing.
4.Setelah lukisan organ wajah masing-masing telah siap, peserta
kumpulan diberikan sekeping kertas majong.
5.Peserta akan mencantumkan semua lukisan organ wajah masing-
masing supaya membentuk satu wajah manusia yang sempurna di
atas kertas majong tadi.
6.Peserta boleh melukis wajah mengikut kreativiti masing-masing.
7.Wajah yang siap dibentuk boleh diberikan identiti yang bersesuaian.
8.Ketua kumpulan membentang hasil kerja kumpulan dengan
menyatakan identiti wajah tersebut yang telah mereka pilih.
Refleksi :Fasilitator boleh membawa renungan rohani bahawa ……
a)Walaupun setiap organ wajah tadi (jika dibanding dengan kumpulan
yang lain) masing-masing mempunyai pelbagai saiz dan bentuk,
tetapi itulah organ yang sempurna ciptaan Tuhan.
b)Macam mana berbeza struktur setiap bahagian tubuh, tetapi apabila
menjadi lengkap (wajah), ia tetap sangat indah dan sempurna (lebih2
lagi apabila anda memberikannya identiti)
c)Ada kalanya kita memandang rendah (ataupun sekurang-kurangnya
menghakimi) kekurangan orang lain berbanding diri kita sendiri….
Tanpa disedari ini adalah Dosa Farisi kerana sikap ego dan hipokrit.
d)Setiap orang adalah sempurna di mata Tuhan kerana Tuhan
menciptakan kita menurut gambar rupa-Nya.
e)Contohnya, kita guna mulut kita untuk mengutuk / mencaci orang
lain yang tidak sempurna tetapi kita lupa mulut yang kita guna adalah
mulut rupa Allah sendiri tetapi kita menggunakannya untuk
memandang rendah rupa orang lain sedangkan rupa dan watak
mereka juga datang dari rupa Allah sendiri.
Nama Aktiviti :“BLIND-FOLD”
Jangka Masa :40 minit
Objektif Aktiviti :Diakhir aktiviti ini, adalah diharapkan peserta akan :-
1.Dapat berkomunikasi secara berkumpulan dan terancang untuk
menyelesaikan misi.
2.Memahami perlu untuk bersikap terbuka dan melihat persekitaran
dunia dengan fikiran dan minda terbuka.
3.Hidup berkomuniti perlu sikap terbuka dan pandangan jauh.
4.Belajar menerima pendapat dan pandangan sesama.
Bahan-Bahan :Kon daripada kad manila; berdiameter 10-15cm dengan bucunya
yang di potong.
Bola saiz tenis
Implimentasi :1.Peserta dalam kumpulan seramai 10-12 orang (Max 20)
2.Peserta akan dibahagikan 2 kumpulan kecil. Dua kumpulan kecil ini
dalam barisan saling menghadap. Jarak dua kumpulan kecil dalam 20
meter.
3.Peserta pertama akan menutup muka dengan kon kad manila.
Dengan berpandukan lubang kecil di hujung bucu kon, peserta akan
membawa (menendang) bola dengan kaki ke pasukannya yang
bersebelahan.
4.Peserta kedua di pasukan kedua akan melakukan hal yang sama
sehinggalah semua ahli kumpulan selesai melakukan tugasan ini.
5.Peserta tidak dibenarkan membuka corong kon dari mukanya
sehinggalah bola sampai kepada rakannya.
6.
Refleksi :Fasilitator membawa renungan rohani bahawa ……
a)Kita mesti melihat dunia ini dengan fikiran dan visi yang luas terbuka.
Sikap terlalu naif dan tertutup hanya akan menjadikan kita
terkongkong dan tidak dapat melihat kelebihan dan kekurangan di
sekitar kita.
b)Sikap minda yang sempit akan menjadikan kita sukar melihat
kebaikan orang lain.
c)Bagaimanapun, secara semulajadinya manusia diciptakan dengan
banyak kekurangan, oleh itu perlu untuk menerima dan mendengar
pendapat orang lain yang mungkin dapat membantu dan
membimbing hidup kita.
d)Sikap fikiran dan mempunyai visi terbuka mestilah didasari dengan
kehadiran TUHAN dalam hidup supaya sentiasa berada dalam
landasan yang betul dan iman yang benar.
e)Belajar untuk mempercayai sesama dalam komuniti.
Rajah
Nama Aktiviti :“CAMPFIRE”
Jangka Masa :60 – 120 minit (mengikut kesesuaian penganjuran)
Objektif Aktiviti :Diakhir aktiviti ini, adalah diharapkan peserta akan :-
a.Menikmati keseronokan kebersamaan selepas berpenat lelah
sepanjang hari beraktiviti.
b.Menikmati kemesraan berkumpulan dan berpersembahan bersama
dalam satu keluarga berkomuniti.
c.Memahami bahawa untuk melakukan sesuatu aktiviti, perbincangan
dan persetujuan perlu kuat dan bersatu hati.
Bahan-Bahan :Tayar buang, damai (untuk ikat kayu unggun) dan kayu-kayu untuk
membuat unggun kayu.
Implimentasi :1.Peserta dalam kumpulan mengelilingi unggun kayu. Sebaiknya
peserta mengelilingi kayu unggun dalam bentuk ladam kuda.
2.Worship Leader membawa beberapa lagu2 pujian dan doa.
3.Acara Unggun Api dimulakan … pengacara mengambil tempat
4.4 orang peserta berdiri di empat penjuru mata angin iaitu Utara,
Selatan, Barat dan Timur.
5.Masing-masing memegang lilin atau obor yang bernyala. Petugas
selangkah ke hadapan, mengangkat lilin dan mengucapkan yang
berikut seorang lepas seorang iaitu :
Utara - dari utara membawa KESEJAHTERAAN
Selatan - dari Selatan membawa KEBAHAGIAN
Barat - dari Barat membawa KEBERKATAN
Timur - dari Timur membawa KEMAKMURAN
6.Petugas serentak menjatuhkan lilin dan mencucuhkan api kepada
bahagian kayu unggun untuk dinyalakan.
7.Peserta sekeliling bertepuk tangan meriah dan nyanyian puji-pujian
diteruskan seketika.
8.Peserta meneruskan persembahan kumpulan atau mengikut upacara
yang bersesuaian yang difikirkan oleh penganjur.
9.
Refleksi :Fasilitator membawa renungan rohani bahawa ……
a)Menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan melalui aktiviti Malam
Unggun Api yang meriah.
b)Api melambangkan Roh Kudus yang menerangi dunia dari kegelapan.
Cahaya Tuhan menyenangkan dan menerangi jalan-jalan yang
mengalami kegelapan. Ada masanya kita tersasar dan melencong ke
jalan yang salah tetapi cahaya Tuhan yang menerangi dan
membimbing kita kembali.
c)Upacara Unggun Api menunjukkan semangat kesatuan dan
perpaduan komuniti. Tiada hasad dengki, amarah, dendam, buruk
sangka dan hipokrit. Keseronokkan ini menjadikan kita semakin kuat
tanpa kita sedari. Ia adalah anugerah sukacita yang membangunkan
iman dan persahabatan.
Nama Aktiviti :“BIG GROUNDHOG”
Jangka Masa :30 - 40 minit (mengikut kesesuaian penganjuran)
Objektif Aktiviti :Diakhir aktiviti ini, adalah diharapkan peserta akan :-
a. Mengalami keseronokan bekerjasama dalam komuniti dengan
sikap kerendahan hati dan merendah diri.
b. Sabar dan tenang dalam memahami keperluan orang lain serta
memahami kelebihan dan kekurangan orang lain.
c. Mengerti hidup berkomuniti adalah lambing iman kesatuan.
Bahan-Bahan : - Tiada -
Implimentasi :1. Peserta dalam kumpulan 10-12 orang berbaris lurus dalam satu
barisan panjang.
2. Semua peserta sambil memegang bahu rakan dihadapan berjalan
secara serentak dengan kaki terkangkang.
3. Peserta paling belakang (no.10) akan merangkak ke hadapan
melalui celah kelangkang rakan-rakan di hadapan sehingga sampai
pada rakan paling hadapan 9no.1). Peserta tadi terus berdiri dan
rakan hadapan (no.1) tadi terus memegang bahu.
4. Seterusnya, rakan paling belakang berikutnya (no.9) akan
merangkak ke hadapan melalui celah kelangkang seperti yang
dilakukan oleh rakan pertama tadi.
5. Aktiviti ini dijalankan hingga semua peserta dalam kumpulan
berkesempatan melakukan aktiviti merangkak ini.
6. Apabila semua peserta telah Berjaya melakukan aksi ini, semua
peserta duduk sebagai penamat.
7. ATAU….. Pergerakan peserta boleh dilimitasikan dengan jarak
sehingga 20 meter atau ulang-alik. (mengikut budi bicara
penganjur)
Refleksi :Fasilitator membawa renungan rohani bahawa ……
a.
Nama Aktiviti :“CONVEYOR BELT”
Jangka Masa :30 – 40 minit (mengikut kesesuaian penganjuran)
Objektif Aktiviti :Diakhir aktiviti ini, adalah diharapkan peserta akan :-
a.Menikmati keseronokan kebersamaan selepas berpenat lelah
sepanjang hari beraktiviti.
b.Menikmati kemesraan berkumpulan dan berpersembahan bersama
dalam satu keluarga berkomuniti.
c.Memahami bahawa untuk melakukan sesuatu aktiviti, perbincangan
dan persetujuan perlu kuat dan bersatu hati.
Bahan-Bahan :Tayar buang, damai (untuk ikat kayu unggun) dan kayu-kayu untuk
membuat unggun kayu.
Implimentasi :a.Peserta dalam kumpulan seramai 10-12 orang berbaring secara selari
dalam satu barisan (menghadap langit). Kepala dan kaki
bertentangan (berseling-seli) dengan rakan-rakan yang lain.
b.Peserta paling belakang akan baring di atas para peserta yang lain
dengan tangan disilang X di hadapan dada.
c.Peserta yang di bawah akan bergoleng secara berturut-turut supaya
peserta di atas dapat digerakkan ke hadapan sehinggalah sampai ke
hujung peserta yang hadapan.
d.Apabila sampai di hadapan, peserta tadi akan ikut berbaring selari
dengan rakan di hadapan tadi.
e.Kemudian peserta kedua paling belakang akan berdiri dan berbaring
di atas rakannya dan aktiviti dijalan seperti peserta yang pertama.
f.Aktiviti ini dijalankan sehingga semua peserta berkesempatan berada
di atas rakannya dan digolengkan di atas badan rakan-rakannya.
Refleksi :Fasilitator membawa renungan rohani bahawa ……
a)Menikmati
b)
Nama Aktiviti :“CATERPILLAR TRAVERSE”
Jangka Masa :60 – 120 minit (mengikut kesesuaian penganjuran)
Objektif Aktiviti :Diakhir aktiviti ini, adalah diharapkan peserta akan :-
d.Menikmati keseronokan kebersamaan selepas berpenat lelah
sepanjang hari beraktiviti.
e.Menikmati kemesraan berkumpulan dan berpersembahan bersama
dalam satu keluarga berkomuniti.
f.Memahami bahawa untuk melakukan sesuatu aktiviti, perbincangan
dan persetujuan perlu kuat dan bersatu hati.
Bahan-Bahan :Tayar buang, damai (untuk ikat kayu unggun) dan kayu-kayu untuk
membuat unggun kayu.
Implimentasi :a)Peserta dalam kumpulan seramai 10-12 orang. Semua peserta
diikatkan kaki dengan rakan-rakan yang lain. Kaki kanan A ikat
dengan kaki kiri B, Kaki kanan B ikat dengan kaki kiri C, kaki kiri C ikat
kaki kanan D ….. dan seterusnya.
b)
10.
Refleksi :Fasilitator membawa renungan rohani bahawa ……
d)Menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan melalui aktiviti Malam
Unggun Api yang meriah.
e)Api melambangkan Roh Kudus yang menerangi dunia dari kegelapan.
Cahaya Tuhan menyenangkan dan menerangi jalan-jalan yang
mengalami kegelapan. Ada masanya kita tersasar dan melencong ke
jalan yang salah tetapi cahaya Tuhan yang menerangi dan
membimbing kita kembali.
f)Upacara Unggun Api menunjukkan semangat kesatuan dan
perpaduan komuniti. Tiada hasad dengki, amarah, dendam, buruk
sangka dan hipokrit. Keseronokkan ini menjadikan kita semakin kuat
tanpa kita sedari. Ia adalah anugerah sukacita yang membangunkan
iman dan persahabatan.