iii. Sinopsis Penuh Di sebuah kampung kecil yang damai , terdapat empat pemuda Umar, Ah Ling, Devi, dan Peter yang tinggal berdekatan tetapi tidak pernah bertegur sapa . Meskipun mereka hidup dalam komuniti yang sama , masing-masing lebih suka membawa haluan sendiri . Setiap seorang dari mereka telah menyalahkan satu sama lain hanya kerana kalah dalam pertandingan lumba lari di acara sukaneka pada 1 tahun yang lalu . Sejak kejadian itu , mereka tidak pernah lagi bertegur sapa walaupun ibu bapa mereka adalah sahabat baik . Setiap hari , mereka sibuk dengan urusan sendiri seolah-olah tidak pernah mengenali satu sama lain. Walau begitu , ada satu persamaan antara mereka minat yang mendalam terhadap sukan lari . Pada suatu hari Umar, Ah Ling, Devi dan Peter masing-masing dengan semangat yang tinggi dan menubuhkan pasukan mereka sendiri . Setiap daripada mereka bertekad untuk menunjukkan kehebatan dan kecepatan mereka . Namun , ketika pertandingan bermula , sesuatu yang tidak dijangka berlaku . Walaupun mereka telah memberikan yang terbaik semua pasukan mereka akhirnya kalah . Wajah mereka penuh dengan kekecewaan , rasa kecewa yang bukan sahaja dirasai oleh mereka , tetapi juga oleh ibu bapa mereka yang menyaksikan dari tepi padang . Ibu bapa mereka , yang melihat anak-anak mereka berjuang sendirian , berasa sedih . Mereka tahu bahawa kekalahan itu bukan kerana kekurangan bakat atau usaha , tetapi kerana sikap anak-anak mereka yang mementingkan diri sendiri dan tidak mahu bekerjasama . Sebagai orang dewasa yang bijaksana , ibu bapa mereka memutuskan untuk mengambil tindakan . Suatu hari , ibu bapa Umar, Ah Ling, Devi, dan Peter memutuskan untuk bertemu sesama sendiri , membawa bersama anak-anak mereka . Pertemuan itu bukan sekadar perjumpaan biasa . Di situ, mereka duduk bersama , dan dengan penuh kasih sayang , mereka menegur anak-anak mereka . Ibu bapa mereka berbicara tentang erti perpaduan , tentang bagaimana kekuatan sebenar terletak pada kebersamaan , bukan dalam usaha individu yang terpisah .