Aplikasi i-KeSeTu Matematik Awal Prasekolah.pdf

RoseminiBintiAbdulSa 6 views 12 slides Feb 11, 2025
Slide 1
Slide 1 of 12
Slide 1
1
Slide 2
2
Slide 3
3
Slide 4
4
Slide 5
5
Slide 6
6
Slide 7
7
Slide 8
8
Slide 9
9
Slide 10
10
Slide 11
11
Slide 12
12

About This Presentation

Cube KeSeTu merupakan sebuah kits pembelajaran interaktif dan menyeronokkan sesuai bagi matematik awal prasekolah. Ianya berbentuk aktiviti pembelajaran hand on yang diintengrasikan dengan teknologi digital. Cube KeSeTu dibina sebagai satu alternatif pembelajaran dan pengajaran Matematik Awal Prasek...


Slide Content

1

PENGGUNAAN APLKASI i -KeSeTu DALAM MENINGKATKAN
KEMAHIRAN MENGECAM DAN MENULIS NOMBOR 1 HINGGA 10
DALAM MATEMATIK AWAL PRASEKOLAH

Rosemini binti Abdul Salam
1

Hatta bin Ismail
2

Raja Zaid bin Raja Kadir
2


Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
22200 Besut Terengganu
[email protected]
1

[email protected]
2

[email protected]
2

Abstrak


Kemahiran mengecam, menyebut dan menulis nombor 1 hingga 10 adalah kemahiran
asas yang perlu dikuasai oleh setiap murid prasekolah dalam pembelajaran matematik
awal prasekolah. Kemahiran ini penting sebagai persediaan untuk pembelajaran ke topik-
topik lain yang lebih kompleks seperti operasi tambah, operasi tolak dan operasi
matematik lain. Namun begitu kemahiran ini kurang dikuasai oleh murid dengan baik oleh
murid prasekolah. Murid keliru dalam mengecam, menyebut dan menulis nombor 1
hingga 10 dengan betul. Pelbagai inisiatif dilakukan seperti penggunaan kad nombor, doh
nombor dan lembaran kerja sambung titik nombor. Namun penggunaan bahan bantu ini
kurang menarik minat murid. Justeru Aplikasi i-KeSeTu telah diperkenalkan kepada murid
prasekolah bertujuan membantu meningkatkan kemahiran mengecam, menyebut dan
menulis nombor dengan betul. Subjek kajian terdiri daripada lima orang murid prasekolah
yang mempunyai masalah mengecam, memyebut dan menulis nombor dengan betul.
Data diperoleh melalui kaedah pemerhatian, senarai semak dan analisa dokumen
menggunakan analisa deskriptif peratusan. Ujian pra dan ujian pos telah dijalankan bagi
melihat keberkesanan Aplikasi i-KeSeTu dalam membantu murid prasekolah
meningkatkan kemahiran mengecam, menyebut dan menulis nombor 1 hingga 10
dengan betul. Dapatan kajian membuktikan bahawa berlaku peningkatan yang baik
dalam kemahiran mengecam, menyebut dan menulis nombor 1 hingga 10 dengan betul.
Murid menjadi lebih berkeyakinan dan bermotivasi untuk menyebut dan menulis nombor
dengan betul. Proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) menjadi lebih bermakna
dan menyeronokkan. Cadangan kajian akan datang penambahbaikan akan dibuat
dengan memperbanyakkan paparan menu dalam aplikasi bagi kemahiran lebih kompleks
seperti operasi tambah dan operasi tolak.

Kata kunci: mengecam, menyebut, menulis, Aplikasi i-KeSeTu, bermakna.


1.0 PENGENALAN

Matematik awal merupakan salah satu bidang pembelajaran utama yang diajar secara khas dan
disepadukan dengan tunjang lain sebagimana digariskan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK (Semakan 2017) di bawah
Tunjang Sains Dan Teknologi. Matematik Awal diajar bagi membekalkan pengalaman awal matematik
termasuk pranombor, konsep nombor, operasi nombor, nilai wang, konsep masa dan waktu, serta bentuk
dan ruang kepada murid prasekolah. (KSPK 2017). Pengalaman pembelajaran dalam bilik darjah ini dapat
memupuk minat dalam matematik melalui pelbagai aktiviti dan pengalaman seharian, menguasai konsep
asas matematik dan meningkatkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah. Menurut Nur Aini Zaida
(2018), memahami matematik awal adalah satu matlamat yang penting dalam pembelajaran matematik
untuk kanak-kanak. Proses pembelajaran dan pengajaran tersebut disampaikan kepada kanak-kanak
bukan sahaja menghafal tetapi lebih memahami konsep objek konkrit. Melalui penguasaan dan pemahaman
ia akan memudahkan kanak-kanak dalam pembelajaran konsep matematik. Manakala Effandi Zakaria
(2015) menyatakan peranan seorang guru sangat penting di dalam kelas bagi menerangkan sesuatu
konsep kepada pelajar. Sebelum pendidik memulakan pengajaran, pendidik perlu memahami konsep
matematik terlebih dahulu agar kanak-kanak dapat belajar dan memahami konsep matematik dengan baik.

2

Justeru para guru perlu mencari idea pembelajaran dan bahan bantu mengajar yang menarik untuk
memotivasikan minat dan mewujudkan daya tarikan dalam proses pembelajaran kurikulum pendidikan
(Sharifah Nor, 2010).

Penggunaan bahan bantu mengajar berbentuk multimedia berbentuk aplikasi mudah alih mula mendapat
tempat di hati kanak-kanak. Kelebihan teknologi multimedia dan skrin pelbagai sentuh merupakan ciri utama
yang meningkatkan minat kanak-kanak untuk terus meneroka. (Maszuraini dan Hamedi 2015). Selain itu
penggunaan teknologi di dalam kelas juga mampu meningkatkan tahap fokus dan minat pelajar untuk
memberikan tumpuan secara menyeluruh sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran. Antara contoh
aplikasi penggunaan teknologi di dalam proses pembelajaran dan pengajaran adalah pembelajaran
berasaskan teknologi web, penggunaan multimedia serta yang kini yang semakin berkembang adalah
penggunaan teknologi skrin sentuh yang lebih dikenali sebagai apps (mobile learning). (Mohd Amerul Akmal
dan Noor Azean 2014). Robiatul A’dawiyah dan Halimah (2010) yang menyatakan bahawa tingkah laku
yang positif akan terhasil dalam kalangan pelajar apabila guru menggunakan alat bantu mengajar
secara digital, iaitu perisian multimedia berbanding alat bantu mengajar konvensional yang menggunakan
kad bergambar dan buku teks.

Pengkaji merupakan seorang guru prasekolah di IPG Kampus Sultan Mizan, setiap tahun pengkaji
berdepan dengan masalah murid yang sukar mengecam dan menyebut nombor 1-10 mengikut urutan yang
betul serta kemahiran menulis nombor tidak menggunakan teknik yang betul. Melalui pemerhatian yang
dilakukan sepanjang proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) berlangsung, murid seolah-olah
mengabaikan tentang teknik dan cara menulis nombor. Terdapat dalam kalangan murid yang menulis
nombor dengan cara yang tidak betul seperti menulis nombor 2 dan nombor 7 dengan terbalik dan menulis
nombor 1 dari bawah ke atas. Mereka lebih cenderung untuk menulis nombor sesuka hati tanpa
menghiraukan tentang teknik menulis nombor dengan betul. Sikap murid yang tidak mengendahkan
kekemasan menulis nombor ini akan memberi kesan kepada pembelajaran murid. Pelbagai kaedah
digunakan bagi menangani maslah ini antaranya teguran secara lisan tentang kesalahan menulis nombor.
Namun masalah yang sama juga berlaku. Selain itu kaedah latih tubi digunakan bagi menyelesaikan ini.
Namun kaedah ini memakan selama 2 bulan untuk dilihat keberkesanannya. Selain itu murid juga akan
menunjukkkan reaksi yang negatif seperti seperti cepat bosan, enggan menulis, menulis dengan lambat
dan mengganggu rakan semasa aktiviti menulis dilaksanakan. Sekiranya ianya tidak diatasi di peringkat
awal masalah ini akan berpanjangan ke arus perdana.

Ekoran daripada itu, pengkaji terpanggil untuk menjalankan kajian ini dalam usaha membantu murid
membaiki atau menyelesaikan masalah mereka. Aplikasi i-KeSeTu dibangunkan dan diperkenalkan kepada
murid prasekolah. Aplikasi i-KeSeTu merupakan satu aplikasi pembelajaran berbentuk interaktif melibatkan
kemahiran mengecam, menyebut dan menulis nombor 1 hingga 10 yang boleh dimuatnaik dalam telefon
pintar.

Menurut Zamri dan Nur Aisyah (2011), strategi pembelajaran yang diterapkan dalam perisian dapat
membantu murid menguasai pembelajaran secara dua hala tanpa bergantung sepenuhnya kepada guru.
Ini menunjukkan dengan bantuan media, pelajar mampu belajar secara aktif, kendiri dan anjal. Melalui
strategi pembelajaran aktif, proses pengajaran akan menggalakkan penglibatan secara aktif pelajar melalui
hubungan dua hala dengan perisian.

2.0 FOKUS KAJIAN

Tujuan kajian tindakan ini dilaksanakan adalah untuk menambah baik refleksi pengajaran yang disampaikan
oleh pengkaji kepada murid dalam Tunjang Sains dan Teknologi, Matematik Awal Standard Kandungan MA
2.0 Konsep Nombor ; MA 2.1 Memahami nombor 1 hingga 10. Standard Pembelajaran MA 2.1.1 Menyebut
nombor 1 hingga 10 mengikut urutan, MA 2.1.2 Mengecam dan menyebut nombor secara rawak, MA 2.1.5
Memadankan kumpulan objek dengan nombor dan MA 2.1.10 Menulis nombor mengikut cara yang betul.

Objektif kajian tindakan ini adalah:

a) Murid dapat mengecam dan menyebut nombor 1 hingga 10.
b) Murid dapat menulis 1 hingga 10 nombor dengan cara yang betul.
c) Mengenalpasti minat murid prasekolah dalam mengecam, menyebut dan menulis nombor 1 -10
berbantukan Aplikasi i-KeSeTu.

Persoalan kajian dalam penyelidikan ini pula ialah :

3


a) Apakah Aplikasi i-KeSeTu dapat membantu murid mengecam dan menyebut objek dengan nombor 1-
10
b) Apakah Aplikasi i-KeSeTu dapat membantu murid prasekolah dalam menulis 1 hingga 10 nombor
dengan cara yang betul.
c) Apakah Aplikasi i-KeSeTu dapat menarik minat murid prasekolah dalam mengecam, menyebut dan
menulis nombor 1 hingga 10.
3.0 KAEDAH KAJIAN (METODOLOGI)

Penyelidikan kajian tindakan ini menggunakan Model Kajian Tindakan Stringer (1999). Kajian Stringer ini
menyarankan empat fasa dalam melaksanakan kajian oleh pengkaji iaitu fasa fasa melihat, fasa berfikir dan
fasa bertindak. Hal ini ditunjukan dlam rajah 1 di bawah.

Rajah 1 : Model Kajian Tindakan Stringer (1999)

Pada fasa pertama iaitu fasa melihat. Pengkaji telah mengenalpasti isu yang berlaku dalam bilik darjah
semasa sesi pdpc Tunjang Matematik Awal. Pemerhatian melalui tingkahlaku maklumbalas lisan, analisa
semakan hasil kerja murid dan senarai semak kemahiran mengecam ,menyebut dan menulis nombor 1-10.
Melalui pemerhatian ini 5 orang murid dikenalpasti masih keliru dalam mengecam, menyebut dan menulis
nombor 1 hingga 10 dengan betul.

Fasa kedua fasa berfikir. Pengkaji membuat perancangan bagi membuat penambahbaikan pdpc agar ianya
menjadi lebih bermakna dan menyeronokkkan agar mencapai objek pembelajaran dengan jayanya. Bahan
bantu pembelajaran yang menarik perlu disediakan kepada murid. Papan cerita pembangunan sebuah
aplikasi telefon pintar direka bentuk dengan mengambil kira minat murid. Paparan gambar-gambar yang
menarik dengan gabungan bunyi dimasukkan dalam aplikasi bagi memberi kepuasan murid semasa
menggunkan aplikasi. Menu-menu dalam aplikasi dirancang dan disusun menggunakan kaedah
pembelajaran mudah kepada sukar. Konsep pembelajaran kendiri juga turut dirancang dalam aplikasi ini.
Paparan video pembelajaran tentang kemahiran mengecam, menyebut nombor serta kaedah menulis
nombor dengan cara yang betul dimasukan dalam aplikasi ini. Selain itu latihan menulis nombor dan
gamifikasi mengenal nombor akan masukkan bagi memberi satu kepuasan dan keseronokan kepada murid
semasa menggunakan aplikasi ini

Fasa terakhir fasa tindakan. Pengkaji telah memberikan intervensi penggunaaan Aplikasi i-KeSeTu kepada
lima orang murid yang kurang mahir dalam mengecam dan menulis nombor 1 hingga 10 dengan betul.
Intervensi dilaksanakan selama 2 minggu bermula pada 10 September 2023 hingga 21 September 2023.

4.0 PERANCANGAN

4.1 Intervensi

Dalam penyelidikan tindakan ini, pengkaji telah menggunakan intervensi pembelajaran berasaskan
teknologi maklumat berbentuk aplikasi pembelajaran menggunakan telefin pintar. Aplikasi i-KeSeTu telah
dibangunkan sebagai intervensi kemahiran mengecam, menyebut dan menulis nombor 1-10 dengan betul.
Aplikasi i-KeSeTu adalah berbentuk sebuah prototaip mobile apps menggunakan blok programming App
Inventor. Aplikasi App Inventor boleh dicapai melalui laman sesawang https://appinventor.mit.edu/. App
Inventor memberikan kemudahan dalam membangunkan aplikasi telefon pintar dengan mudah tanpa perlu
mempelajari pengaturcaraan. App Inventor menawarkan pembangunan aplikasi telefon pintar

4

menggunakan sambungan blok-blok bagi menggantikan bahasa pengaturcaraan (Muhammad Rais, 2019).
Selain itu, perisian lain juga turut digunakan dalam penghasilan aplikasi ini seperti MsPowerPoint, Inshot,
FilMora, WordWall. Manakala Aplikasi Editor Graphic Procreate dan youtube digunakan sebagai pelengkap
dalam membangunkan Aplikasi i-KeSeTu. Aplikasi i-KeSeTu adalah singkatan dari i mewakili interaktif, Ke
mewakili kenal nombor, Se mewakili sebut, Tu mewakili tulis. Kandungan paparan menu dalam Aplikasi i-
KeSeTu ditunjukkkan dalam rajah 2 di bawah :


RAJAH 2 : Kandungan Paparan Aplikasi i-KeSeTu

1. Melalui intervensi ini murid akan menggunakan Aplikasi i-KeSeTu di dalam bilik darjah selama 5-10
minit setiap hari selama 2 minggu.
2. Pada peringkat permulaan penggunaan murid akan diberi bimbingan sepenuhnya cara penggunaaan
aplikasi bermula dari paparan 1 sehingga paparan ke 7. Kaedah pembelajaran kendiri diketengahkan
apabila murid sudah mahir dengan aplikasi. Murid diberi kebebasan untuk menggunakan aplikasi
dengan pemantaun pengkaji.
3. Kaedah pentaksiran tahap penguasaan murid dalam mengecam, menyebut nombor dan menulis
nombor dilihat melalui rekod senarai semak dan analisa dokumen hasil kerja murid.

Rajah 3 : Murid menggunakan menggunakan Aplikasi i-KeSeTu


Scan QrCode untuk laman Aplikasi i-KeSeTu

5



5.0 TINDAKAN DAN PEMERHATIAN

5.1 Tinjauan Masalah

Untuk mendapatkan maklumat awal mengenai permasalahan yang dikaji, pengkaji telah membuat tinjauan
masalah melalui pemerhatian dan analisa dokumen.

5.1.1 Pemerhatian
Semasa sesi pdpc Tunjang Matematik Awal pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap semua murid.
Soalan diajukan kepada murid dengan meminta murid mengecam dan menyebut nombor 1-10 melalui kad
imbasan nombor dan menulis nombor tersebut pada papan putih. Melalui pemerhatian tersebut beberapa
orang murid telah dikenalpasti tidak dapat menguasai kemahiran tersebut dengan baik.

5.1.2 Analisa dokumen

Semakan hasil kerja murid tentang kemahiran menulis nombor 1 hingga 10. Muird telah diminta menulis
nombor 1 hinggga 10 pada lembaran kerja yang disediakan. Dapatan hasil kerja murid terdapat 5 orang
murid masih keliru tentang cara menulis nombor dengan betul.


5.2 Tindakan dan Pemerhatian

Tindakan telah dijalankan dengan memperkenalkan aplikasi i-KeSeTu. Pemerhatian telah dibuat semasa
poses tindakan intervensi dilaksanakan. Penambahbaikan aplikasi telah dibuat semasa proses tindakan
dijalankan bagi memastikan objektif kajian berjaya dicapai dengan jayanya. Hal ini ditunjukkan dalam jadual
dibawah:

Proses tindakan terhadap intervensi yang dilaksanakan :

Gelungan Fasa Huraian
Pertama
(Minggu
Pertama)
melihat Pemerhatian telah dibuat semasa murid menggunakan paparan dalam
aplikasi. Murid teruja menggunakan aplikasi i-KeSeTu. Paparan menu 1
hingga 7 yang mudah diakses dengan baik. Namun terdapat sedikit
kekeliruan fungsi-fungsi paparan menu utama. Hal ini menyeb abkan
kesukaran murid untuk menggunakan aplikasi secara optimum. Selain itu
pengkaji juga telah mengenalpasti kesukaran untuk mendapatkan skor
markah tahap penguasaan murid bagi kemahiran mengecam nombor 1
hingga 10.
Berfikir Pengkaji telah membuat penambahbaikan paparan menu utama dan kuiz
kemahiran mengecam nombor 1 hingga 10. Perancangan dan
pengubahsuaian menu & gambar telah dibuat dengan membuat carian ikon
gambar-gambar yang menarik sesuai dengan minat murid. Ikon gambar bagi
setiap menu dimasukkan bagi memudahkan murid melayari aplikasi dengan
lebih mudah. Kuiz google form telah ditambah dalam aplikasi i-KeSeTu bagi
memudahkan pengkaji mendapatkan skor markah tahap penguasaan
kemahiran mengecam nombor.










Sebelum penambahbaikan Selepas penambahbaikan

6

bertindak Murid menunjukkkan kepausan kendiri dalam penggunaan aplikasi dengan
papaparan menu tambahan. Namun begitu kekangan masa penggunaan
terhad semasa di sekolah. Justeru salinan pautan aplikasi ini diberikan
kepada ibu bapa sebagai intervensi di rumah dengan pemantauan ibu bapa.
Kedua
(Minggu
Kedua)
melihat Murid dapat melayari paparan menu dalam aplikasi dengan baik. Murid
memahami setiap fungsi paparan menu pembelajaran dalam aplikasi. Murid
telah dapat mengakses aplikasi secara kendiri.
berfikir Pengkaji mencatat dan merekodkan tahap penguasaan murid bagi
kemahiran mengecam, menyebut dan menulis nombor 1 hingga 10 bagi
melihat keberkesanana penggunaaan aplikasi i-KeSeTu melalui skor markah
senarai semak.
bertindak Pengkaji membuat refleksi dan menganalisa data yang dikumpulkan serta
membuat rumusan tentang keberkesanan intervensi yang telah dilakukan.
Dapatan refleksi selepas gelungan kedua telah menunjukkan berlaku peningkatan kemahiran murid
dalam mengecam, menyebut dan menulis nombor 1 hingga 10. Murid sangat berminat dan seronok
menggunakan Aplikasi i-KeSeTu.

Tempoh masa pelaksanaan kajian tindakan ini dilakukan adalah selama dua minggu bermula pada 10
September 2023 hingga 21 September 2023. Seramai 5 orang murid telah terlibat dalam kajian ini. Data
dikumpulkan melalui pemerhatian, analisa dokumen dan rekod senarai semak. Dapatan data dikeluarkan
dan dianalisa menggunakan analisa deskriptif peratusan.

6.0 DAPATAN KAJIAN.

Ujian pra dan ujian pos telah dijalankan bagi melihat keberkesanan pengunaan Aplikasi i-KeSeTu dalam
kemahiran mengecam, menyebut dan menulis nombor 1 hingga 10 dengan betul . Data dikumpulkan
menggunakan kaedah pemerhatian, analisa dokumen dan rekod senarai semak.

Dapatan Soalan kajian 1 : Apakah Aplikasi i-KeSeTu dapat membantu murid mengecam dan menyebut
objek dengan nombor 1-10.

(a) Ujian pra
Ujian pra dijalankan untuk mengenal pasti tahap penguasaan murid dalam kemahiran mengecam dan
menyebut nombor 1 hingga 10. Pengkaji menjalankan ujian pra kepada 5 orang responden. Murid diminta
mengecam dan menyebut nombor 1 hingga 10 menggunakan kad imba s nombor yang ditunjukan oleh
pengkaji. Murid diminta mengecam dan menyebut nombor pada kad imbas nombor yang ditunjukkan. Data
dikumpulkan menggunkan rekod senarai semak.














Rajah 4 : Senarai semak ujian pra dan ujian pos bagi kemahiran mengecam dan menyebut nombor 1
hingga 10

Petunjuk tahap penguasaan dan skor markah telah digunakan bagi menentukan tahap penguasaaan murid
yang telah diadaptasi dari Standar Prestasi dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK (Semakan 2017).


Ujian pos
Ujian pra

7






Dapatan skor markah dan tahap penguasaan murid bagi kemahiran mengecam dan menyebut nombor 1
hingga 10 semasa ujian pra ditunjukan pada jadual 1.

Respondan Skor Markah Tahap Penguasaan Rumusan
Murid 1 (M1) 40 TP 1
- 60% murid mencapai TP1
- 40% murid mencapai TP2
Murid 2 (M2) 50 TP 2
Murid 3 (M3) 30 TP 1
Murid 4 (M4) 40 TP 1
Murid 5 (M5) 50 TP 2
Jadual 1 : Dapatan ujian pra skor markah dan tahap penguasaan bagi kemahiran mengecam dan
menyebut nombor 1 hingga 10

Berdasarkan Jadual 1 dapatan ujian pra M1 telah mendapat skor markah 40% (TP1) M2 telah mendapat
skor markah 50% (TP2), M3 telah mendapat skor markah 30% (TP 1), M4 telah mendapat skor markah
40% (TP1) dan M5 telah mendapat skor markah 50% (TP 2) . Dapatan ini menunjukkkan 60% murid
mencapai TP1 dan 40% murid menguasai TP2. Data menunjukkkan tiada murid yang menguasai tahap
penguasaan maksimun TP3.

(b) Ujian pos
Dapatan skor markah dan tahap penguasaan murid bagi kemahiran mengecam dan menyebut nombor 1
hingga 10 semasa ujian pos ditunjukan pada jadual 2.

Respondan Skor Markah Tahap Penguasaan Rumusan
Murid 1 100 TP 3
- 100% murid
mencapai tahap
penguasaan TP3
Murid 2 100 TP 3
Murid 3 90 TP 3
Murid 4 100 TP 3
Murid 5 100 TP 3
Jadual 2 : Dapatan ujian pos skor markah dan tahap penguasaan bagi kemahiran mengecam dan
menyebut nombor 1 hingga 10

Berdasarkan Jadual 2 dapatan ujian pos M1 telah mendapat skor markah 100% (TP3), M2 telah mendapat
skor markah 100% (TP3), M3 telah mendapat skor markah 90% (TP3), M4 telah mendapat skor markah
100% (TP3) dan M5 telah mendapat 100% (TP3). Dapatan ini menunjukkkan semua murid telah berjaya
menguasai mencapai tahap penguasaan maksimum TP3 (100%).

Ujian Pra Ujian Pos
Respondan Skor
Markah
Tahap
Penguasaan
Skor Markah
%
Tahap
Penguasaan
Peningkatan Skor
%
Murid 1 40 TP 1 100 TP 3 50
Murid 2 50 TP 2 100 TP 3 50
Murid 3 30 TP 1 90 TP 3 60
Murid 4 40 TP 1 100 TP 3 40
Murid 5 50 TP 2 100 TP 3 50
Jadual 3 : perbandingan skor markah dan tahap penguasan murid ujian pra dan ujian pos bagi kemahiran
mengecam dan menyebut nombor 1-10

Petunjuk Tahap Penguasaan Skor markah
TP 1 – boleh mengecam dan menyebut 1 hingga 4 nombor 10% - 40%
TP 2 – boleh mengecam dan menyebut 5 hingga 8 nombor 50% - 80%
TP 3 – boleh mengecam dan menyebut 9 hingga 10 nombor 90% - 100%

8


Rajah 5 Perbandingan tahap penguasaan murid bagi kemahiran mengecam dan menyebut nombor
1 hingga 10

Dapatan perbandingan tahap penguasaan kemahiran mengecam dan menyebut nombor 1 hingga 10 telah
menunjukkkan berlaku peningkatan skor markah sebanyak 40% hingga 60% daripada TP1 dan TP2 kepada
TP3. Hal ini telah menunjukkkan bahawa Aplikasi i-KeSeTu dapat membantu meningkatkan kemahiran
mengecam dan menyebut nombor 1 hingga 10 dalam kalangan murid praskelah. Dapatan ini telah
menunjukkan objektif kajian 1 : murid dapat mengecam dan menyebut nombor 1 hingga 10 telah dapat
dicapai. Hal ini sekaligus telah menjawab soalan kajian 1.

Dapatan Soalan kajian 2 : Apakah Aplikasi i-KeSeTu dapat membantu murid menulis nombor 1-10
dengan cara yang betul
(b) Ujian pra
Ujian pra dijalankan untuk mengenal pasti tahap penguasaan murid dalam kemahiran menulis nombor 1
hingga 10 dengan cara yang betul. Murid diminta menulis nombor 1 hingga 10 pada lembaran kerja yang
disediakan mengikut arahan pengkaji. Dapatan hasil kerja bagi ujian pra dan pos dianalisa.












Rajah 6 : Ujian pra dan ujian pos bagi kemahiran menulis nombor 1 hingga 10 dengan betul

Respondan Skor Markah Tahap Penguasaan Rumusan
Murid 1 (M1) 30 TP 1
- 80% murid mencapai TP1
- 20% murid mencapai TP2
Murid 2 (M2) 40 TP 1
Murid 3 (M3) 30 TP 1
Murid 4 (M4) 40 TP 1
Murid 5 (M5) 50 TP 2
Jadual 4 : Dapatan ujian pra skor markah dan tahap penguasaan bagi kemahiran menulis nombor
1 hingga 10 dengan betul.

Berdasarkan Jadual 4 dapatan ujian pra M1 telah mendapat skor markah 30% (TP31, M2 telah mendapat
skor markah 40% (TP1), M3 telah mendapat skor markah 30% (TP1), M4 telah mendapat skor markah 40%
(TP1) dan M5 telah mendapat 50% (TP1). Dapatan ini menunjukkkan 80% muird mendapat TP1 dan 20%
murid mendapat TP2. Data menunjukkkan tiada murid yang menguasai tahap penguasaan maksimun TP3.


0
1
2
3
4
M1 M2 M3 M4 M5
Perbandingan tahap penguasaan murid kemahiran
mengecam dan menyebut nombor 1 hingga 10 semasa
ujian pra dan ujian pos
Ujian praUjian pos
Ujian pra Ujian pos

9

(c) Ujian Pos

Respondan Skor Markah Tahap
Penguasaan
Rumusan
Murid 1 90 TP 3
- 100% murid mencapai tahap
penguasaan TP3
Murid 2 100 TP 3
Murid 3 90 TP 3
Murid 4 100 TP 3
Murid 5 100 TP 3
Jadual 5 : Dapatan ujian pos skor markah dan tahap penguasaan bagi kemahiran menulis nombor 1
hingga 10 dengan betul

Berdasarkan Jadual 5 dapatan ujian pos M1 telah mendapat skor markah 90% (TP3), M2 telah mendapat
skor markah 100% (TP3), M3 telah mendapat skor markah 90% (TP3), M4 telah mendapat skor markah
100% (TP3) dan M5 telah mendapat 100% (TP3). Dapatan ini menunjukkkan semua murid telah berjaya
menguasai mencapai tahap penguasaan maksimum TP3 (100%).

Ujian Pra Ujian Pos
Respondan Skor
Markah
Tahap
Penguasaan
Skor Markah
%
Tahap
Penguasaan
Peningkatan Skor
%
Murid 1 30 TP 1 90 TP 3 60
Murid 2 40 TP 1 100 TP 3 60
Murid 3 30 TP 1 90 TP 3 60
Murid 4 40 TP 1 100 TP 3 60
Murid 5 50 TP 2 100 TP 3 50
Jadual 6 : perbandingan skor markah dan tahap penguasan murid ujian pra dan ujian pos bagi kemahiran
nombor 1-10 dengan betul


Rajah 5 Perbandingan tahap penguasaan murid bagi kemahiran menulis nombor
1 hingga 10 dengan betul

Dapatan perbandingan tahap penguasaan kemahiran menulis nombor 1 hingga 10 dengan betul telah
menunjukkkan berlaku peningkatan skor markah sebanyak 50% hingga 60% daripada TP1 dan TP2 kepada
TP3. Hal ini telah menunjukkkan bahawa Aplikasi i-KeSeTu dapat membantu meningkatkan kemahiran
menulis nombor 1 hingga 10 dengan betul dalam kalangan murid praskelah. Dapatan ini telah menunjukkan
objektif kajian 2 : murid dapat menulis nombor 1 hingga 10 dnegan betul telah dapat dicapai. Hal ini
sekaligus telah menjawab soalan kajian 2.

Dapatan soalan kajian 3 : Apakah Aplikasi i-KeSeTu dapat menarik minat murid prasekolah dalam
kemahiran pengetahuan tentang nombor.

Data diperolehi dengan meminta murid memilih 2 kad gambar senyum dan kad gambar sedih dengan
petunjuk ikon seperti jadual 7.

10



Rajah 6 : Rekod senarai semak bagi mengukur tahap minat dan keseronokan murid menggunakan
Aplikasi i-KeSeTu.

Dapatan dari analisa senarai semak menunjukkan semua murid telah memilih kad gambar senyum. Hal ini
menunjukkan bahawa kesemua murd sangat berminat dan seronok menggunakan Aplikasi i-KeSeTu dalam
kemahiran mengecam, menyebut dan menulis nombor 1 hingga 10 dengan betul. Dapatan ini menunjukkan
objektif 3 telah dapat dicapai. Hal ini sekaligus menjawab persoalan kajian 3

Dapatan yang positif dari semua persoalan kajian menunjukkan bahawa penggunaan Aplikasi i-KeSeTu
telah dapat meningkatkan kemahiran mengecam, menyebut dan menulis nombor 1 hingga 10 murid
prasekolah. Hasil pemerhatian pula menunjukkan kanak-kanak seronok menggunakan aplikasi ini. Murid
senang memahami paparan menu grafik yang disediakan dalam i-KeSeTu. Murid sangat teruja untuk
meneroka aplikasi yang ada di dalam perisian seperti paparan menu video pembelajaran mengenali dan
menulis nombor dengan betul yang menyediakan gambar grafik yang menarik sesuai dengan minat murid.
Dapatan ini selari dengan hasil kajian oleh Latifah Abd Majid et al. (2011), yang menyatakan bahawa unsur
unsur reka bentuk grafik, teks, warna dan bunyi mampu membuatkan kanak-kanak memberi sepenuh
perhatian ketika pembelajaran berlangsung di samping kandungan silibusnya yang menepati cita rasa
golongan kanak-kanak. Dapatan kajian ini menyokong hasil kajian oleh Ronaldi Saleh et al., (2011) di mana
majoriti pelajar berpendapat bahawa grafik dan animasi adalah menarik serta dapat mengekalkan fokus
mereka terhadap bahan pembelajaran. Di samping itu, dapatan ini selari dengan dapatan kajian oleh
Sawsan Nusir (2012) yang menyatakan bahawa pembelajaran menerusi media interaktif dapat
meningkatkan kemahiran pembelajaran kanak-kanak melalui aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam perisian
tersebut.

Paparan menu pembelajaran berbentuk interaktif seperti praktis tulis nombor yang menarik dengan
memberi kebebasan kepada murid untuk memilih warna dan ketebalan tulisan memberi keseronokan
kepada murid untuk menggunakan aplikasi ini. Selain itu paparan menu praktis sebut dan rakam sebut
nombor menambahkan lagi minat murid menggunkan aplikasi ini. Hal ini bertepatan dengan kajian oleh
Shaharuddin et al. (2011), pengguna akan tertarik untuk belajar menggunakan multimedia interaktif kerana
ia dapat mengurangkan kebosanan ketika belajar. Di samping itu, ia juga dapat menjadikan pelajar lebih
aktif kerana adanya unsur interaktif dalam perisian. Dengan adanya aplikasi ini, guru tidak perlu bimbang
tentang kaedah ulang kaji murid di rumah kerana aplikasi i-KeSeTu akan bertindak sebagai 'guru' di rumah.
Paparan visual dalam Aplikasi i-KeSeTu merupakan eleman penting yang dapat meningkatkan kefahaman
murid terhadap kandungan subjek yang hendak diajar oleh guru. Kenyataan ini menyokong kajian yang
dijalankan oleh Nordin & Rosmidah (2014) dan Adenan Ayob et al. (2011), menyatakan proses pdpc yang
dibantu oleh elemen visual didapati dapat meningkatkan proses pembelajaran sehingga empat kali ganda
berbanding pengajaran secara lisan semata-mata. Teknologi multimedia adalah salah satu media
pembelajaran baru yang boleh digunakan untuk membantu proses pdpc lebih berkesan. Ini kerana
Jadual 7 : Petunjuk ikon gambar senyum dan gambar sedih

11

multimedia menyepadukan pelbagai media: teks, suara, imej, grafik dan animasi serta kebolehan inter
aktiviti yang dapat menarik minat pelajar serta menyokong perkembangan kanak-kanak yang masih belajar
(Robiatul A’dawiah dan Halimah, 2010).
Hasil dapatan kajian ini juga mendapati konsep pembelajaran berpusatkan murid dapat dilaksanakan
dengan baik dan berkesan dengan menggunakan Aplikasi i-KeSeTu. Murid melibatkan diri aktif sesuatu
aktiviti pembelajaran dan mereka diberi tanggungjawab atas pembelajaran mereka sendiri. Di bawah
pembelajaran berpusatkan murid ini, murid memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran
kerana pembelajaran digerakkan atas minat, dorongan dan keperluan murid. Guru merupakan
pemudahcara atau pembimbing yang memandu murid menjalankan aktiviti pembelajaran. Ini selaras
dengan kehendak strategi pengajaran yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK (Semakan 2017).

7.0 RUMUSAN DAN IMPLIKASI

Hasil kajian menunjukkan pengunaan Aplikasi i-KeSeTu telah meningkatkan tahap penguasaan kemahiran
mengecam, menyebut dan menulis nombor 1 hingga 10 dengan cara yang betul. Murid menunjukkan minat
dan keronokan apabila menggunakan aplikasi ini. Aktiviti pembelajaran murid menjadi lebih berkesan.
Dapatan positif daripada kajian menunjukkan Aplikasi i-KeSeTu boleh dijadikan salah satu alternatif dalam
pdpc bagi kemahiran mengecam, menyebut dan menulis nombor 1 hingga 10 dengan betul. Aplikasi ini
mempunyai potensi luas untuk disebarluaskan kepada semua prasekolah Kem enterian Pendidikan
Malaysia, Tadika KEMAS, Tadika Perpaduan, Tadika PASTI dan tadika swasta. Aplikasi i-KeSeTu boleh
dijadikan sebagai salah satu medium pdpc dalam bilik darjah dan bahan bantu pembelajaran di rumah.
Diharapkan Aplikasi i-KeSeTu dapat dimanfaatkan kepada semua guru-guru dan ibu bapa sebagai satu
bahan bantu pembelajaran murid prasekolah.

Hasil dapatan kajian ini mencadangkan agar penambahbaikan kepelbagaian menu bagi kemahiran
matematik awal prasekolah yang lebih kompleks sperti operasi tambah dan operasi tolak. Salain itu
pembangunan aplikasi pembelajaran akan diteruskan untuk tunjang-tunjang lain di praskeolah seperti
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains Awal, Fizikal dan Penjagaan Kesihatan dan lain-lain lagi.

8.0 Rujukan

Adenan Ayob, Kamariah Abu Bakar, Zakaria Kasa & Aida Suraya Md Yunus. (2011). Multimedia dalam
pengajaran Bahasa Melayu. Tanjong Malim: Emeritus Publication.

Effandi Zakaria, Roslinda Rosli & Siti Mistima Maat. (2015). Isu pengajaran dalam kalangan guru
matematik. Bangi: Awal Hijrah. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2017). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (Semakan 2017) Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Latifah Abdul Majid, Wan Nasyrudin Wan Abdullah, Nurul Hidayah Ahmad Zakhi. (2012). Penerapan Nilai
Murni dan Pembentukan Jati diri Kanak-kanak Prasekolah Melalui Penggunaan Multimedia. Journal
Hadhari Special Edition, 51-65.

Maszuraini binti Miswan dan Hamedi bin Mohd Adnan (2015) Pembangunan Aplikasi Peranti Mudah Alih
untuk Kemahiran Membaca Kanak-Kanak: Aplikasi Literasi LINUS (LiLIN) Jld. 17, Bil. 2, 2015: 64–
78 | Vol. 17, No. 2, 2015: 64 –78 Dicapai di http://www.myjurnal.my/public/issue
view.php?id=5723&journal_id=38

Mohd Amerul Akmal Mohd Yunos dan Noor Azean Atan (2014) Strategi Pembelajaran Kolaboratif Dalam
Persekitaran Autentik Bagi Pembentukan Kemahiran Proses Sains Asas Prasekolah Menerusi
Teknologi Apps. Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik 2014, 11-13 Ogos 2014. dicapai
https://www.academia.edu/25363082/Strategi_Pembelajaran_Kolaboratif_dalam_Persekitaran_Au
tentik_bagi_Pembentukan_Kemahiran_Proses_Sains_Asas_Prasekolah_Menerusi_Teknologi_Ap
ps

Muhamad Rais Bin Abd Halim (2019) Jom Bina Aplikasi Android Menggunakan App Inventor, Universiti
Tun Hussein Onn Malaysia

12


Nur Aini Zaida. (2018). Improving the understanding of the geometric shapes through geoboard
(classroom action research in group b tk Al-Wafa, Sawangan, Kota Depok, 2017). Scientific journal
of preschool and early school education, 3 (2), 116-128.

Nordin Mamat dan Rosmidah Asong (2014) Penggunaan Cd Multimedia Interaktif Dalam Meningkatkan
Kefahaman Bahasa Inggeris Dan Mengubah Tingkah Laku Pembelajaran Kanak-Kanak Prasekolah
Vol 3 (2014): Jurnal Pendidikan Awal Kanak -Kanak Kebangsaan. Dicapai di
http://202.45.132.61/index.php/JPAK/article/view/791

Robiatul A’dawiah Jamaluddin & Halimah Badioze Zaman. (2010). Pakej pembelajaran sains kanak-
kanak prasekolah untuk tema meneroka angkasa menggunakan pendekatan cerita animasi
interaktif. ProsidingSeminar Kebangsaan Pendidikan Negara Ke-4, 715-725

Ronaldi Saleh Umar, Fadilahwati Abdul Rahman, Fattawi Mokhtar & Nor Aziah Alias. (2011).
Menggunakan Animasi di dalam Instruksi Khas untuk Kanak-kanak Disleksia, Jurnal Teknologi
Pendidikan Malaysia, 1(2): 27-38.
Shaharuddin Md. Salleh & Ahmad Khairi Mat Ali. (2011). Pembangunan Web EPembelajaran Menggunakan
Elemen Video Dalam Topik ‘Work And Energy’ Berasaskan Teori Konstruktivisme Sosial. Fakulti
Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Sharifah Nor Puteh & Kamarul Azman Abd Salam. (2011). tahap kesediaan penggunaan ict dalam
pengajaran dan kesannya terhadap hasil kerja dan tingkah laku murid prasekolah. Jurnal
Pendidikan Malaysia, 36(1): 25-34

Stringer, E.T. 1999. Action research. 2nd Ed. Thousand Oaks, CA: Sage
Sawsan Nusir, Izzat Alsmadi, Mohammed Al-Kabi& Fatima Sharadga. (2012). Studying The Impact of Using
Multimedia Interactive Programs at Children Ability to Learn Basic Math Skills. 5(2): 17-32.
Zamri Mahamod dan Nur Aisyah Mohamad Noor. (2011). Persepsi guru tentang penggunaan aplikasi
multimedia dalam pengajaran komponen sastera bahasa Melayu. GEMA Online Journal of
Language Studies, 11(3), 163-177