buli. pptx

ubdkskg 0 views 13 slides Oct 14, 2025
Slide 1
Slide 1 of 13
Slide 1
1
Slide 2
2
Slide 3
3
Slide 4
4
Slide 5
5
Slide 6
6
Slide 7
7
Slide 8
8
Slide 9
9
Slide 10
10
Slide 11
11
Slide 12
12
Slide 13
13

About This Presentation

TENTANG BULI


Slide Content

B U L I

B uli adalah masalah sosial yang masih menjadi isu besar dalam kalangan masyarakat . Tindakan membuli juga boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuk di sekolah , tempat kerja dan di rumah . Bagi mangsa yang lemah , membuli juga boleh menyebabkan pelbagai impak negatif kepada diri terutamanya dari aspek mental dan fizikal .

Kamus Dewan Edisi Keempat , B uli membawa maksud perbuatan mendera , mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana yang baru , membuli mempermain-mainkan orang, biasanya orang yang lemah , dengan tujuan untuk menggertak , mencederakan atau menakutkan orang yang berkenaan . Menurut Smith, Cowie, Olafsson dan Liefooghe , B uli merupakan perbuatan tingkah laku agresif yang berulang bagi menyakiti individu lain dari segi fizikal mental mahupun emosi . MAKSUD MEMBULI

JENIS BULI Setiap pembuli mempunyai cara dan taktik yang berbeza untuk menakutkan mangsa . Apabila menyentuh tentang buli , ramai yang beranggapan bahawa ia hanya melibatkan perbuatan seperti menumbuk , membelasah dan sebagainya . Sebenarnya , buli tidak hanya terhad kepada pergerakan yang melibatkan fizikal sahaja , malah terdapat empat jenis buli yang dapat dikenalpasti .

1. Buli Secara Fizikal Jenis buli ini lebih mudah dikenalpasti . Ia juga secara semula jadi boleh mendapat perhatian umum kerana ia melibatkan aksi agresif . Jenis membuli ini biasanya melibatkan individu yang lebih besar dan kuat menyerang individu yang lemah sebagai mangsa . Membuli secara fizikal juga sering melibatkan perbuatan seperti menendang , menampar dan menumbuk .

2.Buli Secara Lisan ( Percakapan ) Buli lisan adalah sebarang bentuk tindakan seperti menghina , mengusi , mengancam , menyebarkan khabar angin atau fitnah dan mengejek orang lain. Ini merupakan jenis buli yang paling biasa dan boleh berlaku di mana-mana sahaja seperti tempat awam , rumah , sekolah dan tempat kerja .

4.Buli Siber Perbuatan buli siber atau cyber bullying adalah aktiviti berulang yang dilakukan secara atas talian untuk menakutkan , mencetuskan kemarahan dan memalukan seseorang . Biasanya , ia melibatkan kemudahan komunikasi yang digunakan secara rutin seperti laman media sosial , emel , chatting, telefon bimbit dan permainan internet.   Perbuatan ini mempunyai kesan segera dan lebih meluas memandangkan serangan daripada pembuli berlaku selama 24 jam sehari dengan kapasiti tanpa had.

Ia juga berbeza dengan buli yang dilakukan secara bersemuka . Di samping itu , ia turut menyebabkan kegusaran yang unik , berterusan dan sukar untuk dikenalpasti . Mangsa juga boleh mengalami kesan negatif yang serius seperti kemurungan , depresi , cenderung untuk mencederakan diri sendiri . Jika ia tidak dibendung , mangsa boleh terdorong untuk membunuh diri .

Gangguan Seksual

Gangguan Seksual Buli seksual merupakan tindakan berulang , berbahaya serta memalukan yang mensasarkan seseorang secara seksual .

Antara bentuk atau perbuatan gangguan seksual yang boleh dikenalpasti adalah menggunakan nama panggilan yang berbentuk seksual , komen atau gerak isyarat yang kasar , sentuhan yang tidak diingini , bahan lucah dan bahan rujukan seksual .

Antara contoh kegiatan gangguan seksual adalah pembuli yang membuat komen kasar tentang daya tarikan , perkembangan seksual atau aktiviti seksual seorang wanita . Dalam kes yang lebih teruk , gangguan seksual boleh membuka pintu kepada serangan seksual . Para wanita juga dilihat sering menjadi sasaran pembulian seksual oleh lelaki dan wanita lain.
Tags