HAK KANAK-KANAK YANG PERLU KITA TAHU (CIKGU KALADEVI).pptx

ssuser78328e 0 views 19 slides Sep 25, 2025
Slide 1
Slide 1 of 19
Slide 1
1
Slide 2
2
Slide 3
3
Slide 4
4
Slide 5
5
Slide 6
6
Slide 7
7
Slide 8
8
Slide 9
9
Slide 10
10
Slide 11
11
Slide 12
12
Slide 13
13
Slide 14
14
Slide 15
15
Slide 16
16
Slide 17
17
Slide 18
18
Slide 19
19

About This Presentation

BERAKAITAN DENGAN HAK KANAK - KANAK


Slide Content

BIDANG BERKAITAN DENGAN HAK ASASI BAB 24 – MELINDUNGI KANAK-KANAK TANGGUNG-JAWAB BERSAMA

Definisi nilai : Melindungi hak kanak-kanak Membela , memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna

Siapakah kanak-kanak ? Individu yang berusia kurang daripada 18 tahun Akta Perlindungan Kanak- kanak 1991 pindaan 2001

HAK KANAK-KANAK Deklarasi Hak Asasi Kanak-Kanak, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 20 November 1989) 1. Mendapat sepenuhnya semua hak tanpa perbezaan dan diskriminasi Tiada diskriminasi warna kulit Tiada diskriminasi jantina Tiada diskriminasi bangsa

2. Mendapat perlindungan , peluang dan kemudahan istimewa . HAK KANAK-KANAK Deklarasi Hak Asasi Kanak-Kanak, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 20 November 1989) Bebas dari penderaan dan penganiyaan Peluang Pendidikan, mengasah bakat dan minat Potongan harga , kemudahan khas

3. Mempunyai nama dan kewarganegaraan . HAK KANAK-KANAK Deklarasi Hak Asasi Kanak-Kanak, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 20 November 1989) ALIA RAMONA SHARMILA CHONG MAURINA

4. Makanan yang cukup , keselamatan sosial , tempat kediaman , rekreasi dan kemudahan perubatan . HAK KANAK-KANAK Deklarasi Hak Asasi Kanak-Kanak, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 20 November 1989)

HAK KANAK-KANAK Deklarasi Hak Asasi Kanak-Kanak, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 20 November 1989) 5. Mendapat perlindungan istimewa apabila cacat .

6. Mendapat kasih sayang ibu bapa , jagaan dan perlindungan . HAK KANAK-KANAK Deklarasi Hak Asasi Kanak-Kanak, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 20 November 1989)

7. Mendapat perlindungan daripada kezaliman , eksploitasi dan diskriminasi . HAK KANAK-KANAK Deklarasi Hak Asasi Kanak-Kanak, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 20 November 1989)

CONTOH PERLINDUNGAN KANAK-KANAK dilindungi daripada penderaan berbentuk fizikal seperti dipukul , diikat dan dikurung . Dilindungi daripada penderaan berbentuk mental seperti menjatuhkan maruah dan menghina kanak-kanak gangguan seksual gejala buruh kanak-kanak

Pelbagai pihak yang memberi perlindungan kepada kanak-kanak Menguatkuasa beberapa akta untuk melindungi kanak-kanak seperti Akta Perlindungan Kanak- kanak , Jabatan Kebajikan Masyarakat ( menyediakan rumah kebajikan ) Menyedarkan masyarakat tentang cara melindungi kanak-kanak seperti langkah pencegahan dengan menganjurkan seminar untuk mengajar guru sekolah rendah mengenalpasti kanak-kanak yang mengalami gangguan seksual dan memberi bantuan kepada mereka , mendidik kanak-kanak dan memberi pengetahuan tentang cara melindungi diri dan mengelakkan diri daripada menjadi mangsa gangguan seksual Membuat laporan kepada pihak berkuasa jika ada kes penderaan kanak-kanak , memberi bantuan dengan menyelamatkan mereka daripada terus didera Kerajaan Individu / Masyarakat Pertubuhan bukan kerajaan NGO

memberi pengetahuan yang secukupnya tentang pelbagai jenis penderaan mengajar anak mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penderaan mengajar anak menyebut ‘ tidak ’ kepada perbuatan orang lain ( termasuk orang yang dikenali ) yang tidak munasabah PERANAN IBU BAPA UNTUK MELINDUNGI ANAK-ANAK

CONTOH SOALAN STRUKTUR Setiap kanak-kanak , terutama kanak-kanak istimewa ( kurang upaya ) perlu diberi peluang mendapatkan semua hak seperti kanak-kanak normal agar mereka mempunyai masa depan yang cerah . Baca pernyataan berikut dan jawab soalan . a) Jelaskan langkah-langkah pihak kerajaan untuk membantu kanak-kanak istimewa agar dapat hidup berdikari berdasarkan nilai-nilai murni yang anda pelajari . (4 markah ) b) Selain faktor kemiskinan keluarga, nyatakan dua sebab kanak-kanak tersebut tidak mendapat pendidikan sewajarnya. (2 markah) c) Berdasarkan Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 di Malaysia, terangkan dua hak kanak-kanak yang anda pelajari dan kepentingannya kepada kanak-kanak. (4 markah)

a) Jelaskan langkah-langkah pihak kerajaan untuk membantu kanak-kanak istimewa agar dapat hidup berdikari berdasarkan nilai-nilai murni yang anda pelajari . (4 markah ) Nilai melindungi hak kanak-kanak . Kerajaan memberi peluang Pendidikan Khas kepada kanak-kanak OKU untuk belajar pelbagai kemahiran mengikut keupayaan mereka di sekolah khas supaya mereka boleh mengurus diri sendiri . Nilai bertanggungjawab . Kerajaan memainkan peranan menyediakan pelbagai kursus profesionalisme supaya mereka mempunyai pekerjaan apabila dewasa dan tidak bergantung hidup kepada orang lain. b) Selain faktor kemiskinan keluarga, nyatakan dua sebab kanak-kanak tersebut tidak mendapat pendidikan sewajarnya. (2 markah) Ibu bapa menganggap mereka sebagai beban dan memalukan keluarga , jadi mereka tidak mahu kanak-kanak ini keluar dari rumah . Kurang pengetahuan tentang kemudahan dan peluang yang disediakan oleh kerajaan .

c) Berdasarkan Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 di Malaysia, terangkan dua hak kanak-kanak yang anda pelajari dan kepentingannya kepada kanak-kanak. (4 markah) Mendapat sepenuhnya semua hak tanpa perbezaan dan diskriminasi . Walaupun cacat , mereka perlu diberi peluang mengasah dan menunjukkan bakat supaya mempunyai potensi untuk mendapat pekerjaan apabila dewasa dan tidak perlu bergantung hidup kepada orang lain. Mendapat perlindungan istimewa apabila cacat . Kanak- kanak cacat tidak mampu mempertahankan diri daripada cercaan dan pembulian orang lain kerana ketidakupayaan mereka . Mereka perlu dilindungi daripada penganiayaan dan penderaan fizikal dan mental.

CONTOH SOALAN ESEI Laporan akhbar ini berkaitan dengan isu pembuangan bayi yang semakin berleluasa . Bagaimanakah anggota masyarakat memainkan peranan untuk membendung masalah tersebut daripada berleluasa ? Huraikan jawapan anda berdasarkan nilai-nilai murni . (10 markah )

Contoh jawapan esei Nilai : Melindungi hak kanak-kanak , menghormati hak golongan kurang berupaya , mematuhi peraturan dan undang-undang , rasional , bertanggungjawab , tanggungjawab terhadap keluarga , kasih sayang terhadap keluarga . Pilih mana-mana 3 nilai . (3 markah ) Peranan : Ibu bapa / keluarga memberi didikan agama/moral kepada anak-anak (1 markah ) Mengawasi pergaulan anak-anak muda yang tidak senonoh setiap masa. (1 markah ) Kerajaan mengadakan kempen anti pembuangan bayi . (1 markah ) Memberi hukuman yang berat kepada pesalah seperti hukuman bunuh . (1 markah ) Memberi perlindungan kepada gadis yang mengandung di luar nikah. (1 markah ) NGO menyediakan rumah khas untuk bayi yang dibuang . (1 markah ) Sekolah memberi pendidikan seperti Pendidikan Seks , Agama dan Moral. ( 1 markah )

Sekian , terima kasih .
Tags