TAJUK (INTERAKSI 1) PENGENALAN INTERVENSI DAN TERAPI
HASIL PEMBELAJARAN Menerangkankan konsep intervensi kanak-kanak, asas terapi dan amalan terapi. Menyatakan latar belakang sejarah terapi.
KONSEP INTERVENSI KANAK-KANAK Dalam konteks kaunseling , intervensi adalah teknik yang digunakan dalam sesi terapi . Intervensi terbahagi kepada dua iaitu : Intervensi secara langsung Intervensi secara tidak langsung Intervensi secara langsung diaplikasikan sendiri oleh guru bimbingan dan kaunseling / kaunselor dalam sesi kaunseling individu dan kaunseling kelompok
KONSEP INTERVENSI KANAK-KANAK Intervensi secara tidak langsung melibatkan kerjasama keluarga klien untuk menggalakkan mereka membantu klien menyelesaikan masalah yang dihadapi . Kemahiran melaksanakan intervensi kanak-kanak melibatkan pelbagai jenis kemahiran komunikasi . Antaranya ialah kemahiran bermain , bercerita , melukis , bermain alat muzik dan menyanyi .
KONSEP INTERVENSI KANAK-KANAK Kanak-kanak mudah menggunakan media main, cerita , lukisan dan muzik untuk menggambarkan pemikiran dan emosi secara semula jadi . Melalui aktiviti-aktiviti bermain , bercerita , melukis dan bermain alat muzik , gbk / kaunselor / terapis dapat menghayati dunia dalaman kanak-kanak dengan lebih tepat lagi , mendiagnosis punca gangguan mental dan emosi mereka .
KONSEP INTERVENSI KANAK-KANAK GBK/ kaunselor / terapis seterusnya menggunakan kemahiran pelaksanaan intervensi kaunseling untuk membimbing kanak-kanak ke arah menyelesaikan masalah yang dihadapi .
10 Prinsip Asas Tentang Kanak-Kanak … kanak-kanak bukan gambaran orang dewasa …. cara bertindak tidak sama dengan orang dewasa . … adalah manusia …. mempunyai emosi dan pemikiran yang complicated . … adalah unik dan perlu dihormati … mempunyai personaliti dan kehendak tersendiri . … mempunyai daya tahan … kemampuan mereka lebih tinggi daripada apa yang dewasa faham …
10 Prinsip Asas Tentang Kanak-Kanak … bermain adalah bahasa / komunikasi kanak-kanak … cara yang paling selamat dan selesa untuk kanak-kanak luahkan . … kanak-kanak ada hak untuk diam diri … luahan adalah secara nonverbal … boleh membawa pengalaman yang terapeutik ke mana sahaja … tidak perlu panduan dewasa … perkembangan tidak boleh dipercepatkan … tidak boleh diarahkan oleh dewasa
10 Prinsip Asas Tentang Kanak-Kanak … berkeupayaan untuk berkembang dan matang … berkeupayaan untuk ke arah diri yang lebih positif ( Landreth , 2002)
KONSEP ASAS TERAPI DAN AMALAN TERAPI Terapi berasal daripada perkataan Greek iaitu " Therapeia " yang bermaksud satu perkhidmatan , satu kehadiran yang berkait dengan perkataan Greek ( kata kerja ) " therapeuo " yang bermaksud " i wait upon". Oleh itu , terapi adalah satu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit . Secara amnya , terapi ialah kaedah-kaedah untuk mengubati penyakit atau masalah tubuh badan dan sebagainya . Menurut kamus perubatan Mosby (2001), terapi didefinisikan sebagai rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit dengan tujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal.
SEJARAH TERAPI Sigmund Freud merupakan orang yang pertama mencetuskan idea tentang bermain secara terapeutik ke dalam praktis psikoterapi (Freud, 1909) Menurut Freud, terdapat 3 fungsi bermain iaitu dapat mengekspreskan diri secara bebas , mencapai keinginan dan menguasai peristiwa yang menyebabkan trauma. Anna Freud membangunkan metod secara psikoanalitik untuk kanak-kanak dengan memantau mereka bermain . Anna melihat motivasi tidak sedar di sebalik imaginatif kanak-kanak ketika mereka bermain , melukis dan melakar . Kemudian , menginterpretasi apa yang terkandung di sebalik kanak-kanak itu bermain apabila rapport dengan kanak-kanak itu terbina .
SEJARAH TERAPI Melanie Klein bekerja dengan kanak-kanak secara tidak direktif . Beliau membangunkan Teori Perkaitan Objek Freud (Klein, 1932). Klein menekankan interpretasi tanpa menunggu rapport dengan kanak-kanak tersebut terbina . Klein juga menekankan Teori Perkaitan Objek dan kepentingan objek transisi . Alat permainan dan objek lain dalam bilik terapi , dan terapis sendiri adalah dilihat sebagai objek transisi .
SEJARAH TERAPI Menurut Donald Winnicott , kanak-kanak berkembang melalui transisi objek dan juga pengalaman ruang transisi antara ibu dan anak ( Cattanach , 2003). Ruang transisi ialah ruang ketika ibu bermain dengan kanak-kanak dalam proses untuk membantu kanak-kanak berpisah daripada ibu dan membentuk identiti tersendiri mereka . Carl Jung percaya bahawa terdapat simbol dalam semua kehidupan manusia . Jung menggunakan perwakilan secara simbolik – relevan dalam kaunseling kanak-kanak apabila menggunakan pasir,tanah liat dan seni .
SEJARAH TERAPI Pada tahun 1925, Margaret Lowenfield yang terpengaruh dengan pemikiran Jung telah mula menggunakan simbol dalam sand tray untuk menggalakkan ekspresi non-verbal yang kurang dipengaruhi oleh pemikiran rasional . Lowenfield telah mengumpul objek , mewarna kayu ais krim dan membentuk kertas-kertas , tanah liat dan meletakkan dalam ‘ kotak ajaib ’. Sand tray adalah cara untuk membantu kanak-kanak bercerita tentang mereka tanpa menggunakan perkataan .
SEJARAH TERAPI Virginia Axline (1947) menyatakan bahawa kanak-kanak lebih dapat meluahkan perasaan , pemikiran dan keinginan melalui main berbanding perkataan . 1940- Pakar psikaitris dan psikoanalis di hospital di Great Britain telah menggunakan lukisan dan catan sebagai proses terapi Persatuan Kanser Amerika menjelaskan bahawa terapi seni mula dikenal pada akhir tahun 1800an. Pada tahun 1922, sebuah buku berjudul “ Artistry of the Mentally III” telah menarik komuniti perubatan dan hasil seni para pesakit didapati membawa simbol atau makna tertentu . Para pendidik pula mula mendapati hasil seni kanak-kanak menunjukkan pertumbuhan emosi dan perkembangan kanak-kanak .
SEJARAH TERAPI Dalam abad ke-20,terapi muzik mula diaplikasi di hospital selepas Perang Dunia 1 dan Perang Dunia II. Pada masa itu , pemuzik amatur dan profesional bermain instrumen muzik untuk anggota tentera yang mengalami kecederaan fizikal dan trauma emosi dari medan perang .
JENIS-JENIS TERAPI
TERAPI BERMAIN Sejak lahir , main merupakan aktiviti yang utama dalam perkembangan kanak-kanak dari aspek fizikal , intelek,sosial dan emosi . Pengalaman belajar kanak-kanak yang optimum merangkumi 3 kriteria utama iaitu : Pembelajaran melalui pengalaman langsung Penglibatan diri secara aktif Kebebasan belajar berdasarkan gaya belajar , gaya berfikir,minat kanak2 serta masa yang mencukupi .
TERAPI BERMAIN Main merupakan salah satu pengalaman belajar kanak-kanak yang optimum kerana mampu memenuhi kriteria-kriteria yang dinyatakan . Terapi bermain adalah satu teknik melibatkan permainan yang digunakan sebagai kaedah terapeutik untuk membantu kanak-kanak menghadapi tekanan emosi dan trauma. Melalui terapi bermain membolehkan kanak-kanak memanipulasi dunia dalam skala yang lebih kecil .
TERAPI BERMAIN Dengan cara bermain menggunakan bahan-bahan yang terpilih di samping menerima bimbingan khas daripada GBK, kanak-kanak akan bermain dengan perasaan mereka dan meluahkan emosi yang tersembunyi .
TERAPI BERMAIN
TERAPI SENI Menurut American Art Therapy Association , terapi seni adalah suatu profesion kesihatan mental yang menggunakan proses kreatif dalam lukisan untuk menambahbaik dan menyempurnakan fizikal,mental dan emosi individu di bawah semua peringkat umur . Terapi seni boleh diertikan sebagai suatu bentuk terapi ekspresif yang menggunakan media warna , kapur , pensel dan marker diintergerasikan dengan terapi psikoterapeutik dan teknik proses kreatif . Terapi seni melibatkan aktiviti seperti melukis,mewarna , mengecat , fotografi dan tarian untuk meluahkan perasaan .
TERAPI SENI Menurut Malchiodi (2006), prose melukis boleh dipersepsikan sebagai kesempatan untuk ekspresi kendiri secara imaginatif , autentik ( asli ) dan spontan , sesuatu pengalaman dalam tempoh masa yang membawa pemulihan emosi , transformasi dan aktualisasi kendiri . Proses kreatif ini bertujuan membawa penambahbaikan kesihatan dan perkembangan pengalaman .
TERAPI SENI
TERAPI MUZIK Terapi muzik ialah intervensi muzik klinikal untuk mencapai matlamat individu di bawah hubungan terapeutik yang dilaksanakan oleh terapis yang telah dilatih . Terapi muzik merupakan intervensi terapeutik berbentuk non-verbal di mana paling sesuai diaplikasikan untuk individu yang menghadapi masalah komunikasi dan didapati sukar mengekspresi perasaan secara verbal.
TERAPI MUZIK
TERAPI BIBLIO Teknik untuk menstruktur interaksi antara terapis dengan klien , atau pemudahcara dengan peserta berasaskan perkongsian secara mutual dengan idea literatur yang dibaca . Konsep asas biblioterapi ialah membaca untuk pengalaman rawatan . Idea biblioterapi merangkumi pemilihan bahan membaca untuk klien yang mempunyai pengalaman yang relevan dengan situasi yang tertulis di dalamnya .
TERAPI BIBLIO
TERAPI BERCERITA Bercerita adalah suatu aktiviti digunakan untuk menyampaikan peristiwa dengan menggunakan perkataan , imej dan suara . Cerita atau naratif ini sering digunakan oleh setiap budaya masyarakat sejak permulaan tamadun sebagai hiburan , pendidikan , pengekalan budaya dan pemupukan nilai-nilai moral. Melalui cerita yang terkandung nilai-nilai moral berkaitan , kanak-kanak dapat mempelajari cara menyebabkan masalah , sebagaimana yang digunakan oleh watak cerita .
TERAPI BERCERITA
TERAPI PSIKODRAMA Psikodrama merupakan main peranan agar individu dapat memperoleh pengertian lebih baik tentang dirinya , dapat menemukan konsep pada dirinya , menyatakan keinginannya , dan menyatakan reaksinya terhadap tekanan-tekanan terhadap dirinya ( Gerald Corey). Drama dalam bahasa Yunani berarti aksi atau melakukan sesuatu dengan dorongan jiwa . Jadi , psikodrama adalah ilmu yang meneroka suatu masalah dengan kaedah drama( Jacob L Moreno). Psikodrama adalah kaedah pembelajaran dengan main peranan yang bertitik tolak dari permasalahan – permasalahan psikologi . Psikodrama berupaya menyelesaikan masalah melalui drama.
TERAPI PSIKODRAMA
TERAPI PASIR Terapi Sandplay adalah modaliti terapeutik , berdasarkan pemikiran Carl Jung dan dibangunkan oleh psikoterapis Switzerland iaitu Dora Kalff . Ia amat berguna untuk mengenal pasti dan meredakan konflik dalaman yang nyata seperti kebimbangan dan kemurungan . Terapi Sandplay menetapkan ruang yang selamat dan dilindungi , di mana kerumitan dunia dalaman diterokai dan diintegrasikan ke dalam jiwa untuk penyembuhan emosi . Klien meletakkan patung kecil dalam kotak pasir untuk meluahkan perasaan mengelirukan dan pengalaman . Ini mewujudkan gambaran visual yang tentang apa yang terkandung dalam diri yang tidak dapat diluahkan secara verbal.
TERAPI PASIR
TERAPI TANAH LIAT Terapi tanah liat adalah untuk membantu individu berhubung dengan isu-isu seperti kemarahan , kesedihan dan kehilangan , takut , rasa bersalah dan masalah komunikasi . Terapi tanah liat sangat membantu individu yang mendapati sukar untuk meluahkan perasaan mereka termasuk kanak-kanak dan remaja . Terapi tanah liat menggerakkan seseorang daripada pengalaman emosi yang menyakitkan untuk pertumbuhan dalaman dan penyembuhan . Ia menyediakan proses untuk penyembuhan dan transformasi pengalaman sukar .
TERAPI TANAH LIAT
TUTORIAL 1 Membuat perkaitan intervensi kanak-kanak dan amalan terapi . Bagaimana amalan terapi boleh digunakan sebagai proses intervensi kanak-kanak. Sejarah permulaan terapi dan bentuk-bentuk terapi.