Jenayah ini berlaku di pelbagai sektor — agensi kerajaan, institusi kewangan,
syarikat swasta, malah dalam talian. Dalam era digital, semakin banyak kes
berlaku melalui platform maya dan scam atas talian.
?????? Di mana ia berlaku?
PENGENALAN
Apa itu jenayah kolar putih ?
Jenayah kolar putih ialah jenayah yang dilakukan oleh individu yang
mempunyai kedudukan tinggi atau berstatus profesional dalam
organisasi, sama ada sektor awam atau swasta. Jenayah ini tidak
melibatkan kekerasan fizikal, tetapi menggunakan kepintaran, kuasa
dan pengaruh untuk melakukan perbuatan seperti Rasuah,
Penipuan Perakuanan, dan Jenayah Siber
?????? Siapa yang melakukannya
Pelakunya dikenali sebagai white-collar criminals atau fraudster.
Dimana Orang yang terlibat ialah golongan yang berpendidikan tinggi,
mempunyai kedudukan dalam organisasi,dipandang tinggi dalam
masyarakat serta Tidak melibatkan kekerasan. Mereka boleh terdiri
daripada pegawai atasan kerajaan, ahli politik, eksekutif korporat,
bahkan penjawat awam biasa yang menyalahgunakan kedudukan.
Bila & Bagaimana jenayah ini berlaku?
Jenayah kolar putih berlaku secara tersembunyi dan terancang, biasanya ketika
proses kelulusan projek, pemberian tender atau perbelanjaan bajet. Ia
dilakukan melalui manipulasi data, pemalsuan dokumen, penipuan akaun, dan
rasuah, serta melibatkan kerjasama dalam organisasi. Kebiasaannya, jenayah ini
hanya terbongkar selepas audit atau aduan awam dibuat
?????? Mengapa jenayah ini berlaku?
Motif utamanya adalah tamak, tekanan kewangan, peluang, dan ketiadaan
integriti. Ada yang melakukan jenayah ini kerana merasakan diri ‘kebal’ dan
sukar dikesan. Apabila sistem kawalan dalaman lemah, ia membuka ruang
kepada penyalahgunaan kuasa.