MINGGU 2 LARAS BAHASA LARAS BAHASA LISAN FORMAL & TIDAK FORMAL Encik muhammad zulhelmi bin roslan
KONSEP DAN DEFINISI LARAS BAHASA kelainan atau variasi bahasa yang dilihat dari sudut penggunaan berdasarkan latar belakang sosial penutur , konteks dan fungsinya . merupakan satu konvensi sosial , iaitu yang digunakan oleh pengguna tertentu untuk keadaan tertentu . didefinisikan sebagai pola-pola atau ciri-ciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidang atau hal yang diperkatakan untuk mencapai matlamat yang diharapkan merupakan sejenis pencorakan bahasa yang kerap kali digunakan dalam sesuatu jenis keadaan . Ragamnya boleh berubah-ubah mengikut situasi .
MAKSUD LARAS BAHASA NIK SAFIAH (1982) satu gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa Za’ba ( 1962) rupa susuk bahasa yang dipakai apabila bercakap atau mengarang iaitu tentang perkataannya, ikatan ayatnya, jalan bahasanya, cara susunannya atau bentuk peribahasanya. BRIAN SEATON (1982) Satu variasi bahasa yang wujud daripada situasi yang berlainan seperti umur, jantina dan tajuk percakapan.
FAKTOR-FAKTOR PENENTU LARAS BAHASA Perbezaan asal daerah penutur Taraf pendidikan Kedudukan sosial Tajuk atau perkara Gaya atau Cara Penyampaian Pewacana dan Khalayak Tekanan atau Gangguan
gpmk1012 Penggunaan laras bahasa yang berlainan ditentukan oleh 2 faktor: cara menentukan laras bahasa ciri-ciri keperihalan sesuatu peristiwa bahasa ciri-ciri linguistik
ciri-ciri keperihalan Situasi luaran Situasi persekitaran Keadaan latar belakang sosial dan kebudayaan masyarakat dan cara hidup yang menjadi penentu kepada perlakuan-perlakuan anggota masyarakat. Aspek-aspek yang terlibat dalam penggunaan bahasa
laras bahasa 4 faktor situasi persekitaran yang ketara Cara penyampaian lisan, bertulis dan bahasa isyarat Hubungan sosial dan peribadi antara pengguna bahasa Bahan yang diperkatakan Fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa (rasmi/tak rasmi)
laras bahasa Ciri-ciri linguistik dari segi aspek bunyi, aspek bahasa dan perkataan serta frasa dan ayatnya Aspek Bunyi dari segi binaan, susunan, dan panjang pendek Nada suara (drama, ucapan,perbahasan, dialog) Aspek perkataan perkataan khusus berdasarkan bidang , unsur kolokasi ( dua perkataan yang berkaitan dan perkataan pinjaman) Aspek Ayat
LARAS BAHASA LISAN gaya bahasa yang digunakan dalam komunikasi secara bertutur terbahagi kepada 2 : pertuturan umum @ pertuturan rapi manusia boleh berkomunikasi melalui pelbagai saluran spt ceramah, ucapan, syarahan dan lain-lain. biasanya adalah melalui lisan seperti percakapan atau maklumat yang disuarakan
Bahasa formal ialah variasi bahasa yang mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan baik dari sebutan, sistem imbuhan, struktur ayat mahupun pilihan perkataan. laras bahasa formal Bahasa tidak formal ialah bahasa yang berbentuk bebas. Bahasa jenis ini tidak perlu terlalu tersusun dan teratur. Yang ditekankan ialah keakraban dan kemesraan , maka bentuk-bentuk perkataannya disingkatkan. laras bahasa TIDAK FORMAL
laras bahasa formal Penggunaan bahasa yang mengikut tatabahasa yang betul dan pengucapan yang lebih berilmiah. Digunakan pada situasi yang bertepatan dengan acara dan tidak digunakan pada setiap masa.
laras bahasa formal Ciri-ciri 1.Menggunakan bahasa baku Ejaan, tatabahasa, dan struktur ayat lengkap serta teratur. Contoh: “Saya ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan.” 2. Menggunakan kosa kata yang sopan dan rasmi Elakkan kata kasar, bahasa pasar atau singkatan. Contoh: memohon, menjalankan, menyertai. 3.Ayat panjang, lengkap, dan berstruktur Tidak terputus-putus, sesuai dibaca atau didengar dengan jelas. Contoh: “Majlis ini akan diteruskan dengan ucapan daripada pengetua sekolah. 4.Menggunakan kata ganti diri rasmi saya, kami, tuan, puan, beliau. Elakkan aku, engkau, hang, kau.
laras bahasa formal Ciri-ciri 5.Tidak menggunakan dialek atau loghat Kekal dengan bahasa standard yang boleh difahami semua orang. 6.Menggunakan nada serius, hormat, dan profesional Sesuai untuk situasi rasmi, tidak bersahaja atau terlalu santai. 7. Mengelakkan partikel / sisipan emosi Tiada penggunaan “lah”, “kan”, “weh”, “eh”. 8. Digunakan dalam situasi rasmi Ucapan rasmi, mesyuarat, temu duga, surat rasmi, pembentangan, kuliah.
LARAS BAHASA tidak formal 1.Bahasa yang berbentuk bebas iaitu bentuk bahasa yang tidak mementingkan peraturan bahasa. 2. Berlaku pengguguran dalam ayat-ayat yang diucapkan sama ada pengguran subjek, predikat atau objek. 3. digunakan dalam situasi santai, mesra, dan tidak rasmi. Ia lebih bebas, mudah, ringkas, serta tidak terlalu terikat pada tatabahasa baku malah tidak terikat dengan bidang tertentu..
laras bahasa tidak formal Ciri-ciri 1.Menggunakan bahasa harian / bahasa pasar / dialek tempatan Contoh: “Hang nak pi mana?” (Utara), “Kau dah makan?” (KL). 2.Ayat ringkas, kadang-kadang tidak lengkap Penutur tetap faham walaupun ayat tidak sempurna. Contoh: “Nanti jumpa sana, ok?” 3.Menggunakan kata ganti diri mesra aku, kau, engkau, kita, hang, dia. 4.Ada sisipan partikel atau kata tambahan emosi lah, weh, kan, tau, eh, kot. Contoh: “Baguslah kau dah siap kerja tu.”
laras bahasa tidak formal Ciri-ciri 5. Lebih ekspresif dan spontan Banyak unsur gurauan, sindiran, atau emosi. Contoh: “Weh, gila lah best cerita tu!” 6. Nada percakapan lebih santai Tidak terlalu serius, sesuai untuk kawan, keluarga, atau orang rapat. 7.Digunakan dalam situasi tidak rasmi Bersembang dengan keluarga, kawan, chat WhatsApp, media sosial.
TUTORIAL Buat perbandingan antara laras bahasa formal dan tidak formal. 2. Bincangkan kepentingan pemahaman laras bahasa lisan dalam kehidupan.