OPR RUANG PEMBELAJARAN PRASEKOLAH : BESTARI SK : SERI NEGERI, LANGKAWI Pusat Sains Dan Teknologi - Memberi peluang kepada murid untuk meneroka tentang ilmu sains dan ict seperti penggunaan komputer , televisyen dan sebagainya . Pusat Bahasa Dan Hasil Kerja Murid - Murid dapat menambah ilmu pengetahuan dengan pembacaan buku-buku ilmiah , buku cerita , carta suku kata/ perkataan dan sebagainya . Murid juga dapat melihat serta menilai hasil kerja mereka dan kawan-kawan semasa di Sudut Bahasa. Pusat Manipulatif Dan Informasi - Aktiviti – aktiviti berkaitan fizikal dan manipulatif selalu dijalankan di sudut ini seperti membuat pembinaan menggunakan lego dan bongkah . Murid juga menggunakan sudut ini untuk bermain secara berkumpulan berkaitan PKJR ( kenderaan di jalan raya ). Sudut ini juga terdapat informasi berkaitan Kelas Prasekolah Bestari , SK Seri Negeri.