PERNYATAAN MASALAH/ISU PDPC ✅ Kekangan ruang dan masa – Tidak semua sekolah mempunyai gelanggang atau kemudahan sukan yang mencukupi . Cuaca juga sering membataskan pelaksanaan PdPc luar kelas . ✅ Bilangan murid yang ramai – Sukar untuk memberikan fokus secara individu atau kumpulan kecil bagi setiap langkah teknik yang diajar . ✅ Demonstrasi guru terhad – Tidak semua guru dapat menunjukkan semua teknik permainan dengan sempurna , terutama teknik kompleks seperti sepak libas atau tandukan dalam Sepak Takraw. ✅ Murid sukar membayangkan gerakan – Tanpa bantuan visual yang jelas , ramai murid tidak dapat memahami kedudukan badan, pergerakan anggota dan hala tuju bola dengan tepat .
FAKTA BERKAITAN 1. Meningkatkan Pemahaman Teknikal Pergerakan Kajian menunjukkan bahawa penggunaan animasi 3D dan AR dalam PdPc dapat membantu murid memahami pergerakan motor dengan lebih baik , terutamanya teknik sukan yang kompleks dan bersifat mekanikal , seperti dalam permainan sepak takraw, bola jaring atau gimnastik . 📚 Rujukan : Chien, C. Y. (2020). The Effectiveness of AR-Based Learning in Skill Acquisition for Physical Education. 2.Visualisasi Realistik Meningkatkan Tumpuan dan Daya Ingatan Teknologi AR membolehkan murid melihat objek atau aksi dalam bentuk 3D seolah-olah berlaku di hadapan mereka , yang meningkatkan daya tumpuan dan pengekalan maklumat dalam jangka masa panjang . 📚 Rujukan : Akçayır , M., & Akçayır , G. (2017). Advantages and challenges associated with augmented reality for education: A systematic review.
INOVASI PDPC DIGITAL AR-Takraw: Penggunaan Video AR 3D dalam Meningkatkan Penguasaan Teknik Sepak Takraw Murid” Matlamat Inovasi : Untuk meningkatkan penguasaan teknik asas Sepak Takraw murid melalui pembelajaran digital interaktif yang boleh diakses di dalam dan luar kelas . Kaedah Pelaksanaan : Pembangunan Video AR 3D: Model animasi teknik Sepak Takraw ( sepak mula , libas , tanduk ) dibina dalam bentuk 3D dan dihubungkan kepada penanda AR ( kad / buku ). Penggunaan Peranti Digital: Murid menggunakan telefon pintar /tablet untuk mengimbas penanda AR dan melihat teknik muncul dalam bentuk video AR 3D.