SCRIPT MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PEMBANGUNAN PARAGON GLOBE KEPADA SELGATE. Ver 3.docx

livetwotv 0 views 13 slides Oct 04, 2025
Slide 1
Slide 1 of 13
Slide 1
1
Slide 2
2
Slide 3
3
Slide 4
4
Slide 5
5
Slide 6
6
Slide 7
7
Slide 8
8
Slide 9
9
Slide 10
10
Slide 11
11
Slide 12
12
Slide 13
13

About This Presentation

SCRIPT MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PEMBANGUNAN PARAGON GLOBE KEPADA SELGATE. Ver 3.docx


Slide Content

EMCEE FIXZ SCRIPT
EVENT : MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PEMBANGUNAN PARAGON GLOBE KEPADA SELGATE
DATE : 18/09/2025, (8.30 AM – 11.00 AM), [CALL TIME: 7.30 AM]
CLIENT : SELGATE
LOCATION : SELGATE SPECIALIST HOSPITAL SEPANG
LANGUAGE : BAHASA MALAYSIA

Time Agenda Script Remarks
8.30 Ketibaan Tetamu/
Pengumuman
Penting
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua yang hadir ke,
MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PEMBANGUNAN PARAGON GLOBE KEPADA SELGATE
Majlis bermula pada jam 9.00 AM
Sila berikan perhatian sepenuhnya, untuk pengumuman penting yang akan
disampaikan:
1. Sila letakkan telefon pintar anda ke mod senyap sepanjang majlis dijalankan.
2. Hadirin diminta bediri sewaktu ketibaan tetamu kehormat, YANG AMAT
BERHORMAT DATO’ SERI AMIRUDIN SHARI, DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR.
3. Hadirin diminta mengambil tempat duduk. Majlis akan dimulakan.
Kerjasama hadirin amat dihargai, terima kasih diucapkan.

Time Agenda Script Remarks
9.00 Ketibaan Tetamu
Kehormat
Hadirin yang dihormati sekalian, sila bediri,
Mengumumkan ketibaan
YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI AMIRUDIN BIN SHARI, DATO’ MENTERI BESAR
SELANGOR
diiringi dif-dif kehormat.
9.10 Lagu Negaraku &
Lagu Negeri Selangor
Hadirin diminta untuk kekal berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku, dan lagu Negeri
Selangor.
Terima kasih, hadirin dipersilakan untuk mengambil tempat duduk.
9.15 Bacaan Doa Hadirin yang dihormati,
Majlis dimulakan dengan bacaan doa bagi mendapat keberkatan daripada yang ESA
buat hari yang cukup bermakna ini.
Majlis dengan penuh sukacita menjemput
EN MOHD YASSER ABDUL GHANI - Yayasan Selgate

Time Agenda Script Remarks
Untuk memimpin bacaan Doa. Dipersilakan.
Amin ya rabbal alamin, terima kasih diucapkan kepada
EN MOHD YASSER ABDUL GHANI
Semoga majlis diberkati dan hadirin dirahmati Allah Swt.
9.20 Pendahuluan Kata Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum wbt, dan salam sejahtera, SALAM Kita Selangor Maju Bersama, Salam
Malaysia Madani
YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI AMIRUDIN BIN SHARI, DATO’ MENTERI
BESAR SELANGOR,
[VIP 2]
[VIP 3]
[VIP 4]
[VIP 5]

Time Agenda Script Remarks
Yang Berbahagia Tan Sri-Tan Sri, Datuk-Datuk, Datin-Datin,
Dif-Dif Jemputan, Rakan-rakan Strategik,
Ahli-Ahli Jawatankuasa dan warga kerja PARAGON GLOBE & SELGATE, Rakan-rakan
Media, serta hadirin yang dihormati sekalian
Selamat datang ke
MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PEMBANGUNAN PARAGON GLOBE KEPADA SELGATE
Izinkan saya memperkenalkan diri terlebih dahulu, Saya Shafiq Chulan, selaku
pengacara majlis, pada hari yang penuh makna ini.
Terlebih dahulu, majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada tetamu kehormat, YAB DATO MENTERI BESAR SELANGOR, atas kesudian
meluangkan masa bagi menyempurnakan hari yang penuh bersejarah ini. Terima kasih
YAB.
Majlis juga mengucapkan penghargaan kepada rakan-rakan media serta hadirin yang

Time Agenda Script Remarks
turut hadir memeriahkan suasana majlis.
[FAKTA TENTANG PROJEK PEMBANGUNAN]
Pada hari yang penuh bersejarah ini kita bakal menyaksikan acara penyerahan PROJEK
PEMBANGUNAN PARAGON GLOBE KEPADA SELGATE.
Sedikit sebanyak tentang PGB,
PGB atau (Paragon Globe Berhad) ialah pemaju hartanah yang tersenarai di Pasaran
Utama Bursa Malaysia Securities Berhad dengan portfolio yang pelbagai merangkumi
projek-projek kediaman, komersial dan Perindustrian. Menandakan satu peralihan
strategik ke arah pembangunan hartanah, pembinaan, dan pelaburan.
Pelan induk yang meliputi lokasi strategik di Johor dan Selangor yang merangkumi lebih
daripada 300 ekar dan 15 projek pembangunan. Antara lokasi ternama terletak di Johor
Bahru, Iskandar Puteri, Skudai, Pekan Nenas & Desa Cemerlang.

Time Agenda Script Remarks
Bangunan bertingkat tinggi, komersial, perindustrian, kediaman atas tanah, asrama,
stesen minyak dan restoran pandu lalu merupakan antara projek-projek yang telah
dihasilkan oleh PGB.
9.20 Video Korporat PGB Mari kita saksikan sebuah video PGB atau (Paragon Globe Berhad).
9.25 Ucapan Pembukaan Dengan ini, majlis dengan penuh sukacita, menjemput YBHG DATO’ SRI EDWIN TAN PEI
SENG, PENGERUSI EKSEKUTIF PARAGON GLOBE BHD untuk menyampaikan ucapan
pembukaan. Dipersilakan.
Terima kasih YBHG DATO SRI EDWIN TAN atas ucapan
9.30 Ucapan Aluan Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan aluan daripada SELGATE. Majlis
menjemput YBHG DATO’ NOOR HISHAM MOHD GHOUTH, KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
KUMPULAN SELGATE untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan.

Time Agenda Script Remarks
Terima kasih YBHG DATO’ NOOR HISHAM MOHD GHOUTH atas ucapan
SELGATE yang ditubuhkan pada tahun 2015 berteraskan kepada perniagaan Penjagaan
Kesihatan (Selgate Healthcare Sdn Bhd). Selgate Healthcare meletakkan kedudukannya
sebagai tunjang industri penjagaan kesihatan khusus dalam pengurusan penjagaan
kesihatan termasuk hospital, klinik perubatan am, klinik pergigian, farmasi, khidmat
kejururawatan, diagnostik, dialisis, pentadbiran dan insurans dengan visi untuk
menyediakan penjagaan kesihatan berkualiti serta mampu milik. Hampir keseluruhan
perkhidmatan kami ini dirangkumi di dalam laman sesawang selcare.com yang sudah
beroperasi semenjak lahirnya ekosistem kesihatan ini.
9.35 Ucapan Perasmian Hadirin yang dikasihi sekalian,
Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI AMIRUDIN BIN SHARI,
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR,

Time Agenda Script Remarks
Untuk menyampaikan ucaptama dan merasmikan acara penyerahan projek
Pembangunan PARAGON GLOBE kepada SELGATE, DIPERSILAKAN YAB.
Terima kasih diucapkan kepada YAB DATO MENTERI BESAR SELANGOR dan diminta YAB
DATO’ SERI untuk kekal di atas pentas bagi acara seterusnya.
9.40 Acara Penyerahan Hadirin yang dihormati, kini telah tiba sangat yang dinanti-nantikan, acara kemuncak
majlis bagi acara penyerahan projek Pembangunan. Majlis menjemput
1.YB PUAN JAMALIAH BINTI JAMALUDDIN
2.YBHG. DATO’ MAHMUD BIN ABBAS
3.YBHG. DATO' SRI EDWIN TAN PEI SENG
4.YBHG. DATO' SRI GODWIN TAN PEI POH
5.YBHG. DATO’ SERI DR SULAIMAN BIN ABDULLAH
6.YBHG. DATO' NOOR HISHAM BIN MOHD GHOUTH
Untuk mengiringi YAB DATO MENTERI BESAR SELANGOR ke pad pelancar majlis.

Time Agenda Script Remarks
[INFO GIMIK PELANCARAN]
Majlis menjemput YAB DATO MENTERI BESAR SELANGOR bersama-sama
1.YB PUAN JAMALIAH BINTI JAMALUDDIN
2.YBHG. DATO’ MAHMUD BIN ABBAS
untuk meletakkan LAMBANG BANGUNAN SELGATE SEPANG ke dalam platfom
pelancaran
Dalam kiraan 5… 4… 3… 2… 1…
9.50 Acara Penyampaian
Cenderahati
Maka dengan ini, PENYERAHAN PROJEK PEMBANGUNAN PARAGON GLOBE KEPADA
SELGATE telah dirasmikan dengan sempurna oleh YAB DATO SRI!
[SESI BERGAMBAR]
Kini majlis diteruskan dengan acara penyerahan cenderahati kepada YAB DATO SRI,
majlis menjemput, YBHG. DATO' SRI EDWIN TAN PEI SENG & YBHG. DATO' NOOR

Time Agenda Script Remarks
HISHAM BIN MOHD GHOUTH
Menyampaikan cenderahati bagi pihak Paragon globe & Selgate, kepada
YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI AMIRUDIN BIN SHARI,
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR,
Sekali lagi, majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada YAB DATO MENTERI BESAR
SELANGOR, atas kesudian menyempurnakan majlis pada hari ini.
9.55 Sesi lawatan Seterusnya, majlis menjemput,
YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI AMIRUDIN BIN SHARI,
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR,
Diiringi dif-dif kehormat ke sesi lawatan bangunan.
Para tetamu diminta untuk terus kekal. Sejurus selepas YAB DATO SRI selesai lawatan
akan diadakan sesi jamuan makan sebentar lagi. Terima kasih.

Time Agenda Script Remarks
10.25Penutup & Jamuan
Makan
Terima kasih diucapkan kepada semua hadirin atas kehadiran dan bersama-sama
meraikan majlis yang cukup bermakna pada hari ini.
Dato-Dato, Datin-Datin, rakan-rakan media, serta hadirin,
Majlis dengan penuh sukacita menjemput hadirin untuk menikmati juadah makanan
yang telah kami sediakan.
Dengan itu, saya Shafiq Chulan, pengacara bagi
MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PEMBANGUNAN PARAGON GLOBE KEPADA SELGATE
mengakhiri majlis ini dengan wabilahhitaufiq walhidayah assalamualaikum wbt, dan
jumpa anda di masa yang akan datang.
Terima kasih dan selamat menjampu selera.
[JIKA PERLU]
Majlis dengan ini mengumumkan keberangkatan pulang,
YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI AMIRUDIN BIN SHARI,

Time Agenda Script Remarks
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR,
11.00 E N D
ADDITIONAL INFO
Tags