SJK(C) Kampung Baru Gemas merupakan sebuah sekolah rendah di bawah pentadbiran PPD Tampin.
Ditubuhkan pada tahun 1952, sekolah ini bermula dengan darjah 1 hingga 3 dan berkembang ke darjah 6 pada tahun 1961.
Pada tahun 2019, gelanggang bola keranjang berbumbung telah dibina hasil dana PIBG dan Lemba...
SJK(C) Kampung Baru Gemas merupakan sebuah sekolah rendah di bawah pentadbiran PPD Tampin.
Ditubuhkan pada tahun 1952, sekolah ini bermula dengan darjah 1 hingga 3 dan berkembang ke darjah 6 pada tahun 1961.
Pada tahun 2019, gelanggang bola keranjang berbumbung telah dibina hasil dana PIBG dan Lembaga Pengelola Sekolah.
Kini, sekolah ini berstatus SKM, mempunyai 70 murid keseluruhan, 44 daripadanya di Tahap 2, dan seramai 11 orang guru.
Size: 1.82 MB
Language: none
Added: Sep 18, 2025
Slides: 12 pages
Slide Content
Slaid 2 – Latar Belakang Sekolah SJK(C) Kampung Baru Gemas merupakan sebuah sekolah rendah di bawah pentadbiran PPD Tampin. Ditubuhkan pada tahun 1952, sekolah ini bermula dengan darjah 1 hingga 3 dan berkembang ke darjah 6 pada tahun 1961. Pada tahun 2019, gelanggang bola keranjang berbumbung telah dibina hasil dana PIBG dan Lembaga Pengelola Sekolah . Kini , sekolah ini berstatus SKM, mempunyai 70 murid keseluruhan , 44 daripadanya di Tahap 2, dan seramai 11 orang guru.
Slaid 3 – Analisis Persekitaran Dapatan Analisis Persekitaran menunjukkan : Dari segi data, GPS PAJSK untuk sukan permainan ialah 1.93, dan tiada guru mahir dalam kejurulatihan atau kepengadilan bola keranjang. Antara kekuatan sekolah termasuk gelanggang berbumbung dan latihan mingguan yang konsisten , serta pencapaian dalam sukan ping pong. Namun begitu , terdapat kelemahan seperti guru tiada pendedahan kejurulatihan , tiada penyertaan MSSD bola keranjang, dan skor PAJSK yang yang belum mencapai tahap cemerlang . Oleh itu , isu strategik yang dikenal pasti ialah gelanggang bola keranjang tidak dimanfaatkan kerana tiada guru berkemahiran .
Slaid 4 – Rajah Tulang Ikan : Punca Masalah Daripada analisis lanjut menggunakan rajah tulang ikan , dapat dikenal pasti punca utama isu ini : • Tiada jurulatih berkemahiran • Tiada latihan berstruktur dan jadual tetap • Kurangnya bola keranjang dan alatan moden • Sokongan ibu bapa yang rendah • Peralatan sedia ada rosak atau tidak mencukupi Semua ini menyebabkan kemudahan sedia ada tidak digunakan secara optimum.
Slaid 5 – Justifikasi Isu Strategik GPS PAJSK 2024 menunjukkan skor 1.93 – Ini menunjukkan terdapat ruang untuk menuju ke arah yg lebih cemerlang . Tambahan pula: • Guru tiada kepakaran untuk melatih Menyebabkan Potensi murid tidak digilap dan minat murid makin berkurang Dan akhirnya peluang ke pertandingan lebih tinggi terhad . Setelah berbincang dengan Guru Besar dan PK Kokurikulum.Kita berpendapat tiba masa untuk kami menjalankan intervensi yang menyeluruh untuk menyelesaikan isu-isu ini .
Slaid 6 – Matlamat dan Objektif Matlamat utama ialah untuk melahirkan pasukan bola keranjang yang mantap melalui latihan sistematik , kejurulatihan berkesan dan sokongan komuniti . Objektif projek : • Jalankan latihan kolaboratif mingguan dengan sekolah berdekatan • Tubuhkan pasukan bola keranjang untuk MSSD dalam 3 bulan • Latih sekurang-kurangnya 2 orang guru melalui kursus kejurulatihan
Slaid 7 – Kos , Sumber & Inisiatif Sasaran utama program ini adalah murid Tahun 4 hingga 6 dan guru penasihat bola keranjang. Jumlah kos yang diperlukan adalah sebanyak RM1,500. Dana ini akan diperoleh melalui tajaan individu , korporat tempatan , dan juga sumbangan daripada PIBG. Antara inisiatif utama yang akan dijalankan termasuk : • Bengkel kejurulatihan dan kepengadilan untuk guru • Klinik bola keranjang untuk murid • Pertandingan 3 on 3 ‘KBG Cup’ bersama sekolah berdekatan
Slaid 8 – Jalinan dan Jaringan Kerjasama Program ini mendapat sokongan pelbagai pihak : Persatuan Bola Keranjang Tampin Sektor Pembangunan Murid PPD Tampin PIBG Sekolah Serta penaja individu dan korporat Kerjasama ini akan menyumbang dari segi kepakaran dan kewangan .
Slaid 9– PDCA (Plan, Do, Check, Act) " Untuk memastikan pelaksanaan projek ini tersusun dan berkesan , model PDCA digunakan sebagai panduan . Plan: Kami mengenal pasti isu utama iaitu kemudahan gelanggang bola keranjang yang tidak dimanfaatkan dan ketiadaan guru berkemahiran . Berdasarkan itu , strategi penambahbaikan telah dirancang . Do: Seterusnya , kami akan melaksanakan aktiviti seperti Kursus Kejurulatihan dan Kepengadilan untuk guru,klinik bola keranjang, latihan kolaboratif bersama sekolah berdekatan , dan pertandingan dalaman sekolah . Check: Kami akan memantau pencapaian dengan mengumpul data dan maklum balas daripada guru dan murid untuk menilai impak . Act: Akhirnya , kami akan melakukan penambahbaikan berterusan berdasarkan hasil penilaian dan memperluas program jika ianya berjaya ." ________________________________________ .
Slaid 10 – Roadmap Pelaksanaan Program " Ini adalah pelan pelaksanaan projek atau roadmap kami: Minggu 1 & 2 Julai – Penubuhan AJK program, mesyuarat pelaksanaan , dan promosi program. Minggu 3 & 4 Julai – Pelancaran rasmi program, bengkel kejurulatihan dan kepengadilan , serta klinik bola keranjang. Ogos hingga pertengahan September – Sesi latihan kolaboratif bersama sekolah-sekolah berhampiran dengan bantuan Persatuan Bola Kerajang Tampin. Minggu ke-4 September – Pertandingan 3 on 3 KBG Cup yang akan melibatkan penyertaan murid dan terbuka kpd SJKC di peringkat daerah yang berminat . Setiap fasa ini dijalankan secara sistematik untuk memastikan keberkesanan program." ________________________________________ .
Slaid 11 – Pemantauan dan Penilaian " Untuk memastikan program ini berjalan dengan baik , kami menetapkan empat kaedah pemantauan utama : Pertama – Pemerhatian kehadiran murid secara konsisten . Kedua – Penilaian kemahiran melalui ujian sebelum dan selepas latihan. Ketiga – Refleksi murid dan guru, termasuk soal selidik dan borang maklum balas . Keempat – Rekod dan dokumen pengurusan projek seperti OPPM dan buku rekod kehadiran . Semua ini bertujuan untuk mengukur sejauh mana program ini memberi impak kepada murid dan guru." .
Slaid 12 – Penilaian Berdasarkan Model Guskey " Penilaian program ini menggunakan Model Lima Tahap Guskey : Tahap 1 ( Reaksi Peserta ) – Diukur melalui soal selidik dalam Google Form bagi menilai kepuasan guru dan murid selepas klinik bola keranjang. Tahap 2 (Pembelajaran) – Ujian kemahiran asas seperti dribbling, passing dan shooting akan dijalankan . Tahap 3 ( Sokongan Organisasi ) – Laporan pentadbiran dan sokongan daripada PIBG dan penaja direkodkan . Tahap 4 ( Aplikasi Pengetahuan ) – Kami akan memerhati kehadiran dan penglibatan murid dalam latihan serta pertandingan . Tahap 5 (Hasil Murid) – Diperoleh melalui data PAJSK dan soal selidik untuk menilai peningkatan budaya sukan bola keranjang di sekolah ." .
Slaid 13 – Impak Program " Akhir sekali , berikut ialah impak yang dijangka daripada pelaksanaan program ini : Pertama – Pembangunan profesional guru melalui pendedahan kepada latihan bersama jurulatih luar. Kedua – Penubuhan pasukan bola keranjang sekolah yang aktif dan mampu menyertai pertandingan MSSD. Ketiga – Penglibatan komuniti semakin kukuh , terutama dengan sokongan PIBG dan penaja luar. Keempat – Kemudahan gelanggang sekolah dapat digunakan secara optimum dan tidak lagi menjadi aset yang tidak digunakan . Dengan pelaksanaan yang teliti dan sokongan pelbagai pihak , program ini diyakini mampu memberi kesan jangka panjang yang positif kepada murid dan sekolah ." .