Slide Talk, Tazkirah & Ceramah Nuzul al-Quran

AzimIsmail 12 views 31 slides Sep 23, 2025
Slide 1
Slide 1 of 31
Slide 1
1
Slide 2
2
Slide 3
3
Slide 4
4
Slide 5
5
Slide 6
6
Slide 7
7
Slide 8
8
Slide 9
9
Slide 10
10
Slide 11
11
Slide 12
12
Slide 13
13
Slide 14
14
Slide 15
15
Slide 16
16
Slide 17
17
Slide 18
18
Slide 19
19
Slide 20
20
Slide 21
21
Slide 22
22
Slide 23
23
Slide 24
24
Slide 25
25
Slide 26
26
Slide 27
27
Slide 28
28
Slide 29
29
Slide 30
30
Slide 31
31

About This Presentation

Slide Tazkirah & Ceramah Nuzul al-Quran

Disusun pada 1446/2025. Semoga bermanfaat.


Slide Content

SYAFAAT AL-QURAN Daripada Abu Umamah RA, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: “Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanya”.   [Riwayat Muslim (804)]

SUMBER UTAMA DALAM ISLAM 1.Al-Quran 2.Al-Hadis 3.Ijma’ 4.Qias "Ramadan yang padanya diturunkan alQuran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah." - [Surah Al Baqarah:185]

Nuzul al-Quran & Lailatul Qadr Penurunan al-Quran pada malam lailatulqadar adalah malam al-Quran diturunkan dari luh mahfuz ke Baitul ‘izzah secara serentak 30 juzuk. Malam 17 Ramadan yang masyhur dengan malam nuzul al-Quran ialah malam permulaan turunnya al-Quran dari Baitul ‘izzah (langit dunia) kepada Rasulullah SAW secara berperingkat (23 tahun).

WAHYU PERTAMA Wahyu Pertama: 17 Ramadan 1446 + 13 (Makkah) 1446 - 10 + 23 (Makkah & Madinah) = 1459 tahun lalu

TUJUAN AL-QURAN DITURUNKAN Al-Quran diturunkan selama 23 tahun: 13 tahun di Kota Mekah dan 10 tahun di Kota Madinah. Antara tujuan al-Quran diturunkan ialah untuk tadabbur kandugannya sebagaimana firman Allah SWT: Maksudnya:   “(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.” (Surah As-Sad: 29)

INFO AL-QURAN 1.Basmalah, iaitu “Bismillahirrahmanirrahim”, yang merupakan ayat pembuka untuk kebanyakan surah dalam Al-Quran, terdiri daripada 19 huruf Arab. 2.Jumlah ayat di dalam al-Quran ialah 6236 (mengikut Ibn Abbas) 3.Jumlah juz al-Quran adalah sebanyak 30 juz 4.Jumlah surah di dalam al-Quran adalah sebanyak 114 5.Jumlah ayat Basmallah dalam al-Quran adalah sebanyak 114 6.Surah yang mempunyai dua Basmallah di dalamnya ialah surah an-Naml 7.Surah yang tidak dimulakan dengan Basmallah ialah surah at-Taubah 8.Surah pertama di dalam al-Quran ialah surah al-Fatihah 9.Surah terakhir di dalam al-Quran ialah surah an-Nas 10.Wahyu pertama yang diturunkan adalah awal surah al-‘Alaq 11.Surah lengkap pertama yang diturunkan ialah surah al-muddasthir 12.Wahyu terakhir yang diturunkan adalah ayat 281 surah al-Baqarah

13.Surah lengkap terakhir yang diturunkan ialah surah an-Nasr (mengikut Ibn Abbas) 14.Surah terpanjang dalam al-Quran ialah surah al-Baqarah 286 ayat 15.Surah terpendek dalam al-Quran ialah surah al-Kauthar 3 ayat 16.Ayat terpanjang dalam al-Quran adalah ayat 282 surah al-Baqarah tentang hutang 17.Ayat terpendek dalam al-Quran adalah ayat 1 surah al-Fajr 18.Ayat sajadah dalam al-Quran ada sebanyak 14 19.Surah yang mempunyai dua ayat sajadah adalah surah al-Haj 20.Surah pertama yang mengandungi ayat sajadah ialah ialah surah al-A’raf 21.Surah terakhir yang mengandungi ayat Isjadah ialah surah al-‘Alaq 22.Surah yang terletak dipertengahan al-Quran ialah surah al-Kahfi 23.Bilangan muka surat al-Quran adalah sebanyak 604 24.Maryam Merupakan Nama Perempuan yang Paling Banyak Disebut 25. Maryam binti Imran menjadi satu-satunya nama perempuan yang disebut di dalam Al-Qur'an sebanyak 35 kali. Siti Maryam merupakan ibu Nabi Isa. 26.Surah Yasin ialah jantung Al-Quran. 28.Perkataan lelaki dan perempuan telah muncul saksama iaitu 24 kali. 29.31 jenis binatang disebut di dalam Al-Quran.

KEISTIMEWAAN AL-QURAN 1.Al-Quran kitab Ilahi. Maksudnya:   “Alif, Lam, Ra. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun rapi ayat-ayatnya, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu yang diturunkan daripada Allah SWT Yang Maha Mendalam pengetahuannya.

A. Al-Quran dan Rahsia Laut Penghalang antara dua lautan : Surah Ar-Rahman, ayat 19-20, Al-Quran menyebut tentang dua lautan yang bertemu tetapi tidak bercampur kerana ada penghalang di antara keduanya. Sains moden telah menemui fenomena ini, yang dikenali sebagai “halocline”, di mana dua badan air dengan kadar kemasinan yang berbeza tidak bercampur kerana perbezaan ketumpatan.

Halocline

B. Pengembangan Alam Semesta Salah satu penemuan paling mengejutkan dalam bidang kosmologi moden adalah fakta bahawa alam semesta sentiasa mengembang. Penemuan ini, yang pertama kali dikemukakan oleh ahli astronomi Edwin Hubble pada tahun 1929, telah mengubah pemahaman kita tentang asal usul dan struktur alam semesta. Dalam Surah Adh-Dhariyat, ayat 47, Allah SWT berfirman: “Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya.”

Expansion of the universe

C. Perkembangan Embrio Manusia Dalam Surah Al-Mu’minun, ayat 12-14, Allah SWT berfirman: “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.”

2. Al-Quran adalah kitab   mahfuz   (terpelihara). Firman Allah SWT: Maksudnya:   “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan memeliharanya.” (Surah al-Hijr: 9)        Maksud   hafizun   dalam ayat ini dengan pemeliharaan Allah dari sebarang perubahan dan pertukaran seperti kata Ibn Kathir.

3. Al-Quran adalah mukjizat. Firman Allah SWT: Maksudnya: “Katakanlah (hai Muhammad) sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun demi mendatangkan sesuatu yang sebanding dengan al-Quran, mereka tidak akan mampu mendatangkannya walaupun mereka saling membantu.” (Surah al-Isra’:88) Dalam buku al-I’jaz al-Ilmi  oleh Yusuf al-Haj Ahmad antara lain menyebut: “Tidak diragukan lagi bahawa sudut kemukjizatan al-Quran al-Karim begitu pelbagai dan tepat. Dari aspek kepelbagaiannnya antara lain kemukjizatan saintifik, kemukjizatan legislatif, kemukjizatan retorik, kemukjizatan metafisik, kemudian yang terakhir kemukjizatan artistik-ilustratif. Sementara dari ketepatannya, kita boleh melihat sejumlah amaran yang dibuktikan kebenarannya oleh sains moden dari waktu ke waktu. Fakta-fakta alamiah (bahanal) mahupun imbahanal ini semakin menegaskan dan mendukung isyarat yang diberitakan al-Quran.

TENTANG AL-QURAN 1. Ia   merupakan sebaik-baik amalan dalam membangunkan jiwa setiap insan. Uthman Bin Affan meriwayatkan, “Sebaik-baik manusia di antara kamu ialah yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain.”   (HR Bukhari) 2. Bacaan tertil Maksudnya: “Dan bacalah Al-Quran dengan tartil   (perlahan-lahan)”.   [al-Muzzammil:4] Di dalam ketiga ayat di atas, kesemuanya menunjukkan bahawa Allah SWT suka kepada hamba-Nya yang sentiasa membaca dan melazimi al-Quran. Di samping itu juga, Allah SWT telah menjadikan al-Quran mudah untuk dihafal dan dipelajarinya.   3. Rahmat Allah “Dan tidaklah satu kaum itu berkumpul di rumah-rumah Allah (masjid) sambil membaca al-Quran dan mempelajarinya sesama mereka melainkan turunnya ketenangan kepada mereka, diliputi oleh rahmat Allah serta malaikat mengerumuninya dan Allah menjadikan makhluk-makhluk yang berada di sisi-Nya menyebut-nyebut mereka. Dan barangsiapa yang amalnya perlahan, maka nasabnya tidak dapat mengangkat darjatnya itu”.   [Riwayat Muslim (2699)]   4. 10X ganda Pahala Maksudnya:   “Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “ الم ” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf”.   [Riwayat al-Tirmizi (2835)]

5.Membaca Al-Quran dan susah menyebutnya mendapat dua pahala. Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : “Orang yang membaca Al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 6.Allah SWT mengangkat martabat golongan yang mengaji Al-Quran. Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al-Quran”.(Hadis Riwayat Muslim) 7.Membaca Al-Quran akan mendapat ketenangan (sakinah) 8.Kelebihan berdoa selepas membaca Al-Quran. Daripada ‘Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari yang sepang mengaji Al-Quran kemudian dia berdoa kepada Allah kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : “Barangsiapa yang membaca al-Quran maka berdoalah kepada Allah dengan al-Quran maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca al-Quran dan mereka berdoa dengannya”. (Hadis Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini hasan) 9.Rumahnya bercahaya Bacaan al-Quran baik dengan memahami erti atau tidak merupakan satu ibadah yang akan memberi faedah dan manfaat kepada pengamalnya. Justeru al-Quran akan memberikan cahaya yang terang benderang di dalam hati pembacanya serta cahaya di dalam rumah tempat ia dibaca. Di dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda,   “Hendaklah kamu beri nur (cahaya) rumah tangga mu dengan sembahyang dan dengan membaca al-Quran.”   (HR    Baihaqi)

AYAT QURSI 1.Membaca ayat Kursi sebelum tidur Rasullulah saw menjanjikan syurga bagi orang yang membaca ayat Kursi sebelum tidur. Sabda Baginda saw: ''Apabila engkau mendatangi tempat tidur (di malam hari), bacalah ayat Kursi, nescaya Allah akan sentiasa menjagamu dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga waktu pagi.''  (HR Bukhari). 2.Membaca ayat Kursi setelah solat Dijanjikan syurga buat mereka yang membaca ayat Kursi setelah solat lima waktu. Hadis daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda: ''Barang siapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat, maka tidak ada yang menghalanginya masuk syurga selain kematian.''  (HR An-Nasa'i).

LAILATUL QADR Kelebihan malam al Qadar yang disenaraikan ialah: Ramai ulama dan ahli tafsir berpendapat amalan dilakukan pada malam Qadar lebih baik daripada seribu bulan yang tiada padanya malam Qadar. Turunnya malaikat dan Jibril dari setiap langit dan juga Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar. Turunnya malaikat dan Jibril membawa rahmat dengan perintah Tuhan. Dikurniakan keselamatan dan kebaikan tanpa sebarang kejahatan hingga keluarnya fajar.

Beberapa tanda malam Al-Qadar adalah : 1. Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas 2. Siangnya cahaya matahari warnanya pucat 3. Pada malam itu Malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan sebagai tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Pendapat Imam al-Ghazali

3 PERINGKAT PUASA - IMAM GHAZALI 1.Umum 2.Khas 3.Khawasul khawas

HIDUP SEBAGAI HAMBA 1.Bismillah 2.Alhamdulillah 3.Adat menjadi ibadah