Soalan Berdasarkan analisi pencerapan pdp guru mata pelajaran di bawah seliaan anda masih terdapat prestasi pdp guru yang belum mencapai tahap ayng dihasratkan . Sebagai ketua Panitia , bagaimanakah anda melaksankan 4P bagi memastikan kualiti pengajaran guru tersebut mampu dipertingkatkan seterusnya memberi impak kepada pembelajaran murid
Pemantauan 1 Observasi Semasa sesi pengajaran , perhatikan bagaimana guru menerangkan konsep asas reka bentuk seperti brainstorming dan prototyping. contohnya , guru mungkin menggunakan alat bantu visual seperti model 3d atau video tutorial.
Dokumentasi Catat bagaimana murid berinteraksi dengan bahan-bahan tersebut dan bagaimana mereka melaksanakan aktiviti praktikal seperti membina model atau prototaip .
Reflesi Kendiri guru Refleksi : Selepas sesi pengajaran , ajak guru untuk berkongsi perasaan mereka tentang keberkesanan penggunaan alat bantu visual. Contohnya , adakah murid kelihatan lebih berminat dan terlibat ? Umpan Balik : Galakkan guru untuk mendapatkan maklum balas daripada murid tentang apa yang mereka suka atau tidak suka tentang aktiviti tersebut . Contohnya , adakah mereka lebih suka aktiviti hands-on atau lebih suka mendengar cerita ?
Pembelajaran Analisis : Analisis maklum balas dan refleksi untuk mengenal pasti teknik pengajaran yang paling berkesan . Contohnya , jika murid lebih memahami melalui aktiviti hands-on, mungkin perlu lebih banyak sesi praktikal .
Penyelarasan Latihan: Sediakan latihan atau bengkel untuk guru tentang teknik pengajaran yang lebih interaktif dan menyeronokkan . Contohnya , penggunaan alat bantu mengajar seperti kit pembinaan atau aplikasi mudah alih yang sesuai untuk kanak-kanak
Pemantauan : Lakukan pemantauan berterusan untuk memastikan teknik baru ini memberi impak positif . Contohnya , adakah murid menunjukkan peningkatan dalam kemahiran reka bentuk dan teknologi mereka ?
Penerapan Pelaksanaan : Galakkan guru untuk menerapkan teknik baru dalam sesi pengajaran mereka . Contohnya , menggunakan perisian reka bentuk untuk projek kelas di mana murid boleh mencipta dan menguji reka bentuk mereka secara maya.