You may wish to delete this slide before beginning the presentation. Sila Ambil Perhatian Anda boleh memadamkan slaid ini sebelum mengajar. Animasi dalam PowerPoint Sumber PowerPoint kami telah direka dengan animasi untuk menjadikan pengajaran menarik dan berkesan . Untuk menggunakan PowerPoint ini dengan betul , sila membuka PowerPoint ini dengan menggunakan Microsoft PowerPoint ( bukan Google Slides) , dan mengajar dalam mod tayangan slaid . Jika anda tidak membuka dalam mod tayangan slaid, kadangkala anda akan mendapati bahawa perkataan dan imej bertindih dan ini akan menyebabkan anda tidak boleh membaca perkataan-perkataan dengan betul . Anda juga tidak dapat mencetak slaid PowerPoint dengan betul . Untuk memasuki mod tayangan slaid, tekan butang " Slide Show " atau " Tayangan Slaid ", dan pilih " Dari Permulaan " atau " Daripada Slaid Semasa ". Kami berharap anda menyukai sumber-sumber pendidikan yang disediakan oleh Twinkl.
Di Manakah Malaysia? Malaysia terletak di benua Asia. Malaysia mempunyai dua kawasan utama . Kedua-dua kawasan ini dipisahkan oleh Laut China Selatan. Bendera Malaysia juga dikenali sebagai Jalur Gemilang . Malaysia dibahagikan kepada dua kawasan , iaitu Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur. Klik untuk melihat imej penuh
Malaysia Timur (Sabah & Sarawak) Semenanjung Malaysia
Fakta Tentang Malaysia Malaysia mempunyai kawasan bandar dan kawasan luar bandar. Malaysia juga mempunyai beberapa banjaran gunung yang menakjubkan dan pantai yang indah . Malaysia mempunyai taman negara yang berusia lebih 130 juta tahun dan salah satu daripada hutan hujan tropika tertua di dunia. Ibu kota Malaysia ialah Kuala Lumpur. Kuala Lumpur mempunyai banyak bangunan tinggi dan bangunan penting seperti hospital dan universiti .
Haiwan di Malaysia Beberapa haiwan terancam berasal dari Malaysia. Orang Utan Borneo Tapir Malaya Harimau Malaya Klik untuk mencari haiwan Malaysia juga mempunyai haiwan terancam di lautannya . Laut China Selatan merupakan habitat kepada penyu laut hijau yang terancam kerana pencemaran dan pemanasan global.
Bagaimanakah Cuaca Malaysia? Cuaca di Malaysia panas sepanjang tahun . Suhu kekal antara 23ºC hingga 32ºC. Terdapat beberapa kawasan di Malaysia yang cuacanya lebih sejuk , seperti Cameron Highlands, Genting Highlands dan Kundasang . Cuaca Malaysia juga lembap dan mengalami hujan sepanjang tahun .
Apakah Makanan di Malaysia? Di Malaysia, tiga masakan yang paling popular ialah : Cina India Melayu Nasi, kari dan mee ialah makanan yang sering dimakan oleh rakyat Malaysia. Apakah makanan kegemaran anda ?
Berikut adalah beberapas makanan lain di Malaysia yang lazat ! nasi lemak chapati mee kari cendol roti canai rendang ayam
Ekonomi Malaysia Rakyat Malaysia bekerja dalam pelbagai sektor yang menyumbang kepada ekonomi negara. Pertumbuhan ekonomi Malaysia rancak disebabkan oleh pengeksportan produk seperti teknologi , petroleum, minyak sawit dan getah . Malaysia juga mempunyai pelbagai tempat menarik yang menyumbang kepada ekonomi negara dalam sektor pelancongan . Malaysia mengalu-alukan seramai 26 juta pelancong setiap tahun ( sebelum wabak Covid-19). Malaysia merupakan destinasi percutian yang indah dengan pelbagai pilihan makanan yang enak dan sejarah yang menarik .
Perayaan di Malaysia Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai budaya dan agama. Agama rasmi Malaysia ialah agama Islam. Di Malaysia, umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji. Semasa perayaan ini , ramai rakyat Malaysia akan mengadakan rumah terbuka . Mereka akan menjemput keluarga dan rakan-rakan untuk meraikan perayaan ini bersama-sama .
Perayaan di Malaysia Bolehkah anda memikirkan perayaan lain yang disambut di Malaysia? Wesak Tahun Baru Cina Deepavali (Diwali) Hari Natal (Hari Krismas ) Salah satu perayaan yang melibatkan seluruh rakyat Malaysia ialah Hari Kebangsaan yang disambut setiap tahun pada 31 Ogos . Hari ini disambut dengan cuti peristiwa , perarakan dan banyak lagi aktiviti patriotik yang lain.
Betul atau Salah? Manakah antara pernyataan tentang Malaysia adalah benar ? Terdapat dua pernyataan yang betul dan dua yang salah. Datuk Jimmy Choo, seorang pereka kasut terkenal , berasal dari Malaysia . Hutan hujan tropika meliputi satu perempat daripada negara Malaysia. Taman Negara pernah menjadi habitat kepada dinosaur. Mata wang Malaysia ialah dollars. Betul Salah! Hutan hujan tropika meliputi lebih daripada separuh Malaysia! Betul Salah! Mata wang Malaysia ialah Ringgit. Jawapan Jawapan Jawapan Jawapan