Tafsir berkaitan Surah al-Mulk (1-11) untuk kita lebih fahaminya

AizamAzemi1 6 views 18 slides Aug 17, 2024
Slide 1
Slide 1 of 18
Slide 1
1
Slide 2
2
Slide 3
3
Slide 4
4
Slide 5
5
Slide 6
6
Slide 7
7
Slide 8
8
Slide 9
9
Slide 10
10
Slide 11
11
Slide 12
12
Slide 13
13
Slide 14
14
Slide 15
15
Slide 16
16
Slide 17
17
Slide 18
18

About This Presentation

Surah Al-Mulk, surah ke-67 dalam Al-Quran, terdiri daripada 30 ayat dan diturunkan di Mekah. Surah ini menekankan kebesaran dan kekuasaan Allah SWT serta mengingatkan manusia tentang kehidupan selepas mati dan pentingnya beriman kepada Allah.

**Isi Kandungan Utama Surah Al-Mulk:**

1. **Kebesaran A...


Slide Content

Surah al-Mulk (1-11) Fi- Zilal

AYAT 1

Saranan dari ucapan tasbih Mengagungkan keberkatan ilahi yang melimpah-ruah di seluruh alam , serta mengagungkan pada zat ilahi . Ucapan sebagai lagu yang bergema dari seluruh alam , yang diambil dari ayat al- Qurann yang datang dari Luh Mahfuz dan diturunkan di dunia nyata . Allah memiliki segalanya di dunia, maka sesiapa yang berpegang padanya nescaya akan terbebasnya daripada bertawajjuh ataupun berpegang dan menyembah atau menjadi hamba selain Allah tanpa sebarang sekutu .

Allah berkuasa atas segalanya , boleh melakukan sesuatu atas kehendaknya , cipta apa yang diinginkannya tanpa ada halangan dan rintangan luar . Dengan mempercayainya , akan membebaskan seseorang dari perkara yang mengongkong pancaindera , akal dan daya imaginasi untuk memahami kehendak Allah. Qudrat Allah meliputi segala penguasaan hati manusia , dan ikatan yang mengongkong akal dan kefahaman manusia menyebabkan mereka terkongkong kepada kebiasaannya semasa menilaikan sesuatu mengenai hal di sebalik masa sekarang dan di sebaliknya . Manusia terbebas dari belenggu tersebut apabila mempercayai Qudrat Allah QUDRAT ALLAH YANG TAK TERBATAS

AYAT 2

MAKMAL UJIAN ALLAH Hidup dan mati merupakan makmal ujian Allah. Maksud darinya ialah mati sebelum hidup atau mati selepas hidup , dan hidup semasa di dunia mahupun akhirat . Dan menyedarkan manusia mengenai hidup dan mati melalui ayat tersebut . Hidup dan mati menunjukkan satu ujian yang ditunjukkan oleh Allah kepada manusia terhadap perlakuanmanusia selaras dengan balasan yang akan diterima nanti . Juga menunjukkan rahsia-rahsia yang tersembunyi dalam ilmu Allah. Dengan hakikat ini , ia memantapkan lagi manusia supaya berhati-hati dari cuai dan lalai terhadap niat dan perlakuannya , juga tidak membiarkannya berehat sentiasa . Kesedaran ini kerana Allah inginkan mereka ingat bahawa penghormatan ke atas Allah yang memberikan roh kepada jasad untuk hidup , supaya dengan ingat perkara itulah Allah memberi rahmat , pertolongan dan keampunan . Ayat yang pertama menjelaskan kekuasaan Allah tiada sebarang ikatan luar dan ayat kedua yang membenarkan yang pertama berkenaan ujian hidup dan mati dan balasan kepada manusia .

AYAT 3-4

KEJADIAN LANGIT DAN TEORI ASTRONOMI Ayat berikut menegaskan bahawa teori astronomi tidak sepatutnya didasarkan dari penemuan sains yang masih tertakluk pada pindaan , sekadar mengetahui terdapat tujuh lapisan yang bertingkat-tingkat dan mempunyai jarak yang berbeza-beza . Perhatian al-Quran menunjukkan penciptaan langit yang tiada cacat cela dan mencabar bahawa manusia akan terpegun dan lemah apabila menemui sesuatu yang tidak seimbang dalam penciptaan Allah juga perintahkan untuk lihat semula

HAYATI CIPTAAN ALLAH DENGAN MATA YANG TAJAM Al-Quran merangsangkan pandangan manusia terhadap alam untuk diteliti dengan pandangan yang tajam , manakala pandangan bodoh sekadar menghilangkan keindahan melihat alan yang cantik damai dengan pandangan yang tidak dihayati dengan baik . Sesiapa yang memandang dengan pandangan yang tajam , nescaya hidup dalam temasya ilahi yang gemilang yang tidak akan lusuh pandangannya yang selalu memburu mata hati dan akal . Melihat keindahan alam bukan sekadar menggunakan kehebatan sains dan teknologi , dengan nikmat berharmoni dan bermesra dengan alam dapat membuka hati menerima ilham-ilham dari alam . Dengan ilham tersebutlah dapat bermesra melalui hati sebelum mengetahui kejadian melaui akal fikiran hasil peneropongannya .

PERBICARAAN AL-QURAN UNTUK SEMUA MANUSIA Al-Quran berbicara untuk semua jenis manusia dan makhluk , dan ia meliputi sepanjang zaman. Melalui al-Quran, dapatlah untuk menikmati alam dengan meneliti pemandangan dan keajaibannya . Maklumat dari al-Quran dapat merangsang hati seseorang untuk meneliti , menghayati dan menikmati keindahan alam .

AYAT 5-11

KEINDAHAN LANGIT DUNIA Tafsiran dari langit dunia ialah langit yang paling dekat pada bumi , pelita pula bintang-bintang , planet yang menghiasi pemandangan malam yang dapat dilihat melalui mata . Keindahan langit yang sentiasa diperbaharui dan berubah mengikut waktu , namun ianya dapat menunjukkan keindahan yang memikat hati . Perumpamaan yang terdapat dalam tafsiran ini ialah di mana bintang tunggal diumpamakan seperti mata yang berkilau dengan kasih dan pandangan cinta , dua bintang bersendirian seperti dipujuk rayu , kumpulan bintang seperti yang berbual sesama lain, bulan yang berjaga malam kelihatan angkuh dan muram pada berlainan malam , dan lain-lain perumpamaan . Keindahan angkasaraya yang dapat dinikmati namun tidak dapat diumpamakan melalui kata-kata.

FAHAM KEINDAHAN LAnGIT UNTUK FAHAM KEINDAHAN ALLAH Menikmati keindahan alam dapat menarik diri untuk lebih dekat dengan pencipta , yang dapat meningkatkan manusia ke puncak yang paling tinggi yang sudah dapat menyesuaikan dengan kehidupan kekal . Detik yang bahagia bila dapat menikmati kendahan ciptaan ilahi yang memberi peluang manis untuk berhubungdan menikmati dengan keindahan ilahi . Allah telah menceritakan perkara ghaib kepada kita , dan dengan itu nas Allah sudah cukup menjelaskan perkara tersebut .

BINTANG REJAM SYAITAN, DI AKHIRAT NERAKA PULA Bintang yang menghiasi langit dijadikan sebagai peluru yang merejam syaitan dalam bentuk meteor yang meuncur pantas . Sekadar tahu sahaja maksud tersebut yang berlaku begitu . Rejaman bintang itu berkalu ketika di dunia, manakala di akhirat pula ia diganti dengan neraka sebagaimana Allah sebut bintang-bintang lampu langit yang digunakan untuk merejam syaitan . Ia juga sebagai ancaman kepada orang kafir, kerana hubungan orang kafir dengan syaitan dapat dilihat dengan jelas .

TINDAKAN NERAKA SEPERTI MAKHLUK YANG MEMPUNYAI ROH Neraka di sini digambarkan seperti makhluk yang hidup memendamkan kemarahannya . Bunyi yang menakutkan kerana kemarahan , kerana memendamkan kemarahan kepada orang kafir, dan ungkapan itu sebagai perumpamaan sahaja . Makhluk Allah yang hidup bertasbih memuji tuhannya , disebabkan melihat manusia yang kufur pada tuhannya , mereka marah atas sebab mereka benci kepada kekufuran tersebut dan tidak menerima kesalahan tersebut .

SETIAP MAKHLUK MEMPUNYAI ROH Semua makhluk Allah seperti manusia , gunung , batu tumbuhan semua mempunyai nyawa , malah mereka bertasbih memuji Allah. Sekadar menunjukkan metafora terhadap kepatuhan Allah oleh makhluk . MANUSIA KAFIR DIBENCI MAKHLUK LAIN Makhluk Allah yang bertasbih kepadanya , berasa marah kepada manusia yang kufur kepada Allah, mereka bangkit dengan kemarahan untuk menyerang manusia sebagiamana meledaknya neraka Jahannam.

PENJAGA NERAKA MENGECAM ORANG KAFIR Penjaga neraka meluahkan kemarahan kepada mereka , dan dikecam serta diseksa yang lebih pahit seperti mana orang berada dalam kesusahan . Namun , mereka memberi jawapan bahawa mereka cuai , bodoh , dan menuduh nabi seorang yang sesat . Orang baik tidak mengingkari arahan Rasul, tetapi orang kafir menuduh Rasul sesat sedang mereka tidak dapat membukti Allah tak turunkan sesuatu apapun , mereka sebenarnya berada dalam kesesatan benar . Ini merupakan kritikan Allah kepada golongan kafir yang dijauhkan dari rahmat Allah dan tiada keampunan untuk dijauhkan dari azab neraka . Jiwa manusia yang kufur ialah jiwa yang kekosongan dari sifat kebaikan dan sifat bernilai di atas muka bumi ini , sedang fitrah manusia ditanam dengan hakikat iman dan dalilnya .

JIWA TIDAK BERIMAN TERUS JATUH SEPANJANG MASA Orang kufur sentiasa merosot jiwanya setiap hari , sampai satu masa mereka berada di tempat yang buruk kerana hidupan di bumi ini sentiasa bertasbih memuji Allah. Sesuatu kebaikan mempunyai talian dengan al- Wujud namun orang kafir pula terlepas dari talian tersebut , jahat pula. Mereka akhirnya ditempatkan di neraka Jahannam, di sana mereka diibaratkan tiada apa-apa faedah kerana kehormatan dan jiwa mereka dimusnahkan . Dari ini al-Quran membentangkan mukmin sebagai lawan kepada kafir.
Tags