Pada waktu yang sama, membaca juga mampu mengurangkan tekanan. Dalam kehidupan yang penuh dengan tekanan seperti hari ini, mencari masa untuk bertenang dan mengurangkan tekanan adalah amat penting. Salah satu cara yang efektif untuk mencapai ini ialah dengan membaca. Membaca buku yang kita minati bo...
Pada waktu yang sama, membaca juga mampu mengurangkan tekanan. Dalam kehidupan yang penuh dengan tekanan seperti hari ini, mencari masa untuk bertenang dan mengurangkan tekanan adalah amat penting. Salah satu cara yang efektif untuk mencapai ini ialah dengan membaca. Membaca buku yang kita minati boleh membawa kita ke dalam dunia yang berbeza, sekali gus melupakan seketika masalah yang sedang dihadapi.
Kajian telah menunjukkan bahawa membaca selama enam minit sahaja boleh mengurangkan kadar denyutan jantung dan mengurangkan tahap tekanan secara signifikan. Ini menunjukkan bahawa membaca boleh menjadi satu bentuk terapi yang murah dan mudah untuk menguruskan tekanan. Apabila kita membaca, kita terlibat dalam satu aktiviti yang tenang dan menenangkan, yang seterusnya boleh membantu menenangkan minda dan emosi kita.
Isi 3 – Meluaskan ilmu pengetahuan
Di samping itu, amalan membaca turut meluaskan ilmu pengetahuan kita. Tidak dapat dinafikan bahawa membaca adalah salah satu cara terbaik untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan. Melalui amalan membaca, kita dapat belajar tentang pelbagai perkara, sama ada tentang sejarah, sains, teknologi, budaya, atau apa-apa sahaja yang kita minati. Buku, artikel, dan jurnal yang ditulis oleh pakar dalam bidang tertentu adalah sumber yang amat berharga untuk memperluas pengetahuan kita.
Jika seseorang ingin mengetahui lebih lanjut tentang revolusi industri, mereka boleh membaca buku atau artikel yang berkaitan dengan topik tersebut. Intihannya, kita dapat menambah baik pengetahuan kita tentang dunia di sekeliling kita, sekali gus menjadikan kita lebih berinformasi dan berpengetahuan. Persis kata mutiara yang popular, membaca jambatan ilmu.
Isi 4 – Meningkatkan perbendaharaan kata
Membaca juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan perbendaharaan kata seseorang. Apabila kita membaca, kita akan terdedah kepada pelbagai perkataan baru yang mungkin tidak kita temui dalam kehidupan seharian. Ini akan membantu kita memperkayakan perbendaharaan kata kita, yang seterusnya boleh meningkatkan kemahiran berkomunikasi kita. Melalui penguasaan perbendaharaan kata yang lebih luas, kita dapat menyampaikan idea dan pendapat dengan lebih tepat dan berkesan.
Contohnya, apabila kita membaca novel atau buku-buku ilmiah, kita akan menemui perkataan-perkataan yang jarang digunakan dalam perbualan biasa. Sekiranya kita membaca secara konsisten, kita dapat mempelajari perkataan baru ini dan menggunakannya dalam perbualan atau penulisan kita. Tambahan pula, penguasaan perbendaharaan kata yang baik juga boleh memberi manfaat dalam bidang akademik dan profesional.
Isi 5 – Menambah baik daya kreatif dan imaginasi
Selain meningkatkan perbendaharaan kata, membaca juga dapat menambah baik daya kreatif dan imaginasi kita. Apabila kita membaca buku fiksyen, kita akan dibawa masuk ke dalam dunia yang dibina oleh pengarang. Ini akan merangsang imaginasi kita, kerana kita perlu membayangkan watak-watak, tempat, dan situasi yang digambark
Size: 26.33 KB
Language: none
Added: Mar 15, 2025
Slides: 2 pages
Slide Content
ARAHAN/ HUKUMAN PERHIMPUNAN RASMI
Ketua Perbarisan memberi arahan
Sebelum memberi arahan ketua perbarisan dikehendaki berpusing menghadap
barisan murid/ kadet.
Ketua Perbarisan memberi hukuman :
1. BARIS, BARIS... SEDIA
2. KEKANAN... LURUS
3. PANDANG...DEPAN
4. SENANG... DIRI
5. REHATKAN... DIRI
(Boleh diulang sebelum Komandan hadir)
Selepas memberi arahan ketua perbarisan dikehendaki berpusing menghadap hadapan ke
arah pentas utama.
MC
( Ketua Perbarisan melapor kepada Komandan )
6. ASSALAMUALAIKUM / SELAMAT PAGI TUAN..... GABUNGAN PASUKAN BADAN
BERUNIFORM , SJKT DESA CEMERLANG SIAP UNTUK MAJLIS PERHIMPUNAN RASMI
KOKURIKULUM, TUAN....
(Masa ni Komandan akan cakap baiklah… teruskan)
7. TERIMA KASIH TUAN......
(Ketua Perbarisan kembali ke tempat asal)
(Pusing belakang, jalan selangkah atau dua Langkah kearah kadet dan pusing semula menghadap
pentas utama / undur dua langkah ke belakang)
MC
Ketua Perbarisan memberi arahan
8. BARIS...... AP.....
Ketua Perbarisan memberi arahan
9. BARIS...... AP.....
MC
Ketua Perbarisan memberi arahan
10. BARIS ...... SENANG DIRI, REHATKAN DIRI
MC
11. BARIS...... BARISSEDIA
MC
Ketua Perbarisan melapor kepada Pengetua/Guru Besar
12. SELAMAT PAGI TUAN.....
PERHIMPUNAN RASMI KOKURIKULUM PADA HARI INI TELAH BERAKHIR. MOHON
KEBENARAN MENJALANKAN TUGAS-TUGAS LAIN.
TERIMA KASIH TUAN.......
Ketua Perbarisan memberi arahan
13. BARIS...... SENANG DIRI, REHATKAN DIRI
MC
Ketua Perbarisan memberi arahan
-
14. BARIS... BARIS SEDIA
KAWALAN KELUAR BARIS
(Ketua setiap platun unit atau kawalan hadapan bersama ketua perbarisan keluar baris)