Topik 1: arah dan cabaran t. SHANMUGAM PENSYARAH JAB. PENGAJIAN PERDAGANGAN IPG KAMPUS Pendidikan teknik , nilai
Kandungan topik : Lanskap Persaingan Globalisasi Perubahan Teknologi Era Maklumat Tanggungjawab Sosial Sistem Ekonomi Islam Definasi Ojektif Ciri-ciri
What is globalization?
(1) Lanskap persaingan : Globalisasi Apakah Globalisasi ? Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara Melalui proses ini , dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit . Sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet , media elektronik,dan teknologi siber . Perkembangan ini memungkinkan perhubungan diantara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat .
Globalisasi : Pengenalan Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat . Manakala cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik , sosial , dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia didunia ini . Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan .
Globalisasi Lodge (1993) mendefinisikan globalisasi sebagai : “… a process forced by global flows of people, information, trade and capital. It is accelerated by technology, which is driven by only a few hundred multinational corporations and may be harmful to the environment. There in lies the conundrum of whether it is wise to leave globalization in the hands of these few corporations, or might it not make more sense to seek greater involvement from the global community.
CABARAN PERNIAGAAN MASA DEPAN 1. GLOBALISASI/DUNIA TANPA SEMPADAN Persaingan sengit ( kualiti , harga , pemasaran ); Mobiliti pekerja /modal ( kedatangan pekerja asing yang mahir / tak mahir dan pemindahan teknologi dari luar ); Celaru / pencemaran budaya asing melawan budaya tempatan ( generasi muda terikut-ikut dengan budaya barat / budaya lain yang dominan / berpengaruh . Anak tempatan hilang identiti ) .
CABARAN PERNIAGAAN MASA DEPAN 2. PENINGKATAN KEMAJUAN TEKNOLOGI Perubahan dalam teknologi pengeluaran ( penggunaan teknologi yang lebih canggih seperti robotik , jentera berkemampuan tinggi . Pelabur asing membawa teknologi baru ); Perubahan dalam teknologi pengangkutan / penghantaran ( perubahan produk dan tempoh ke pasaran asing semakin pendek ); Perubahan modal insan ( peningkatan teknologi memerlukan modal insan yang berkebolehan …. Latihan tenaga pakar , perkembangan pendidikan bertaraf dunia , peningkatan pusat R&D dll )
CABARAN PERNIAGAAN MASA DEPAN 3. PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Kemajuan telekomunikasi ( peniaga mudah menghubungi rakan niaga dll dengan kemudahan komunikasi melalui internet, siding video, media elektronik spt email, dll ); Perkembangan e- dangang ( peniaga meluaskan pasaran barangan dan perkhidmatan ke seluruh dunia ; pengguna membeli belah melalui elektronik ; ekonomi berkembang pesat ); Perkembangan e-banking ( penyaluran dana ke luar negara menjadi mudah dan berupaya mengembangkan eknoomi ) .
CABARAN PERNIAGAAN MASA DEPAN 4. TANGGUNGJAWAB SOSIAL Batasan akitiviti komersial ( desakan / tekanan NGO, kerajaan , stakeholders yang menentang tindakan / aktiviti yang bertentangan dengan budaya dan undang-undang negara ); Peningkatan dalam tanggungjawab sosial ( syarikat multinasional memperuntukan sebahagian dari dana keuntungan mereka untuk melaksanakan tanggungjawab sosial . Tindakan ini menjadi panduan dan ikutan syarikat tempatan ); Keprihatinan terhadap alam semulajadi ( pemahaman tentang kepentingan alam semulajadi diterapkan melalui globalisasi ) .
(2) Sistem ekonomi Setiap negara di dunia mengamalkan sistem ekonomi yang berbeza . Antara matlamat-matlamat sesuatu sistem ekonomi ialah : Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat bagi memaksimakan kepuasan ; Memperuntukkan sumber-sumber ekonomi secara cekap untuk meningkatkan kebajikan masyarakat ; Menggunakan sumber ekonomi dengan sepenuhnya tanpa pembaziran atau pengangguran faktor .
Kerangka Sistem Ekonomi Di Dunia Sistem Ekonomi Sistem Ekonomi Kapitalis Sistem Ekonomi Perancangan Pusat Sistem Ekonomi Islam Sistem Ekonomi Campuran Kelemahan Kelebihan Kelebihan Kelemahan Kelebihan Kelemahan Prinsip Agama Islam ( Hukum Syarak )
Sistem Ekonomi Kapitalis Ciri-ciri Sistem Ekonomi Kapitalis Keputusan ekonomi ditentukan oleh pengguna dan pengeluar melalui mekanisme harga Motif pengguna adalah untuk memaksimakan kepuasan Pengguna dan pengeluar bebas bersaing di pasaran Pengguna dan pengeluar bebas membuat keputusan ekonomi Faktor pengeluaran dimiliki oleh individu dan pihak swasta Motif pengeluar adalah untuk memaksimakan keuntungan tanpa mengira kebajikan rakyat Sistem Ekonomi Kapitalis atau sistem ekonomi pasaran bebas ialah satu sistem ekonomi yang berfungsi tanpa campur tangan kerajaan . Sistem ini juga dikenali sebagai laissez-faire. Pengguna dan pengeluar bebas bertindak dan bersaing dalam pasaran untuk memenuhi matlamat mereka . Campur tangan kerajaan hanya terhad kepada menjaga keselamatan dan undang-undang negara agar kegiatan ekonomi berjalan lancar . Cth : Amerika Syarikat
Sistem Ekonomi Perancangan Pusat Ciri-ciri Sistem Ekon Perancangan Pusat Harga dan kuantiti barangan dan perkhidmatan ditentukan oleh kerajaan Persaingan tidak wujud kerana hanya kerajaan yang mengeluarkan barang dan perkhidmatan Pengguna tidak banyak mempunyai pilihan Segala keputusan dalam ekonomi ditentukan oleh kerajaan Sumber ekonomi dimiliki oleh kerajaan Motif pengeluaran adalah untuk memberikan kebajikan yang maksimum kepada masyarakat Sistem Ekonomi Perancangan Pusat juga dikenali sebagai ekonomi sosialis atau ekonomi arahan . Kerajaan akan memutuskan semua corak kegiatan ekonomi dan cara bagaimana sumber-sumber ekonomi diagihkan Sistem ini diamalkan di negara-negara komunis seperti China, Korea Utara, Cuba.
Sistem Ekonomi Campuran Ciri-ciri Sistem Ekonomi Campuran Keputusan ekonomi ditentukan bersama-sama oleh pihak swasta dan kerajaan Motif pengguna adalah untuk memaksimakan kepuasan Pengguna dan pengeluar bebas membuat pilihan Harga ditentukan oleh mekanisme pasaran dan dikawal oleh kerajaan Faktor pengeluaran dimiliki oleh pihak swasta dan kerajaan Motif pengeluar adalah untuk memaksimakan keuntungan Sistem Ekonomi Campuran menggabungkan kebaikan sistem ekonomi kapitalis dan sistem ekonomi perancangan pusat . Dalam mekamisme pasaran – individu dan pengeluar bebas membuat keputusan tentang barang dan perkhidmatan akan dikeluarkan Campur tangan kerajaan adalah untuk mengatasi kelemahan akibat dari mekanisme pasaran Cth : Semua negara yang mengamalkan sistem demokrasi seperti Malaysia dll Motif kerajaan adalah untuk menjada kebajikan rakyat
Sistem Ekonomi Islam Ciri-ciri Sistem Ekonomi Islam Keputusan dalam ekonomi akan ditentukan oleh pengguna , pengeluar dan kerajaan Wujud persaingan yang sihat , adil , dan saksama antara pengeluar ( tidak melanggar prinsip Islam) Harga ditentukan melalui mekanisme pasaran dan kerajaan Pilihan dan pemilikan mestilah berdasarkan hukum syarak ( pemilikan secara halal) Sumber ekonomi adalah hak milik Allah dan individu merupakan pemegang amanah . Menentang monopoli individu Motif pengeluar adalah untuk mendapatkan keredaan Allah Sistem Ekonomi Islam merujuk kepada kajian tentang tingkah laku manusia dan bagaimana mereka menggunakan sumber alam ciptaan Allah dengan teknik yang cekap dan adil mengikut Hukum Syarak . Sistem ini berlandaskan syariat dan akhlak Islam untuk mewujudkan keadilan dalam masyarakat Sistem ekonomi Islam diamalkan di negara Islam seperti Arab Saudi, Iran, Iraq dan Mesir