Udang goreng butter

suzie97 145 views 10 slides Feb 28, 2018
Slide 1
Slide 1 of 10
Slide 1
1
Slide 2
2
Slide 3
3
Slide 4
4
Slide 5
5
Slide 6
6
Slide 7
7
Slide 8
8
Slide 9
9
Slide 10
10

About This Presentation

resepi


Slide Content

Udang butter / buttered prawn

[email protected]
fokuskan dekat cara2 nak buat serdak2 rangup tuh

C reated on : 25-07-2011
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi nurulhusna.haron



Bahan-bahan ( 5 orang )
 udang 1 kg (saiz M atau L)
 BAHAN2 UNTUK GORENG UDANG
 - minyak masak 5 sudu
 - bawang putih 4 ulas (dicincang halus)
 - daun kari (1 tangkai, ambil daun shj)
 - cili api 5 biji dipotong kecil2 (ubah ikut selera)
 - susu cair / susu segar (4 sudu)
 - garam secukup rasa

 BAHAN2 UNTUK SERDAK RANGUP (yg penting, adalah cara memasak nnt)
 - 7 biji telur (ambil kuning sahaja)
 - butter 7 sudu besar / 1 senduk besar
 - minyak masak 1 cawan
 - garam secukup rasa
 - perisa ayam (maggie)secukupnya
Cara-cara
1. CARA MASAK UDANG, lumurkan udang dengan garam
2. goreng udang dengan minyak yg panas 3/4 masak. ketepikan
3. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih hingga naik bau. masukkan daun kari hingga naik bau, dan
campurkan susu, garam, cili api. Masukkan udang yg telah di goren g tadi dan gaul hingga sebati.
Ketepikan
4. CARA MASAK SERDAK (SILA FOKUS). Pukul telur kuning tadi bersama garam dan perisa ayam
5. Di dalam kuali, panaskan butter hingga separuh cair. Kemudian tambahkan minyak masak (memang
nampak banyak minyak). Pastikan ketika ini, guna api besar kerana permulaan, minyak perlu betul2

panas. Kalau guna butter shj, nnt akan jadi gelap. Minyak akan cepatkan proses pencairan dan
pastikan warna minyak
6. Bila semua butter dah cair, slowkan api ke tahap sederhana.. kacau minyak terseb ut dlm putaran jam
dgn laju (hingga nampak pusaran). sambil tgn kanan mengacau minyak, tangan kiri masukkan sikit2
bancuhan telur tadi .
7. langkah ke 6 ni perlu dilakukan dengan putaran yg pantas tetapi selamat. putaran yang pantas dan
minyak yg banyak akan menghasilkan serdak halus. bila halus, ia akan jadi rangup.
8. sesudah itu, serdak akan nampak berminyak. dengan pantas, perlu toskan serdak drp minyak (guna
sudip berlubang, tekan2 manja supaya minyak cepat jatuh). seki ranya lambat, serdak akan 'serap'
minyak dan tidak jadi rangup lagi. Minyak dalam kuali juga nampak keruh.
9. gaulkan udang yg telah di goreng tadi bersama serdak2 tersebut
10. lapkan peluh anda atas usaha membuat putaran serdak! ; -) siap utk di makan
Tag
Udang G oreng Butter/Buttered Prawn


Sarang Telur
2 biji Kuning Telur
Sesenduk Butter/Margerin
Secawan Minyak masak

Pukul ringan kuning telur.
Panaskan Butter/Margerin bersama minyak. Sebaiknya
gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah
betul betul panas, pusing pusingkan dengan senduk tu
laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.

Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit
supaya yang jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan
pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing
terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna
keemasan.

Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis
santan besi untuk toskan minyaknya. Langkah seterusnya
kita siapkan pula udangnya.


Udang:
12 ekor udang
Sedikit Garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng
3 ulas bawang putih - dicincang
6-8 tangkai cili padi - dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair/susu segar
Sedikit Butter/Margerin untuk menumis

Sedikit Serbuk Lada Hitam/Putih - jika suka
Garam secukup rasa

Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit
garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan
masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang
akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan.
Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari
kuali, tak nak guna lagi.

Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis
bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan
naik bau.

Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar.
Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada
hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh
banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine
sudah ada garam.

Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah
dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan
sarang telur/floss yang kita buat tadi. Siapp.. Senang
kann..

udang
Tags