UNDANG UNDANG PENGAKAP MALAYSIA 2025 (PPKI SKSKSK)

Hasnah7384 0 views 13 slides Sep 30, 2025
Slide 1
Slide 1 of 13
Slide 1
1
Slide 2
2
Slide 3
3
Slide 4
4
Slide 5
5
Slide 6
6
Slide 7
7
Slide 8
8
Slide 9
9
Slide 10
10
Slide 11
11
Slide 12
12
Slide 13
13

About This Presentation

School


Slide Content

UNDANG-UNDANG PENGAKAP Di sediakan Oleh Sekawan Hijau Niza Wahida Binti Wahishad Marianah Liew Iskandar

Prinsip dan Undang-Undang Pengakap Boleh dipercayai Taat setia kepada Raja dan Negara Berguna dan menolong orang setiap masa Bersahabat dengan semua orang Baik dan berbudi bahasa Kasih kepada binatang Menurut perintah Sentiasa bersabar Berjimat cermat Bersih dan suci fikiran

DIPERCAYAI Definisi : Kehormatan diri seorang Pengakap itu boleh dipercayai untuk menjalankan tugas-tugas   yang diberikanya dengan sehabis daya - upayanya . Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai , bermaruah dan mempunyai kehormatan diri .

TAAT Definisi : Pengakap adalah seorang yang taat kepada Tuhan , Raja, Negara, pemimpin-pemimpin Pengakap , ibu bapa , majikan dan orang-orang di bawahnya . 2.Pengakap adalah seorang yang taat kepada yang Dipertuan Agong serta Raja-Raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakap , ibubapa , majikannya dan orang-orang bawahannya .

BERGUNA Definisi : Tugas seorang Pengakap ialah menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa 3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa .

BERSAUDARA Definisi : Pengakap adalah sahabat kepada semua orang dan saudara kepada lain-lain Pengakap , tidak kira dari apa negara , bangsa , pangkat atau agama sekalipun . 4. Pengakap adalah bersahabat kepada sekelian orang dan bersaudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri , pangkat dan agama sekalipun .

BERBUDI Definisi : Pengakap adalah seorang yang baik budi pekertinya yakni dia hormat kepada semua Orang   terutamanya orang perempuan , kanak-kanak , orang tua , orang sakit , orang cacat dan sebagainya . 5. Pengakap adalah baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi .

KASIHKAN BINATANG Definisi : Pengakap adalah sahabat kepada semua binatang iaitu kasihkannya serta menyelamatkan binatang daripada menderita kesakitan dan jangan membunuhnya tanpa sebab kecuali binatang yang merbahaya . 6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang .

MENURUT PERINTAH Definisi : Pengakap menurut perintah ibu bapa , ketua Patrol atau pemimpin-pemimpin Pengakapnya tanpa sebarang bantahan walaupun menerima perintah yang tidak disukainya . 7. Pengakap adalah seorang yang menurut perintah dan suruhan ibubapanya , ketua patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengan tiada bantahan .

TABAH HATI Definisi : Pengakap mestilah sentiasa senang hatinya dan bersabar Selalu walaupun dalam kesusahan . 8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya di masa susah .

BERJIMAT Definisi : Pengakap mestilah sentiasa berjimat cermat dalam semua hal perbelanjaannya. 9. Pengakap adalah jimat dan cermat

SUCI FIKIRAN, PERKATAAN DAN PERBUATAN Definisi : Pengakap sentiasa bersih fikiran , perkataanya dan perbuatannya dari melakukan perkara -  perkara yang kotor dan tidak mengalah kepada nafsu untuk bercakap , berfikir atau   berbuat sesuatu yang keji 10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya , perkataannya dan perbuatannya .

SEKIAN TERIMA KASIH
Tags