09032025 PSV tingkatan 1 Nota Bab 1 -6 docx

g84285277 8 views 22 slides Mar 09, 2025
Slide 1
Slide 1 of 22
Slide 1
1
Slide 2
2
Slide 3
3
Slide 4
4
Slide 5
5
Slide 6
6
Slide 7
7
Slide 8
8
Slide 9
9
Slide 10
10
Slide 11
11
Slide 12
12
Slide 13
13
Slide 14
14
Slide 15
15
Slide 16
16
Slide 17
17
Slide 18
18
Slide 19
19
Slide 20
20
Slide 21
21
Slide 22
22

About This Presentation

PSV T1


Slide Content

Nota Seni
ASAS SENI REKA
A. UNSUR SENI
1. Garisan
 - Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak tertentu
 - Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak, dan untuk menimbulkan bentuk,
ruang, dan pergerakan.
Contoh-contoh Garisan
Garisan merupakan unsur seni yang paling asas.
Pengenalan Garisan
1. Garisan merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka wujudlah garisan.
2. Garisan dihasilkan dengan menggunakan suatu alat atau media yang bermula dari suatu titik
permulaan merentasi sesuatu kawasan hingga terbina satu objek.
garisan bulatan utama menyambung garisan- seterusnya menambah dengan mengenalpasti
bagi melakar struktur garisan berikutnya bagi garisan pada ekor dan arah cahaya dan
badan seekor ayam struktur leher dan kepala kaki jalinan, maka
terbentuklah lakaran
seekor ayam
3. Garisan terdapat pada benda alam dan benda buatan manusia.
    i.  Contoh Garisan Pada Benda Buatan Manusia:
       -Garisan pada tali, bakul anyaman, kain tenunan, bangunan, tayar kereta, corak fabrik, jala,
penapis   dan sebagainya.

garisan pada anyaman tikar  garisan pada bangunan
   ii. Contoh Gaisan Pada Alam Semulajadi:
       - Garisan pada batu, haiwan dan tumbuhan seperti akar tumbuhan, tali, urat-urat daun, ombak
di lautan, titis-titis hujan, kulit haiwan dan tumbuhan, batu marmar, kulit kayu dan sebagainya
garisan pada titisan hujan garisan pada urat daun garisan pada kulit harimau
Jenis-jenis Garisan
1. Garisan halus
2. Garisan tebal
3. Garisan beralun
4. Garisan berpancar
5. Garisan berlingkar
6. Garisan berserabut
7. Garisan bersudut-sudut
8. Garisan bergerigi
9. Garisan berbiji
10. Garisan berbulu
11. Garisan putus-putus
12. Garisan berduri
Fungsi Garisan
1. Garisan menimbulkan rupa.
2. Garisan menimbulkan bentuk.
3. Garisan menimbulkan ilusi cahaya dan bayang.
4. Garisan mewujudkan ruang.
5. Garisan menghasilkan jalinan.
6. Garisan menghasilkan motif pada reka corak.
7. Garisan mewujudkan ton.
8. Garisan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid.

garisan menghasilkan rupa garisan menghasilkan bentuk garisan menimbulkan ilusi ruang,
cahaya dan baying
garisan menghasilkan jalinan garisan yang mencipta corak garisan yang mencipta corak
Garisan, Ton dan Ruang
1. Garisan yang halus menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang tebal akan menimbulkan
ton yang gelap.
2. Garisan yang jarang-jarang menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang rapat-rapat
menimbulkan ton yang gelap.
3. Garisan yang halus akan menimbulkan ilusi ruang yang jauh manakala garisan yang tebal akan
menampakkan ruang yang hadapan.
penggunaan perbezaan saiz garisan boleh membezakan ruang yang jauh/belakang dan
dekat.hadapan
perbezaan jarak garisan juga boleh

membezakan ton yang cerah dan ton gelap
semasa menghasilkan lukisan, objek yang lebih hadapan hendaklah menggunakan garisan yang lebih
tebal atau saiz pensel yang tebal atau kualiti yang gelap manakala kawasan belakang hendaklah
menggunakan pensel yang lebih cerah / kecil dengan tekanan yang lebih perlahan
Aplikasi Garisan Dalam Karya Seni
1. Lukisan
2. Catan
3. Anyaman
4. Tenunan
5. Kolaj
6. Pualaman
7. Arca
8. Gurisan
9. Cetakan
10. Resis (batik / ikat celup)
Contoh-contoh Aplikasi Garisan Dalam Hasil Karya
penggunaan garisan dalam karya lukisan Teknik Catan oleh Yusuf Ghani, Siri Topeng
karya teknik resis / ikat dan celup jelas karya tenunan juga mencipta garisan
memperlihatkan kesan-kesan garisan
aplikasi garisan dalam seni arca garisan tampak jelas pada karya anyaman

2. Rupa
 - Rupa adalah hasil pertemuan titik hujung dengan titik mula
 - Rupa adalah kawasan rata yang dilingkari garisan luar
 - Terdapat 2 jenis rupa iaitu:
 a- Rupa geometri – bersudut seperti segi tiga, segi empat, pyramid, bulat dsb.
 b- Rupa organik – rupa bebas yang tidak bersudut seperti rupa daun, buah, batu dsb.
 -Rupa boleh diolah dalam bentuk:
 a- Rupa positif – rupa objek yang terletak di sesuatu kawasan
 b- Rupa negative – ruang di sekeliling rupa sesuatu objek.
Contoh-contoh Rupa :
RUPA (unsur seni)
Unsur-unsur Seni - RUPA
A. Pengenalan
Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya.
Rupa boleh dihasilkan daripada garisan, warna dan jalinan.
pertemuan antara permulaan dan penghujung sesuatu garisan menghasilkan rupa
B. Jenis-jenis Rupa
Rupa terdiri daripada 2 jenis iaitu:
1. Rupa Geometri
Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi, empat segi dan
lain-lain rupa yang bersudut.
dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris, set geometri dengan ukuran-
ukuran tertentu

rupa geometri rupa geometri
2. Rupa Organik
Rupa organic merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya seperti rupa
daun, rupa orang, rupa ikan dan sebagainya.
Dihasilkan secara sepontan
rupa organik rupa organik
C. Rupa Positif dan Rupa Negatif
Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan tertentu.
Rupa negatif ialah ruang di sekeliling rupa objek tersebut.
rupa positif  rupa negatif
D. Rupa dalam Aktiviti Mencorak
Rupa boleh berubah dan mewujudkan rupa yang lain dengan cara tindanan, tambahan atau
luakan ( pengurangan ).
Rupa dalam aktiviti mencorak, merupakan susunan rupa yang berulang-ulang dengan jarak
dan kedudukan tertentu.
Rupa akan menghasilkan kesan corak daripada perlawanan rupa positif dengan rupa negatif.
Hasilan corak akan lebih menarik apabila rpa disusun berulang-ulang dalam susunan
tertentu.
Contoh – contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak :

Jenis-jenis Susunan dalam Mencorak
1. susunan selang-seli 
2. Susunan turun separa 
3. Susunan batu-bata
4. Susunan orgee 
5. susunan cerminan 
6. Susunan sisik ikan
E. Rupa dan Lambang / logo
Rupa boleh diolah menjadi lambang atau simbol kepada sesebuah syarikat, persatuan dan
pertubuhan. 
Rupa juga boleh menjadi jenama kepada sesuatu barangan.
lambang yang dihasilkan daripada rupa logo simbol daripada rupa mata
bunga dan daun

logo daripada huruf jenis logo huruf logo jenis representasi
F. Rupa dan Muka Taip
Muka taip ialah jenis-jenis rupa berbentuk huruf.
Rupa muka taip boleh menghasilkan pelbagai gaya.

Rupa muka taip boleh terdiri daripada muka taip serif ( berekor ) dan san serif( tidak berekor
).
perbezaan rupa muka taip serif dan san serif muka taip serif
muka taip san serif muka taip hiasan
contoh-contoh rekaan rupa muka taip   contoh-contoh rekaan rupa muka taip
contoh-contoh rekaan rupa muka taip
karya yang berasaskan rupa muka taip

3. Bentuk
 - Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu permukaan
- Terdapat 2 jenis bentuk iaitu:
 a- Bentuk konkrit – bentuk objek sebenar yang bersifat 3 dimensi iaitu boleh disentuh, dilihat, dan
dirasai. (bukan berbentuk gambar)
 b- Bentuk ilusi – bentuk visual yang bersifat 2 dimensi yang digambarkan melalui lukisan atau catan.
Contoh-contoh Bentuk :
penghasilan bentuk melalui teknik lukisan bentuk tangan dihasilkan melalui teknik lukisan
1. Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan dan
bersifat tiga dimensi (3D)
2. Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan karya seni yang bersifat
realistik.
3. Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan bagi menghasilkan bentuk seperti
garisan, jalinan, rupa, ruang dan warna.
4. Garis luar sesuatu objek yang akan berubah mengikut arah pandangan mata. 
Ciri-ciri bentuk
1. Bersifat tiga dimensi (3D) – mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman
2. Berstruktur - mempunyai rangka yang membolehkan membentuk form atau isipadu dengan tepat
dan sempurna
3. Boleh dilihat dari semua arah – mempunyai lebih dari satu permukaan
4. Terdapat bayangan – mempunyai kesan cahaya dan bayang

Jenis-jenis Bentuk
A. Bentuk Konkrit
1. Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada pelbagai
sudut.
2. mempunyai ciri-ciri nyata dan maujud (benar-benar wujud di hadapan mata)
3. Contoh benda berbentuk konkrit ialah seperti batu, kayu, meja, kereta dan sebagainya.
bentuk konkrit – meja bentuk konkrit - bola
B. Bentuk Ilusi
1. bentuk ilusi ialah bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-unsur seni seperti
warna, garisan dan lain-lain
2. Bentuk objek yang dilihat dan dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi, cetakan atau pada
permukaan rata (bersifat dua dimensi)
3. Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati melalui deria penglihatan.
4. Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang dapat mencipta bentuk, penggunaan kesan cahaya dan
bayang merupakan faktor terpenting.
bentuk ilusi teknik komputer grafik bentuk ilusi teknik catan
Vincent Van Gogh 'Still Life"

Membina Bentuk Konkrit
Bentuk boleh dihasilkan melalui :-
1. Garisan – anyaman (rotan, lidi, buluh) , tenunan (benang, tali), lingkaran (dawai)
2. Rupa – potongan kadbod (polihidera), teknik lipatan kertas (seni origami), teknik lipatan kain
(topologi)
3. Bentuk juga boleh dibina dengan menggunakan tanah liat, plaster of paris, kayu, lilin, sabun, batu,
kaca dan sebagainya.
penggunaan unsur garisan iaitu daripada teknik potongan dan lipatan kadbod
anyaman dapat menghasilkan bentuk konkrit mecipta bentuk kotak
penggunaak kertas yang disulam dan lipatan-lipatan kertas mencipta bentuk konkrit
dilipat menghasilkan bentuk

seni origami bentuk yang dihasilkan daripada
bahan tanah liat
bentuk dicipta daripada plaster of paris penggunaan kaca juga dapat menghasilkan bentuk
penggunaan bahan lilin ukiran bentuk arca menggunakan sabun
4. Jalinan
 - Jalinan ialah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda
 - Terdapat 2 jenis jalinan iaitu:
 a- Jalinan sentuh – jalinan yang dapat dirasai dengan sentuhan/tangan seperti kolaj, arca, dan catan
teknik impasto
 b- Jalinan tampak – jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai dengan tangan seperti
corak batik, jalur buah tembikai dan gambar foto.
Contoh-contoh Jalinan :
Jalinan

Apa Itu Jalinan?
1. Jalinan merupakan kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda, seperti kesan pada
permukaan kulit durian, kulit rambutan, tapak kasut, kulit kayu, bulu kucing, belang pada harimau
dan lain-lain.
2. Jalinan pada benda buatan manusia dan benda ciptaan Tuhan memberi kesan tampak yang
berbeza.
3. Setiap objek yang berjalinan, mempunyai fungsi dan nilai-nilai yang tersendiri.
jalinan pada keratan rentas batang pokok jalinan pada kulit harimau belang
jalinan pada kulit siput
Contoh Jalinan Pada Alam Semulajadi :
rekahan pada tanah jalinan kasar pada permukaan batu jalinan berduri pada kulit
durian

Contoh Jalinan Pada Benda Buatan Manusia :
jalinan pada langit-langit rumah
Jenis-jenis Jalinan
1. Jalinan Sentuh 
a. Merupakan kesan permukaan yang dapat dilihat dan dirasa melalui sentuhan seperti, permukaan
batu, kulit kayu, kulit kerang
b. Jalinan sentuh dapat dipindahkan ke permukaan 2 dimensi melalui beberapa teknik seperti capan,
cetakan, gosokan dan sebagainya
Jalinan Sentuh - kulit kerang Jalinan Sentuh - tayar motorsikal
2. Jalinan Tampak
merupakan kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan seperti,
sayap rama-rama, kulit tembikai, kertas pembalut hadiah, kertas dinding, corak tekstil dan
sebagainya.
Jalinan Tampak - kertas dinding Jalinan Tampak - kulit tembikai
Fungsi Jalinan
1. Sebagai Penyamaran - seperti sesumpah, serangga, harimau dan kuda belang

jalinan pada kuda belang jalinan pada sesumpah
2. Menahan Geseran - tayar kereta, tapak kasut
tapak kasut
3. Sebagai hiasan - corak pakaian, corak kertas dinding
corak
4. Pengaliran air dan udara
jala ikan
Contoh Penghasilan Karya BerjalinanTampak

gosokan
teknik gosokan menggunakan bahan berjalinan sentuh sebagai subjek, di mana permukaan kertas
hendaklah diletakkan di atas benda berjalinan seperti duit syiling, batu-batu jalan, kulit kayu.
Seterusnya hendaklah menggunakan pensel atau pensel warna untuk digosokkan atas permukaan
kertas tersebut bagi mendapat kesan jalinan.
capan
kaedah ini banyak digunakan sebagai aktiviti di sekolah rendah, menggunakan bahan-bahan
berjalinan sentuh seperti daun, sayur-sayuran, ubi kentang, kacang bendi, lalu di sapu warna dan
dicap pada permukaan kertas.
ikat dan celup 
menggunakan kaedah pengasingan warna dengan menggunakan cara mengikat bahagian-bahagian
kain yang tidak ingin diwarnakan. Selesai mengikat dengan getah atau tali rafia, kain hendaklah
dicelup ke dalam pewarna atau dye mengikut warna yang dikehendaki

pualaman
menggunakan kaedah pengasingan warna minyak dengan air. Air diletakkan ke dalam tray lalu di
titiskan dengan cat minyak. Seterusnya kertas diletakkan pada permukaan air yang mengandungi cat
tersebut.
batik
Kaedah batik termasuklah batik blok, batik canting dan sebagainya
lukisan dan catan
menggunakan pen, pensel warna, pensel atau cat dapat menghasilkan kesan ilusi jalinan
Kaedah   Penghasilan Karya     Berjalinan Sentuh
anyaman
penghasilan anyaman rotan, anyaman buluh, anyaman tikar dan sebagainya

tenunan
jalinan menggunakan benang atau tali dapat mewujudkan kesan jalinan sentuh
 
sulaman 
semua jenis sulaman temasuk sulaman silang pangkah, tekat, quilting dan sebagainya mencipta
kesan jalinan sentuh
kolaj
merupakan kaedah potong dan tampal, selain dari potong, kolaj juga boleh dibuat daripada bahan-
bahan seperti daun, kacang, pasir, kulit siput dan lain-lain

5. Ruang
 - Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling objek, jarak antara dua objek, atau rongga dalam sesuatu
objek.
 -Terdapat 2 jenis ruang iaitu:
 a- Ruang nyata – ruang sebenar yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit
 b- Ruang tampak – ruang yang hanya dapat dilihat dalam seni tampak seperti lukisan, catan dan
cetakan (bukan sebenar)
LUKISAN PERSPEKTIF
Ruang dan Perspektif
1. Perubahan saiz, jarak dan warna objek alam akan berlaku apabila objek tersebut dilihat pada jarak
jauh.
2. Dalam konteks seni, proses tersebut dinamakan perspektif.
3. Perubahan nilai ton warna kanan mewujudkan ruang kedalaman atau kecetekan sesuatu ruang
mengikut ktentuan pelukis.
4. Dalam karya 2 dimensi, garisan grid digunakan untuk menimbulkan ruang dan ilusi 3 dimensi
melalui 3 cara :
a. Perspektif 1 titik lenyap
b. Perspektif 2 titik lenyap
c. Perspektif 3 titik lenyap
Panduan menghasilkan lukisan perspektif   1 titik lenyap
Perspektif 1 titik lenyap berpunca daripada satu arah (fokus) jauh dan menghilang. Objek akan
menjadi besar apabila hampir dengan kita.

Panduan menghasilkan lukisan perspektif 2 titik lenyap
Mempunyai 2 titik disebelah kanan dan kiri lukisan dan memfokuskan ke arah bahagian tengah yang
menjadi bahagian terdekat atau paling hadapan.
Panduan menghasilkan lukisan perspektif   3 titik lenyap
Biasanya digunakan semasa menghasilkan lukisan bangunan-bangunan yang tinggi

6. Warna
 - Terdapat 3 jenis warna iaitu:
 a- Warna asas – iaitu merah, biru, dan kuning (tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna lain)
 b- Warna sekunder – iaitu campuran dua warna asas (Hijau ‘Biru + Kuning’, Jingga ‘Kuning + Merah’
dan Ungu ‘Merah + Biru’)
 c- Warna tertier – iaitu campuran warna asas dengan warna sekunder
- Terdapat 3 gubahan warna iaitu:
 a- Warna harmoni- warna bersebelahan dalam roda warna (warna sekeluarga, selesa dan seimbang)
 b- Warna penggenap – warna yang bertentangan dalam roda warna (menimbulkan kesan segar,
kaya, kontra, getaran dan pergerakan)
 c- Warna sewarna – hanya satu warna yang mempunyai pelbagai ton (daripada terang kepada
gelap)
 - Terdapat 2 suhu warna iaitu:
 a- Warna panas – warna antara warna merah ungu hingga kuning hijau pada roda warna
(menimbulkan kesan bertenaga, garang, harapan, perang, meriah dsb)
 b- Warna sejuk – warna antara hijau hingga ungu pada roda warna (menimbulkan kesan sejuk,
sedih, damai dan tenang)
PRINSIP REKAAN
Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu
dalam gubahan seni visual
1. Harmoni
 - Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai
 - Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan
seimbang
 - Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna
 - Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah
2. Kontra
 - Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu
gubahan
 - Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan
pergerakan
 - Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan
3. Penegasan
 - Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil dalam sesuatu
gubahan
 - Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan
 - Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek yang
hendak ditegaskan
4. Imbangan
 - Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan
 - Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:
 a- Imbangan simetri – unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan
‘axis’ dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut)

 b- Imbangan tidak simetri – unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai cirri-ciri
yang menimbulkan kesan keseimbangan
5. Irama dan Pergerakan
 - Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar dsb
 - Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistic terhadap sesuatu
gubahan
 - Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dsb
6. Kepelbagaian
 - Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu
gubahan
 - Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan
 - Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna
yang pelbagai dalam sesuatu gubahan
7. Kesatuan
 - Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan
 - Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa
Tags