1. ASAL USUL DAN BAHASA MELAYU KUNO.pptx

NORAZUABINTIMOHDNOAH 0 views 11 slides Oct 07, 2025
Slide 1
Slide 1 of 11
Slide 1
1
Slide 2
2
Slide 3
3
Slide 4
4
Slide 5
5
Slide 6
6
Slide 7
7
Slide 8
8
Slide 9
9
Slide 10
10
Slide 11
11

About This Presentation

asal usul


Slide Content

BAB 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

1.1 ASAL-USUL BAHASA MELAYU 1.1.1 KONSEP MELAYU (a) Definisi awal = asal usul orang melayu sukar dipastikan tapi ada satu teori yang mengatakan penutur bahasa melayu berasal dari Austronesia = ada dua jenis melayu yang mendiami Asia Tenggara:

M.PTOLEMY = maleu-kolon – satu tempat di utara pantai timur , iaitu Tanjung Kuantan. Kitab Hindu purba [ Purana ]= Malaya dvipa – Sir Ronald Braddell >> Pulau Sumatera Para Sarjana India >> beberapa buah gunung di Semenanjung Tanah Melayu . Buku catatan Pengembara China [ Dinasti Tang] = Mo-lo- yeu – terdapat utusan dari sebuah kerajaan Mo-lo- yeu mengirimkan utusan ke negara China Buku kesusasteraan China = tertulis pengembara Cina yang singgah di Nusantara. Bahasa yang dituturkan penduduk setempat ialah K`un-lun – bahasa Melayu kuno . I- tsing ( rahib budha )= Mo-lo- yeu – dua buah kerajaan Melayu yang dilawatinya sekitar 675 Masihi , iaitu Kerajaan Melayu Sungai Batang dan Kerajaan Sriwijaya di Palembang. 6. Patung gangsa [1286 Masihi di Padang Rocore ] = Malaya @ Melayu

(b) Definisi dari segi Etimologi ( cabang ilmu Bahasa mengenai asal usul perkataan dan perubahan bentuk serta maknanya ) 1) Zuber Usman = berasal dari perkataan Himalaya yang dipendekkan menjadi Malaya dan seterusnya ditukar kepada Melayu . 2) Bahasa Sanskrit = berasal dari perkataan Hima yang bermaksud salji dan Alaya bererti tempat . Rumusnya , Himalaya merupakan tempat asal orang Melayu . 3) Bahasa Jawa kuno = mlayu bermaksud mengembara atau pergi ke mana-mana . 4) Batu bersurat Bukit Gombak Satu di Sumatera Barat = Malayapura bermaksud Kota Melayu atau kerajaan Melayu .

5) Pendapat pengkaji lain = Pamalayu bermaksud ekspedisi Melayu , iaitu penyerangan dan seterusnya penguasaan terhadap negeri Melayu . 6) Van der Tuuk , Tokoh ilmuan Belanda + Pengkaji kebudayaan Indonesia = Melayu bererti menyeberang yang merujuk sikap orang melayu yang menyeberang atau bertukar agama daripada agama Hindi- Budha kepada agama Islam. C) Definisi Berdasarkan Bangsa 1) Perlembagaan Persekutuan Perkara 153 = Melayu bermaksud orang yang lazimnya berbahasa Melayu , mengamalkan cara hidup Melayu dan beragama Islam. 2) UNESCO = satu keluarga bangsa yang mempunyai satu keluarga bahasa yang sama , bentuk fizikal yang hamper sama , berkulit sawo matang , rambut lurus dan mempunyai ketinggian yang sederhana .

1.1.2 SALASILAH BAHASA MELAYU = perkembangan bahasa ditentukan berdasarkan usia bahasa * istilah filum, rumpun dan keluarga digunakan bertujuan untuk menunjukkan hubungan antara bahasa induk dengan bahasa-bahasa lainnya berdasarkan usia .

FILUM BAHASA AUSTRIK/AUSTRIS RUMPUN AUSTROASIA RUMPUN AUSTRONESIA RUMPUN TIBET CHINA RUMPUN AUSTRONESIA BARAT RUMPUN AUSTRONESIA TIMUR KELUARGA NUSANTARA SUBKELUARGA INDONESIA PUSAT KELUARGA MELANESIA KELUARGA MIKRONESIA KELUARGA POLINESIA SUBKELUARGA FILIPINA-FORMOSA CTH: BALI-SASAK, JAWA, KALIMANTAN, SUMATERA DAN LAIN-LAIN CTH: BISAYA, BIKOL, SULU, TAGALOG, DAN LAIN-LAIN

1.2 BAHASA MELAYU KUNO (a) Ciri-ciri bahasa Melayu kuno 1) Sistem tulisan dan ejaan = menggunakan tulisan Rencong , * Tulisan Kawi( daun lontar di Padang Lawas , Sumatera Utara. * Tulisan Nagiri dari utara India di Gandasuli * Tulisan Palava dari Selatan India. = perbezaan ejaan bagi bahasa melayu kuno dengan bahasa melayu moden . = cth : huruf ‘w’ di bahasa melayu kuno akan menjadi huruf ‘b’ di bahasa melayu moden ( w ulan b ulan )

2) Morfologi = imbuhan dalam bahasa melayu kuno juga berbeza dengan imbuhan dalam Bahasa Melayu moden = cth : imbuhan ‘ ni ’ dalam bahasa melayu kuno akan menjadi ‘di’ dalam Bahasa melayu moden ( ni suruh di suruh )

3) Kosa kata = kebanyakan kosa kata diambil dari bahasa Sanskrit = ada kosa kata yang masih digunakan sehingga kini ( kamu ) dan ada juga yang tidak digunakan lagi ( dhawa bermaksud terlalu )

(b) Bukti penggunaan bahasa melayu kuno (3K 1G 1T) bukti penggunaan bahasa melayu kuno boleh dilihat dengan penemuan batu-batu bersurat berikut : Kedukan Bukit, Palembang (683 masihi ) – huruf Palava * kandungannya : mengenai kisah pelayaran seorang raja bersama dengan 20,000 orang tentera untuk mendapatkan kuasa sakti agar kerajaan Sriwijaya memperoleh kemakmuran . 2) Talang Tuwo , dekat Palembang (684 masihi ) – huruf Palava * kandungannya : pembinaan sebuah taman oleh Raja Jayanasa dengan harapan tindakan baginda itu dapat memberikan kebahagiaan kepada semua makhluk . 3) Kota Kapur , Pulau Bangka (686 masihi ) – huruf Palava * kandungan : menyeru dewa dan makhluk-makhluk tinggi yang lain agar melindungi kerajaan Sriwijaya . Selain itu , memberikan kebahagiaan kepada sesiapa yang mengabdikan diri kepada kerajaan Sriwijaya dan mengutuk sesiapa yang tidak setia . 4) Karang Brahi , Meringin , daerah Hulu Jambi (686 masihi ) – huruf Palava * kandungan : hampir menyamai petikan pada batu bersurat Kota Kapur 5) Gandasuli , daerah Kedu , Jawa Tengah (832 masihi ) – huruf Nagiri * kandungan : memberikan gambaran bahawa Bahasa Melayu Kuno bukan sahaja tersebar di kawasan yang menggunakan Bahasa Melayu (Sumatera) tetapi juga di kawasan yang penduduknya menggunakan Bahasa Jawa , khususnya di Pulau Jawa .
Tags