1-Jenis ejensi in contract law refer to contract act 1950

ssuser8aff01 4 views 8 slides Oct 24, 2025
Slide 1
Slide 1 of 8
Slide 1
1
Slide 2
2
Slide 3
3
Slide 4
4
Slide 5
5
Slide 6
6
Slide 7
7
Slide 8
8

About This Presentation

ejensi in contract


Slide Content

JENIS EJENSI 1 UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN

JENIS-JENIS EJENSI Jenis kontrak ejensi boleh dibahagikan mengikut luasnya kuasa ejen atau mengikut tugas-tugas ejen . Ejensi mengikut luas kuasa ejen Ejen universal: Sejenis ejen am yang mempunyai kuasa yang luas . Ia boleh melakukan kesemua tindakan yang sepatutnya boleh dilakukan sendiri oleh prinsipal . Ejensi jenis ini perlu dibuat secara bertulis dalam bentuk surat kuasa wakil . 2

Ejen am: Ejen yang dilantik oleh prinsipal untuk menjalankan tugas-tugas umum dalam perniagaan atau tred . Pihak ketiga yang berurusan dengan ejen am boleh mempunyai anggapan bahawa ejen ini mempunyai kuasa untuk melakukan tindakan-tindakan yang lazim dilakukan dalam perjalanan urusan perniagaan biasa . Ejen khas : Ejen jenis dilantik untuk membuat kerja-kerja yang khusus sahaja atau untuk maksud tertentu sahaja , dan kuasanya terhad kepada kerja atau maksud tersebut . UNDANG-UNDANG PERNIAGAN (DIPLOMA) 3

Ejensi mengikut tugas Ejen del- credere : Sejenis ejen yang mendapat komisen tambahan daripada prinsipal , sekiranya ia memberi janji kepada prinsipal bahawa pihak ketiga akan melaksanakan tanggungjawabnya di bawah kontrak yang dimasuki bagi pihak prinsipal itu . Jika pihak ketiga gagal mematuhi kontrak , ejen del- credere akan bertanggungan terhadap prinsipal . 4

Faktor : Sejenis ejen perdagangan dalam urusan perniagaan biasa diamanahkan untuk menjual barang kepunyaan prinsipal . Ejen ini akan menjual barang atas namanya sendiri tanpa memberitahu siapa prinsipalnya . Ejen ini juga memiliki lien terhadap barang-barang yang ada dalam simpanannya . Lien bermaksud , si ejen berhak untuk menahan barang-barang itu sekiranya prinsipal gagal membayar komisennya tetapi tidak hak untuk menjual barang tersebut . 5

Broker: Ejen perdagangan yang diupah untuk membuat kontrak antara prinsipal dan pihak ketiga , dan ia diberi komisen yang disebut brokerage. Broker berbeza daripada faktor kerana broker tidak diamanahkan untuk memegang barang prinsipal dan tidak berhak membuat kontrak di atas nama sendiri . Broker juga tidak mempunyai hak lien ke atas barang prinsipal . 6

Jurulelong : Ejen yang diupah untuk menjual barang secara lelong . Semasa lelongan berjalan , ejen ini mulanya menjadi ejen penjual tetapi apabila ia menerima tawaran daripada pembeli , ia akan menjadi ejen pembeli juga . Pada kebiasaannya harga jualan adalah mengikut budi bicara jurulelong kecuali jika penjual telah menetapkan harga yang terendah . Ia juga akan bertanggungjawab terhadap penjual jika ia menjual barang lelong lebih rendah daripada harga yang ditetapkan penjual . 7

Jurubank : Ejen ini boleh dibahagi kepada 2 tugas : Sebagai ejen pelanggan . Apabila pelanggan memasuki bank dan mendepositkan wangnya , jurubank menjadi si berhutang dan pelanggan adalah pemiutang . Sebaliknya jika pelanggan datang ke bank untuk membuat pinjaman rumah , maka jurubank menjadi pemiutang dan pelanggan pula menjadi si berhutang . Sebagai ejen bank. Pekerja-pekerja bank merupakan ejen bagi sesebuah bank. Tugas mereka ialah kepada majikan iaitu bank dan bank juga mempunyai tugas terhadap pelanggan . 8
Tags