4.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL BAB 13: ETIKA PERNIAGAAN DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL
13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL Di akhir pembelajaran , pelajar seharusnya dapat … Mentakrifkan maksud tanggungjawab sosial Menjelaskan pihak berkepentingan dalam tanggungjawab sosial termasuk : ( i ) primer [ pekerja , pemegang saham , pembiaya , pembekal , pelanggan , peruncit , dan pemborong ] (ii) sekunder [ kerajaan , media, masyarakat , dan kumpulan pendesak ] Menjelaskan tanggungjawab sosial terhadap pihak berkepentingan tersebut Membincangkan kebaikan dan kelemahan terhadap organisasi yang menjalankan tanggungjawab sosial Menjelaskan maksud warga korporat Menyatakan peranan warga korporat : ( i ) gelagat beretika dalam perniagaan (ii) komited terhadap pihak berkepentingan termasuk masyarakat , pelanggan , pekerja , pelabur dan pembekal (iii) komited terhadap persekitaran dalam jangka masa panjang
TAKRIF TANGGUNGJAWAB SOSIAL suatu kepercayaan bahawa fungsi sesebuah organisasi dan seseorang pengurus sebagai pembuat keputusan harus berasaskan kepentingan sosial dan ekonomi masyarakat
PIHAK BERKEPENTINGAN (PEMILIK TARUH) PRIMER Pekerja Pemegang Saham Pembiaya Pembekal Pelanggan Peruncit Pemborong SEKUNDER Kumpulan pendesak Masyarakat Media Kerajaan Pihak yang mempunyai saham atau hak secara langsung terhadap sesuatu perkara dan mempunyai keperluan serta keinginan yang tinggi untuk mendapatkan sesuatu manfaat
PRIMER Pihak berkepentingan yang memberikan kesan secara langsung kepada perniagaan
PEKERJA Individu atau tenaga buruh yang terlibat dalam menyumbangkan sumber tenaga manusia daripada peringkat atasan sehingga ke peringkat bawahan dalam sesebuah organisasi Tanggungjawab majikan terhadap pekerja: membayar gaji kepada pekerja pada masa yang ditetapkan menjaga kebajikan pekerja melalui penglibatan dalam skim-skim (KWSP, PERKESO) mengamalkan dasar upah dan gaji yang selaras dengan daya pengeluaran dan tingkat kecekapan firma mengamalkan dasar pengambilan pekerja yang adil memberi jaminan kerja dan ganti rugi yang mencukupi mewujudkan keadaan tempat kerja yang selesa bagi meningkatkan produktiviti pekerja
PEMEGANG SAHAM Pihak yang melabur atau menyumbangkan modal perniagaan untuk membiayai sesebuah perniagaan Syarikat bertanggungjawab untuk : menjaga kepentingan dan hak-hak pelabur memastikan segala amanah oleh pemegang saham dilaksanakan dengan baik memastikan pulangan yang diperoleh daripada aktiviti pelaburan dapat memaksimumkan keuntungan pemegang saham menggunakan sumber kewangan dengan cekap untuk membekalkan produk berkualiti berusaha memenuhi matlamat pemilik dan pemodal syarikat
PEMBIAYA Pihak yang memberikan pinjaman kewangan kepada perniagaan untuk dijadkan modal operasi perniagaan; contoh, pihak bank memberikan pinjaman kepada perniagaan Perniagaan bertanggungjawab untuk : membayar balik pinjaman yang diberikan mengikut tempoh masa dan jumlah yang telah ditetapkan memberikan maklumat yang diperlukan oleh pihak pembiaya dengan jujur menggunakan sumber kewangan yg telah diberikan oleh pihak pembiaya dengan sistematik, efektif, dan efisien
PEMBEKAL Pihak yang bertanggungjawab untuk membekalkan bahan mentah kepada perniagaan untuk digunakan sebagai input dalam proses pengeluaran perniagaan tersebut Pembekalan bahan mentah yang mencukupi secara berterusan amat penting bagi menjamin kelancaran operasi perniagaan Perniagaan perlu mewujudkan syarat kontrak yang jelas dan tidak meragukan untuk pihak pembekal bagi mengelakkan sebarang penipuan dan kekeliruan membuat bayaran kepada pembekal tepat pada masa mengenakan syarat pembayaran yang munasabah
PELANGGAN Pihak yang membeli barangan yang dikeluarkan oleh organisasi Perniagaan bertanggungjawab untuk: menjual barangan yang selamat kepada pelanggan memberikan maklumat yang lengkap dan tepat menghasilkan keluaran yang memenuhi cita rasa pelanggan mengadakan aktiviti pemasaran yang bermanfaat
PERUNCIT Pihak yang menjual barang dalam kuantiti yang kecil kepada pengguna akhir Salah satu ahli salurang pengedaran dan pihak yang paling hampir dengan pelanggan Perniagaan bertanggungjawab untuk: membekalkan barang yang diperlukan tepat pada masa, kuantiti, dan kualiti yang ditetapkan memberikan maklumat yang lengkap dan cukup memecah pukal kepada unit yang lebih kecil mendapatkan maklum balas daripada peruncit memberikan ganjaran kepada peruncit untuk meningkatkan motivasi
PEMBORONG Pihak yang membeli atau menjual produk secara pukal berfungsi untuk memecah pukal bagi kemudahan pihak peruncit Perniagaan bertanggungjawab untuk: membekalkan barang yang diperlukan oleh pemborong mengenakan harga yang berpatutan mengadakan perjanjian yang adil dan sesuai memberikan maklumat yang lengkap dan cukup membayar barang yang dibeli tepat pada masa dan jumlah yang ditetapkan tidak mengeksploitasi pemborong dengan meminta harga yang lebih rendah memberikan maklum balas dan maklumat yang diperlukan seperti maklumat tentang kualiti barangan
SEKUNDER Pihak berkepentingan yang memberikan kesan secara tidak langsung kepada perniagaan Perniagaan akan menerima kesan yang tidak langsung jika pihak sekunder melakukan sebarang tindakan
KERAJAAN Badan pemerintah yang mentadbir sesebuah negara untuk memastikan perjalanan operasi perniagaan yang sistematik dan teratur Tanggungjawab sosial organisasi: mengambil bahagian dalam sesi perbincangan menyediakan laporan kewangan yang benar dan saksama membayar cukai mengikut jumlah dan masa yang ditetapkan menyokong program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan mengambil bahagian dalam kempen dan program yang dilaksanakan oleh kerajaan
MEDIA Pihak yang akan mendapatkan maklumat, mengurus maklumat, dan menyebarkannya kepada pihak awam menggunakan media cetak atau media elektronik untuk menyebarkan maklumat Tanggungjawab sosial organisasi: menggunakan media dengan baik dan jujur menyebarkan maklumat yang benar dalam media memilih media yang sesuai untuk pihak berkepentingan tidak menyalahgunakan media untuk tujuan negatif memberikan maklumat yang benar kepada pihak media membina hubungan baik dengan pihak media
MASYARAKAT Pihak berkepentingan yang berada dalam persekitaran operasi perniagaan Tanggungjawab sosial organisasi: mengenal pasti keperluan asas masyarakat yang sering berubah mengambil kira kesan operasi terhadap alam sekitar dan persekitaran sosial memberi sumbangan terhadap aktiviti penyelidikan dan pembangunan membiayai projek-projek pembangunan sosial (taman rekreasi) menyumbangkan masa dan tenaga untuk aktiviti kebajikan awam dan kemasyarakatan memberikan sumbangan kepada masyarakat (biasiswa, derma dll)
KUMPULAN PENDESAK Satu kumpulan yang mempunyai kepentingan yang sama dan berperanan mendesak kerajaan secara aktif dan langsung ke arah matlamat kumpulan mereka Tanggungjawab sosial organisasi: menyokong matlamat kumpulan pendesak yang mengetengahkan isu-isu yang berkaitan dengan penjagaan dan perlindungan hak-hak dan kepentingan awam serta negara memberikan maklumat yang diperlukan oleh kumpulan pendesak memberikan kerjasama yang diminta oleh pihak kumpulan pendesak jika isu berkaitan perniagaannya yang dibangkitkan
KEBAIKAN ORGANISASI MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL Membantu meningkatkan imej organisasi dan jenama perniagaan dalam jangka masa panjang Meningkatkan keyakinan dan kepercayaan pihak yang berkepentingan seperti meningkatkan keyakinan pelabur untuk melabur dalam organisasi' Harga saham akan meningkat dalam jangka masa panjang Mengurangkan cukai korporat mengekalkan pelanggan sedia ada di samping menarik lebih banyak pelanggan baharu Menarik minat lebih banyak pekerja yang berkelayakan untuk berkhidmat dalam organisasi
KELEMAHAN ORGANISASI MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL Mencabuli hak perniagaan untuk mendapatkan keuntungan maksimum Meningkatkan harga barang dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna dalam pasaran Tidak memiliki kemahiran sosial yang mencukupi untuk menyelesaikan masalah sosial Mempengaruhi keadaan persekitaran dan penglibatan dalam bidang sosial hanya akan meningkatkan pengaruh perniagaan Perniagaan kurang memegang akauntabiliti terhadap masyarakat awam
WARGA KORPORAT Golongan yang terlibat dalam sesuatu aktiviti perniagaan korporat Melibatkan diri secara profesional dalam pengurusan sesebuah organisasi perniagaan yang diasingkan daripada pemiliknya Terdiri daripada 3 golongan utama; pemegang saham syarikat lembaga pengarah syarikat pihak pengurusan syarikat
PERANAN WARGA KORPORAT GELAGAT BERETIKA DALAM PERNIAGAAN boleh ditunjukkan melalui perlakuan dan pelaksanaannya seperti jujur, amanah, menghormati hak pengguna, dan persaingan sihat dengan pesaingnya dikategorikan kepada dua (2): Penentangan sosial Penglibatan sosial menjalankan perniagaan dengan amalan persaingan yang adil dan sihat menghapuskan segala penyelewengan dan penipuan yang berlaku dalam perniagaan tidak mencemarkan atau memburuk-burukkan nama pesaing
KOMITED TERHADAP PIHAK BERKEPENTINGAN Masyarakat menjaga kebajikan masyarakat memelihara alam sekitar menggunakan sumber ekonomi secara optimum demi memanfaatkan masyarakat mengambil kira kepentingan masyarakat apabila membuat keputusan syarikat menawarkan peluang perniagaan demi membangun dan memakmurkan masyarakat
Pelanggan menawarkan barang dan perkhidmatan yang berkualiti pada harga berpatutan menawarkan pelbagai jenis barang dan perkhidmatan di pasaran demi meningkatkan pilihan pelanggan tidak menghasilkan barang yang boleh mengancam kesihatan dan keselamatan pelanggan menggunakan teknologi moden untuk menghasilkan barang yang bermutu pada kos yang rendah memberikan perkhidmatan selepas jualan kepada pelanggan
Pekerja mewujudkan suasana syarikat yang harmoni dengan birokrasi, mengurangkan bebanan kerja, serta melonggarkan peraturan menyediakan tempat kerja yang bersih, selesa, dan selamat membayar ganjaran setimpal dengan produktivit pekerja mengambil pekerja dengan adil dan saksama serta tanpa berat sebelah menyediakan latihan dan pembangunan kerjaya kepada pekerja mengamalkan waktu kerja yang fleksibel kepada pekerja tertentu
Pelabur menjalankan pengurusan yang cekap dan berkesan menggunakan sumber syarikat secara optimum demi mengelakkan pembaziran sumber memberi kadar pulangan pelaburan yang memuaskan memberi maklumat syarikat yang benar dan tepat meningkatkan nilai saham pelabur dengan melaburkan projek yang berpotensi dan menguntungkan
Pembekal memastikan pembekal mempunyai bekalan barang yang mencukupi untuk diagihkan di pasaran memberikan layanan yang sama kepada semua pembekal tanpa diskriminasi mengamalkan sistem payung, iaitu melindungi pembekal dengan cara pemberian kredit, kelonggaran syarat kredit, atau bantuan kewangan memastikan syarat perjanjian adalah jelas dan tidak mengelirukan mematuhi semua syarat yang dinyatakan dalam perjanjian
KOMITED TERHADAP PERSEKITARAN DALAM JANGKA MASA PANJANG Komited terhadap alam sekitar menghasilkan keluaran yang mesra alam dan bermanfaat kepada pengguna keluaran yang boleh dikitar semula dapat mengurangkan pencemaran alam dan kos untuk mengendalikan bahan buangan mengambil kira kesan kepada lam sekitar seperti penarahan tanah tinggi, penanaman semula pokok menjamin kelestarian alam sekitar; dapat mengelakkan bencana alam, mengekalkan kesinambungan ekosistem, dan mengekalkan keharmonian antara masyarakat dan alam sekitar
Komited terhadap persekitaran ekonomi merancang pelaburan ke dalam pelbagai sektor perniagaan yang menguntungkan dan berorientasikan masa hadapan mengurangkan kebergantungan kepada satu-satu sektor perniagaan sahaja jika sesuatu sektor perniagaan mengalami kerugian, sektor perniagaan lain dapat menampungnya
Komited terhadap sumber bahan mentah menggunakan bahan mentah secara optimum dan mengelakkan pembaziran mencari alternatif lain untuk menggantikan sumber bahan mentah sedia ada yang semakin berkurangan Kesannya, syarikat mampu terus beroperasi pada jangka masa panjang tanpa sebarang masalah kehabisan sumber
Komited terhadap perubahan teknologi peka dengan setiap perubahan teknologi yang berlaku pelaburan dalam bidang teknologi perlu dilakukan sama ada untuk membeli teknolog atau meningkatkan kemahiran pekerja dalam bidang teknologi kesannya, syarikat mampu meningkatkan daya saing dan dapat bersaing dengan para pesaing perniagaan memastikan kelangsungan syarikat pada masa hadapan
Komited terhadap persekitaran sosiobudaya peka terhadap perubahan sosiobudaya seperti perubahan demografi,perubahan cita rasa, dsb kemampuan warga korporat untuk menilai sebarang perubahan sosiobudaya dan merebut peluang dapat memastikan syarikat akan terus maju dan diterima oleh masyarakat kesannya, jika syarikat menghasilkan keluaran yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna, maka pengguna setia terhadap keluaran syarikat dan dapat terus maju dalam jangka masa panjang
Komited terhadap peraturan dan undang-undang memastikan syarikat mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh negara di mana syarikat beroperasi mengelakkan daripada dikenakan sebarang hukuman hukuman dan tindakan yang dikenakan akan menjejaskan reputasi syarikat dan kehilangan kepercayaan daripada semua pihak oleh hal yang demikian, warga korporat perlu memastikan syarikatnya sentiasa mematuhi peraturan supaya nama baik dan reputasi syarikat tidak terjejas