4.1 bab 4 Jjadual berkala unsur Kimia Ting 4.pptx

NurAinaShoib 0 views 12 slides Oct 01, 2025
Slide 1
Slide 1 of 12
Slide 1
1
Slide 2
2
Slide 3
3
Slide 4
4
Slide 5
5
Slide 6
6
Slide 7
7
Slide 8
8
Slide 9
9
Slide 10
10
Slide 11
11
Slide 12
12

About This Presentation

Bab 4 Kimia Ting 4 KSSM
Jadual Berkala Unsur


Slide Content

BAB 4 JADUAL BERKALA UNSUR

4.1 PERKEMBANGAN JADUAL BERKALA UNSUR Jadual Berkala Unsur mengelaskan unsur kimia yang diketahui dalam bentuk jadual mengikut ciri-ciri tertentu .

Sejarah perkembangan Jadual Berkala Unsur Antoine Lavoisier (1742-1794) Mengelaskan unsur mengikut kumpulan tertentu seperti kumpulan gas, bukan logam dan oksida logam Pengelasannya kurang tepat kerana cahaya , haba dan beberapa sebatian dianggap unsur . Beberapa unsur yang dikelaskan dalam kumpulan yang sama tetapi menunjukkan sifat kimia yang berbeza Johann W. Dobereiner (1780-1849) Mendapati beberapa unsur tertentu mempunyai sifat-sifat kimia yang sama dan dapat dibahagikan kepada tiga unsur dalam satu kumpulan dipanggil triad . Pengelasan ini hanya terhad kepada beberapa unsur sahaja .

Sejarah perkembangan Jadual Berkala Unsur John Newlands(1837-1898) Menyusun unsur mengikut pertambahan jisim atom. Menyusun tujuh unsur dalam satu baris kerana unsur ke lapan mempunyai sifat yang sama dengan unsur pertama . Menamakan susunan ini sebagai Hukum Oktaf . Lothar Meyer (1830-1895) Memplot graf isi padu atom melawan jisim atom unsur . Mendapati unsur-unsur berada dikedudukan yang setara pada lengkung graf mempunyai sifat kimia yang serupa .

Sejarah perkembangan Jadual Berkala Unsur Dmitri Mendeleev (1834-1907) Menyusun unsur mengikut pertambahan jisim atom. Hanya unsur yang mempunyai sifat kimia yang serupa disusun dalam lajur menegak yang sama . Meninggalkan beberapa ruang kosong untuk unsur yang belum ditemui . Henry Moseley(1887-1915) Menemui nombor proton unsur dengan mengkaji frekuensi sinar -X yang dihasilkan oleh setiap unsur . Menyusun unsur dalam Jadual Berkala Unsur mengikut tertib nombor proton menaik .

Prinsip asas penyusunan unsur-unsur dalam Jadual Berkala Unsur Unsur-unsur disusun mengikut tertib menaik nombor proton Lajur-lajur menegak dalam Jadual Berkala Unsur di panggil kumpulan . Lajur-lajur yang melintang dalam jadual berkala unsur di panggil kala .

1 2 3 4 5 6 7 8 9 14 13 17 16 15 18 10 11 12 Kumpulan Lajur menegak dalam Jadual Berkala Unsur Dinomborkan dengan 1 hingga 18 .

Kumpulan Setiap kumpulan mengandungi unsur-unsur yang mempunyai sifat kimia yang sama . Beberapa kumpulan diberi nama khas . Kumpulan 1: logam alkali Kumpulan 2: logam alkali bumi Kumpulan 3-12: unsur peralihan Kumpulan 17: halogen Kumpulan 18: gas adi Kedudukan kumpulan sesuatu unsur ditentukan oleh bilangan elektron valens .

Kala Lajur melintang dalam Jadual Berkala Unsur Dinomborkan dengan 1 hingga 7 . Kedudukan kala sesuatu unsur ditentukan oleh bilangan petala yang berisi elektron . 1 2 3 4 5 6 7

Bilangan petala 2 3 4 Kala 2 3 4 Unsur Li Si Ca Nombor proton 3 14 20 Susunan elektron 2.1 2.8.4 2.8.8.2 Gambarajah susunan elektron Bil elektron valens 1 4 2 Kumpulan 1 14 2 Hubungan antara susunan elektron suatu atom unsur dengan Kumpulan dan Kala

Latihan : Nyatakan kumpulan dan kala bagi unsur di bawah ? L1 : Tulis susunan elektron 2.8.5 L2: Tentukan bilangan elektron valens 5 L3: Tentukan bilangan petala berisi elektron 3 JAWAPAN : Kumpulan 15 , kala 3 Latihan Uji Kendiri 4.2 buku teks m.s 84

JADUAL BERKALA UNSUR
Tags