A+ Santap Istiadat.pdf bahsasa melayu kssm

m9133359 0 views 13 slides Sep 20, 2025
Slide 1
Slide 1 of 13
Slide 1
1
Slide 2
2
Slide 3
3
Slide 4
4
Slide 5
5
Slide 6
6
Slide 7
7
Slide 8
8
Slide 9
9
Slide 10
10
Slide 11
11
Slide 12
12
Slide 13
13

About This Presentation

bahasa melayu kssm


Slide Content

Santap Istiadat
SELOKA

Rangkap 1
Santap beradat merupakan istiadat santap raja
di majlis kebesaran.
Santap tersebut bertujuan untuk meraikan dan
menghormati tetamu.
Majlis santapan ini bukanlah sekadar untuk
mengenyangkan perut tetapi merupakan majlis
santapan yang mengajar si penjamu selera agar
makan secara sopan dan mengikut tatacara
yang tepat.

Rangkap 2
Berdasarkan tatacara dan ketertiban sewaktu
makan, nasi hendaklah disuap menggunakan
tangan kanan manakala lauk perlulah
diangkat secara sopan.
Ketika nasi sampai ke mulut hendaklah
dikunyah dengan perlahan-lahan sebagai tanda
tertib dan tidak gelojoh sewaktu makan.
Setelah selesai makan nasi barulah diambil
seteguk air minuman sebagai isyarat hormat
dan beradab sopan ketika berada dalam majlis
santapan itu.

Rangkap 3
Dalam aturan dan cara-cara makan dan
minum, suapan nasinya bermula daripada
suapan pertama hingga ketiga sahaja.
Selepas itu, si penjamu selera perlu membasuh
tangan, sebelum diikuti dengan menjamah
juadah halwa dan memakan buah-buahan.

Rangkap 4
Cara-cara makan dan minum yang berikutnya
ialah ketujuhnya, orang yang menjamu selera
perlu berkumur-kumur untuk membersihkan
mulut dan diakhiri dengan memakan sirih.
Air sirih kelat yang masuk ke kerongkong si
penjamu selera akan menambahkan seri pada
wajah mereka.

Rangkap 5
Tatacara dan peraturan santapan ini
merupakan majlis santap beradat kebesaran
yang diajarkan oleh generasi terdahulu.

Ajaran beradab sopan dan
tatacara makan dan minum di
dalam majlis mengikut tertib
berpandukan didikan generasi
terdahulu.
Tema

PersoalanPersoalan adab sopan
dan tertib ketika
menjamu selera dalam
sesuatu majlis.
Persoalan
kepentingan cara-
cara menjamu selera
dalam sesuatu majlis.
Kepentingan beradab
sopan dan tertib ketika
menjamu selera.
Masyarakat Melayu yang
mengutamakan nilai
kesopanan ketika makan
dan minum.

Bilangan katanya dua hingga enam patah kata.
Terdiri daripada tujuh hingga empat belas suku kata.
Berbentuk bebas atau tidak terikat.
Setiap baris mempunyai maksud tersendiri dan rima
akhir akhir bagi setiap rangkap.
Rangkap pertama mempunyai lima baris.
Rangkap kedua mempunyai tujuh baris.
Rangkap ketiga mempunyai enam baris.
Rangkap keempat mempunyai empat baris.
Rangkap kelima mempunyai dua baris.
Bentuk dan Ciri

Gaya Bahasa
Imej alam - buah-buahan
Kata ganda - hormat-menghormati
Bahasa istana - santap
Anafora -
Santap beradat, santap istiadat,
Santap raja di majlis kebesaran,
Santap merai, hormat-menghormat
Responsi -
Santap nasi suap pertama,
Berturut dengan suap kedua,
Dua suap, ketiga sudah

NILAI
Nilai
bersopan
santun
Nilai hemah
tinggi
Nilai mematuhi
peraturan
Nilai
menghormati
tetamu

Kita mestilah bersikap sopan dan beradab ketika sedang menjamu selera.1.
Kita haruslah hormat-menghormati antara satu dengan yang lain ketika
sedang menjamu selera di dalam sesuatu majlis.
2.
Kita perlulah mengikut peraturan dan tatacara ketika makan dengan
mendahului perkara yang utama kemudian diikuti dengan perkara-
perkara yang berikutnya.
3.
Kita hendaklah bersederhana semasa makan dengan tidak mengambil
makanan secara berlebihan atau hawa nafsu.
4.
Pengajaran

Terima
Kasih
Tags