Bab4_Kerangka_ePembelajaran.pptx_2025_sept class

pheysl 0 views 12 slides Oct 05, 2025
Slide 1
Slide 1 of 12
Slide 1
1
Slide 2
2
Slide 3
3
Slide 4
4
Slide 5
5
Slide 6
6
Slide 7
7
Slide 8
8
Slide 9
9
Slide 10
10
Slide 11
11
Slide 12
12

About This Presentation

ok


Slide Content

Bab 4: Kerangka e-Pembelajaran Hasil Pembelajaran: - Mendefinisi e-pembelajaran - Menerangkan faedah e-pembelajaran - Menilai komponen kerangka e-pembelajaran - Menjelaskan hasil pembelajaran dan pembelajaran bermakna - Membincang enam peringkat Taksonomi Bloom

Mukadimah Bab ini memperkenalkan konsep, faedah dan kerangka e-pembelajaran. Fokus: aplikasi e-pembelajaran di semua peringkat pendidikan. Menekankan interaksi antara reka bentuk teknologi, kandungan dan pembelajaran untuk hasil bermakna.

Apakah e-Pembelajaran? Clark & Mayer (2003): Pengajaran melalui komputer/internet dengan multimedia. Rosenberg (2001): Penggunaan teknologi internet untuk meningkatkan prestasi. Cisco (2007): Pembelajaran bila-bila masa, di mana jua. Horton (2000): Gabungan pendidikan jarak jauh, komputer dan internet. Istilah lain: pembelajaran atas talian, pembelajaran berasaskan teknologi.

Faedah e-Pembelajaran 1. Kadar-kendiri – belajar ikut rentak sendiri. 2. Ketekalan mesej. 3. Akses mudah. 4. Kemaskini pantas. 5. Peningkatan kefahaman. 6. Penyertaan aktif. 7. Galakan pembelajaran kendiri.

Kontinum Pendekatan e-Pembelajaran Dua hujung kontinum: - Pengajaran tradisional: bersemuka sepenuhnya. - Pengajaran atas talian sepenuhnya: tanpa pertemuan fizikal. Antara dua hujung: Blended learning – gabungan bersemuka & atas talian (contoh: 70% bersemuka + 30% dalam talian).

Kerangka Pedagogi e-Pembelajaran Tiga komponen utama: 1. Reka Bentuk Teknologi – peralatan & platform seperti LMS. 2. Reka Bentuk Kandungan – pembangunan bahan & objektif. 3. Reka Bentuk Pembelajaran – aktiviti pelajar, forum, tugasan kolaboratif. Interaksi ketiga-tiga komponen meningkatkan pembelajaran bermakna.

Hasil Pembelajaran Definisi: apa yang pelajar tahu, faham & boleh buat selepas pengajaran. Ciri-ciri (MQA): spesifik, boleh dilakukan, boleh difahami & boleh diukur. Kepentingan: - Menjadikan pengajaran berpusatkan pelajar. - Membimbing pelajar memahami objektif. - Membantu guru merancang dengan jelas.

Teknologi dan Hasil Pembelajaran (Jonassen et al., 2008) Teknologi memupuk pembelajaran bermakna melalui: 1. Bertujuan – aktiviti bermatlamat. 2. Aktif – manipulasi maklumat. 3. Pembinaan – bina makna. 4. Autentik – situasi dunia sebenar. 5. Kolaboratif – kerja kumpulan & dialog sosial.

Taksonomi Bloom (1956) Enam peringkat kognitif: 1. Mengingat – menyenarai, mentakrif. 2. Memahami – menjelaskan, mentafsir. 3. Mengaplikasi – menggunakan dalam konteks baharu. 4. Menganalisis – memecah konsep. 5. Menilai – membuat pertimbangan. 6. Mencipta – menghasilkan idea baharu. Fokus: pemikiran aras tinggi (HOTs).

Hasil Pembelajaran & Kandungan Setiap mata pelajaran mempunyai hasil pembelajaran tersendiri. Guru menentukan apa yang pelajar boleh lakukan. Penekanan bukan sekadar mengingat, tetapi mengaplikasi & mencipta.

Kesimpulan e-Pembelajaran menekankan interaksi teknologi + kandungan + pembelajaran. Jonassen (2008) mencadangkan 5 hasil pembelajaran, Bloom (1956) 6 peringkat kognitif. Gabungan menghasilkan 9 hasil pembelajaran e-pembelajaran: 1. Mengingat kembali / Bertujuan 2. Memahami 3. Menganalisis 4. Mengaplikasi 5. Menilai 6. Mencipta 7. Kolaboratif 8. Autentik 9. Aktif.

Ringkasan Bab e-Pembelajaran = penggunaan teknologi internet untuk PdP fleksibel & berkesan. Menyokong pembelajaran kendiri, kolaboratif, autentik & aktif. Komponen utama: reka bentuk teknologi, kandungan & pembelajaran. Menyokong kemahiran abad ke-21 melalui Taksonomi Bloom Digital (Churches, 2009).
Tags