Jenis-Jenis Pentaksiran
PBD bertujuan menambah baik pembelajaran murid melalui pentaksiran
formatif, iaitu:
Pentaksiran Untuk Pembelajaran
(Assessment For Learning)
Pentaksiran Sebagai Pembelajaran
(Assessment As Learning)
Namun begitu PBD juga boleh berlaku untuk melihat pencapaian atau
penguasaan murid selepas sesuatu tempoh yang bersesuaian, melalui
pentaksiran sumatif. PBD membolehkan murid, guru, ibu bapa, dan pihak
sekolah mengetahui kualiti pembelajaran murid. Pentaksiran ini dilihat sebagai
Pentaksiran Tentang Pembelajaran (Assessment Of Learning) .
FORMATIF
PENTAKSIRAN UNTUK PEMBELAJARAN
AFL (FORMATIF)
Pentaksiran yang melibatkan guru menggunakan bukti tentang
pengetahuan , pemahaman dan kemahiran murid untuk memaklumkan
tentang pengajaran mereka
Berterusan
PENTAKSIRAN SEBAGAI PEMBELAJARAN
AAL (FORMATIF)
Berlaku apabila murid adalah penilai mereka sendiri
Murid memantau pembelajaran mereka sendiri , bertanya soalan dan
menggunakan pelbagai strategi untuk menentukan apayang mereka tahu
dan boleh lakukan dan bagaimana menggunakan pentaksiran untuk
pembelajaran baharu
SUMATIF
PENTAKSIRAN TENTANG PEMBELAJARAN
AOL(SUMATIF)
Pada akhir sesuatu tempoh, tajuk atau bidang pembelajaran (ujian
bulanan , projek , Ujian Akhir Sesi Akademik )
Antara aspek yang
ditaksir dalam PBD
Pelbagai aspek boleh ditaksir melalui PBD yang meliputi pelbagai kecerdasan
sertaperkembangan emosi dan sahsiah murid. Aspek yang ditaksir ini
termasuklah aspek nilai dan kompetensi yang diperlukan dalam dunia hari ini,
di samping perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor seperti dinyatakan
dalam DSKP setiap mata pelajaran.
Pengetahuan
Kemahiran berfikir
Kemahiran berbahasa
Kemahiran mengira
Kemahiran belajar
Kemahiran bersosial
Kemahiran manipulatif
Kemahiran amali
Kemahiran kinestetik
Kreativiti
Kesihatan & kecergasan
Amalan nilai murni
Sikap
PBD merupakan satu komponen dalam PBS yang dilaksanakan berterusan
dalam PdP untuk mengukuhkan pembelajaran dan penguasaan murid di
samping meningkatkan keberkesanan pengajaran guru.
Pentaksiran formatif yang berterusan dan pentaksiran sumatif yang dilakukan
adalah untuk memberi fokus kepada perkembangan dan penguasaan murid
dalam pembelajaran dan bukanlah untuk tujuan persaingan.
Murid yang terlibat dalam
Pemerkasaan PBS
Sekolah Rendah:
Tahun 4,5 dan 6 bagi semua matapelajaran
Sekolah Menengah:
Tingkatan 1, 2 dan 3 bagi semua matapelajaran
Tujuan Pemerkasaan PBS
PERKEMBANGAN & PENCAPAIAN MURID:
Melihat perkembangan dan pencapaian murid pada setiap
tahun/tingkatan
AUTONOMI KEPADA SEKOLAH:
Memberi lebih autonomi kepada sekolah dalam pengurusan
pentaksiran
PENGIKTIRAFAN PROFESSIONALISME GURU:
Memartabatkan profesion keguruan dan mengiktiraf peranan
guru dalam pentaksiran pendidikan
PENAMBAHBAIKAN PBS:
Menambahbaik dan memantapkan pelaporan PBS (PBD,PAJSK
dan Ppsi)
Pelaporan PBD
DUA KALI SETAHUN
Pertengahan sesi akademik formatif
Akhir sesi akademik formatif & sumatif
TAHAP USAHA
Penilaian tahap usaha murid dalam pembelajaran melalui ulasan
guru kelas & guru mata pelajaran
CADANGAN INTERVENSI
Cadangan intervensi bagi murid yang tidak mencapai tahap
penguasaan minimum
DESKRIPTOR TAHAP PENGUASAAN
Deskriptor bagi tahap penguasaan (TP1-TP6) yang komprehensif
dan jelas
Penambahbaikan PBD
(Sumatif)
PENTAKSIRAN
Pentaksiran mengikut tahun/tingkatan
Peperiksaan sumatif bagi ujian akhir sesi
akademik
BANK SOALAN
Bank soalan disediakan oleh KPM bagi:
(Sekolah Rendah: BM, BI, Maths, Sains dan Sejarah)
(Sekolah menengah: semua matapelajaran
PENJANAAN SOALAN
Penjanaan set soalan oleh pihak sekolah
PELAKSANAAN FLEKSIBEL
Pelaksanaan yang lebih fleksibel dalam tempoh yang
ditetapkan