CONTOH PENULISAN PTA BAB 1 SLIDE POWERPOINT INTERAKTIF

ssuserc2b8e5 16 views 14 slides Apr 23, 2025
Slide 1
Slide 1 of 14
Slide 1
1
Slide 2
2
Slide 3
3
Slide 4
4
Slide 5
5
Slide 6
6
Slide 7
7
Slide 8
8
Slide 9
9
Slide 10
10
Slide 11
11
Slide 12
12
Slide 13
13
Slide 14
14

About This Presentation

CONTOH BAHAN PENULISAN PTA BAB 1


Slide Content

BAB 1
PENGENALAN
1.1Pendahuluan
Pembangunan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di
Malaysia bermula semenjak 40 tahun lalu dengan penubuhan dua institusi awam terawal
pada tahun 1964 iaitu Institusi Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tuan dan Institut
Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Lumpur. Bidang TVET seterusnya semakin
diperkembangkan dan kini terdapat melebihi 500 buah institusi yang menawarkan
bidang TVET di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Kolej Kemahiran
Tinggi Mara Sri Gading (KKTM Sri Gading) antara salah satu institusi awam yang
menawarkan latihan TVET berkemahiran tinggi. Terdapat lima (5) Program pengajian
yang di tawarkan di KKTM Sri Gading iaitu Sistem Termaju (MQA/FA 0277), Geo-
Struktur (MQA/FA 0280), Turapan dan Jalanraya (MQA/FA 0279), Forensik Bangunan
dan Penyelenggaraan (MQA/FA 0278) dan Perkhidmatan Bangunan dan
Penyelenggaraan (MQA/FA 0281).

2
Matlamat utama bagi program-program yang ditawarkan adalah untuk
melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan berteknologi tinggi serta mampu
mengaplikasikan latihan teknikal di dalam bidang pembinaan. Memetik kata-kata
perutusan Pengarah KKTM Sri Gading :
“Pelaksanaan pengajian di KKTM Sri Gading bagi memastikan pelajar yang
lahir dari kolej ini mampu mengharungi arus cabaran di dalam dunia pekerjaan
serta menyesuaikan diri dalam apa jua situasi mendatang.”
(Idrus, 2014, para. 3)
KKTM Sri Gading juga meletakkan misi untuk menerajui Pendidikan Teknikal dan
Vokasional dalam melahirkan modal insan global yang berintegriti, kompeten dan
berinovasi serta berpotensi menjadi teknousahawan. Menurut Mohammed (2004), bagi
menghasilkan modal insan yang berkemampuan dalam teknologi tinggi, maka kualiti
guru, kurikulum, pedagogi dan kemudahan keseluruhan kolej dan universiti memerlukan
pengubahsuaian.
Selaras dengan itu pendidikan di Malaysia telah menyambut baik ledakan
teknologi maklumat yang memberikan penekanan terhadap perlunya perubahan-
perubahan yang radikal dalam era pendidikan. Pembelajaran elektronik (e-learning)
merupakan salah satu aplikasi utama digunapakai dalam sistem pendidikan yang mana
bertujuan untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah-
sekolah mahupun di pusat pengajian tinggi (Mohd Balwi, 2004). Menurut Hashim
(2012), beliau mendefinisikan pembelajaran berasaskan elektronik iaitu pendekatan
pembelajaran yang menggunakan media digital seperti komputer, CD-ROM dan
rangkaian komputer untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan. Menurut
Jamaludin (2000), sejak teknologi maklumat (IT) diletakkan pada mercu segala
teknologi, pendidikan universiti maya dan e-pembelajaran menjadi simbol status yang
membanggakan.

3
Pembelajaran elektronik membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan
dengan lebih berkesan. Menurut Jaya Kumar (2001), nota kuliah yang bercirikan
teknologi komputer boleh digunakan oleh pelajar sama ada dalam waktu kuliah atau pun
di luar kuliah. Umumnya, majoriti pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT)
memiliki komputer peribadi sendiri, maka menurut Harun & Tasir, (2003) dengan
menggunakan komputer seseorang pelajar akan dapat mempelajari sendiri bahan yang
terkandung dalam satu pakej mata pelajaran tanpa pengawasan langsung daripada
pensyarah. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan multimedia, cara
dan strategi persembahan maklumat yang digunakan akan menjadi lebih menarik seperti
teks yang panjang dalam buku teks dapat diringkaskan dan dipersembahkan dengan
menggunakan media yang lain seperti grafik dan video, (Hanapi, 2008). Menurut
Mahidi, (2011) pula multimedia mempunyai fungsi-fungsi tambahan seperti animasi,
kandungan kesan bunyi dan ucapan, video pendek dan lebih interaktif. Ciri-ciri menarik
elemen multimedia merupakan satu elemen penting dalam penghasilan modul
multimedia bagi topik “Pattern of Load Distribution” dalam Mata Pelajaran
“Construction Technology” untuk KKTM Sri Gading.
1.2Latar belakang masalah
Pengaplikasian dunia teknologi komputer dan komunikasi maklumat dalam
setiap ruang lingkup pengajaran dan pembelajaran dalam dunia pendidikan khususnya
institusi pendidikan tinggi merupakan salah satu keperluan dalam era globalisasi kini
(Mohammed et al., 2004). Namun masalah yang sering dihadapi oleh guru masa kini
ialah kesuntukan masa dalam menghasilkan bahan pengajaran samaada menggunakan
elektronik atau bukan elektronik di mana akan mengambil masa yang panjang dan
menambahkan beban tugas harian mereka (Mohammed, et al., 2004). Menurut kajian
Baharuddin (2000), penggunaan alat bantu mengajar (ABM) yang canggih atau yang
berbentuk elektronik jarang sekali digunakan memandangkan untuk menghasilkan satu
perisian alat bantu mengajar memerlukan masa dan tenaga yang banyak maka guru lebih

4
cenderung menggunakan kaedah tradisional iaitu kaedah tutur dan kapur, carta dan
poster. Aktiviti PdP berbentuk tradisional sememangnya menjadi pilihan dalam
kalangan guru, namun bagi sesetengah pelajar yang lemah imaginasinya terhadap
sesuatu subjek abstrak seperti daya menyebabkan pelajar tersebut tidak dapat
membayangkan pergerakan daya kerana bahan PdP yang dipersembahkan berbentuk
statik sifatnya. Pelajar hanya dapat melihat gambaran grafik tetapi tidak dapat
membayangkan pergerakan daya. Hal ini boleh menyebabkan pelajar berasa cepat bosan
dan secara tidak langsung mengakibatkan pelajar menganggap subjek yang diajar sukar
difahami. Oleh sebab itu, bantuan bahan bantu mengajar berbentuk multimedia dengan
penerapan elemen video merupakan salah satu alternatif dalam menarik minat pelajar
seterusnya memberi kefahaman berkenaan topik yang diajar.
Kebanyakkan pihak institusi mahupun sekolah-sekolah telah menyediakan modul
ataupun buku teks sebagai bahan yang digunakan guru dan pelajar dalam proses PdP
dalam kelas mahupun di luar waktu kelas. Bahan rujukan sebegini adalah penting dalam
membantu proses PdP berkenaan subjek yang diajar, namun kebergantungan hanya
kepada modul pengajaran yang berbentuk media cetak dan buku teks sahaja
menyebabkan pelajar cepat bosan untuk menumpukan perhatian terhadap pengajaran
yang diajar oleh guru kerana tiada unsur interaktif dalam persembahan bahan tersebut
dan kesannya pelajar tidak dapat memahami isi pengajaran yang telah disampaikan
(Hanapi et al., 2008). Melalui kajian Musa, (2014) menyatakan penggunaan perisian
seperti Microsoft Power Point yang menarik dan di tambah dengan elemen-elemen
multimedia yang interaktif dalam PdP dapat mencapai tahap kefahaman pelajar dengan
lebih mendalam berkaitan dengan sesuatu topik serta dapat mempercepatkan proses PdP.
Namun masalah yang berlaku apabila guru hanya mampu menyediakan bahan dalam
bentuk perisian Microsoft Power Point tetapi hanya berbentuk statik sifatnya. Maka bagi
memastikan kaedah pengajaran dan pembelajaran berfungsi seperti yang dirancang,
pelbagai perisian multimedia perlu digunakan. Kesesuaian perisian sangat penting bagi
memastikan matlamat pembelajaran yang optimum dapat disalurkan kepada pelajar.
Penggunaan multimedia dalam menyampaikan isi kandungan pelajaran seperti ilustrasi
gambar, animasi, video, audio boleh menarik dan mengekalkan minat serta perhatian

5
pelajar. Oleh yang demikian, penyelidikan ini dilakukan bagi membantu proses PdP
kepada yang lebih berteknologi tinggi iaitu membangunkan nota pelajaran sedia ada
kepada bentuk modul multimedia. Menurut Zain , Ali & Shalaby (2005), penguasaan
teknologi maklumat dalam bidang teknikal akan melahirkan graduan yang berkemahiran
tinggi dan inovatif.
Satu tinjauan awal telah dilakukan oleh pengkaji dengan mengedarkan borang
soal selidik kepada 30 orang pelajar diPloma Perkhidmatan Bangunan dan
Penyelenggaraan MQA/FA 0281 (Building Service and Maintenance) di KKTM Sri
Gading yang dipilh secara rawak. Borang tinjauan awal boleh dirujuk pada
LAMPIRAN B. Analisis keperluan pembangunan modul multimedia bagi topik “pattern
of load distribution” untuk KKTM Sri Gading berdasarkan item pada borang tinjauan
awal yang telah dianalisis. Berdasarkan Rajah 1.0 di bawah merupakan data yang
diperolehi di mana menunjukkan bilangan pelajar yang memilih subjek teknikal untuk
semester satu bagi bidang diPloma Perkhidmatan Bangunan dan Penyelenggaraan
MQA/FA 0281 (Building Service and Maintenance) di KKTM Sri Gading yang sukar
dfahami

DCC 1013 DCC 1023 DCC 1032 DCC 1041
0
5
10
15
20
25
Graf Bilangan Pelajar Memilih Subjek
Teknikal yang Sukar Difahami
Series1
Subjek Teknikal
B
ila
n
g
a
n
P
e
la
ja
r
Rajah 1.0 : Graf Bilangan Pelajar memilih Subjek Teknikal yang Sukar Difahami.

6
Berdasarkan graf 1.0 di atas, pengkaji mendapati majoriti daripada pelajar
memilih subjek “DCC1023 Contsruction Technology” antara subjek yang sukar di
fahami iaitu sebanyak 20 orang manakala hanya dua (2) orang pelajar mengganggap
subjek “DCC1041 Office Automation” merupakan subjek yang paling sukar difahami.
Melalui keputusan yang diperolehi maka pengkaji memilih untuk membuat kajian
terhadap subjek yang paling ramai dipilih pelajar iaitu “DCC1023 Construction
Technology”. Maka pengkaji memfokus kepada penyataan pelajar terhadap topik yang
paling sukar difahami daripada subjek “Construction Technology”. Keputusan yang
diperolehi daripada 20 orang pelajar di persembahkan pada Rajah 1.1 di bawah :
unit 2 unit 5 unit 6
0
2
4
6
8
10
12
14
16
18
Topik yang Sukar Difahami dalam
Subjek "Construction Technology"
Series1
unit
B
ila
n
g
a
n
P
e
la
ja
r
Rajah 1.1 : Graf Bilangan Pelajar Memilih Topik yang Sukar Difahami
Berdasarkan graf 1.1 di atas menunjukkan bahawa majoriti pelajar iaitu seramai
17 orang pelajar menyatakan bahawa unit dua (2) dalam subjek “Construction
Technology” adalah unit yang paling sukar difahami. Daripada dapatan kajian, pelajar
menyatakan topik ini melibatkan aspek daya yang tidak boleh dibayangkan dengan mata
kasar kerana berkonsep abstrak. Sesuatu konsep boleh jadi terdiri dari konsep konkrit
seperti kerusi, meja dan sebagainya iaitu objek yang boleh di capai dengan deria.
Manakala konsep abstrak pula adalah konsep yang berkaitan dengan sesuatu yang tidak

7
dapat di capai dengan mudah oleh deria, seperti konsep “tekanan” dan “daya”.
Perbandingan antara pembelajaran yang berkonsep konkrit dan abstrak, pelajar yang
lemah imaginasinya lebih sukar baginya menguasai konsep yang abstrak kerana konsep-
konsep yang abstrak tidak mudah untuk mereka kaitkan dengan dunia realiti (Kulop dan
Ahmad, 1999). Manakala seramai 30 orang pelajar menyatakan bahan pembelajaran
yang sedia ada adalah dalam bentuk buku teks dan persembahan power point namun
hanya berbentuk statik sifatnya. Hal ini menyebabkan pelajar menjadi lebih bosan
kerana bahan yang sedia ada tidak interaktif. Cadangan yang didapati daripada kajian
awalan yang dibuat, pelajar menyatakan bahan pembelajaran yang disukai adalah
berbentuk interaktif dan menarik yang boleh digunakan sebagai bahan pembelajaran
kendiri di rumah. Hasil analisis kajian awalan boleh dirujuk pada LAMPIRAN C.
Pengkaji juga telah menemu bual pensyarah yang mengajar subjek “Construction
Technology” iaitu Encik Muhammad Fooad Bin Abd Razak, beliau menyatakan :
“Pelajar sangat kritikal memahami konsep-konsep daya, sekiranya terdapat bahan yang
menarik dan berunsur video dalam menerangkan konsep-konsep daya tersebut maka
sangat membantu dalam memberi kefahaman terhadap pelajar yang lemah
imaginasinya”.
Melalui tinjauan awal dan masalah-masalah yang dinyatakan, memberi rasional kepada
pengkaji untuk membangunkan modul multimedia bagi topik “Pattern of Load
Distribution” untuk KKTM Sri Gading. Menurut Salihaddin (2010), pula di mana
menyatakan penggunaan perisian multimedia di sekolah pada masa kini menjadi salah
satu pendekatan pembelajaran yang sangat penting bagi menarik minat pelajar dan
seterusnya membantu proses pengajaran dan pembelajaran disampaikan dengan lebih
berkesan

8
1.3Penyataan masalah
Bahan pembelajaran yang berbentuk statik sifatnya adalah kurang menarik dan
membosankan. Hal ini bertepatan dengan kajian (Harun et al. 2003), di mana
menyatakan bahan pembelajaran yang berbentuk statik menyebabkan pelajar cepat
bosan dan masalah yang timbul apabila terdapatnya topik-topik yang sukar untuk
diterangkan atau difahami apabila teks sahaja yang digunakan. Sehubungan dengan itu,
satu kajian dilakukan untuk menghasilkan modul multimedia yang interaktif supaya
dapat membentuk suasana pembelajaran yang tidak membosankan. Bahan-bahan
multimedia interaktif yang mempunyai visual grafik, teks, muzik, video serta animasi
dapat membantu mengukuhkan lagi kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep dan
mampu menghasilkan pembelajaran yang lebih bermakna dan juga berkesan (Harun &
Tasir, 2001).
1.4Tujuan kajian
Kajian ini dilakukan untuk membangunkan modul multimedia bagi topik
“Pattern of Load Distribution” dalam subjek “Construction Technology” dengan
menggabungkan pelbagai jenis elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik, animasi,
audio dan video menggunakan perisian-perisian seperti Window Live Movie Maker, Hot
Potatoes dan Microsoft PowerPoint 2010. Topik “Pattern of Load Distribution” dalam
subjek “Construction Technology” telah dipilih untuk dibangunkan kerana topik ini
memerlukan penerangan yang terperinci dengan bantuan gambar rajah, video dan
animasi supaya pembelajaran lebih menarik dan tidak membosankan.

9
1.5Objektif kajian
Beberapa objektif kajian telah dibentuk bagi mencapai matlamat melalui
penyelidikan ini iaitu :
i)Menentukan kesesuaian isi kandungan modul multimedia bagi topik
“Pattern of Load Distribution” untuk KKTM Sri Gading.
ii)Menentukan kesesuaian reka bentuk persembahan bagi topik “Pattern of
Load Distribution” untuk KKTM Sri Gading.
iii)Menguji kebolehfungsian modul multimedia bagi topik “Pattern of Load
Distribution” untuk KKTM Sri Gading.
1.6Persoalan kajian
Berdasarkan objektif kajian yang dibentuk, beberapa persoalan kajian telah
diwujudkan bagi memudahkan penyelidikan dilakukan iaitu :
i)Adakah isi kandungan modul multimedia bersesuaian bagi topik “Pattern of
Load Distribution” untuk KKTM Sri Gading.
ii)Adakah rekabentuk persembahan modul multimedia bersesuaian bagi topik
“Pattern of Load Distribution” untuk KKTM Sri Gading.
iii)Adakah modul multimedia bagi topik “Pattern of Load Distribution” untuk
KKTM Sri Gading dapat berfungsi dengan baik.

10
1.7Kepentingan kajian
Melalui kajian yang dijalankan ini, terdapat tiga aspek utama yang diberikan
penekanan iaitu kepentingan kepada pelajar, pensyarah (guru) dan Pihak Institusi
KKTM Sri Gading
1.7.1 Pelajar
Kepentingan modul multimedia kepada pelajar adalah sebagai bahan tambahan
untuk meningkatkan tahap kefahaman pelajar berkenaan topik yang diketengahkan.
Bahan ini juga boleh digunakan sebagai tutor peribadi kepada pelajar dan akan dapat
membantu pelajar menimba pengetahuan secara kendiri (Mohammed et al. 2004).
Apabila pelajar dibiarkan bekerja secara individu, mereka boleh melakukan aktiviti
tersebut berdasarkan kemampuan dan perancangan mereka (Abdul Rashid, 2012). Bahan
yang dihasilkan dengan gabungan pelbagai elemen-elemen multimedia yang menarik
seperti teks, animasi, video dan audio dapat menimbulkan suasana pembelajaran yang
lebih menyeronokkan.
1.7.2 Pensyarah (Guru)
Kepentingan modul kepada pensyarah ataupun guru bagi mengurangkan bebanan
guru dalam memberi penjelasan dengan lebih lanjut mengenai topik “Pattern of Load
Distribution” kerana pelajar mampu mengulangkaji topik tersebut secara kendiri di luar
waktu PdP. Peranan guru lebih kepada seorang pemimpin, motivator, pendidik,
pengurus, penyampai ilmu, pentafsir, penyampai nasihat, dan pencabar namum apabila
ICT diperkenalkan di makmal-makmal atau bilik darjah sekolah, kebanyakan peranan
guru masih lagi dikekalkan tapi sedikit keperluan yang penting perlu diubah suai
(Mahidi, 2011).

11
1.7.3 Pihak Institusi KKTM Sri Gading
Kepentingan kepada pihak Institusi KKTM Sri Gading di mana dapat membantu
pihak kolej menambah input atau maklumat tentang perkara-perkara yang perlu dititik
beratkan dalam meningkatkan tahap penguasaan pelajar bagi setiap subjek yang di
pelajari. Pembangunan bahan berbentuk multimedia juga dapat menggalakkan para guru
dan pelajar untuk menggunakan komputer dalam PdP seterusnya meningkatkan mutu
PdP di KKTM Sri Gading. Sekiranya mutu PdP meningkat, kejayaan pelajar akan
meningkat dan membawa kepada peningkatan taraf pendidikan sesebuah institusi.
1.8Skop kajian
Skop kajian projek adalah untuk membangunkan modul multimedia sebagai
kegunaan pelajar semester satu diPloma Perkhidmatan Bangunan dan Penyelenggaraan
MQA/FA 0281 (Building Service and Maintenance) di KKTM Sri Gading yang
mengambil subjek “Construction Technology”. Isi kandungan Modul Perisian ABBM
hanyalah melibatkan topik “Pattern of Load” berasaskan modul “Contruction
Technology” KKTM Sri Gading (Edisi keempat) dan bahan-bahan rujukan lain dari
talian internet, buku rujukan, buku teks, CD-ROM daripada buku rujukan, ensiklopedia
dan banyak lagi.
Modul multimedia menggabungkan penggunaan multimedia yang sesuai seperti
teks, grafik, animasi, audio dan video dengan bantuan perisian komputer seperti
Microsoft Office PowerPoint 2010, Window Live Muvie Maker dan Hot Potatoes. Skop
pembangunan modul multimedia ini juga hanya untuk menguji kebolehfungsian bahan
tetapi tidak menguji keberkesanannya terhadap pelajar.

12
1.9Batasan dan limitasi kajian
Kajian yang dijalankan mempunyai batasan yang tertentu. Antara batasan kajian
tersebut ialah :
i)Kajian ini hanya memfokuskan kepada pelajar diploma Perkhidmatan Bangunan
dan Penyelenggaraan MQA/FA 0281 (Building Service and Maintenance) di
KKTM Sri Gading.
ii)Kajian ini hanya terbatas kepada data atau item-item yang disenaraikan di dalam
borang soal selidik sahaja.
iii)Ketepatan kajian ini bergantung kepada kefahaman, kejujuran dan kesungguhan
para responden dalam menjawab soalan yang diberikan.
iv)Hasil kajian ini hanya menggambarkan sampel yang dikaji iaitu pelajar diploma
Perkhidmatan Bangunan dan Penyelenggaraan MQA/FA 0281 (Building Service
and Maintenance) di KKTM Sri Gading. Hasil kajian mungkin berbeza sekiranya
kajian dijalankan ke atas pelajar diPloma Perkhidmatan Bangunan dan
Penyelenggaraan MQA/FA 0281 (Building Service and Maintenance) daripada
Institusi yang berlainan.
1.10Definisi istilah
Di dalam menjalankan kajian ini, terdapat beberapa istilah yang akan selalu
digunakan. Istilah-istilah tersebut dinyatakan seperti berikut :
1.10.1Modul
Menurut Kamus Dewan (2005), modul ialah satu unit atau bahagian tersendiri
yang dilengkapi dengan komponen-komponen yang melaksanakan fungsi tertentu dan
dapat dirangkaikan dengan unit-unit lain dalam sesuatu bahagian yang lebih besar.

13
1.10.2Perisian
Menurut Jamaludin et al. (2000), perisian merupakan satu pengaturcaraan yang
digunakan untuk memudahkan pengguna mengendalikannya menggunakan komputer.
Perisian menentukan fungsi komputer, contohnya perisian permainan menjadikan
komputer sebagai alat bantu mengajar dan sebagainya (Salihaddin et al., 2010). Di
dalam kajian ini, perisian yang di gunakan adalah Microsoft Office PowerPoint 2010,
Window Live Muvie Maker dan Hot Potatoes.
1.10.3Multimedia
Menurut Aris (2002), multimedia adalah satu kumpulan sistem komunikasi
interaktif yang dipandu oleh komputer untuk mereka bentuk, menyimpan, menghantar
dan menapis naskah teks, animasi, video dan rangkaian maklumat. Elemen-elemen
multimedia temasuklah penggunaan teks, grafik, animasi, audio, dan video. Penggunaan
multimedia yang sesuai boleh menggalakkan strategi pengajaran dan meningkatkan
keberkesanan proses pengajaran (Abu, 2013).
1.10.4Interaktif
Menurut Kamus Dewan (2005), interaktif bermaksud saling bertindak dan
berhubung antara satu sama lain. Interaktif membolehkan pengaliran maklumat dua hala
yang berterusan antara komputer dengan pengguna atau antara pengguna dengan
pengguna melalui komputer. Dalam konteks ini, interaktif merujuk kepada penerapan
aspek-aspek yang menarik perhatian pengguna seperti animasi, video serta bunyi-
bunyian dalam multimedia yang bertujuan membenarkan pengguna untuk berinteraksi
dengan komputer melalui navigator yang disediakan (Abu, et, al. 2013). Menurut
Jamaludin R. (2004), pula interaktif merupakan keupayaan sistem untuk berinteraksi
dengan pengguna secara terus. Pendekatan interaktif juga dapat meningkatkan
kemahiran komunikasi dan berfikir (Loke, 2005).

14
1.11Rumusan
Penggunaan ICT dan gabungan pelbagai elemen multimedia dalam proses
pengajaran dan pembelajaran hendaklah digalakkan dalam kalangan guru dan pelajar
bagi meningkatkan lagi output pembelajaran pelajar. Modul bercirikan multimedia
merupakan proses komunikasi interaktif berasaskan teknologi komputer yang
menggabungkan penggunaan pelbagai unsur media digital seperti teks, audio, grafik,
animasi dan video untuk menyampaikan maklumat. Pembangunan modul multimedia
“Pattern of Load Distribution” ini adalah salah satu alternatif dalam menarik minat
pelajar jika dibandingkan dengan kaedah konvensional yang menggunakan kapur dan
papan tulis. Hal ini membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
menarik dan menyeronokkan.