Contoh Soalan Esei : Bab 1
Hubungan diplomatik merupakan hubungan politik antara dua kerajaan. Dalam hal ini,
kerajaan Alam Melayu telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan di China dan
India bagi mengukuhkan kedudukannya dan membuka jalan kepada perkembangan
perdagangan. (ms 18-19)
(a) Senaraikan tiga kerajaan Alam Melayu yang mempunyai hubungan diplomatik dengan
China dan India. (6 Markah)
Tiga kerajaan Alam Melayu yang mempunyai hubungan diplomatik dengan China dan India
adalah Kerajaan Funan, Kerajaan Majapahit, dan Kerajaan Angkor.
(b) Hubungan diplomatik amat penting bagi sesebuah kerajaan. Jelaskan apakah tujuan
hubungan diplomatik yang dilakukan antara kerajaan-kerajaan Alam Melayu dengan India?
(6 Markah)
Tujuan hubungan diplomatik yang dilakukan antara kerajaan-kerajaan Alam Melayu dengan
India adalah seperti Kerajaan Funan yang menghantar utusan pada abad ketiga bagi
memperkukuhkan hubungan perdagangan dan keagamaan dengan India. Kerajaan Majapahit
pula menghantar utusan pada abad ke-14 bagi mengeratkan hubungan persahabatan.
Manakala Kerajaan Srivijaya menghantar utusan pada abad ke-9 bagi mengeratkan hubungan
persahabatan dan hubungan keagamaan.
(c) Hubungan diplomatik antara kerajaan Alam Melayu dengan Kerajaan luar merupakan
usaha persahabatan yang cuba dijalinkan antara kerajaan. Mengapakah tindakan tersebut
perlu dikekalkan? (6 Markah)
Hubungan diplomatik antara kerajaan Alam Melayu dengan Kerajaan luar perlu
dikekalkan kerana Kerajaan Alam Melayu bersifat terbuka saling menghormati dimana ia
dapat membantu kemajuan kerajaan Alam Melayu. Sebagai contoh kerajaan Srivijaya
menjalinkan hubungan dengan China bertujuan untuk mendapatkan pengiktirafan dan
memperkukuhkan hubungan persahabatan dena perdagangan.
Selain daripada itu, hubungan diplomatik perlu dikekalkan kerana ia dapat bertukar-
tukar kepakaran, termasuk menarik pelabur luar. Secara tidak langsung ia boleh menstabilkan
politik serantau dan antarabangsa seperti kerajaan Champa menjalinkan hubungan dengan
China bertujuan untuk memulihkan hubungan setelah berperang dengan sekutu China, iaitu
Dai Vet