KERTAS KERJA
GOTONG-ROYONG MADANI
MEMPERKASA PEMUAFAKATAN KOMUNITI SKHK
PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAN HUJONG KETON
2023/2024
Tarikh:
Fasa 1 : 13 Januari 2024 (Sabtu)
Fasa 2 : 27 April 2024 (Sabtu)
Anjuran:
SEKOLAH KEBANGSAAN HUJUNG KETON
Dengan Kerjasama
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SKHK
1.0 PENDAHULUAN
Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketerampilan
dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu
faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan
persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh
sesebuah institusi pendidikan.
Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan
sekolah melalui pertandingan 3K. Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria dapat membantu
mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui Jawatankuasa 3K (Keselamatan,
Kesihatan dan Kebersihan) telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti Gotong-royong
Madani bersama pihak PIBG bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia pada tahun ini. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan
amalan kepada murid-murid tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan
sekolah terutamanya bilik darjah. Di samping itu, aktiviti ini akan membolehkan murid
menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka.
Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek pembersihan kawasan
longkang, kawasan pengumpulan sampah, keceriaan kawasan sekitar sekolah serta mencuci
tandas dan padang sekolah.
Adalah menjadi harapan agar para murid, ibu bapa, guru serta warga SKHK akan
memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamat
3K.
2.0OBJEKTIF
2.1Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih,
indah, selamat dan ceria.
2.2Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.
2.3 Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara pelajar, ibu bapa,
pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan
penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.
2.4Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap
kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan.
2.5Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan
aktiviti.
3.0TARIKH PROGRAM/AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN
Tarikh cadangan: Fasa 1: 13 Januari 2024 (Sabtu)
Fasa 2 : 27 April 2024 (Sabtu)
Tempat : Kawasan sekitar SKHK
Masa : 8.00 – 12.00 TGH
Pakaian : Pakaian sukan/bersesuaian
4.0 JAWATANKUASA AKTIVITI/PROGRAM
Penasihat : En Ahmad Muslim bin Mahmood
Pengerusi 1 : En Shaari bin Abdul Rahman
Pengerusi 2 : Pn Hamidah binti Mehat
Pengerusi 3 : Pn Kamaliah binti Hashim
Setiausaha : En Hasif bin A Samat (3K)
Pn. Mazni binti Yusof (Setiausaha PIBK)
Bendahari : Pn Syakirah binti Mahmud
Dokumentasi : Cik Fatin binti Bashri
Pn Nurul Hana Bt Daud
Makanan/Minuman : Pn Norhizam binti Sareh
Pn Holijah Bt Hamid
Peralatan : En Ruzaidy bin Ismail
En Khairul Asuad Bin Md Nor
Disiplin dan : Pn. Nur Ilyana binti Ismail
Keselamatan En. Mohd Amri bin Sued
Semua Guru
5.0TENTATIF PROGRAM
MASA AKTIVITI
8.00 pg Ketibaan Ibu bapa/Penjaga ke sekolah
8.15 pg Taklimat agihan dan penerangan tugas
8.30 pg Gotong–royong bermula
10.30 pg Rehat
11.00 pg Program bersambung
12.30 tengahari Program dijangka selesai
5.0SENARAI AGIHAN TUGAS DAN TINDAKAN MENGIKUT KAWASAN
Bil Kawasan/Kelas/Tingkatan Ketua dan Kumpulan Terlibat
1.Cat Dinding Tangga Hadapan (Fasa 1) Mohd Hasif bin A. Samat
Rashidi bin Arshad
Ajk PIBK dan waris
Komuniti – Nurul Saadah
Murid
2.Cat Dinding Tangga Belakang (Fasa 1) Ustaz Mohd Amri bin Sueb
Mohd Khairol bin Asuad b. Mat Noor
Ajk PIBK dan waris
Murid
3.Cat Dinding Luar Kelas. (Fasa 1) Ustaz Jefri bin. Saparudin
Mohd Khairul Shazlan bin. Saad
Ajk PIBK dan waris
Murid
4.Baik Pulih Garisan Petak Parkir Kereta dan
“Stopper” (Fasa 1)
Ruzaidy bin Ismail
Zaidi bin Abdul Hadi
Ajk PIBK dan waris
Komuniti – Nurul Saadah
Murid
5.Penanaman Pokok Hiasan & Bunga serta Proses
Tukar Ganti Pasu Bunga.
(Fasa 1)
Hamidah Mehat
Nasriyah binti Ibrahim
Nurul Hana binti Daud
Fadilah Binti Mehat
Guru Kafa
Asma Rosriza bt Zainuddin
Waris dan Murid
6.Cat Bilik Pra (Fasa 1) Shaari bin Abdul Rahman
Syakirah bin Mahmud
Sushilawaty binti Samsuri
Ajk PIBK dan Waris
Murid
7.Cat Dalam Kelas Tahun 1 hingga 6 (Fasa 2)Mohd Hasif bin A. Samat
Semua Guru
Pekerja Kebersihan
Murid
8.Galeri Warisan dan Bilik Pemulihan Mazni Binti Yusof
Norsyuriyanti binti Mohd
Murid
9. Makanan dan Minuman Kamaliah bt Hashim
Norhizam bt Sareh
Holijah bt Hamid
Nurilyana bt Ismail
Rashidah bt Romli
Norzuraiyati bt Hassan
6.0 SUMBER KEWANGAN/ANGGARAN PENDAPATAN
6.1 Sumbangan diperolehi daripada:
a)PIBG
6.2 ANGGARAN PERBELANJAAN
6.2.1 Anggaran perbelanjaan bagi peralatan
Bil Peralatan Harga
1.Cat dan peralatan
Tangga Hadapan dan Belakang
RM1 000.00
2.Cat Pra Sekolah RM 400.00
3.Tanah Hitam
(RM2.00 X 50 beg)
RM 200.00
4. Bahan dan Peralatan Untuk “Stopper”RM 150.00
5.Pasu
RM2.40 X 50 biji
RM 150.00
6.Rumput Tiruan RM 400.00
7.Cat untuk baik pulih Garisan Petak Parkir
Kereta
RM 150.00
8.Pokok Doa
RM50.00 X 4 pokok
RM 200.00
9.Cat dan peralatan mengecat Kelas Tahun
1 hingga 6
RM1 350.00
10.Makanan dan Minuman RM 1 000.00
JUMLAH RM5 000.00
Makan dan minum - Fasa 1 RM5 x 100 orang = RM500.00
Fasa 2 RM5 x 100 orang = RM500.00
JumlahRM1 000.00
6.3 Jumlah Keseluruhan Perbelanjaan : RM 5000.00
Disediakan oleh Disemak oleh,
……………………………… …………..…………………..
(MAZNI BINTI YUSOF) (EN SHAARI BIN ABD RAHMAN)
Setiausaha PIBK PEN KANAN HEM
SK Hujung Keton SK Hujung Keton,
06750 Pendang Kedah. 06750 Pendang, Kedah.
Disahkan oleh,
…………….………..…………………..
(EN AHMAD MUSLIM BIN MAHMOOD)
Guru Besar,
SK Hujung Keton,
06750 Pendang, Kedah.