Di zaman sebelum kamu dahulu ada seorang raja yang mempunyai
seorang tukang sihir. Bila tukang sihir tersebut merasa dirinya telah tua,
dia berkata kepada raja tersebut, “Aku telah tua. Carilah seorang budak
(yang paling cerdik) yang boleh aku ajarkan kepadanya sihirku”. Lalu
dicari seorang budak dan tukang sihir tersebut mengajarkan kepadanya
ilmu sihirnya.
Di pertengahan jalan menuju ke tempat belajarnya, terdapat seorang
rahib. Budak tersebut telah duduk sebentar mendengar ajaran rahib
tersebut dan merasa seronok dengannya. Selepas kali tersebut, setiap
kali melalui tempat rahib, budak tersebut akan berhenti dan mendengar
ajarannya.
Waktu berlalu dan pada suatu hari budak tersebut telah bertemu
dengan seekor binatang besar (singa)* yang menghalang laluan orang
ramai. Budak tersebut berkata di dalam hatinya, “Pada hari ini aku akan
tahu siapakah yang lebih hebat, tukang sihir atau rahib”. Lalu diambilnya
seketul batu dan dibaca: “Ya Tuhan, jika sekiranya rahib lebih engkau
cintai dari tukang sihir, maka bunuhlah binatang ini dan berilah laluan
kepada orang lain.”
Lalu dilontar batu tersebut dan binatang tersebut pun mati. (Orang
ramai sangat kagum dengan budak tersebut dan mengatakan dia
mempunyai ilmu yang kita semua tidak mengetahuinya)*.
Tapi ingat, engkau nanti akan diuji. Apabila engkau diuji oleh Allah,
maka jangan sekali-kali engkau memberitahu tentangku.
Budak tersebut berjaya mengubat penyakit kusta dan sopak. Dia
juga dapat mengubat semua penyakit yang dihidapi oleh orang
ramai.Suatu ketika seorang yang dekat dengan raja telah terkena satu
penyakit sehingga buta matanya. Apabila mendengar tentang kehebatan
budak tersebut dia telah membawa hadiah yang banyak. Dia berkata
kepada budak tersebut; semua ini untukmu jika engkau dapat
menyembuhkan mataku.
Budak berkata kepadanya: “Aku tidak mampu menyembuhkan
sesiapa. Hanya Allah yang dapat menyembuhkan. Jika engkau beriman
dan percaya kepada Allah, aku akan berdoa dan Allah akan menyembuhkan
penyakitmu”.
Lalu si pembesar buta tersebut percaya dan beriman kepada Allah.
Budak tersebut mendoakan untuknya dan matanya pun sembuh seperti
sediakala.
Pembesar tersebut datang seperti biasa kepada raja. Raja terkejut
dan bertanya kepadanya; siapa yang mengembalikan penglihatanmu?
Kata pembesar tersebut: Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah. Raja
sangat marah dan mengatakan: Ada ke tuhan lain selain dariku?? Lalu
pembesar tersebut ditangkap dan disiksa hingga dia pun
membongkarkan ajaran budak tersebut.
Budak tersebut dibawa kepada raja lalu raja bertanya: “Aku telah
mengetahui kehebatanmu, sekarang kamu dapat menyembuhkan penyakit
itu dan ini dan dapat melakukan itu dan ini”.
Lalu budak itu menjawab, “Aku tidak dapat menyembuhkan sesiapa.
Hanya yang dapat menyembuhkan ialah Allah”. Lalu ia pun ditangkap
dan terus di siksa sehinggalah ia pun membongkarkan rahsia rahib
(kerana tidak tahan dengan siksaan).
Lalu rahib pun ditangkap. Ia diarahkan supaya meninggalkan
agamanya tetapi rahib menolak. Lalu dibawa gergaji dan diletakkan di
atas kepalanya dan digergaji, tubuhnya terbelah dua dan keduanya
melerai jatuh ke bumi.
Budak tersebut lalu dibawa lagi kepada raja. Raja berkata, “Balik semula kepada agama
asalmu”. Budak menolak lalu raja memanggil sebahagian dan kumpulannya dan dikatakan
kepada mereka: Bawa budak ini ke bukit sekian-sekian dan jika sekiranya ia tetap enggan,
campakkan dan atas bukit tersebut. Lalu mereka membawanya ke atasbukit. Tiba di sana,
budak berdoa kepada Allah:
Ya Allah, tolonglah aku dengan cara yang engkau kehendaki
Tiba-tiba bukit bergegar dan jatuh kesemua orang-orang rajatersebut. Budak balik berjalan
kepada raja. Raja bertanya; Mana diakawan-kawanku? Jawab budak: “Allah telah menolongku ”
menghadapi mereka. Lalu raja memanggil sebahagian lagi kumpulannya dan berkata:
“Bawa budak ini ke tengah laut. Jika ia enggan, campakkan dia ke dalam laut.”
Bila tiba di tengah laut, budak tersebut berdoa dengan doa yang sama. Tiba-tiba perahu
tenggelam dan semua kumpulan raja mati lemas. Budak balik semula kepada raja. Raja terkejut
dan bertanya: manakawan-kawanku? Jawab budak: Allah telah menolongku menghadapi
mereka.
Lalu budak tersebut berkata kepada raja: kamu tidak mungkin akan
dapat membunuhku sehinggalah kamu menurut apa yang aku minta.
Tanya raja: “Apa dia?”
Kata budak: “Engkau kumpulkan semua orangramai di satu padang, kamu ikatkan aku di pohon
kurma. Kemudian engkau ambil satu dan panahku dan letakkan panah tersebut pada busurnya.
Kemudian engkau baca: Dengan nama Allah, Tuhan budak ini. Kemudian engkau panahlah aku.
Kalau engkau melakukan begitu, kamu akan dapat membunuhku.”
Lalu raja pun mengumpulkan orang ramai di satu padang. Budak
itupun diikat pada sebatang pohon kurma. Kemudian diambil satu
panah dan diletakkan pada busurnya. Lalu raja membaca: “Dengan nama
Allah, Tuhan budak ini” dan terus dipanahnya. Panah tersebut mengenai
bawah telinganya. Perlahan-lahan budak meletakkan tangannya pada
tempat panah tersebut dan terus meninggal dunia.
(Tiba-tiba orang ramai berkata: budak ini mengetahui perkara yang
kita tidak ketahui.)* “Kami percaya kepada tuhan budak ini”.
Raja menjadi kelam kabut dan dikatakan kepadanya, “Apakah
tuanku tidak melihat apa yang tuanku takuti. Sesungguhnya, Demi
Allah! Ia telah menimpa tuanku. Orang ramai telah semuanya beriman.”
Lalu raja menyuruh digali parit-parit di laluan-laluan orang ramai
dan dinyalakan api di dalamnya. Sesiapa yang lalu akan diarahkan supaya
kembali semula kepada agama asal. Jika tidak akan dicampakkan ke
dalam parit tersebut.
Lalulah seorang wanita dengan seorang anak kecilnya (bayi). Wanita
tersebut gementar takut dicampakkan ke dalam api tersebut. Tiba-tiba
bayinya bercakap dan berkata kepada ibunya:
Wahai ibu, sabarlah, engkau berada di atas kebenaran !