•Harun Ar-Rasyid adalah khalifah kelima dari
Daulah Abbasiyah di Baghdad.
• Beliau telah dilahirkan pada 763 M di Rayy.
•Ayahnya bernama Al Mahdi (khalifah ketiga
Bani Umayyah )
•Ibunya bernama Khaizuran.
•Masa pemerintahannya 786M hingga 809M
•Wafat pada tahun 809M di kota Tus
BIOGRAFI
• Penggantinya ialah anaknya sendiri iaitu
Muhammad bin Harun Ar-Rashid
•Masa kanak-kanaknya dihabiskan dengan
mempelajari ilmu-ilmu agama dan ilmu
pemerintahan.
• Guru agama yang terkenal dimasa itu
adalah Yahya bin Khalid Al-barmaki.
•Harrun Ar-Rasyid diangkat menjadi khalifah
pada September 786 M, pada usia yang
masih muda iaitu 23tahun .
•Pemerintahan Bani Abbasiyah mencapai puncak
kejayaan pada masa pemerintahan Harrun Ar-Rasyid .
•Beliau merupakan seorang khalifah yang taat
beragama, soleh, dermawan. Bahkan hampir
disamakan dengan khalifah Umar bin Abdul Aziz dari
Bani Umaiyah .
•Beliau mengambil alih pemerintahan khalifah setelah
saudaranya Khalifah Musa Al-Hadi wafat.
•Dalam menjalankan roda pemerintahan, Harrun Ar-
Rasyid didampingi Yahya bin Khalid dan empat
putranya.
PEMERINTAHAN
•Hebatnya pemerintahan beliau ialah jabatan
khalifah tidak membuatkan dirinya rasa
terhalang untuk turun ke jalan-jalan pada
malam hari bertujuan untuk melihat keadaan
sebenar yang terjadi dan menimpa rakyat
yang lemah.
•beliau ingin melihat dengan mata kepalanya
sendiri untuk kemudian memberi bantuan .
•Corak pemerintahan beliau boleh dipecahkan
kepada dua iaitu berbentuk Arab dan bercorak
Parsi.
•Berbentuk Arab daripada sudut bahasa dan
agama manakala bercorak Parsi dalam sudut
pemerintahan dan pentadbiran.
•Beliau menolak sistem kuku besi dan golongan
yang menggunakan kuasa untuk menguasai
khazanah negeri dengan sebab inilah beliau
murka dengan kaum Al-Baramikah sehingga
beliau memerintahkan keluarga ini dibunuh.
•Mengamalkan sistem pemerintahan yang adil
serta saksama. Beliau sangat mengambil berat
keselamatan serta kebajikan rakyat sehinggakan
beliau bahkan rela menyamar untuk mengetahui
keadaan sebenar rakyatnya.
•Kegemilangan pemerintahannya tersebar di
serata dunia dan diambil sebagai contoh oleh
negara Perancis.
•Kemajuan yang dicapai menjadi contoh
sehinggakan zamannya disebut zaman emas.
•Perkembangan ilmu pengetahuan diambil
berat kerana beliau seorang yang alim dan
mementingkan ilmu.
•Beliau telah membesarkan keluasan Baitul
Hikmah supaya menjadi gedung ilmu.
•Beliau telah mengadakan projek-projek
pengairan untuk membantu pertanian dan
menjdai sumber bekalan minuman.
Keadaan dalam negeri
•Banyak kilang-kilang telah didirikan seperti
kilang gandum dan kilang membuat senjata.
•Mengeluarkan banyak perbelanjaan untuk
kesejahteraan rakyat.
•Isterinya Siti Zubaidah dikatakan wanita yang
banyak memberi idea untuk mewujudkan
sebuah negara Daulah Islamiyyah.
Hubungan diplomatik
HUBUNGAN DENGAN BANI UMAYYAH DI ANDALUS
- Hubungan beliau dengan Bani Umayyah di Andalus
ialah satu hubungan diplomatik biasa tidak sampai
kepada peringkat persahabatan yang akrab seperti
dengan Maharaja Syarlaman.
•Beliau banyak membuat hubungan diplomatik dengan
negara luar seperti Rom, Perancis, India dan Cina
•Negara-negara tersebut banyak mengambil contoh dari
pemerintahan beliau.
HUBUNGAN DENGAN KERAJAAN BYZANTINE
-Hubungan diplomatik ini telah berlaku sejak zaman
pemerintahan Al-Mahdi
-Hubungan ini terjalin dengan berlaku beberapa petempuran
yang disertai oleh beliau sendiri.
-Beliau telah berjaya menyerang orang Rom di Byzantine
sehingga tiba ke Constantinople
-Kemudian berdamai dengan Maharani Irane kerajaan Byzantine
dan sanggup membayar jizyah
-Pada zaman Naqfur mereka mencabul perjanjian kedamaian
itu
-Beliau murka dan kemudian dengan angkatan tenteranya
menakluki Hiraqlah dan memaksa Naqfur membuat perjanjian
semula
-Kemudian itu dicabul lagi dan orang Rom menyerang
sempadan kerajaan Abbasiyah dan berjaya mengalahkan orang
Islam di utara Asia Minor
-Pada masa itu Harun Ar-Rashid menghadapi kacau bilau
dalam negeri
-Namun begitu tidak lama kemdian beliau berjaya
menguasai beberapa buah bandar besar di Byzantine dan
menawan sepuluh ribu rakyat Rom dan menerima jizyah
sebanyak dua puluh ribu keping emas
-Peperangan ini merebak hingga ke kawasan Laut
Mediterranian
-Beliau meyerang Pulau Syprus dan menawan enam belas
ribu orang dan antaranya paderi besar pulau itu
-Perluasan kuasa kerajaan Ar-Rasyid bertambah besar
HUBUNGAN DENGAN SYARLAMAN SEORANG MAHARAJA DI
EROPA
-Hubungan antara Ar-Rasyid dan Syarlaman sangat baik atas
persetujuan bersama antara mereka dengan pemerintah
Bani Umayyah di Andalus dan kerajaan Byzantine
-Mereka saling bertukar hadiah dan perutusan tanda
kemesraan
-Tujuan Harun Ar-Rasyid merapatkan hubungan dengan
Herlaman untuk memberi faedah kepada negerinya
- Perhubungan yang rapat itu terbukti hingga Harun
mengirim anak kunci gereja besar Baitulmaqdis dan
menjadikannya penaung orang Masihi yang melawat
Baitulmaqdis untuk menunaikan ibadat mereka dan
memberi hak menjaga tempat suci di Palestin
-Perkara ini sangat menggembirakan Syarlaman
-Antara hadiah yang diperolehi oleh Syarlaman ialah
gajah,sebuah jam yang berjalan dengan kuasa air bagi
menandakan waktu
-Alat ini sangat ganjil dan ada orang Eropah yang
mengatakan ia sejenis alat sihir
PERKEMBANGAN ILMU
ZAMAN KHALIFAH HARUN
AL-RASYID
Salah satu puncak pencapaian yang
membuat namanya menjadi legenda
adalah penumpuannya dalam bidang
ilmu pengetahuan dan peradaban.
Pada waktu kepemimpinannya berlaku
penterjemahan karya-karya dari pelbagai bahasa.
Inilah yang menjadi titik awal kemajuan yang
dicapai oleh Islam. Menggenggam dunia dengan
ilmu pengetahuan dan peradaban.
Pada era itu pula berkembang pelbagai
disiplin ilmu pengetahuan dan peradaban
yang ditandai dengan berkembangnya
Baitul Hikmah - perpustakaan terbesar
sekaligus pusat kajian ilmu pengetahuan
dan peradaban terkemuka pada
masanya.
- Kemajuan intelektual yang dicapai oleh
Khalifah Harun al-Rasyid juga adalah
salah satu sumbangan besar yang
diberikan oleh beliau.
- Terdapat buku-buku yang berupa
terjemahan ilmu dari luar ataupun
disusun oleh intelektual Islam tergolong
dalam kemajuan intelektual.
SUMBANGAN
- Beliau dianggap sebagai penaung bagi semua
kegiatan ilmu pengetahuan kerana beliau sering
kali menganjurkan majlis forum, syarahan dan
perbahasan, yang mana akan dihadiri oleh
orang ramai dan golongan intelektual di masjid.
- Pada majlis seperti inilah, beliau dapat
mengenali lebih ramai ilmuan yang datang
untuk menuntut ilmu daripadanya.
- Sebagai seorang khalifah, beliau seharusnya
mampu melaksanakan kewajipan dalam
menyebarkan ilmu pengetahuan kepada semua
masyarakat dalam negaranya.
- Khalifah Harun al-Rasyid merupakan seorang
khalifah yang begitu gigih berusaha untuk
keamanan dan kemakmuran kota Baghdad.
- Beliau telah berjaya mencipta kejayaan demi
kejayaan dan yang paling disebut-sebut ialah
sebagai Zaman Keemasan Islam.
- Peranan beliau yang paling besar ialah
sebagai penaung kepada semua kegiatan ilmu
pengetahuan.
- Baitul Hikmah merupakan hasil usahanya
yang paling bermakna kerana ianya merupakan
kombinasi perpustakaan, pusat akademik dan
balai penterjemahan.