azrulhishamazarnudin
0 views
19 slides
Oct 07, 2025
Slide 1 of 19
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
About This Presentation
superb technique to answer essay task for galus students
Size: 3.45 MB
Language: none
Added: Oct 07, 2025
Slides: 19 pages
Slide Content
KEBERKESANAN KAEDAH ISAY 3MB DI
DALAM PENULISAN BAHASA INGGERIS
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JABI
06400 POKOK SENA,
KEDAH.
PENGENALAN
•Sekolah Menengah Kebangsaan Jabi (SMK Jabi) ialah sebuah sekolah
menengah kebangsaan di Pokok Sena yang kini mempunyai 566 orang
murid (360 lelaki dan 206 perempuan) serta 52 orang guru.
•Sekolah ini mula beroperasi pada 1 Februari 1977 dengan nama Sekolah
Menengah Kebangsaan Pokok Sena 2, menumpang di Sekolah
Kebangsaan Langgar bersama 264 orang pelajar dan 11 orang guru.
•Pada 1 Januari 1985, semua pelajar berpindah ke Sekolah Kebangsaan Jabi
setelah tapak baharu dibangunkan dengan peletakan batu asas oleh Dato’
Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi.
•Perasmian rasmi sekolah berlangsung pada 2 Julai 1986 oleh Menteri
Pelajaran ketika itu, lalu dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Jabi.
DEMOGRAFIK
•Secara umum, Pokok Sena merupakan kawasan pertanian dengan aktiviti
utama penanaman padi (2,816 hektar), getah (9,883 hektar), dusun (416
hektar) dan koko (2.5 hektar).
•Selain itu, terdapat juga 12 perusahaan kecil dan industri ringan berasaskan
kayu serta pemprosesan padi. Dari segi sosioekonomi, majoriti pelajar
berasal daripada keluarga B40 rendah hingga pertengahan.
•Ramai dalam kalangan mereka serta ibu bapa perlu bekerja sambilan bagi
menampung kos sara hidup.
•Dari aspek akademik, tahap penguasaan Bahasa Inggeris pelajar adalah
antara lemah hingga sederhana kerana kurangnya pendedahan dan
penggunaan bahasa tersebut dalam kehidupan seharian.
PENYATAAN MASALAH
•Sukatan pelajaran Bahasa Inggeris 1119 yang telah disemak semula bagi Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) dan diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia memberi penekanan yang kuat terhadap kemahiran menulis
sebagai penanda aras utama kecekapan bahasa pelajar.
•Namun begitu, dapatan menunjukkan ramai pelajar menghadapi
kesukaran dalam pembinaan ayat serta mempunyai kosa kata yang terhad.
•Kelemahan ini bukan sahaja menjejaskan prestasi penulisan mereka, malah
turut menyumbang kepada perasaan bimbang dan keraguan untuk
menulis, khususnya dalam bahasa Inggeris.
OBJEKTIF PENGGUNAAN KAEDAH
ISAY [I SHALL ASSIST YOU]
•Menyelidik sama ada penggunaan templat untuk menjawab soalan Karangan
Berpandu dapat meningkatkan keyakinan pelajar terhadap keupayaan mereka
menulis.
•Meneroka keberkesanan penggunaan Templat Penulisan 3MB dalam
penulisan soalan Karangan Berpandu.
3MB TEMPLATE ISAY
The 3MB Introduction Template
3MB ISAY TEMPLATE
The 3MB Body Template
3MB ISAY TEMPLATE
The 3MB Conclusion Template
PELAKSANAAN ISAY TINGKATAN 3
PELAKSANAAN ISAY TINGKATAN 4
KAEDAH PERLAKSANAAN
MERANCANG
TINDAKAN
PEMERHATIAN
TINDAK BALAS
Ujian Pra untuk menilai keupayaan
penulisan pelajar.
Pelajar didedahkan kepada
Templat Penulisan 3MB.
Guru memerhati pelajar semasa
menjalankan tugasan secara
berkumpulan, berpasangan, dan
individu.
Proses mentafsir dan menilai markah
yang dikumpulkan selepas setiap
sesi penulisan bagi menilai:
•keberkesanan templat,
•pengulangan kitaran untuk
penjelasan, dan
•analisis yang tepat.
KEPUTUSAN
KEPUTUSAN
KEPUTUSAN
KEPUTUSAN
IMPLIKASI DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
•Templat Penulisan 3MB telah berjaya meningkatkan keyakinan pelajar
dalam Tugasan 2 penulisan dan membolehkan mereka memberi tumpuan
kepada penulisan lanjutan (Tugasan 3).
•Templat ini juga bersifat fleksibel serta boleh disesuaikan dengan pelbagai
situasi dan kumpulan pelajar, sekali gus memberi manfaat kepada pelajar
cemerlang, sederhana mahupun lemah.
•Pelajar turut melaporkan rasa gembira untuk menulis, menunjukkan
kemajuan dalam kelas dan berpotensi memperoleh markah yang lebih
tinggi dalam Kertas Peperiksaan Penulisan.
KESIMPULAN
•Menurut Summerset (2008), dengan menumpukan pada idea penting,
mengelakkan pengulangan, dan menyusun hujah secara logic.
•Templat penulisan dapat membantu pelajar mengatasi cabaran dalam
penulisan dan menjimatkan masa kerana ia menyediakan rangka asas
kepada pelajar dan membantu mereka membuat lebih sedikit kesilapan
ketika menyiapkan tugasan.