JAWAPAN - RUMUSAN PPT.pptxvdfb fdsfsd fsdf fsdf

MUHAMADIZHARBINSALIM 0 views 10 slides Sep 30, 2025
Slide 1
Slide 1 of 10
Slide 1
1
Slide 2
2
Slide 3
3
Slide 4
4
Slide 5
5
Slide 6
6
Slide 7
7
Slide 8
8
Slide 9
9
Slide 10
10

About This Presentation

rumusan


Slide Content

RUMUSAN KSSM

PANDUAN UMUM RUMUSAN Panjang petikan tidak melebihi 300 patah perkataan . Petikan berdasarkan bahan sumber yang mempunyai tidak kurang daripada dua fokus . Bahan rumusan terdiri daripada sekurang-kurangnya dua bahan daripada sumber yang berbeza ( contoh:petikan prosa , puisi , dan grafik ) tetapi mempunyai tema yang sama . Tugasan tidak dinyatakan dalam arahan soalan . Calon perlu mengenalpasti SEMUA fokus yang terdapat dalam semua bahan .

Markah keseluruhan isi ialah 20 markah . pendahuluan : 2 markah, isi : 16 markah, kesimpulan : 2 markah Calon perlu mengemukakan 8 isi lengkap (Isi wajib diambil daripada setiap bahan dan menyentuh setiap fokus ) Markah bahasa dinilai secara holistik 10 markah . ( cemerlang 8-10, baik 5-7, sederhana 3-4, lemah 1-2) Rumusan tidak melebihi 120 patah perkataan Kesimpulan perlu berdasarkan tema bahan . Jawapan hendaklah ditulis dalam bentuk esei

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah , kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan . Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan . Pelbagai ragam pelajar sama ada yang positif atau negatif sebelum menjelangnya peperiksaan awam termasuklah tekanan perasaan atau stres yang rata- ratanya dihadapi oleh pelajar . Tekanan ialah perkara yang berkaitan dengan ketegangan yang dialami oleh mental atau emosi seseorang disebabkan oleh pelbagai faktor . Pelajar atau remaja perlu mempunyai kemahiran untuk mengatasi masalah tekanan perasaan supaya fokus mereka untuk menghadapi peperiksaan tidak terjejas . Pelajar biasanya mendapat tekanan daripada ibu bapa , guru atau rakan untuk meraih kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan . Dalam konteks ini , pelajar seharusnya berasa tenang dan sentiasa fokus tentang peperiksaan yang akan dihadapi . Ketenangan yang diperlukan tidak akan datang dengan tiba-tiba atau secara terpaksa tetapi akan terzahir apabila pelajar bersedia dengan sebaik-baiknya

Pelajar perlu memahami Falsafah Pendidikan Negara yang mahu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani , emosi , rohani , intelektual dan sosial . Oleh itu , mereka seharusnya belajar dalam persekitaran yang menyeronokkan agar emosi mereka berkembang secara natural dan memenuhi keperluan mereka sebagai remaja . Pelajar juga perlu menjauhkan diri daripada perkara yang merosakkan emosi dan ketenangan . Perkara sampingan yang mampu menjejaskan kestabilan emosi seperti hubungan peribadi dengan rakan-rakan kerana dikhuatiri mampu menjejaskan tumpuan mereka terhadap peperiksaan .

Sekiranya pelajar menghadapi masalah kritikal yang mampu menjejaskan ketenangan , mereka perlu segera berjumpa dengan guru yang rapat atau kaunselor di sekolah . Guru atau kaunselor pasti mempunyai kaedah bagi mengatasi masalah ini . Di samping itu , pelajar perlu menjaga kesihatan diri kerana tanpa kesihatan yang baik sukar bagi pelajar untuk mengulang kaji pelajaran . ( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Siswa , September, 2015)

PENDAHULUAN 2 FOKUS • Rumusan membincangkan ___ fokus 1 ___ dan ___ fokus 2 ___ . (2markah) • Rumusan membincangkan ___fokus1___. (1markah) PENDAHULUAN 3 FOKUS • Rumusan membincangkan __fokus1__,__fokus2__dan__fokus3_. (2markah) • Rumusan membincangkan ___ fokus 1 ___ dan ___ fokus 2 ___ . (1markah)

Rumusan membincangkan ( FOKUS 1) langkah-langkah menghadapi tekanan , (FOKUS 2 ) punca berlakunya tekanan (FOKUS 3) dan tanda menghadapi tekanan BAHAN 1 – FOKUS 1 - langkah-langkah menghadapi tekanan   L1 Pelajar atau remaja perlu kemahiran untuk mengatasi masalah tekanan perasaan L2 Pelajar seharusnya berasa tenang dan sentiasa fokus tentang peperiksaan yang akan dihadapi L3 Mereka seharusnya belajar dalam persekitaran yang menyeronokkan. L4 Pelajar juga perlu menjauhkan diri daripada perkara yang mampu merosakkan emosi dan ketenangan. L5 Mereka perlu segera berjumpa dengan guru yang rapat atau kaunselor di sekolah. L6 Pelajar perlu menjaga kesihatan diri .

BAHAN 1 – FOKUS 2 - punca berlakunya tekanan   P1 ibu bapa, guru atau rakan untuk meraih kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. P2 hubungan peribadi dengan rakan-rakan BAHAN 2 – FOKUS 3 - tanda menghadapi tekanan T1 Anda sentiasa sakit dan sukar sembuh T2 Anda mempunyai masalah konsentrasi T3 Keguguran rambut T4 Belakang tengkuk atau bahagian belakang badan anda selalu sakit T5 Masalah susah tidur T6 Selalu sakit kepala yang sukar sembuh Kesimpulannya , semua pihak haruslah membantu pelajar menghadapi tekanan ketika peperiksaan supaya / agar pelajar sentiasa bersemangat tinggi / cemerlang dalam peperiksaan
Tags