Kemerdekaan yang dikecapi negara adalah simbolik kedaulatan negara. Rakyat dan kerajaan perlu memainkan peranan masing – masing untuk terus mempertahankan kedaulatan negara.
Peranan rakyat: Menjunjung institusi Raja dan menghormati Perlembagaan Kedaulatan negara boleh dipertahankan melalui peranan rakyat ialah dengan menjunjung institusi raja dan menghormati Perlembagaan Rakyat menjunjung dan menghormati Perlembagaan Persekutuan melalui menghormati dan hidup bersepakat antara kaum seperti yang dipersetujui dalam perlembagaan. Mengelakkan mengungkit perkara sensitif yang boleh menjejaskan dan memimbulkan keresahan dan pergaduhan kaum. Rakyat perlu menjunjung institusi Raja dengan cara meletakkan institusi Raja berperlembagaan sebagai lambang perpaduan. Tidak merendahkan martabat institusi raja dan memahami bahawa institusi ini adalah ketua dalam sistem pemerintahan negara atau negeri
sambungan Mematuhi ajaran agama Rakyat boleh mengekalkan kedaulatan negara dengan cara mematuhi ajaran agama agama. Agama menyuruh penganutnya menghormati negara dan mempertahankan tanah air. Ajaran agama melarang menimbulkan kemarahan dan kesukaran kepada orang lain. Mematuhi undang-undang negara Negara terus kekal berdaulat dengan cara rakyat perlu mematuhi setiap undang-undang negara Rakyat perlu akur kepada undang-undang negara Jika perundangan perlu dibentuk, maka tempatnya ialah di ParlImen atau Dewan Undangan Negeri dan bukan di jalanan
sambungan Perlu memiliki jati diri Rakyat boleh mengekalkan kedaulatan negara dengan cara perlu memiliki jati diri yang kuat mempertahankan negara Rakyat mempunyai daya tahan diri yang kuat tidak menjadi pengkhianat atau pembelot negara Tidak bersekongkol dengan negara asmg melakukan sabotaj kepada negara sendiri Membuat dakwaan lerhadap negara secara yang tidak tepat melalui media sosial atau internet
Peranan kerajaan: Memperkasakan sistem pertahanan negara Kedaulatan negara boleh kekal melalui peranan kerajaan ialah dengan cara memperkasakan sistem pertahanan negara Kerajaan memperkasa sistem pertahanan udara, laut, dan darat. Langkah membeli peralatan ketenteraan yang canggih sesuai dengan tahap keselamatan serantau misalnya membeli kapal selam, menambah bilangan jet pejuang selain memperkasakan teknologi ketenteraan. Sentiasa bersiap siaga sepanjang masa di sempadan negara.
sambungan Memperkasakan kawalan keselamatan dalam negara Kerajaan boleh mengekalkan kedaulatan negara melalui memperkasakan kawalan keselamatan keselamatan dalam negara Kerajaan perlu memantapkan kawalan keselamatan dalam negara melalui pintu sempadan negara. Negara perlu diawasi melalaui semua pintu sempadan dengan kawalan pihak berkuasa seperti kastam, tentera udara dan laut yang dilengkapi dengan aplikasi teknologi keselamatan yang moden agar negara tidak mudah dibolosi atau diserang oleh penceroboh ataupun lanun.
sambungan Memperkasakan penguatkuasaan undang-undang negara Kerajaan perlu memperkasakan penguatkuasaan undang-undang untuk terus mengekalkan kedaulatan negara. Kerajaan peru menghukum pihak yang terlibat dengan perbuatan subversif dan pengancam kedaulatan dengan tegas Penggunaan pelbagai akta seperti Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dengan tegas. Pemantauan pihak berkuasa terhadap penggunaan blog dan media sosial perlu dilakukan.
sambungan Mengekalkan hubungan diplomatik diperingkat antarabangsa Kerajaan perlu mengekalkan hubungan diplomatik di peringkat antarabangsa untuk terus mengekalkan kedulatan negara Kerajaan mengamalkan hubungan berbaik-baik dengan negara serantau dan antarabangsa. Dengan ini semua negara mempunyai kepentingan terhadap negara ini. Negara luar akan menjadi rakan diplomatik dan tidak mempunyai alasan untuk menggugat kedaulatan negara. Jika wujud pertikaian sekalipun, Malaysia akan menggunakan cara perundingan atau pihak ketiga termasuk mahkamah antarabangsa untuk menyelesaikan pertikaian
Pengamalan prinsip integriti kian terhakis dalam kalangan penjawat awam. Situasi tersebut telah menimbulkan pelbagai kesan tertentu.
Prinsip integriti kian terhakis kerana: Penghayatan agama dan moral yang kurang Penghayatan agama dan moral yang longgar mudah terjebak dalam perbuatan tidak berintegriti Berani dan tidak berasa bersalah untuk melakukan perbuatan tidak berintegriti. Tidak dapat membezakan antara dosa dan pahala.
Prinsip integriti kian terhakis kerana: Penguatkuasaan undang- undang. Kelonggaran penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa yang longgar menyebabkan penjawat awam tidak takut untuk melanggar prinsip integriti semasa menjalankan tugas Denda dan hukuman yang dikenakan masih ringan dan mampu dibayar oleh pelaku yang terlibat. Bilangan penguatkuasa yang kurang menyebabkan pemantauan tidak dapat dilakukan secara kerap dan berterusan.
Prinsip integriti kian terhakis kerana: Sikap tamak materialistik Pendapatan yang diperoleh tidak membolehkannya untuk hidup mewah. Hanya dengan melakukan penyalahgunaan kuasa sahaja dapat memenuhi impian mereka untuk hidup mewah. Mempunyai ruang dan peluang Kurangnya pemantauan oleh pihak atasan memudahkan perbuatan tidak berintegriti dilakukan. Pekerjaan yang dilakukan oleh penjawat awam mendedahkan mereka untuk melakukan perbuatan tidak berintegriti.
Kesan: Menjejaskan kepercayaan rakyat. Kepercayaan rakyat terhadap perkhidmatan awam semakin longgar. Rakyat mempunyai persepsi yang negatif terhadap perkhidmatan awam. Ramai berpandangan bahawa perkhidmatan awam sedang menghadapi masalah defisit kepercayaan.
Kesan: Menggugat ekonomi negara Kepercayaan pelabur dan komuniti perniagaan kepada ekonomi negara juga sudah luntur. Pelabur asing tidak berminat untuk melabur di negara ini. Berleluasanya ketidakadilan sosial Pemilihan bukan berdasarkan kelayakan tetapi berdasarkan kepentingan sosial peribadi. Peluang mendapat tender diberikan kepada pihak yang tidak layak tetapi mampu membayar kepada pihak yang meluluskan. Menggunakan kekayaan untuk mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh penjawat awam.
Kesan: Berleluasanya ketidakadilan sosial Pemilihan bukan berdasarkan kelayakan tetapi berdasarkan kepentingan sosial peribadi. Peluang mendapat tender diberikan kepada pihak yang tidak layak tetapi mampu membayar kepada pihak yang meluluskan. Menggunakan kekayaan untuk mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh penjawat awam. Menjejaskan keselamatan Pihak tidak bertanggungjawab membocorkan maklumat sulit negara negara Rahsia sulit negara dapat diperoleh dengan mudah. Sempadan negara mudah diceroboh oleh pihak luar dan penjenayah.
Penggunaan dron atau pesawat tanpa pemandu yang dikawal dari jarak jauh menjadi keperluan dalam sektor pertanian di Malaysia. Bincangkan kepentingan dan cabaran yang dihadapi.
Kepentingan: Menyembur racun Pesawat dron digunakan untuk menyembur racun bagi menggantikan aktiviti secara cekap meracun secara manual. Penyemburan dilakukan mengikut jadual penanaman lebih cepat dan selamat. Ketepatan semburan adalah tinggi kerana telah ditetapkan secara automatik dengan bantuan GPS.
Kepentingan: Mudah memantau keadaan tanaman Bagi tujuan pemantauan tanaman di ladang atau di sawah proses pemetaan keadaan tanaman dapat dilakukan secara lebih tepat dan cepat. Dapat memberi gambaran tahap kesihatan tanaman mengenal pasti kadar tumbesaran tanaman dan membolehkan lebih banyak tanaman diakses pada satu masa.
Kepentingan: Mengawal serangga perosak dan penyakit Dron yang di lengkapi dengan kamera berbilang spectral berupaya merakam imej perosak dan penyakit kawasan diserang serangga perosak. Imej gambar yang dihasilkan memudahkan tanaman yang diserang serangga perosak dan penyakit secara efektif dan cepat. Rawatan terhadap tanaman dapat diiakukan dengan lebih awal
Kepentingan: Mudah digunakan/diuruskan Operasi dan penyelenggaraan dron mudah kerana hanya memerlukan satu atau dua hari untuk latihan pengendalian, memiliki ciri keselamatan yang tinggi dan pelegaran automatik. Keseluruhan mesin boleh dilipat dan mudah dibawa.
Kepentingan: Meningkatkan pengeluaran dan hasil pertanian Pengurusan sawah yang lebih sistematik dengan menggunakan dron membantu pengeluaran hasil petani untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian pertanian. Dron dikawal secara jarak jauh membantu petani mengenal pasti masalah tanaman dan peringkat awal dan langkah pencegahan atau tindakan pembetulan dapal diambil dengan kadar segera. Hasil yang diperoleh lebih banyak danpada sebelum ini.
Kepentingan: Menjimatkan penggunaan buruh Mampu mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja dalam bidang pertanian penggunaan buruh tenaga buruh yang sedikit sahaja diperlukan untuk mengendalikan dron. Dron berkesan dalam mempromosikan pertanian berasaskan data dan mengurangkan kerja-kerja pertanian dalam satu masa.
Kepentingan: Mengawasi pengairan tanaman Pengairan adalah penting bagi pertumbuhan tanaman Penggunaan dron membolehkan semburan air dikawal dan membantu mengairi kawasan yang kekurangan sumber air secara sistematik. Menjimatkan masa Penggunaan dron menjimatkan masa berbanding menggunakan jentera atau tenaga manusia. Kerja-kerja di ladang dapat diselesaikan dalam masa yang singkat. Kawasan pertanian yang lebih luas dapat diuruskan dengan lebih pantas berbanding menggunakan jentera sedia ada.
Cabaran Kos penyelenggaraan yang mahal Dron dikeluarkan oleh negara luar. Negara kita kekurangan juruteknik dan mekanik yang mahir mengenai servis dan manual penggunaan dron.
Cabaran Harga dron yang mahal Dron untuk pertanian berkapasiti berbeza dengan dron biasa menyebabkan harga yang ditawarkan adalah mahal. Dron untuk pertanian berkapasiti berbeza dengan dron biasa menyebabkan harga yang ditawarkan adalah mahal. Maklumat yang disampaikan tidak benar Kordinat kedudukan yang ditentukan dron kadang kala tersilap menyebabkan pengendali sukar mencari tempat sasaran.
Cabaran Mudah berlaku pelanggaran dan hilang tanpa dikesan Dilanggar oleh burung dan jatuh, sensor rosak menyebabkan badan dron sukar ditemui jika jatuh terhempas. Tambahan lagi di kawasan ladang yang luasnya beratus hektar.
Cabaran Menjadi ancaman kepada kapal terbang Jika dilanggar pesawat menyebabkan risiko pesawat terhempasJika dilanggar pesawat menyebabkan risiko pesawat terhempas. Memasuki kipas dan enjin menyebabkan letupan pada enjin pesawat. Penyalahgunaan dron Disalah guna untuk kegiatan mengintip di kawasan larangan seperti ketenteraan dan organisasi kerajaan.
Kelestarian permainan tradisional atau permainan rakyat perlu dikekalkan untuk generasi akan datang. Namun begitu, permainan sebegini semakin dipinggirkan oleh masyarakat. Bincangkan.
Kepentingan: Mempertahankan seni warisan bangsa Generasi hari ini dapat memahami dan mengetahui sumber permainan tradisional ï‚· Merupakan medium hiburan nenek moyang kita ï‚· Berbangga mempunyai nilai warisan lama ï‚· Melambangkan identiti dan jati diri sesuatu bangsa ï‚· Menjadikan aset budaya sesuatu bangsa .
Kepentingan: Melambangkan identiti bangsa/negara Daya tarikan - industri pelancongan ï‚· Unik seperti : sepak takraw-Melayu Mengeratkan silaturrahim Mementingkan semangat berpasukan dan bertolak ansur semasa bermain Kebanyakan permainan tradisional ini (congkak, gasing, batu seremban,cari cucu) dimainkan secara berpasangan atau berkumpulan Mewujudkan persefahaman seterusnya mengukuhkan ikatan persaudaraan Mewujudkan perpaduan dan kemesraan antara kaum .
Kepentingan: Dapat mengisi masa lapang Masa senggang remaja dapat diisi dengan aktiviti yang dapat mencerdaskan minda dan mencergaskan anggota badan semasa bermain Permainan ini bebas daripada elemen keganasan dan menyeronokkan Membentuk disiplin diri yang tinggi melalui peraturan, permainan yang perlu dipatuhi Mengurangkan gejala sosial.
Kepentingan: Menjana pendapatan negara dan individu Menjadi tarikan pelancong Membuka peluang pekerjaan. Memupuk perpaduan integrasi kaum semasa pertandingan semua kaum main bermain. Meningkatkan Industri pelancongan pelancong tertarik dengan budaya tradisional sesuatu tempat belajar - permainan tradisional .
Sebab Dipinggirkan : Kurang pendedahan Generasi hari ini tidak didedahkan dengan cara bermain permainan tradisional(tidak tahu cara bermain) Tiada tujuk ajar daripada ibu bapa atau generasi yang lebih tua Sikap generasi baru tidak ingin mencuba. Persaingan daripada permainan moden Pelbagai permainan moden yang menarik di pasaran Permainan moden dianggap lebih mencabar, lasak dan lebih berprestij Permaian moden lebih disukai kerana dianggap sesuatu yang baru dan sentiasa diperbaharui
Sebab Dipinggirkan : Tiada nilai komersial Permainan tradisionl tidak menguntungkan berbanding permainan moden seperti bola sepak, tenis dan golf. Permainan moden dapat menjana pendapatan lumayan. Hubungan kemasyarakatan yang semakin longgar Hal ini kerana kebanyakan permainan ini memerlukan sekumpulan orang untuk bermain Kekurangan ahli untuk bermain terutama di kawasan bandar Masyarakat tidak mengenali jiran dan kini lebih suka berkurung di rumah daripada bergaul dengan jiran tetangga
Amalan pemakanan yang tidak sihat bukannya punca utama wujudnya pelbagai penyakit pada masa kini. Sebaliknya terdapat pelbagai faktor lain yang menyebabkan manusia terdedah kepada pelbagai penyakit. Bincangkan.
Faktor Manusia Terdedah Kepada Pelbagai Penyakit : Amalan pemakanan tidak sihat. pemakanan tidak seimbang - pengambilan makanan yg berlebihan spt makanan laut - menghasikan asid urik - menyebabkan sakit gout makanan berlemak dan berkolestrol tinggi - menyebabkan penyakit jantung dan tekanan darah tinggi - pengambilan gula berlebihan - menyebabkan penyakit kencing manis bahan tambah makanan banyak digunakan dalam makanan segera dan makanan ringan - bahan tambah spt perisa, bahan pengawet dan bahan pewarna mengandungi bahan kimia - menyebabkan pelbagai penyakit pengambilan monosodium glutamat MSG yg berlebihan - menyebabkan pening kepala, sesak nafas dan rambut gugur .
Faktor: Pesekitaran yg tercemar pesekitaran yg kotor memudahkan penyakit merebak longkang dan parit tersumbat - pembiakan nyamuk Aedes - penyakit demam denggi kawasan yg dicemari dgn sisa toksid memungkin penduduk sekitar diserang penyakit kanser, lelah dan kecacatan otak kebersihan diri yg tidak terjaga - mudah dijangkit penyakit Kurang senaman / pergerakan fizikal kurang bersenam - lemak dlm badan tidak dibakar - menyebabkan penyakit obesiti, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung Aktiviti riadah kurang diberi perhatian akibat kesibukan kerja .
Faktor Gaya hidup tidak sihat gaya hidup tidak sihat - suka merokok, minum arak, terlibat dalam hubungan seks bebas dan penagihan dadah - menyebabkan seseorang Merokok - penyakit barah paru-paru - nikotin dlm rokok minum arak - barah hati hubungan seks bebas - penyakit AIDS dan penyakit kelamin penagihan dadah - penyakit AIDS.
Faktor : Faktor genetik/keturunan seseorang yg ibu bapanya menghidap penyakit tertentu spt penyakit kencing manis, kanser atau obesiti berisiko tinggi menghidap penyakit begitu juga dengan seseorang bayi yang ibunya berpenyakit AIDS juga mungkin akan menghidap penyakit tersebut. Tekanan hidup Arus pemodenan menyebabkan penduduk mengejar pendapatan yang tinggi untuk peningkatan kualiti hidup Berlaku tekanan sehingga menghidapi penyakit kritikal dan sakit jantung.
Faktor : Penularan virus Virus mudah tersebar di tempat orang ramai dan terbuka serta menjangkiti orang yang lemah antibodi Membahayakan kesihatan dan boleh mengakibatkan kematian . Kurangnya kemudahan perubatan moden kawasan pedalaman dan kawasan luar bandar kekurangan kemudahan perubatan moden seperti kekurangan doktor, ubat-ubatan dan peralatan perubatan penduduk di kawasan pedalaman / luar bandar lebih terdedah kepada jangkitan penyakit
Malaysia kaya dengan pelbagai khazanah alam. Selain keistimewaan ini, terdapat produk pelancongan lain yang boleh meningkatkan sumbangan dalam industri pelancongan Negara. Jelaskan.
Pelbagai produk pelancongan negara : Kekayaan dengan pelbagai khazanah alam semula jadi. Malaysia kaya dengan keindahan alam sekeliling-pelbagai gunung seperti Gunug Kinabalu di Sabah, pelbagai pulau yang indah seperti Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan di Sabah dan air terjun hutan simpan yang mendamaikan. Ramai pelancong asing terutama dari Asia Barat memilih Malaysia kerana keunikan tersebut. Hutan simpan yang mendamaikan seperti Hutan Taman Negara Pahang dan Hutan Tasik Kenyir yang indah boleh menjadi tempat penyelidikan oleh pelancong asing.
Pelbagai produk pelancongan negara : Pelancongan pendidikan Malaysia mempunyaibanyak institusi pendidikan awam dan swasta. Antara universiti awam yang telah lama wujud ialah Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Terdapat institusi pendidikan swasta yang berpangkalan di Malaysia dan juga ada institusi swasta cawangan universiti antarabangsa. Institusi Pengajian tinggi awam mempunyai pakej pendidikan terkenal,iaitu pensyarah yang berkelulusan PhD,prasarana terbaik dan kelulusan yang diiktiraf. Ramai sahabat serta keluarga mereka datang ke Malaysia sambil melancong.
Pelbagai produk pelancongan negara : Pelancongan sejarah dan warisan Negara Sejarah negara yang melalui pelbagai peringkat dan bentuk merupakan aset pelancongan paling berharga. Terdapat banyak muzium yang menyimpan khazanah sejarah,selain bahan sejarah yang masih wujud. Antara muzium tersebut ialah Muzium Etnologi yang menyimpan kepelbagaian bahan sejarah etnik pelbagai negara dunia, juga menyimpan khazanah rumpun Melayu Polensia. Terdapat juga Muzium Arkeologi Lembah Bujang,Muzium Arkoelogi Lenggong dan Muzium Kota Kuala Kedah. Terdapat juga bangunan bersejarah peninggalan penjajah seperti bangunan stesen kereta api dan bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur.
Pelbagai produk pelancongan negara : Pelancongan sukan Malaysia mempunyai reputasi sebagai penganjur sukan bertaraf dunia. Pada tahun 1998, Malaysia menganjurkan Sukan Komanwel, menganjurkan pula perlumbaan motorsikal Dunia GP dan paling terkenal ialah menganjurkan perlumbaan kereta Formula 1 (F1) di Sepang setiap tahun. Memiliki bintang sukan bertaraf dunia dalam sukan skuasy,badminton dan lumba basikal misalnya menjadi kekuatan Malaysia untuk menganjurkan pertandingan. Impaknya ialah Malaysia berjaya menarik ramai pelancong asing melancong ke negara ini.
Pelbagai produk pelancongan negara : Pelancongan seni dan budaya Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik dan budaya. Kepelbagaian berlaku dalam bentuk makanan, pakaian, pekerjaan, tarian dan sebagainya . Pelancong asing tertarik dengan kepelbagaian dan keunikan ini. Pelancong asing dapat menimba pengalaman dan meningkatkan persahabatan.
Pelbagai produk pelancongan negara : Pelancongan pertanian Bidang pertanian masih merupakan kegiatan ekonomi yang paling penting bagi Malaysia. Malaysia sentiasa komited melaksanakan penyelidikan pertanian dan menyediakan insetif tertentu kepada golongan petani. Antara hasil tanaman yang sukar ditemui di negara luar ialah tanaman kelapa sawit dan dusun buah-buahan tertentu. Hal ini juga membantu menghidupkan perniagaan berasakan rumah penginapan inap desa (homestay). Ramai pelancong turut hadir ke Malaysia sewaktu Pameran Hasil Pertanian (MAHA).
Berita tentang penganiayaan kanak-kanak terpapar di dada akhbar. Fenomena ini berpunca daripada pelbagai faktor dan perlu ditangani suapaya tidak berleluasa. Bincangkan.
Faktor penganiayaan kanak-kanak : Konflik / kepincangan dalam kekeluargaan/keluarga Kemiskinan/ kesempitan hidup Penceraian dan mempunyai keluarga tiri. Pergaduhan antara ibu dan bapa Anak-anak menjadi alat sebagai melepaskan kemarahan
Faktor penganiayaan kanak-kanak : Tekanan hidup/ stres Dibelenggu dengan hutang. Banyak kerja yang perlu diselesaikan Tekanan di tempat kerja. Terlalu mengikut perasaan tanpa berfikir panjang Keadaan rumah yang sempit dan persekitaran keluarga yang ramai perbelanjaan isi rumah yang tinggi akan menyebabkan tekanan hidup .
Faktor penganiayaan kanak-kanak : Kurang penghayatan agama/moral Mereka tidak mempunyai ilmu agama yang boleh menjadi panduan hidup Kurang nilai-nilai agama dalam kehidupan Ibu bapa tidak memainkan peranan sebagai teladan yang baik.
Faktor penganiayaan kanak-kanak : Pengaruh dadah Kurang pertimbangan dalam membuat sesuatu perkara Mengalami ketagihan . Ketidaktanggungjawaban ibu dan bapa / ibu bapa yang tidak bertanggungjawab Ibu bapa yang mementingkan/ bersikap materialistik, kemewahan dan kehidupan sosial. Ibu bapa tidak memahami dan menghayati sepenuhnya tanggungjawab sebagai ibu atau bapa, tidak menganggap anak sebagai amanah dan mesti ditunaikan tanggungjawabnya.
Usaha Menangani : Memperkasakan penguatkuasaan undang-undang kanak-kanak Hukuman yang berat/denda/hukuman sebat . Membentuk pasukan keselamatan yang berkualiti. Menggubal undang-undang berkaitan kanun keseksaan dan Akta kanak-kanak serta peruntukan undang-undang di bawah bidang kuasa Mahkamah Juvana. Menghukum ibu bapa yang mendera anak-anak dengan hukuman yang setimpal sebagai pengajaran dan peringatan kepada yang lain.
Usaha Menangani : Melaksanakan program pemulihan Edar risalah / guna media massa untuk elemen sebaran . Pameran tentang mangsa-mangsa penganiayaan . Dilaksanakan oleh pakar pulih karektor seperti pakar motivasi dan terapi diri. Program pemulihan dilaksanakan secara berkala dan professional. Mengadakan kempen kesedaran terhadap penganiayaan / penderaan kanak-kanak.
Usaha Menangani : Bimbingan dan kaunseling Ibu bapa dihantar kepada pihak kaunselor untuk mendapat nasihat. Mengikuti modul keibubapaan yang baik . Mengadakan bengkel tentang keluarga bahagia. Meningkatkan kerjasama masyarakat Jiran ambil peduli tentang keadaan sekeliling. Saling membantu dalam masyarakat. Melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa.
Salah satu sektor ekonomi yang diberi tumpuan di Malaysia ialah sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Industri tersebut banyak menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara. Dalam masa yang sama, IKS juga menghadapi pelbagai cabaran untuk ditangani. Bincangkan.
Sumbangan kepada kemajuan ekonomi negara/ kepentingan : Penggenap kepada industri besar Membekalkan bahan separa siap yang diperlukan oleh industri berat seperti Proton Mengurangkan import komponen kereta nasional dari luar negeri; jimatkan pertukaran wang asing; kurangkan pergantungan kepada negara maju. Kos pengeluaran industri berat diminimumkan. Menuju ke arah negara perindustrian
Sumbangan kepada kemajuan ekonomi negara/ kepentingan : Menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan IKS menyediakan 44.2% peluang pekerjaan daripada jumlah guna tenaga kerja dalam sektor perkilangan . Mewujudkan agihan pendapatan yang lebih baik berbanding dengan struktur pendapatan dan upah dalam firma besar dan syarikat antarabangsa yang lain. Membasmi kemiskinan .
Sumbangan kepada kemajuan ekonomi negara/ kepentingan : Mempercepatkan kadar pertumbuhan ekonomi negara Kadar pertumbuhan ekonomi yang pesat iaitu purata 8.5% setahun sejak 1989 tidak tercapai tanpa sumbangan dan sokongan IKS Pada 1994, IKS meliputi 84.1% daripada pertubuhan pengilang dalam sektor perkilangan di Malaysi dan 48.9% daripada jumlah nilai keluaran sektor perkilangan. Peranan dalam sumbangan ini dijangka menjadi semakin penting untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian .
Sumbangan kepada kemajuan ekonomi negara/ kepentingan : Pemindahan teknologi Kerjasama IKS dengan industri besar akan membolehkan pemindahan teknoogi melalui latihan, khidmat nasihat, kemahiran pekerja serta peningkatan kualiti buatan IKS . Sebagai pembekal komponen-komponen kecil, mahu atau tidak mahu, industri besar terpaksa melakukan teknik ini bagi menjamin komponen yang dihasilkan mempunyai kualiti kerana ia mempengaruhi produk akhir.
Sumbangan kepada kemajuan ekonomi negara/ kepentingan : Membantu mengurangkan kadar inflasi Perusahaan ini kebanyakannya tidak mempunyai modal yang tinggi . Industri ini membantu mempelbagaikan produk di pasaran dan mengelakkan pergantungan kepada sesuatu produk yang boleh mendorong kenaikan inflasi sekiranya berlaku kekurangan.
Cabaran yang dihadapi : Kekurangan modal Kadar pulangan pusingan yang rendah dan tiadanya ekonomi bidangan kerana IKS beroperasi dalam skala yang kecil . Sukar mendapatkan kemudahan pinjaman dari sistem perbankan kerana kurang dipercayai keupayaannya di samping taraf pendidikan tidak memuaskan. Bank berhati-hati memberi kredit kerana tidak mahu menanggung risiko jika hutang tidak terbayar.
Cabaran yang dihadapi : Persaingan tenaga kerja Sukar untuk mempertahankan tenaga buruh mahir kerana mereka cenderung untuk bekerja dalam syarikat-syarikat yang besar yang menawarkan gaji yang besar, faedah dan suasana kerja yang selesa . Dilaksanakan oleh pakar pulih karektor seperti pakar motivasi dan terapi diri. Di samping itu juga, persaingan mendapatkan buruh berlaku di antara sesama IKS.
Cabaran yang dihadapi : Kekurangan penggunaan teknologi Kurang pendedahan kepada teknologi dan kurang pengetahuan tentang teknologi . Hasil dan mutu pengeluaran rendah dan tidak dapat memenuhi kehendak pasaran kerana teknologi tidak cekap dan ketinggalan zaman serta penyelenggaraan tidak sempurna . Rata-rata pengeluaran IKS sekarang lebih cenderung untuk memenuhi keperluan tempatan, sangat kurang terdedah dengan pasaran luar . Justeru itu, peluang mereka di peringkat antarabangsa amat terbatas.