LANGKAH-LANGKAH DRASTIK UNTUK ATASI CICIR PEMBELAJRAN.docx
ssuserf8440e
10 views
2 slides
May 22, 2025
Slide 1 of 2
1
2
About This Presentation
education
Size: 30.32 KB
Language: none
Added: May 22, 2025
Slides: 2 pages
Slide Content
LANGKAH ATASI KECICIRAN
PEMBELAJARAN
Langkah-langkah menangani
Untuk menangani keciciran sekolah, pendekatan pelbagai aspek diperlukan.
Antaranya termasuk sokongan kewangan kepada keluarga yang kurang
berkemampuan, penyediaan sumber kesihatan mental bagi pelajar,
pelaksanaan program pendidikan alternatif, dan pembaharuan kurikulum
pendidikan agar lebih inklusif dan menarik.Di sekolah, guru memainkan
peranan penting dalam mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif dan
menerapkan kaedah pembelajaran yang lebih menarik serta interaktif.
Kepelbagaian strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang sesuai dapat
meningkatkan kesediaan murid untuk belajar, sekali gus memberi impak yang
besar terhadap prestasi akademik mereka. Selain itu, sesetengah pelajar
mungkin kurang berkeyakinan terhadap keupayaan diri dan menghadapi
kesukaran dalam membuat keputusan yang bijak. Oleh itu, mereka
memerlukan bimbingan berterusan daripada guru serta pihak lain yang terlibat
bagi membantu mereka kekal bermotivasi dan bersemangat untuk mencapai
kejayaan.
Sebagai sebahagian daripada usaha mengatasi keciciran sekolah,
Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan inisiatif seperti Sekolah
Model Khas Komprehensif (K9 dan K11) yang menyediakan pendidikan
inklusif di kawasan luar bandar. Sekolah Model Khas Komprehensif K9 ini
merujuk kepada sembilan tahun persekolahan di sekolah rendah dan
menengah rendah yang mana murid akan berada di sekolah rendah selama 6
tahun dan menengah rendah 3 tahun di sekolah yang sama. Pada masa ini,
terdapat 28 sekolah K9 dan 2 sekolah K11, dengan rancangan untuk
menambah tujuh lagi sekolah K9 serta menaik taraf beberapa sekolah K9
kepada K11.
Di samping itu, sebanyak 18 jenis bantuan sekolah—termasuk Bantuan Awal
Persekolahan, Rancangan Makanan Tambahan, dan Bantuan Pakaian
Seragam—disediakan bagi menyokong pelajar, terutamanya dari golongan
B40 .Pendekatan pendidikan alternatif turut memainkan peranan penting
dalam menangani isu keciciran sekolah. Antara inisiatif yang dilaksanakan
termasuk penstrukturan semula sekolah menengah vokasional dan sekolah
menengah teknik kepada Kolej Vokasional (KV), yang menawarkan latihan
dalam bidang kemahiran teknikal dan vokasional. Selain itu, institusi seperti
Pusat Giat MARA dan program TVET menyediakan peluang pembelajaran
dalam bidang seperti automotif, jahitan, dan kulinari, sekali gus membolehkan
pelajar mengasah kemahiran praktikal serta meningkatkan kebolehpasaran
mereka dalam dunia pekerjaan. Di samping itu, Sekolah Menengah Teknik
terus berperanan dalam menyediakan pendekatan pembelajaran yang lebih
berorientasikan kemahiran dan praktikal bagi pelajar yang kurang berminat
dalam akademik tradisional. Dengan adanya pelbagai pilihan pendidikan
alternatif ini, lebih ramai pelajar dapat dibantu untuk meneruskan
pembelajaran mereka, seterusnya mengurangkan kadar keciciran sekolah.
Kementerian Pendidikan komited untuk menangani isu keciciran melalui
intervensi menyeluruh dan pemantauan berterusan. Jika kadar keciciran
pelajar meningkat, ia boleh memberi kesan negatif kepada reputasi sekolah
dan universiti, mengurangkan kadar kemasukan, mengakibatkan kehilangan
sumber pendapatan institusi pendidikan, serta menjejaskan ekonomi negara.
Keciciran sekolah yang tinggi juga boleh menyumbang kepada peningkatan
masalah sosial dalam kalangan remaja, seperti pengangguran, jenayah, dan
ketidakseimbangan dalam pembangunan modal insan.
Secara keseluruhannya, isu keciciran sekolah merupakan cabaran serius
yang memerlukan perhatian daripada semua pihak—kerajaan, institusi
pendidikan, ibu bapa, dan masyarakat. Jika tidak ditangani dengan berkesan,
ia akan membawa kesan jangka panjang yang negatif terhadap
pembangunan ekonomi dan sosial negara. Oleh itu, langkah-langkah
menyeluruh perlu diambil untuk menangani punca-punca utama keciciran,
termasuk sokongan kewangan, peningkatan kualiti pengajaran,
mempelbagaikan program pembelajaran alternatif, serta persekitaran sekolah
yang lebih selamat dan kondusif. Hanya dengan usaha bersepadu, kita dapat
memastikan setiap pelajar mendapat peluang yang adil untuk menamatkan
pendidikan mereka dan membina masa depan yang lebih cerah.