Contoh syubhat ialah pendapat hanya Ulama
boleh berdakwah sebab syarat dakwah
perlukan ilmu. Imam ar-Radzi & al-Qurtubi
kata: Dakwah khusus utk ulama. bukan utk
orang jahil. Kekeliruan ini berpunca drpd
tafsiran perkataan ‘ulama’.
Benar, seruan kpd kebaikan mesti perlukan
ilmu lebih2 lagi seruan kpd Allah. Namun ilmu
bukanlah suatu yg tak boleh dipecahkan.
Bahkan tabiat ilmu sendiri boleh dibahagikan.
Seseorang mungkin pakar dalam sesuatu
perkara tapi jahil dalam perkara yg lain. Oleh
itu, dia adalah ulama’ dalam bidang pertama
& wajib berdakwah dalam bidang pertama &
tidak wajib berdakwah dalam bidang kedua.
Syarat sah dakwah ialah mengetahui dengan
baik akan apa2 yg diserukan. Atas dasar ini
setiap orang Islam mesti menyeru kpd Allah
sekadar yg diketahuinya. Inilah maksud
“Wajib ke atas ulama’ & tidak wajib kpd orang
jahil.” Jadi, ulama bererti seseorang yg
mengetahui hukum suatu masalah Sama ada
dia orang biasa atau banyak ilmu. Cop “orang
agama” adalah tepat bagi setiap orang Islam
kerana ia adalah profession utama semua
individu muslim.
Sekiranya individu yg diseru masih lalai, ikut
al-hawa, tunduk pd syahwat & tenggelam
dalam maksiat, maka setiap orang Islam
dipertanggungjawabkan memikul tugas ini.
Seluruh umat Islam wajib menolong da’i
melakukan amar makruf nahi mungkar
dengan jiwa & raga sehabis kemampuan,
memberi sokongan, menambah kekuatan &
meramaikan bilangan da’i sehingga golongan
da’i mempunyai kekuatan & pengaruh yg
cukup utk mencegah maksiat & orang yg
menentang syariat Islam.
Sekiranya tiada lagi golongan maksiat &
mungkar, masih perlu juga wujud golongan yg
meneruskan tugas ini. Ketika ini barulah
sebahagian umat diharuskan mendiamkan
diri. Sesungguhnya, maksiat terbesar pd
masa ini ialah berhukum menggunakan
undang2 lain dari undang2 Allah, berpaksikan
logik, nafsu & pemikiran2 yg diimport.
Muslim yg benar akan segera menyuruh
manusia kpd kebaikan & melarang
kemungkaran tanpa menunggu2 orang lain.
Kerana sekiranya tiada yg melaksanakan
tugas itu, berdosalah dia & semua yg lain.
Seseorang Islam yg meninggalkan tugas
dakwah secara berterusan & sengaja, dia
tidak lagi termasuk dalam golongan pengikut
Rasulullah SAW berdasarkan firman Allah:
ٍ
ة
َْ
??ِﺼ
َ
?
"
?
َ
ﻋۗ ِ
S
]ا
?ِا ا
ْٓ
ﻮ
ُ
ﻋ
ْ
د
ا
ْٓ
?ِ
?
ْ
-
ِ
k
َ
ﺳ ٖەِﺬ
ٰ
ﻫ
ْ
ﻞ
ُ
ﻗ
ْ
?ِ
g
?
َ
ﻌ
َ
ﱠ
ﺗا
ﻦ
َ
ﻣ
َ
و
+
ﺎ
َ
ﻧ
ا
“Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah
jalanku, aku dan orang-orang yang
menurutku, menyeru manusia umumnya
kepada ugama Allah dengan berdasarkan
keterangan dan bukti yang jelas nyata...”
(Yusuf:108)
4. Erti Kerja Dakwah ialah Kerja Ulama’
Orang yg tidak faham kadang2 terkeliru
disebabkan syubhat (dakwah tak wajib).
Keadaan ini berlaku disebabkan mereka
berpegang pada nas yg umum yg mungkin
disalah tafsir atau dilemahkan oleh nas lain yg
lebih kuat tapi tidak diketahui mereka.
Biasanya, mana2 bid’ah yg ‘hot’ dilariskan
oleh nas2 yg jelas, tetapi hawa nafsu telah
mengubah erti zahirnya disebabkan oleh
pelbagai motif.
Akhirnya muncullah kepercayaan @ dakwaan
dakwah tidak wajib. Dakwaan ini selalunya
disebabkan oleh rasa takut, pengecut, mahu
relaks, suka yg mudah2, takut hilang dunia yg
kadang2 boleh terlepas disebabkan kerja
amar makruf nahi mungkar.
5. Tidak Sempurna Hidayah Tanpa A.M.N.M.
Antara syubhat juga ialah salah faham ayat:
“jagalah diri sendiri; dan tiada yg
memudaratkan kamu bila kamu mendapat
petunjuk..” (Al-Maidah:105). Kesannya,
mereka enggan berdakwah, tidak mahu
melakukan amar makruf nahi mungkar &
mahu berbaik2 dgn manusia dgn cara ini
(jaga tepi kain sendiri).
Ibnu al-Qayyim berkata, perbuatan
meninggalkan amar makruf nahi mungkar. &
‘berakhlak baik’ untuk berbaik2 dgn manusia
adalah sebesar2 muslihat syaitan kononnya
melaksanakan firman Allah di atas.
6. Artikel Ibnu Taimiyah tentang ayat 5:105
Dalam khutbah Abu Bakar As-Siddiq, beliau berkata: “Wahai manusia sesungguhnya kamu telah membaca ayat ini tetapi kamu
meletakkannya pd bukan tempatnya. Padahal
sesungguhnya aku telah mendengar
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya
manusia apabila melihat kemungkaran lalu
mereka tidak merubahnya, hampirlah Allah
meranapkan mereka semua dengan
azabNya.” Maksud ayat 5:105 ialah,
“Beriltizamlah dgn diri & hadapinya. Di
antara keperluan kebajikan diri ialah
mengerjakan suruhan Allah dan menjauhi
larangannya.” (Berdakwah adalah satu cara
utk mendapat petunjuk. Org yg mendapat
petunjuk akan terjaga dari kesesatan.)