“Anda telah mengorak langkah pertama utk melalui
jalan ini ketika anda rela mendengar seruan
penyeru yg mengajak meninggalkan pandangan
taghut. Anda seterusnya tidak lagi tunduk kpd
proses penjinakan. Anda kekalkan sifatmu sebagai
anak keturunan singa. Mereka tidak lagi dapat
menjadikan anda anak kijang yg pengecut.
Kemudian anda mula bersuara, bukan lagi
membisu dan diam. Anda menyeru manusia kpd
Allah, menyuruh makruf, melarang mungkar.
Tindakan anda ini menjadikan anda tergolong di
kalangan “...orang2 yg mengajar kebenaran &
mengasihani manusia...” (Ibnu Taimiyah)
Anda menyayangi mereka dgn menyelamatkan
mereka dari kesesatan yg memenatkan mereka &
menjauhkan mereka dari sakinah. Kesesatan ini
telah menyerabutkan hati mereka, membingung-
kan pemikiran mereka, & mendera jasmani mereka
dgn keletihan & penyakit.
Anda menunjukkan hamba2Nya kepadaNya
kerana demikianlah yg dilakukan oleh para Nabi
as. Tidak tahukah anda bahawa mereka lebih
mengutamakan urusan mengajar manusia drpd
duduk mengasingkan diri beribadat, kerana
mereka tahu bahawa dakwah itu lebih utama di sisi
kekasih mereka (Allah)?
Bukankah para Nabi itu hanya sibuk penat kerana
mereka mendorong manusia kpd makruf,
melarang mereka dari mungkar?
Anda masih menyahut seruan demi seruan.
Alangkah indahnya apa yg telah anda lakukan.
Langkah-langkahmu itu telah membawamu hingga
ke separuh perjalanan. Teruskanlah langkahmu
sehingga mencapai cita2 & matlamat.” - SAR
Bab 8: Asas Fiqh Amal Jama’ie
Menurut Salafussoleh
1. Intro (Di Pertengahan Jalan)
Langkah kita selanjutnya dalam hijrah ini kpd
Allah ialah dgn mengembangkan usaha
memperkatakan kebenaran. Pergilah kpd
orang ramai, pimpinlah mereka, jadilah
teladan & bimbinglah mereka.
Seperti salafussoleh sebelum kita, mereka
tampilkan diri utk membimbing manusia
sehingga manusia sedikit demi sedikit
mengasihi mereka, melihat mereka sebagai
contoh & tidak lagi dapat mempertikaikan
kewibawaannya. Akhirnya orang ramai mula
mencontohinya, kemudian mereka menuruti
arahannya.
Menurut Bisyru bin Al-Haris, ada 3 sifat pd
Imam Ahmad bin Hanbal yg menyebabkan
Imam Ahmad lebih baik drpd dirinya. Salah
satunya ialah “..beliau adalah imam orang
ramai.” Demikian juga Imam Al-Auza’i, Abu
2. Jadilah Rijal Ammah
4. Perlunya Amal Jama’ie – Ibn Taimiyah
Ishak al-Fazari, Khalid bin Abdullah al-Wasiti,
Imam Al-Zuhri, Imam Ghazali & ramai lagi.
Mereka semua adalah rajul ammah.
Rijal ialah seorang yg keluar berjumpa &
mengajar manusia, menyuruh berbuat baik &
mencegah yg mungkar. Dia turun ke medan,
memimpin masyarakat membuat pendirian &
sikap politik. Apabila seorang ahli bid’ah
memasuki medannya, dia tidak berdiam diri &
mengajak masyarakat menentangnya.
Sebagaimana kisah Imam Ahmad memerangi
puak Jahmiyah & Muktazillah yg mengguna-
kan kuasa mereka utk menyebarkan bid’ah.
Ammah pula bermaksud orang ramai, sama
ada terpelajar @ buta huruf, bukan menurut
istilah moden yg bermaksud orang jahil. Da’i
Islam dahulu tidak pernah mengabaikan orang
Badwi & orang pendalaman. Mereka
mengambil berat tentang kesatuan ummah
dan memperuntukkan sebahagian usaha utk
kesemua mad’u tersebut. (dakwah ikut prioriti
tapi tidak melepaskan peluang baik yg hadir)
Para da’i Islam di atas memahami Maqasid
Ammah Syar’iyyah yg mewajibkan perkara2
yg perlu dibuat utk merealisasikan objektif
syariat Islam sekalipun tiada dalil
mengenainya. “Suatu kewajipan yg tak
sempurna tanpanya, maka hukumnya juga
wajib” (eg: wuduk sebelum solat fardu).
Mereka meninggalkan sikap bersendirian &
bergabung usaha kerana suasana yg amat2
memerlukan utk berbuat demikian. Amal
jama’ie boleh dinamakan dgn pelbagai nama
jamaah, parti, ikatan dll. Apabila ada amal
jama’ie, maka mestilah ada pemimpin @
ketua. Tak kira sama ada ia dipanggil ketua,
mursyid, presiden, dll.
Amal jama’ie ini bukanlah satu perkara baru.
Ia telahpun dinyatakan dalam kitab2 fiqh
terdahulu yg kita tak tahu. Ibnu Taimiyah telah
menjelaskan pensyariatan amal jama’ie yg
terdapat dalam al-Quran.
ٌ
ﻢ
ْ
-ِﻋ
َ
ز ٖﻪ
ِ
?
+
ﺎ
َ
ﻧ
ا
ﱠ
و
ْ
??ِﻌ
َ
?
ُ
ﻞ
ْ
ﻤِﺣ ٖﻪ
ِ
?
َ
ء
/
ﺎ
َ
ﺟ
ْ
ﻦ
َ
ﻤ
ِ
ﻟ
َ
و
“...Dan siapa yang dapat mengembalikannya
akan memperoleh (bahan makanan seberat)
beban unta, dan aku jamin itu.” – (Yusuf:72)
Perkataan al-Za’im seerti dgn al-Kafil, al-Qabil
& al-Dhomin, yg bermaksud pemimpin, ketua
@ penjamin. Orang yg ‘incharge’ suatu urusan
masyarakat, dia dianggap sbg pemimpin
golongan itu. Sekiranya dia menjamin kerja yg
baik, dia dipuji. Jika sebaliknya, dia dikeji.
Sekiranya hizb (pakatan) ini bergabung tanpa
menambah @ mengurangi perintah Allah &