ٖﻪِﻨ
ْ
ﻳِد
ْ
ﻦ
َ
ﻋ
ْ
ﻢ
c
ْ
ﻨِﻣ
ﱠ
ﺪ
َ
ﺗ
ْ
ﺮ
ﱠ
ﻳ
ْ
ﻦ
َ
ﻣ ا
ْ
ﻮ
ُ
ﻨ
َ
ﻣ
"
ا
َ
ﻦ
ْ
ﻳِﺬ
P
ﻟا ﺎ
َ
ﻬ
ﱡ
ﻳ
ﺎ
ٓ
ٰ
ٍﺔ
P
ﻟِذ
اۙ
ٓ
ٗ
ﻪ
َ
ﻧ
ْ
ﻮ
ﱡ
ﺒِﺤ
ُ
?
َ
و
ْ
ﻢ
ُ
ﻬ
ﱡ
ﺒِﺤ
ﱡ
ٍ
م
ْ
ﻮ
َ
ﻘ
ِ
?
ُS
]ا ِ
h
?
ﺄ
َ
َ
ف
ْ
ﻮ
َ
ﺴ
َ
ﻓ
ْ
?ِ
g
?
َ
ن
ْ
و
ُ
ﺪِﻫﺎ
َ
ﺠ
ُ
ۖ
َ
ﻦ
ْ
?
?ِﻔ
"
;
ﻟا
?
َ
ﻋ
ٍ
ة
ﱠ
ﺰِﻋ
ا
َgْ
??ِﻨ
ِ
ﻣ
ْ
ﺆ
ُ
ﻤ
ﻟا
?
َ
ﻋ
ﻟ
َ
ن
ْ
ﻮ
ُ
ﻓﺎ
َ
ﺨ
َ
َ
?
َ
و ِ
S
]ا
ِ
ﻞ
ْ
-
ِ
k
َ
ﺳ ٍﻢcﯨ
َۤ
?
َ
ﺔ
َ
ﻣ
ْ
ﻮ
“Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di
antara kamu berpaling tadah dari ugamanya
(jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan
suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan
mereka juga kasihkan Dia; mereka pula
bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang
yang beriman dan berlaku tegas gagah
terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang
dengan bersungguh-sungguh pada jalan
Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan
orang yang mencela.” (Al-Maidah 5:54)
6. Perintis Menjelaskan Sifat2 jln Dakwah
Sekiranya Allah memberi hidayah anda dan
anda sekarang berada dalam angkatan
pelopor, maka dengarlah pemimpin-pemimpin
dakwah dan gerakan Islam zaman ini
menjelaskan sifat-sifat jalan dakwah.
Perkara pertama yang dijelaskan oleh Imam
al-Syahid Hassan al-Banna ialah: Perlu
bersungguh-sungguh dan bekerja. Perlunya
dilakukan ‘takwin’ (pembentukan) selepas
‘tanbih’ (memberi peringatan) atau perlunya
‘ta’sis’ selepas ‘tadris’.
Seterusnya beliau menjelaskan: “Setiap
dakwah hendaklah melalui tiga marhalah:
1. Marhalah promosi, pengenalan (Takrif),
menyebarkan fikrah Islam dan memastikan ianya
sampai kepada setiap lapisan masyarakat.
2. Marhalah Pembentukan (Takwin), memilih para
pendokong, mempersiapkan petugas yang
komited dan menyusun barisan di kalangan orang
yang telah menerima dakwah.
3. Marhalah Pelaksanaan (Tanfiz) bekerja dan
mengeluarkan hasil.
Ketiga-tiga marhalah ini selalunya berjalan
serentak dan seiringan memandangkan adanya
kesatuan dakwah dan kaitan yang kukuh di antara
ketiga-tiganya. Seorang da’i itu biasanya
berdakwah dan dalam masa yang sama dia
bekerja dan men’tanfiz’. Tetapi, apa yang pasti,
tujuan dan hasil terakhir hanya akan dapat diraih
setelah dakwah itu tersebar luas, mempunyai
pendokong yang ramai dan pembentukan yang
kukuh.”
“..Menegakkan kepimpinan yg soleh di bumi
Allah merupakan suatu tugas yg sngt penting
& mustahak dalam sistem Islam. Setiap orang
yg beriman dgn Allah & Rasul tidak akan
selesai kerjanya kecuali dgn mengorbankan
seluruh tenaga & segenap kemampuan utk
membentuk hidupnya menurut acuan Islam...
Tujuan ini tak mungkin tercapai kecuali dgn
usaha secara berjamaah. Jadi, tak dapat
tidak, mesti dibentuk satu jemaah yg soleh.,
yakin & memelihara prinsip2 al-haq. Tiada
tujuan lain dalam hidup kecuali utk
menegakkan Islam yg benar & mentadbir kerja
Islam dgn seluruh perhatian.
Demi Allah, sekiranya di bumi ini hanya tinggal
seorang lelaki yg beriman shj, dia tak patut
redha kpd kekuasaan batil. Walaupun dia
mendapati dirinya keseorangan, tiada
resource, tiada yg menyahut, walaupun boleh
sembunyikan diri di sebalik alasan syara’,
tetapi sebenarnya dia hanya ada satu pilihan
iaitu tetap menyeru kpd cara hidup Islam
sehingga dia menemui Tuhannya (mati).
Ramai yg telah melupakan hakikat ini. Mereka
sangka jalan ini cukup sekadar pidato,
syarahan, ceramah, resolusi2 & seminar
semata2. Seorang da’i yg agung, Syakib
Arsalan rh telah berusaha bersungguh2 tapi
masih belum berjaya. Dalam satu risalah
beliau 1931, beliau berkata, “Banyak surat
sampai kpdku dari Morocco, Jawa, Mesir,
Syria, Iraq dan Palestin. Mereka cadang spy
diadakan satu Muktamar Islam utk melantik
seorang Khalifah @ perkara yg
seumpamanya. Namun seperti biasa aku
menjawab: “Kita wajib mula usaha ini dari
bawah. Kita perlu mendidik individu....Adakah
kamu mahu kami mengumpulkan angka2
kosong?”
Kita masih menyaksikan penceramah2 yg
meratapi & dukacita. Mereka mengajak umat
beramal & berjihad dan menutup dgn kata2:
“Islam menyeru kamu..”. Mereka tidak
memahami jalan amal yg sahih. Syarahan &
pidato mereka hanya menambah penderitaan
& kekesalan pd diri sendiri & pendengar.
Mereka patut mengajar orang ramai spy jgn
mengharap kpd pemimpin hari ini, kemudian
membimbing mereka agar berjemaah &
menyeru kpd kebaikan Islam dan mencegah
kemungkaran yg dilakukan parti2 yg
berkuasa. Dgn ini pasti mereka mencapai apa
yg diinginkan.
Namun, sampai kini kita masih mendengar
laungan2 dalam perhimpunan serta resolusi2
di muktamar2 sejak puluhan tahun. Itu
hanyalah angka kosong. Ia mesti dimulakan
dari bawah yg terdidik dgn tarbiyah Islam yg
sejati. Bukan dari dewan perhimpunan &
seminar. Ia adalah dgn api semangat yg
merdeka, bukan sinar bintang.